Iklan! Iklan! Sila Click!

03 December 2012

Double Standard

Sejahteralah ke atas awok.

Saya ada kursus. 5 hari bermula hari ini. So, minggu ni tak sempat nak belogwalking. 

Pasal double standard ni. Kenapa ye. Bila kita tengok lelaki-lelaki depan mata yang pakai baju pompuan, saya rasa sangat terganggu fikiran dan sangat meluat. Serius geli. Tapi... bila tengok Johan atau Zizan pakai baju pompuan dalam Maharaja Lawak kita rasa "it's okay, kelakar nak mampusss". Di atas nama lawak hiburan kita menerima perbuatan yang jika berlaku di depan mata kita benci. Harun Salim Bachik pun sama, Afdlin Shauki pun sama. Padahal semer tu kalo pakai baju pompuan, bapakkkk geli geleman jugak rasanya.


Kat ofis ni ada isteri orang. Ada suami orang. Kalau ternampak si suami orang dan isteri orang ni bergesel-gesel dalam ofis, dah sah orang sekeliling rasa sangat tak patut perbuatan derang tu kan? Tapi kenapa ye... bila tengok pelakon lelaki dan pelakon wanita yang masing-masing dah berkahwin, berpelukan, bercium-cium pipi dan dahi dalam filem, kita rasa "oh...sweet nya derang ni. Sesuai sangat watak tu dengan derang.". Di atas nama 'berlakon' kita menyukai perbuatan yang jika terjadi di alam nyata kita sangat benci. 


Cemana bleh jadi double standard cam tu ye? Padahal yang salah tetap la salah tak kira la berlakon ke alam nyata. Ke cemana? Ke saya yang kekampungan? Huhu.


*kisah suami dan isteri org di ofis itu hanya contoh saje ye. Tiada kaitan dengan alam nyata, terutamanya di ofsi saya. Org ofis saya baik-baik belaka dan setia-setia belaka. :D

30 comments:

  1. a'ahkan...
    bila lyd ckp mcm nie, baru terpk btl jgk..kenapa dlm filem xkata apa2 pun berpelukan, tdo sekatil.

    ReplyDelete
  2. Saya tak double standard..
    Takde lawaknya sape2 pun kalo stkt berlagak jd prmpuan. Terus tukar channel. Lawak basi.

    Kalo tengok pelakon lebih2, saya ckp dgn suami..mcmana la perasaan laki/bini diorang ni. Tak kisah ke apa? Takde sweetnya.

    *lawak la statement last Lyd tuh! ^__^

    ReplyDelete
  3. Selamat berkursus :)

    Kalau macam tu mamavogue pun bole dikira kekampungan jugak lah!Hihihi.. Berlakon ke realiti ke mmg tak lalu nak tgk..

    ReplyDelete
  4. selamat bkursus lyd.. sunyi la nanti ye....

    huhu.. itula..bila baca entri ni bru lya perasan... maybe, sebab artis tu buat perkara2 tu sbb itu kerja dia & kt lak mcari hiburan dgn mrk.. huhu.. ---> tgk la.. teruknyer kt sbg manusia kan?

    tp.. seandaila suami lya pelakon.. lya xrela tgk dia berlakon bpeluk-peluk dgn perempuan lain.. paling sikit pon, hati lelaki msti goyang gak kan? maybe dlm hati... mana kt tahu kan?

    ReplyDelete
  5. JR pun selalu rasa nak termuntah tengok lakonan artis2 kita, laki org bini org tidur atas katil dah mcm org boleh terima, kononnya nak tunjukkan itulah realiti kehidupan berumah tangga. Cuma JR tabik kpd filem2 Iran yg selalu menang anugerah antarabangsa tanpa diselit dgn adegan2 atas katil pun, yg Malaysia walaupun cuba nak tunjuk lakonan hidup berumah tangga yg sebenar tapi jarang2 yg menang...

    ReplyDelete
  6. Yang haram tetap haram.


    Selamat berkursus, Lyd.

    ReplyDelete
  7. aku tak pernah suka babak laki bini yang tipu2 tu dlam citer tu lyd..berlakon tak belakon..takde sweet pon aku tngok..

    ReplyDelete
  8. jarang dah tengok cite2 kat TV...kalau kebetulan buka pun tengok kejap2 je...jarang tengok sampai habis...

    seronok tak berkursus?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. saya setuju ngan awak lyd..
    itulah yg dipanggil syaitan menjadikan apa yg kita tengok kat tv tuh semuanya indah2 belaka wpun berdosa...bila apa yg digambarkan media tuh indah..banyaklah umat manusia melampau batas..ada saja yg membela & menyokong kuncu2 syaitan itu...

