Skip to main content

Perbandingan Set Bersalin, Harga dan Fungsi

Sejahteralah ke atas kamu....

Mana la saya tau set bersalin yang mana satu lagi bagus. Tanya ibu, ibu kata beli je set yang dah siap. Biasanya dah lengkap. Kawan-kawan ada yang suggest Nona Roguy dan Tropical Herbs. Eh, korang sorry la kalo sejak kebelakangan ni saya asyik post entry yang berkenaan mengandung, beranak, barang-barang bayi, breast pump dan segala yang berunsurkan nursing and parenting. Bajet mcm wanita beranak 8 dah kan. 

Saya ni tak lain hanyalah sebab nervous. Takut tak sempat buat preparation dengan selengkapnya. Risau ada yang terkurang. Jadi sebab tu saya beriya sangat mencari dan mengGoogle. Excited tu satu hal la. Tapi excited tu saya biasa-biasa je. Itu pun sebab mengambil nasihat yang lebih tua supaya dalam apa-apa perkara pun, don't be over excited. Eh, org tua yang bagi nasihat tu omputih ke? Kehkeh. 

Kat sini saya dah buat list dan perbandingan di antara beberapa produk atau set bersalin yang popular dalam bidang kebidanan melayu dan moden seperti Set Bersalin Tanamera, Set Bersalin Nona Roguy, Set Bersalin Sendayu Tinggi, Set Bersalin Tropical Herbs keluaran Amway, Set Bersalin Atika's Beauty, Set Bersalin Ibu Halimah dan Leesa Formula. Untuk ibu-ibu yang bakal bersalin dan masih confuse kuasa 27 nak pilih set bersalin mana, semoga senarai yang saya buat ini dapat menjadi pedoman.



Setakat ni, perbandingan yang saya buat, ada beberapa yang saya dah shortlisted. Pilihan utama ialah Tanamera. Kedua, Tropikal Herbs. Ketiga Nona Roguy dan keempat Leesa Formula. Final decision belum dibuat. Kenapa Tanamera? Saya rasa sebab dalam kesemua produk yang saya search kat atas ni, testimoni tentang Tanamera yang paling banyak. Feedback yang saya baca semuanya positif dan barangannya agak convenience dengan kerajinan dan keperluan saya. Tropical Herbs pun hampir nak sama dengan konsep Tanamera. Bercirikan berpantang cara moden. 

Berpantang ni, mengikut kefahaman saya, fungsinya yang paling utama ialah :

  1. Untuk memulihkan organ peranakan supaya kembali subur dan berada di dalam keadaan yang baik selepas bersalin. - Jadi, kenalah cari cara/produk yang boleh mengembalikan kesihatan rahim dengan baik. Sebab itu orang makan jamu. Fungsi jamu untuk mengecutkan semula rahim yang kembang. Kalau ada produk selain jamu yang boleh menawarkan fungsi yang sama, maka boleh la cuba. 
  2. Memulihkan 'luka' atau 'koyakan' selepas melahirkan - Selepas bersalin, wanita akan luka di bahagian 'tettt' mereka. Bila berpantang, kita akan kena duduk sopan-sopan, jalan slow-slow supaya luka tu cepat baik. Ni semua untuk masa depan jugak. Perlu jaga betul-betul supaya rumahtangga kamu aman sentosa. Jadi, untuk mencari set bersalin, cari la set yang mempunyai produk untuk memulihkan luka luaran dan luka dalaman [jika melahirkan dengan cara pembedahan]. 
  3. Demi memulihkan kecantikan badan, kekempisan perut dan kembali ke bentuk badan asal Seperti sebelum mengandung. - Cari la produk yang boleh membantu menurunkan berat badan dan memulihkan bentuk badan kita dengan berkesan. Itu yang orang guna bengkung dan ubat tampal-tampal kat perut supaya perut cepat kempis.
  4. Supaya dapat menghilangkan stress dan mengelakkan 'gile meroyan'. - Itu yang orang gunakan pilis iaitu ubat utk tampal kat dahi tu. Ini optional. Ada yang relax je tak pakai. Tapi kalo pakai orang kata rasa ringan je kepala. Menurut orang yang dah bersalin, bila lepas bersalin, kita akan selalu rasa sakit kepala.


