Iklan! Iklan! Sila Click!

26 December 2012

Deep Feeling.

Sejahteralah ke atas kamu....

Ramai orang kata saya ni 'blur'. Ada banyak sebab kenapa mereka kata saya blur. Salah satunya mungkin kerana saya selalu lambat faham sesuatu benda, atau lebih tepat... saya faham tapi saya melukiskan seribu lakaran kekeliruan di wajah, membuatkan orang menyangkakan yang saya tak faham. Jika alasan kedua yang menyebabkan mereka menganggap saya begitu, maknanya lakonan saya agak menjadi. [ayat cover line]

Itu jika orang lain yang rasa saya blur. Sedangkan saya sendiri tahu saya memang blur. Perasaan saya selalu lambat untuk feel sesuatu perkara yang orang lain biasanya akan excited atau nervous, atau takut. Contohnya driving test sewaktu saya ingin dapatkan lesen  memandu beberapa tahun dulu. Waktu ujian, fikiran saya kosong. Saya tak rasa takut gagal, atau tak rasa pun nak lulus. Perasaan saya berada di skala tengah. Begitu juga semasa bertunang. Sewaktu tiba masa ibu mertua ingin menyarungkan cincin, saya takde pun rasa nervous atau segan-segan untuk keluar dari bilik berjalan ke ruang tamu untuk menyerahkan jari manis ke tangan ibu. Malahan saya boleh berjalan ke ruang tamu seorang diri tanpa diiringi ahli keluarga. [Itu bukan gelojoh hokey]. Sehinggakan pada waktu saya berkahwin, kakak ipar sudah berpesan awal-awal, nanti waktu orang nak sarung cincin, "jangan ko pergi meluru sorang-sorang ke tengah ruang tamu tu. Tunggu orang iring baru pergi". Hehehe...

Kenapa saya nak ceritakan semua perkara yang dah berlalu tu? Inilah yang ingin saya ceritakan. Perasaan saya bila mengandung. Boleh dikatakan apabila saya tahu yang ada satu jiwa sedang struggle untuk hidup di dalam rahim saya, saya happy... tapi bukanlah perasaan excited. Saya pun tak tahu kenapa. Bukan sebab saya tidak mahu anak. Sudah tentu saya ingin mempunyai penguat cinta di antara saya dan suami. Namun, apa yang saya rasa dgn kehadiran satu nyawa di dalam rahim saya hanya biasa-biasa sahaja. Bila saya dah mula alahan pun, saya tetap rasa biasa-biasa jugak walaupun sebenarnya memang tak larat nak menanggung alahan morning sickness tu. Bukan setakat morning, evening, day and night sickness juga boleh dikatakan. Bila tak tahan, saya hanya laluinya sahaja dengan tabah. Apabila morning sickness berlalu, saya bersyukur dan rasa lega. Juga tanpa rasa excited nak makan macam-macam. Mengidam pun tak ada. Semuanya biasa-biasa je.

Bila kandungan saya semakin besar, saya masih lagi tiada rasa excited tu. Kedengaran agak kejam. Tapi lagi sekali ingin saya jelaskan bahawa, saya bukan tidak happy. Cuma saya tidak se'excited' orang lain yang mengalami pengalaman yang sama. Saya biasa-biasa sahaja. Suami saya pun biasa-biasa sahaja. Mungkin kerana kami 'terlebih' rasional [sebenarnya poyo. kehkeh.]dan kami rasakan anak ini hanya pinjaman daripada Allah. Tugas kami hanya melahirkan anak ini dan beri didikan sebaik mungkin untuk anak ini supaya dia menjadi hamba Allah yang taat, mengikut kehendak Allah. Bukan mengikut kehendak kami. Itu yang kami rasa menjadi penyebab kenapa kami tidak begitu excited.

2 hari sebelum ini. saya rasa tidak selesa yang amat pada bahagian perut sebelah kanan. Rasa senak dan rasa anak saya hanya duduk di sebelah kanan sahaja. Pergerakannya pun hanya di bahagian situ. Rasa senak itu disulami sekali dengan rasa sakit belakang, sakit tulang punggung. Sakit tu mungkin sebab saya travel jauh dari KL ke Kuantan 4 hari lepas. 2 hari lepas pula semasa Kuantan dilanda banjir kilat pada masa tu kereta saya terperangkap di dalam kesesakan lalulintas di bandar Kuantan dalam cubaan untuk mengelakkan banjir itu. Lama duduk dalam kereta. Risaunya hati saya hanya diluahkan kepada suami dan hanya Allah yang tahu hati saya pada waktu itu. Walaupun saya tiada rasa excited, tapi saya sayang anak ini, dan saya rasa bertanggungjawab untuk menjaganya sejak dia di alam rahim lagi. Semalam, anak yang di dalam kandungan saya ini genap berusia 28 minggu atau 7 bulan. Saya telah menjalani ujian Ultra Sound untuk kali ke4 terhadap kandungan saya.........