    ReplyDelete
  11. tu sebab masa kecik2 dulu kalau nak berlakon nak jadi watak orang jahat... boleh pukul2 orang, boleh rogol2 orang...

    ReplyDelete
  12. Tu ler pasalnya... kalau nak diikutkan tengok TV tu pun dah dapat dosa mata. Tapi best la pulak Maharaja Lawak tu! Agaga.. (takper, citer tu takde pompuan tak tutup aurat -kot!)
    My latest Entry :)
    JJCM: Nasi Kukus Ayam Dara Berempah (Selera Utara)

    ReplyDelete
  13. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete
  14. sebab maharaja lawak best kot..ekekekk...tapi kalau pelakon yang bergesel2 dengan bini orang tu memang akak pun geli.
    rasa malu kalau tengok..lagi2 kalau pelakon nya rosyam nor..hahaha

    ReplyDelete
  15. sebab tue laa saya tak tengok drama filem Melayu sangat.. nanti dabel stended... koh koh koh

    ReplyDelete
  16. mungkin sebab dah dari awal awal lagi kita exclude pelakon pelakon tu dari golongan mereka yang berbudi pekerti dan bertata susila... mereka berada di dalam "kelas" mereka yang tersendiri...

    ReplyDelete
  17. maybe sbb dah dididik dr kecil utk sker benda2 mcm tuh. sbb tu bila tgk aksi2 maksiat dlm muvi, kita rs ok je. tp kalo dpn mata, rs geli lak.

    ReplyDelete
  18. Terpikir jugak... tapi biasanya masa tengok movie/drama jadi terlupa bab2 macam tu...lebih menghayati jalan citer....

    ReplyDelete
  19. tu le mentaliti yg nak kena tukar..

    niat tidak mghalalkan cara..

    ReplyDelete
  20. Haaaa...nanti Sha nak cerita pasal kisah adik2 Sha yang memeluk Sha beramai2 di stadium bola itu hari.

    disebabkan saya begitu pendek..saya telah disandwic oleh adik2 di tengah2. TAPI...diorg kan adik2 Sha yang seibu sebapa dan sah2 la mahram kan?

    Perbuatan mengsandwichkan Sha telah dipandang hina oleh sebahagian masyarakat ketika Malaysia menjaringkan gol.

    Ada org tu siap,"nama aja pakai tudung."

    Tp selepas tu..macam Lyd cakap...gossip Lisa Surihani pulak keluar. Eh...gossip tu boleh pulak kan?

    ReplyDelete
  21. maybe dlm tv tak rasa real..kat luar plak adalah realiti...tapi tetap haram kan...

    ReplyDelete
  22. penah juga ckp ngn husband dorang ni tak malu ke berpeluk bagai, dok sekatil.. walaupon belakon..
    tak da rasa pa pe ke kan..

    ReplyDelete
  23. 'Niat tak menghalalkan cara'
    eh sesuai ke ayat ni untuk situasi di atas..
    tp maksudnya begitula kalau yg salah tetap la salah..biar pun berlakon dengan niat nak memberi pengajaran...

    ReplyDelete
  24. A'a, setuju dengan Lyd..

    Itulah kehidupan kan... :D

    ReplyDelete
  25. xpernah terfikir, but u so true. but pelawak pakai baju perempuan. memang xsuka. its so lawak zaman dulu2...

    tp part suami isteri gesel2 tu agree

    ReplyDelete
  26. saya tak ada double standard. kalau tgk filem ke drama pelakon yang dah kawin blh peluk cium bagai, adehhh... mula la tertanya pasangan masing2 tak rasa apa2 ke? benda tu mcm normal kan? padahal dah sah2 haram.

    ReplyDelete
  27. bukan kekampungan cuma akak brfikir secara org timur...hehehe btw Ahlam pn begitu jgk.. kita bukn kolot tapi kita brfikir brlandaskan pegangan nilai dan moral org timur... ^-^v

    ReplyDelete
  28. susah nak komen pasal isu double standard ni..sebab mentaliti kebanyakan kita dah dibiasakan untuk terima sesuatu perkara tu atas tiket hiburan..aku tak kata orang lain, sebab aku sendiri pun sama..huk2

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...