Itulah diantara sebab kenapa kita perlu berpantang. So, kalau nak mencari set bersalin terbaik, kena cari jenama yang menawarkan paling tidak, 3 fungsi pemulihan yang saya sebutkan di atas tu. Kalau nak beli jamu utk kecutkan rahim, cari yang tidak memberi kesan sampingan kepada bayi seperti bayi cirit birit atau jaundis [sakit kuning]. Lain-lain produk seperti aroma terapi, minyak urut tu terpulang la. Berurut pun termasuk jugak dalam sebab ke-3 tu. Pati haruan pulak termasuk dalam sebab yang ke-2. So, goodluck ye mak buyongs sekelianssss...

Comments

  1. leesa formula x sesuai ngn saya. terpaksa beli brand lain lak...sgt membazir masa tu, tukar sendayu tinggi, Alhamdulillah ok... badan kurus giler lepas 2 bulan turun dlm 20kg. kali ni sy nk try nona rogay lak...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah2.. sha tengah mengandung 6 bulan 2 minggu . umi sha belikan sendayu tinggi untuk sha yang 60 hari punyer. sementara tunggu barang smpai umah(umi pos) sha google pasal sendayu tinggi punyer set bersalin . ramai kowt cakap turun balik figure asal .. memang bagus ea ? xsabar nak cube . wee ~ :3

      Delete
  2. Saya ni simple gle..beli set bsalin salindah dari pregnant until pas beranak. Hihihi..tapi pas sebulan bru mkn phytonatal nona roguy...now mmg dh byk set lngkap pas bsalin..tggl sedia duit jek..

    ReplyDelete
  3. saya dulu plan nak pakai amway... tapi terpakai HPA... sebab dapat free... mwahahahaha.....

    ReplyDelete
  4. anak pertama pakai salindah...kedua pakai nona roguy...ketiga InsyaAllah Salindah kembali...dah beli pun set Salindah yg cover sebelum dan selepas bersalin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ad rasa beza x pkai salindah atau nona roguy?yg mana rasa lbh bgus

      Delete
  5. sy hanya pkai set bsalin dr Shaklee.sib baik jugak x beli set2 yg d atas coz sy c-zer..so, xbleh nk bbengkung bagai..*sbb 2 prot agak buncit* T_T

    ReplyDelete
  6. rajin btl lyd wat seme nie...dlm plan nak pakai set shaklee

    ReplyDelete
  7. FnF : Awk, tak sesuai mcmn tu? Apa yg terjadi? Cerita la.

    Sisdee : Ada jugak kawan saya yg buat mcm sis. Beli phyto tu je. Pastu yg lain2 buat sendiri.

    Desperate mama : So, mcmn guna HPA? Okay ke tak? Cerita la sikit.

    Nafisa81 : Awk, citer la pasal Salindah. Nama tu dah la macam nama saya. Kekeke. Saya terlupa nak masukkan Salindah. Tak ramai sgt org review pasal produk ni.

    Demong : Mayna, okay ke Shaklee? Akak tgk Shaklee mcm banyak pil kan? Aku ni malasnya nak makan pil.

    ReplyDelete
  8. Mrs Lurve : Tu la.. saya pun tak sangka saya rajin camni. Time keja, tak plak rajin gini. Hehehehe.

    ReplyDelete
  9. rasanya kalau nak beli,beli la lepas bersalin..bukan apa,kadang2 tak sesuai dengan anak kita.lagi2 nak nyusukan bayi.takut panas.kalau czer nak berbengkung pun tak boleh...nak bertungku apa lagi..dah la harganya mahal2 senmuanya..semua ratus2..

    tapi terserah la..lain orang lain pandangan..:)

    ReplyDelete
  10. HPA tak best.... minyak tak panas langsung... langsung tak mencabar perut.... pastu dia ada akar kayu dalam bunjut kena rebus... pastu minum air dia... yang tu pun tak best jugak... pahit gila bau busuk macam nak muntah... telebih mencabar tekak dan hidung... pastu dia takde benda yang tepek tepek kat dahi macam orang beranak dalam tivi tu... hilang feel berpantang....

    ReplyDelete
  11. mak aih kak dah macam jadual waktu anjal sekolah rendah tamil saya tgk..sampai tak cukup space hahaha :D

    jadi, akak cadangkan saya produk apa?

    ReplyDelete
  12. Berpantang ni penting untuk kegunaan masa depan..