Alhamdulillah, anak saya sihat. Perkembangannya setara dengan usia kandungan. Air ketuban normal. Uri berada di depan bermaksud normal. Berat sekarang 1.1 kg sebesar kubis panjang [kubis cina]. Walaupun jantinanya masih lagi samar-samar, mula-mula doktor kata kemungkinan besar dia perempuan, tapi selepas doktor scan lagi doktor kata dia tukar plak pendapat mula-mula tadi. Doktor kata 60% mungkin lelaki. Yang membuatkan susah nak tengok jantinanya, sebab kedudukan anak saya. Masa scan kandungan 5 bulan dulu dia duduk macam bersujud. Memang tak nampak la jantinanya. So, tunggu untuk scan masa kandungan 6 bulan, dia duduk melintang pastu kaki lurus. Tak nampak lagi. Semalam bila usia kandungan 7 bulan, kedudukan dia kepala di bawah, kaki ke atas, tapi dia boleh lunjurkan kaki plak dalam perut mama ni. Jadi tak dapat jugakla nampak dengan jelas. 

Dan semalam.... bila tengok keadaan anak saya semuanya okay, normal tak ada masalah.... malah dia pun sangat aktif menggerak-gerakkan kaki dan tangannya semasa doktor scan, di hati saya baru muncul perasaan excited yang saya nanti-nantikan selama ini. Ya Allah, terharunya rasa. Dia membesar dengan baik [walaupun dia agak berahsia tentang jantina dia]. Hati saya berbunga-bunga, rasa gembira yang tak dapat nak digambarkan. Mungkin sebab sebelum ni walaupun dia berada di dalam rahim saya, saya tak dapat rasa connection dengan dia sebab dia kecik lagi, quickening pun belum dapat rasa dengan kerap dan kuat. Tapi semalam bila tengok saiz dia dah makin besar serta tindakbalas dia, saya dapat rasakan connection itu semakin kuat. Tambahan pula saya selalu mimpi dia lahir dan saya bermain-main dengannya. Lagi la rasa tak sabar nak tunggu dia lahir. Gerakan dia pun semakin kuat dapat saya rasakan. 

Jadi nampaknya, saya ni memang slow la orangnya. Perasaan excited ini hanya muncul setelah kandungan 7 bulan. Sangat lambat berbanding orang lain. Tapi nervous juga bila memikirkan keadaan masa bersalin nanti. Mohon Allah permudahkan semuanya. Amin..

33 comments:

  1. seronok nye. moga dipermudahkan untuk bersalin nanti. doakan sy ada rezeki juga :)

    ReplyDelete
  2. Oh kembali teringat feel itu.. Ketika melihat si anak bermain sendirian dlm perut kita :)

    ReplyDelete
  3. Salam Lyd..
    Mungkin awak take it easy kan.sbb tuh excited tuh tak obvious sgt..lgpun perasan dtg dan pergi, berubah2..
    tapi bila dah mula rs contact ngan baby dlm perut barulah perasaan tuh akan lebih kerap muncul..percayalah..

    ReplyDelete
  4. dua kali keguguran sebelum kandungan pertama buat saya takut nak rasa excited...kandungan kali ke 3 ni lebih poyo rasanya

    ReplyDelete
  5. tak kisah girl tau boy kan...yg penting sihat dan selamat.

    ReplyDelete
  6. Ahlam excited baca...hehehe xsabar nk tgok baby sis...

    perahsia baby nih eh... xnak bgtw jantina dia...hehehe dia malu kot... :)

    ReplyDelete
  7. Bila tak excited terhadap sesuatu maknanya Lyd seorang yg tenang, tak ada darah gemuruh & tak gabra dlm tindakan. Proses kelahiran pasti akan menjadi mudah, tiada aksi yg merisaukan org lain dan tiada jeritan...semoga Allah permudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  8. hubby pun selalu pesan mcm nie, wpun teruja dgn baby dlm nie..jgn over sgt, simpan sikit. cuba la jgk..part yg plg payah bila baby asyik tendang2..memg rasa happy dan suka sgt..sukar nak gmbr perasaan tue

    ReplyDelete
  9. alhamdullillah... nampak gayanya semua baik... kedudukan baby pun dah cantek... semuanya berada dlm keadaan baik.. syukur... semoga terus sihat dan baik sampai bersalin nanti.. dah 7 bulan.. tak lama dah tu.. kan.. :D

    ReplyDelete
  10. Mrs Eady : mesti lah sukeee... :)

    Afazs : InsyaAllah. Saya doakan awk diberikan rezeki oleh Allah.

    MamaVogue : Seronok kan? Rasa terhibur bila fikir, apa la yg engkau main tu nak? Sorang2 pun boleh jadi.

    UmmuAidan : Mungkin juga kot. Tapi skrg dah mula rasa excited wp trlambat perasaan tu muncul.

    Nafisa81 : Sbb tu la tak berani nak excited sangat kan?

    FnF Simple Life : Betul tu Fnf. Saya pun terima je lelaki ke perempuan. Asalkan sihat dan sempurna.

    Ahlam : Tenkiu dear sebab baca dgn excited. Akak pun tak sabar nak tgk my baby...

    Jay Ar : Aminnn... Amin ya Robbal Alamin. Semoga doa JR dimakbulkan. Saya pun berdoa agar semuanya dipermudahkan.

    desperate mama : tenkiu. Blur mmg cool.

    Mrs Lurve : Kan? Bila dia bergerak tu saya mesti rasa nak gelak. Semalam masa tgh doktor scan tu saya nampak dia bergerak, saya boleh tergelak. Sebab rasa cam comel sgt.

    jassNani : Alhamdulillah. In Sya Allah akan okay sehingga tiba saat kelahirannya nanti. Cuma doktor kata kedudukan boleh berubah lagi ni. Nervousnya bila nani kata dah dekat tu. nani pun tgh tunggu masa je kan? Selamat lah semuanya.

    ReplyDelete
  11. semoga selamat semuanya.. setiap dari kita tak samakan tindakannyer.. walau apapun hanya kita yang tahu...

    ReplyDelete
  12. hahahha CuTE laa kak lyd ni ;D
    harap segala nya dipermudahkan ye kak Lyd Na doa kan utuk kak Lyd AMIN..

    ReplyDelete
  13. Tak kisah blur atau slow, yang penting kita tetap akan rasai dan lalui apa orang lain rasai..

    Cuma beza lamabt sikit je :D

    ReplyDelete
  14. Bila dah ada anak kecik yang lincah nanti, jangan blur blur sangat tau... kena pantas sikit...

    ReplyDelete
  15. salam akak.. :).. dah 7 bln, alhamdulillah :)..
    smg semuanya sht walafiat.. smg bersalin dgn mudah nanti.. akak dh ambik air selusuh? (betul x ejaannya) hehehe.. lady pun x th lady excited ke x, yg pasti lalui dgn keadan tkt2.. huhuhu.. mcm2 ketakutn dilalui..

    ReplyDelete
  16. moga selamat melahirkan nnti yek lyd...kalau org dlu2 mmg xbg terlalu excited sblm 7 bln...smuanya sbb diorg risau pape yg berlaku...

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum lyd...semoga dipermudahkan semuanya yer...:)

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.... Semoga semuanya berjalan lancar... xsemestinya kita kena tunjukkan keterujaan kita tu pd org yg penting kita tahu siapa diri kita kan.. :D

    ReplyDelete
  19. Gila la..terfeeling aku baca entry ni..teringat kat arwah mak aku..agaknya macam tu la kot perasaan dia masa mengandungkan kitorang..

    Rasa macam aku pulak yang teruja nak tunggu anak kau lahir..kalau lelaki, letak nama H tau..hahaha

    p/s: aku xnampak kau pun kat kuantan 2 hari lepas..-_-"

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah...dtg juga rasa excited tu yer walaupon lambat...hehehe...

    Semoga di permudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
  21. kita mmg ada persamaan..saya susah nak nervous (exam besar, nikah dll). selamba je. Masalah jugak tau, sbb jadi too relax.

    Tapi lepas bapak saya meninggal, saya jd mudah nangis bila tengok cite yg ada kematian org tersayang. saya rasa terkesan..

    *tak tau jantina best jugak, surprise!

    ReplyDelete
  22. semoga dipermudahkan. akak pun sama. tak ada la excited sangat2. tapi seronok tengok dia membesar dgn sihat dalam perut ibu yang membawanya ni. connection dgn anak mmg kuat sebab dia rasa apa yang ibu dia rasa.

    ReplyDelete
  23. alhamdulilla..jga diri yer lyd..
    semoga dipermudahkan semuanya nanti ;D

    ReplyDelete
  24. saya excited masa anak kedua ni.masa maisara dulu tak de rasa apa2 pun..pelik!

    ReplyDelete
  25. moga dipermudahkan kak lyd bersalin nt..x sabar nk golek2 bdk kecik ni..hehe

    ReplyDelete
  26. aku doakan semuanya dipermudahkan..amin..

    ReplyDelete
  27. masa anak 1st pun sama cam kamu.. lambat eksaited.. takpe.. yg penting amanah tu kita jaga sebaiknya..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...