    Ada member mak dari dulu memang tak berpantang, now dah berumur sakit macam2...

    Jadi peringatan buat semua, pantang tu penting.

    ReplyDelete
  13. sy stuju dgn pn. diana..better bli lps bsalin sbb kita x tau ape yg akan blaku..sy dlu konon2 nk bli NR alih2 ble da csec n baby pn ade jaundice dah x bleh mkn jamu2 n nk bbengkung..so sy amik shaklee..mmg la die pil tp die complete set la cume xde la menda2 nk bpilis bagai tu..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum lyd...kena buat persiapan utk mak buyung yersemoga selamat melahirkan nanti...;)

    ReplyDelete
  15. terkenang..masa nenek saya sihat, dia yg prepare sendiri benda2 ni utk kakak2 saya. Yg utk minumlah, sapu, makan, mandi..sume ada.

    tak sempat tunggu saya, nenek dah takleh jln skrg.

    ReplyDelete
  16. Diana : Kena beli lepas bersalin ke? Kang sempat ke nak gi beli? Huhu. Tak kelam kabut ke?

    Desperate mama : Okay. Rejcet HPA. Kalo tak panas tak best la. Tak berkesan. Dan kalo air busuk, mmg pengsan plak aku nak minum. Menangis air mata kasih la aku kang.

    AfzalSukaSuki : Hahaha. Lebih kurang la Ni jadual waktu tak anjal. Utk ko, akak cadangkan guna jamu makdara. Kehkeh.

    Myra Jay : Biasanya mmg mcm tu la yang saya dgr. Kalo tak berpantang, efek dia bukan sekarang, tapi masa tua.

    Demong : Sebab tu akak fokus kat Tanamera dgn Amway. Yang tu sesuai utk CSec. Cuma tak perlu pakai bengkung je la. Bukan apa nak beli awal2, ni pasal nak uruskan kewangan dgn lebih bijak. Eceh. Tak la belanja besar dalam satu masa waktu nak bersalin tu nanti. Huhu. Tapi mungkin akan dipertimbangkan pendapat ini. :)

    MasZull : Ye lah mama. Kena buat persiapan. Terima kasih atas doa mama tu.

    ReplyDelete
  17. Ujie : Tu la,.. sedih kan? Golongan yang berpengalaman dah makin berkurangan. Macam saya plak, tak sempat nak berpantang dgn mak. Kakak2 saya dulu semua sempat. Tapi takpe la.. bersyukur je la. Allah dah tentukan semuanya. Kan?

    ReplyDelete
  18. kak LYD!!!!!! RINDUUUU
    hehehhe perhhhh kak Lyd all out survey pasal smua nya..sukaa laa tgk kak LYD!!! Na confirm da cop kak Lyd as my adviser bila Na pregnant nty taw taw taw!

    ReplyDelete
  19. Jna Marcello : Okay. Murah2 je akak cas. Kahkah. Nanti kalo dah peknen, jgn malu2 refer list2 akak ni hokey. Peace.

    ReplyDelete
  20. bundle mana bundle? dia kena take note benda2 camni..aku xpe, lambat lagi nak ada anak..hehehe

    ReplyDelete
  21. Encik H : Bundle belum feel lagi benda2 ni. Dah masuk 6,7 bulan wife dia nanti baru dia gelabah nak study pasal ni semer.

    ReplyDelete
  22. lydd!!

    lap u la..aku nak buat gini tak tersurvey2..sebab anak 1st dulu aku x pakai/mkn apa2..

    second baby ni baru rasa nak pantang betul2 kununn

    ReplyDelete
  23. Nak tergelak dgn istilah "bahagian tett.." krn ini pertama kali JR dengari. Di Utara juga ada istilah utk bahagian penting tu..tapi tak payah cakaplah..hehehehehe..

    ReplyDelete
  24. Lyd,
    Shaklee ni supplement & vitamin. So mmg takde panas2 & menyumbang kepada jaundis pd baby.. Sebenarnyer kalau Shaklee dr sekarang pun Lyd dah bole start consume.

    ReplyDelete
  25. beli set sesuai dgn kerajinan. kalau beli tak guna pun buat membazir je. hehehe...

    ReplyDelete
  26. salam lyd..
    bagus betul preparation awak nie..mmg seorang yg well organised kan..takut jugak nak berpantang yer...banyak set2 & tatatertib yg kna ikut...pilihlah yg rs terbw dek diri nak ikut..dulu ms dtg sini sy bwk byk kacip fatimah utk stand by..namun sampai hari nie sebotol pun tak habis ditelan..huuhuuh

    ReplyDelete
  27. gigih lyd yerk.. moga dapat yang terbaik.. akak dl memang tak beli per2pun semuanya bidan sediakan yang asli pnya...

    ReplyDelete
  28. tengok kakak guna jamu selapan mustika ratu...hehe. tak tahulah apa kesannya...macam ok je. dialah..

    ReplyDelete
  29. Aida : I lap u tu. Ko tak guna set berpantang ek masa AG dulu? Sempoi la ko ni. Aku tabik spring..

    Jay Ar : Amboi JR. Selalu je part2 tettt yg dia nampak. Hehehe.

    MamaVogue : Ooo.. camtu ke. Thanks ye for the info.

    SalYa : Itu la sebabnya saya kena consider betul2 yang mana nak beli. Sbb nak kena selaraskan dengan kerajinan.

    UmmuAidan : Ada certain parts je yang saya well-organized. Tapi byk parts lagi yg mmg berterabur. Kekeke. Nanti UmmuAidan berpantang sorang2 ke? Ada kirim beli set bersalin tak dengan org Malaysia? Kat Fiji takkan takde set bersalin tradisional mereka?

    ChoZila : Terpaksa le menggigihkan diri. Sebab sayang diri sendiri. Akak untung la sebab mak bidan sediakan.

    Aien Alien : Kakak saya pun guna jamu selapan dulu. Tapi semua tu jamu yang kena telan. 8 jenis pil. Huhu. Tapi pil dia halus2 je. Sama la.. saya pun tak ingat dah okay ke tak dia makan jamu tu.

    ReplyDelete
  30. saya pakai set tropical herbs. siap buat review kat blog.. hehe..

    paling best.. tropical herbs ni kalau pakai tak habis atau pakai tak sesuai boleh pulang dan dapat duit balik.. dgn syarat jgn la pakai sampai tinggal sikit pastu baru nak pulang.. yg tu mungkin tak dpt full refund la..

    tp saya pakai so far tak panas dan even kalau czer pun bole guna. cuma ada certain yg kena delay sikit dr jadual..

    ReplyDelete
  31. Ade org review tanamera bgus tuk csect..sbb die csect die ley pkai bengkung tanamera...tp lepas seminggu la.ps luke da kering sikit..so decide nk beli tanamera....hihi

    ReplyDelete
  32. Saya masa 1st baby pakai Set Besalin Sendayu. Tapi dia punya barang yg untuk sapu kat perut tu, saya tak dapat nak habiskan sebab kulit perut jadi gatal2 bila sapu. Tp member saya pula boleh je sapu tu kat perut dia. Bergantung kepada kulit masing2.
    Masuk anak 2nd, nak "try" Salindah Set pasal laki bini ni (kawan saya juga) dah promote masa mengandung anak 1st dulu lagi. Tu pun rasa nak try sebab kawan yang sorang lagi mmg makan Set Salindah tu utk anak 1st dia. Member yang sorang lagi pun sama juga. Komen diorang? Memang Bagus katanya...Oleh kerana saya ni memang jenis ingin tahu juga dan mahu alami sendiri betul ke Set ni memang bagus...So, usahakan juga beli satu set terus. Ia adalah terdiri daripada homeopati, biokimia(dlm bahasa kita ni vitamin lah) dan herbalisme (herba). Cumanya, yg herba ada satu je. Tu makan lepas bersalin lah.
    Alhamdulillah....rasanya memang tak sia2 cuba set ni. Ingat dulu,time mengandung anak 1st, betis selalu jadi ' krem '. Hi..hi..bahasa Teganu. Atau simpul biawak. Tapi bila makan set Salindah ni, ada lah kena simpul biawak tu satu atau 2 kali mcm tu lah. Alhamdulillah, muntah takde, Cuma rasa loya yg slow je tp tak selalu pun.
    Tp yg mencabar adalah waktu nak bersalin. Bila tengah datang sakit tu, kena makan ubat yg dikhaskan utk waktu tengah sakit nak meneran tu. Tp sayamemang kuatkan semangat dan minta tolong suami pegang ubat tu dan bagi satu-satu. Jalan memang cepat terbuka. Sebab Salindah ni, dikhususkan untuk melembutkan otot2 peranakan dari awal lagi. Saya ingat lagi, 2nd baby ni saya bersalinlebih awal dari yg DR jangka. Awal beberapa jam. Sebab asalnya diorang panggil untuk check 'jalan' je. Ok lah. Saya pergi lah masuk bilik tu dgn suami. Rasa sakit bersalin waktu tu adalah ala2 macam nak datang period. Tapi bila dah baring atas 'bed' utk standby DR check jalan tu, punyalah kuat datang rasa nak meneran. Kelam kabut semua nurse dan bidan yg duduk menyembang kat luar pintu bilik tu. Sebab apa, diorang tak prepare apa2 pun. Cuma sehelai alas putih yg macam pad kita tu je (yg besar tu). Saya pula dah lupa macamana nak duduk dengan betul apabila meneran (pasal anak sulong time tu masuk 4 tahun dah...itu pasal lupa). Yg ni saya memang koyak teruk kat situ.Lps bersalin tu pun, saya tak mkn ubat yg diberi. saya cuma makan Salindah tu. Pasal saya mmg nak tahu keberkesanannya kan. Berdebar juga kot adadatang rasa sakit kalu tak mkn ubat yg DR bg tu. Saya mmg siap pasang reminder lg kat handphone. Ye lah,pasal time tu dah mengantuk gile. Hubby pun dah letih. Lepas seminggu,bidan yg mengurut saya kata ' cepat elok peranakan saya kali ni'. Saya ingat lah, masa yg anak 1st dlm 2 minggu baru elok betul. Pastu,badan pun tak rasa sejuk. Rasa selesa je. Ada sekali tu, kena bawa anak check jaundis kat klinik kesihatan. Dah siap test tu, nurse tu payungkan saya pasal hujann rintik2. Dia kata 'panas nya badan kamu ye. Makan apa? ' Sayaxbgth yg saya amalkan Set Salindah tu. Takut diorg negatif pasal produk tu.
    Anak yg 3rd pun saya mkn Salindah.
    Satu,pdd saya ia murah. Kedua, ia amat bagus. Alhamdulillah.
    From; Gee

    ReplyDelete
  33. macam best jer........... hihihi tak sabar nak ngandung

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. ====================================
    ====================================
    MEMANG BAGUS PERKONGSIAN LYD NI
    ====================================
    ====================================
    Mazni dah baca dari mula sampai habis,
    memang lengkap dengan maklumat.

    Insyaallah, jika ada pasangan yang mencari
    set bersalin, mesti baca artikel ni . Siap ada jadual lagi. Huhu. Memang respek sis

    Andai masih belum ada rezeki nak hamil boleh amalkan doa ni pada Allah swt.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    CONTOH DOA DIDALAM AL QURAN UNTUK ZURIAT
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Doa untuk dapat zuriat, Doa Nabi Zakaria Surah Maryam ayat 4-5
    “Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku.
    Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu…”


    Elok amalkan bersama Doa dari Surah Al-Furqan : 74

    Maksudnya : Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami
    Perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.

    =======================================
    PILIHAN MAZNI MESTI SET BERSALIN SHAKLEE
    =======================================

    Semoga perkongsian ini membawa manfaat ek.
    (\(\
    ( -.-) RING3
    o__(")(") DARI MAZNI

    ReplyDelete
  36. Tq Lydsunshine sebab datang blog Mazni. Serius pos sis banyak bantu Mazni jimatkan masa.
    Tak sangka ada orang yg buat jadual compare bagai semu set bersalin di pasaran

    Dalam banyak banyak tu, sedang cari jawapan untuk soalan2 dibawah ni
    +++++++++++++++++++++++++++++++++
    SOALAN2 INI BERMAIN MAIN DIFIKIRAN
    +++++++++++++++++++++++++++++++++
    1. Mahal Tak Harga Set Ni?
    2. Ada Trial Pack Tak?
    3. Apa review dan testimoni pengguna lepas?
    4. Set ni berasaskan jamu ke?Cara Makannya Macam Mana?
    5. Bila boleh makan set bersalin ni? Lepas bersalin?

    Setakat ni hasil kajian Mazni, memang positif.
    Insyaallah bila sampai masanya akan buat keputusan
    Walaupun hati dah berat nak beli set Shaklee

    Semoga perkongsian ini membawa manfaat ek.
    (\(\
    ( -.-) Assalamu'alaikum Sis
    o__(")(") DARI MAZNI

    ReplyDelete
  37. Saya jumpa blog nie kat FB... ada kawan share
    post nie... tahniah ... betul komen kawan saya tu ...

    blog nie memang terbaik.. :)

    Feel free to surf to my site :: Rahsia Suami Isteri Hebat

    ReplyDelete
  38. kt mna nak beli set tanamera?sapa2 taw

    ReplyDelete
  39. Saya menggunakan set sendayu tinggi anak pertama dan anak ke2.ank pertama saya turun 25kg dan anak ke2 bersalin czer turun 22kg..saya menggunakan bengkung khas dari hospital dan kini saya mengandung anak ke 3. Saya masih memilih sendayu tinggi

    ReplyDelete
  40. assalamuaalaikum....saya ada menjual set bersalin Tropical Herbs(Amway), Nonaroguy & Shaklee...selain tu..barang2 keperluan untuk set2 bersalin...cth mandian herba, tangas, kerusi tangas, lulur @ scrub, tungku besi & sarung herba, tungku herba, tungku baby, barut baby, minyak tropica vco yg tengah famous tu..., param & pilis,...boleh la lawati sbentar ke blog saya yea... @ fb : https://www.facebook.com/SetBerpantangDanBersalin?ref=hl
    tqqqq

    ReplyDelete
  41. Saya pernah guna Set bersalin HPA masa ank first dlu tp tak best sgt.

    ReplyDelete
  42. Salam sis


    sis taknak try Set Bersalin Shaklee ke?

    kalau nak try inform ye saya boleh bagi present so that sis boleh try and bagi review berdasarkan experience sis




    ReplyDelete
  43. Set Confine Mum PREMIUM Leesa Formula terus dari Kilang = RM 280 (Harga asal : RM 350). - "Set lengkap ibu bersalin.."

    P/s: Sediakan alamat sahaja, penghantaran adalah PERCUMA.

    * Terhad selagi stok masih ada.

    Sila Call/SMS/Whatsapp : 010-402 2486
    E-mail - iera.dauz@gmail.com

    ReplyDelete
  44. Ank pertama guna afiat abis pntang lidah jd kebal makan bnda pahit pn tak terasa.. tp x syok guna sbb jamu pahit pastu nk kena rebus akar kayu plak adoh mmg x best

    ank kdua guna sndayu tinggi best tp harganya mahal la ckt..

    ni mgandung ank ke3 cdang nk cari produk yg blh terus mkn n sapu... mlas nk guna produk yg kn rebus bancuh sbb nk pntg sndri jd nk cri produk yg ringkas n senang pkai.. ada tak produk mcm 2??

    ReplyDelete
  45. Saya masa bersalin anak pertama menggunakan produk Sendayu Tinggi dan Nano Roguy...alhamdulillah mmg bagus sangat...Jadi untuk anak kedua ini, saya akan menggunakan produk yang sama seperti
    NR – Minyak Herbanika (Sapuan)
    NR – Krim Herbanika (Sapuan)
    NR – Akar Herbanika 30 bags (Minum)
    NR – Herbanika Lulur (Scrub)
    ST – Amme Complete (Pil)
    ST – Pati Herba Amme (Minum)
    ST – Menthazil Guna Hari Ke 20 (Mandi)
    TYT – Mandian Herba
    Tanggas (Mandi)
    Param Pilis - Mustika Ratu
    ST - Bengkung

    ReplyDelete
  46. Wah.. lengkap perbandingan tu.
    Memang kena pilih betul-betul set bersalin ni.
    Waktu berpantang anak pertama, tak habis pakai pun set bersalin.

    ReplyDelete
  47. Salam..hi sye ade dengar set bersalin spa & ma juga bole tahan sebab set tu xterlalu susah n renyah utk di pakai.. ada 11 barangan dlml set tu, fikir2 mcm nk cuba set tu.. ade ke sesiapa penah cuba set
    Spa & Ma tu?? katanya set tu ala 2 spa di rumah.. easy n sgt lengkap utk di gunakkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya