Skip to main content

Panduan Membeli Breast Pump ~ Konon

Sejahteralah ke atas kamu,.....

Apa keperluan breast pump?
Kalau ada yang tertanya-tanya, apa pekdahnya nak beli-beli breast pump plak ni? Kalau nak breastfeed anak, bagi direct je la kan? Nak buat apa nak pump plak. Okay... boleh bagi direct kalo ibu tidak bekerja dan sepanjang masa ada di sisi anak. Ibu yang tak bekerja pun kadang-kadang perlukan juga breast pump ni untuk pump susu bila time bengkak susu, atau anak taknak menyusu ke. Bagi ibu yang bekerja, selepas berpantang kalau nak berterusan memberi si anak  dengan susu ibu, memang perlu lah pump dan buat stock susu. Simpan dalam freezer. Bawak pegi nursery/pengasuh berapa banyak dose yang anak perlukan. Jadi, dengan cara ini dapatlah anak tu minum susu mama dia sampai le susu mama dia kering. Kebaikan susu ibu rasanya ramai yang dah tau. Kalau tak tau bleh Google. Baik untuk bayi dan baik juga untuk ibu tu sendiri. 


Electronic Breast Pump atau Manual Breast Pump?
Jawapan saya mudah saja. Itu terpulang kepada keperluan masing-masing. Terpulang kepada kerajinan masing-masing. Dan terpulang kepada berapa banyak masa lapang masing-masing. Yang paling jelas bila pakai breast pump elektronik, ialah masa mengepam  yang lebih singkat. Kita ni kan memanjang je nak cepat. kalo pengepam pada waktu pejabat, lagi la nak cepat-cepat. Kita tak perlukan usaha yang gigih untuk menggerakkan tangan pun semasa mengepam. Cuma biasanya breast pump electric ni lebih mahal. Biasa la kan.. Lagi kompleks, lagi mahal la.

Manakala breast pump manual pulak lebih murah. Tapi lebih versatile sebab boleh digunakan tanpa power supply, senang cakap kalau pergi hutan Amazon yang tak ada sumber elektrik pun kita masih boleh pump susu. Cuma masa mengepam lebih lama dan tangan lebih penat. Tapi apa ke jadah plak kita nak gi hutan Amazon kan? Itu je la beza yang ketara. Jadi sama ada nak beli yang manual atau elektrik... ikut suka korang.



Aksesori Tambahan Bagi Breast Pump
Sebelum membeli breast pump, kita tentu akan mempertimbangkan banyak aspek seperti; harga, fungsi, kelebihan, kekurangan, suction strength dan jenama yang dipercayai. Daripada apa yang saya dah siasat, harga setiap breast pump, biasanya takkan berbeza banyak di antara satu kedai dengan kedai yang lain. Kalau beza pun beberapa RM sahaja. Itu pun kalau kamu hanya bercadang nak membeli breast pump semata-mata. Tapi biasanya, kalau kita beli breast pump, kita juga perlukan peralatan-peralatan sokongan untuk membuat stock susu, atau untuk membantu penyusuan. Di antara peralatan-peralatan sampingan yang diperlukan untuk membuat stock susu [bagi ibu bekerja] ialah;


1.  Ice Pack - Yang ini penting untuk membawa susu jika tiada tempat menyejuk beku. Ice pack berfungsi untuk mengekalkan kesegaran susu dalam jangka masa yang lebih lama tanpa peti sejuk.

Lebih afdholll kalau beli yang reusable. Boleh le guna berulang kali sampai hancho ice pack itu.


2.  Storage Bags - Terdapat 2 jenis produk yang dipanggil storage bags. Pertama beg plastik kecil yang digunakan untuk mengisi susu yang telah di pump. Dan satu lagi ialah beg yang lebih besar untuk membawa stock susu [untuk travel].
Storage plastic bags.
Storage plastic bags. Sama fungsi dengan storage bottles. Cuma yang ini lebih menjimatkan ruang peti sejuk anda.
Ini pun storage bag jugak. Fungsinya untuk bawa stock susu dari satu tempat ke satu tempat lain. Contohnya dari ofis ke rumah. Dari rumah nak bawak balik kampung. So, nanti kat dalam bag ni la perlu letakkan ice pack tu. Supaya kekal sejuk.

 

3. Storage Bottles - Sama fungsinya dengan storage bags jenis beg plastik kecil. Untuk menyimpan susu yang telah di pump.

Storage bottles. Rupa dia lebih kurang macam botol susu biasa, cuma atasnya takde puting. Penutupnya penuh.


Yang di atas tu antara peralatan tambahan yang penting untuk buat stock susu. Peralatan lain bergantung la kepada keselesaan masing-masing. Diantara peralatan sokongan lain yang mungkin diperlukan seperti; 

4.  Nursing pillow - Untuk mensapot bayi semasa penyusuan. 




5.  Nursing bra - Untuk memudahkan penyusuan. Korang faham-faham sendiri la kan. Nursing bra dengan bra biasa berbeza daripada segi clip dia. Ada clip tambahan di bahagian hadapan.

6.  Breast Pad - Ini untuk menampung pengaliran susu yang berlebihan semasa menyusu. Nanti pad ni akan serap susu yang mengalir tu.






Jenama

Medela
Kalau baca daripada banyak website dan testimoni, sepakat menyatakan bahawa jenama terbaik breast pump adalah Medela keluaran Switzerland. Terbaik daripada segi produk dan juga maintenance dan after sale service. Yang pasti harga pun mesti la 'terbaekkk' punya. Memang mahal la ni. Perbandingan daripada segi kadar sedutan yang lebih lembut dan paling menyerupai hisapan bayi bukan abah bayi. kuheh. Kadar sedutan itu juga boleh laras [bagi mesin electric Swing dan FreeStyle]. Bunyi yang lebih perlahan berbanding jenama lain. Tapi still ada bunyi. Lebih ringan dan kecil berbanding jenama lain. Medela Freestyle disertakan dengan rechargeable battery dan boleh buat double pumping. 


Medela Free Style


Bermakna... dalam satu masa, boleh pump dua-dua belah. Manakala Medela swing plak takde double pump. Hanya sebelah je pada satu masa dan tidak boleh menggunakan battery.
Medela Swing


Ada juga manual. Namanya Medela Harmony.



Spectra
Kat di persekitaran saya, ramai ibu-ibu susu menggunakan jenama Spectra. Mungkin sebab Spectra ni agak murah berbanding dengan Medela dan fungsi dia pun not bad la. Yang paling famous ialah Spectra 3. Spectra 3 ada kebolehan untuk buat double pumping. Bunyi dia agak kuat. Rupa paras dia 4 segi sebongkah je macam tak sty-lo sangat. Berat pun lebih daripada Medela Swing dan Freestyle. Tak boleh menggunakan bateri. Dan kuasa sedutannya lebih kuat cuma takleh laras kekuatan tu. Ada satu mode je la. 


Ini Spectra 3. Kan sebongkah je rupa dia.


Spectra Dew 350. Lebih power daripada Spectra 3 dan Dew 300. Tapi lebih berat. Ada double pump.
Spectra Dew 300. Ringan sikit daripada Dew350.  Tapi lebih power daripada Spectra 3. Boleh double pump.

Bagi spectra Dew ni, rekabentuknya comel juga. Saya belum pernah tengok in real life, tapi saya pernah baca di blog seseorang, saiznya sebesar separuh bola bowling. Dan agak berat berbanding spectra 3. Saya pernah mempertimbangkan untuk beli model Dew ni, tapi tak ada package yang menarik hati saya masa nak beli dulu. Breast pump jenis Dew ini juga tidak boleh menggunakan bateri. Sayang sekali. Kalo pegi hutan Amazon, tak dapat la nak gunakan pump ni.


Spectra Handy Breast Pump pula adalah breast pump manual

Macam pam basikal pun ada. Ehehe.


Avent 
Avent adalah keluaran daripada Philips made from England. Biasanya jenama Avent ni orang beli yang manual punya. Bagaimanapun, Avent juga ada keluarkan breast pump electronic. Contohnya Breast Pump Single Electronic ni. 
Smart kan design dia? Terus je sambung kat botol susu. Kecik pun kecik. Tapi voltage dia rendah je, dalam 100-240V je. Maknanya kuasa sedutan dia mungkin slow skit kot. Boleh digunakan secara manual jika tiada bekalan elektrik. Gambar daripada Avent Philips

Ini pula Philips Avent ISIS IQ DUO. Twin Electric breast pump. 
Satu lagi breast pump electric yang ditawarkan oleh Philips Avent ialah ISIS IQ DUO. Waktu saya pergi MidValley Maternity and Kids Expo baru-baru ni, satu-satunya booth yang sempat saya singgah dan tanya pasal breast pump ialah booth Avent ni la. Itu pun mereka tengah berkemas nak balik. Harganya satu set lengkap ialah RM1499. *Tersungkur*. Yang ini pun boleh dijadikan pump manual kalo takde letrik. Lain-lain adalah breat pump manual Avent. Dah biasa tengok kan? Tak yah citer kat sini ye?


Tommee Tippie
Dalam banyak-banyak brand, saya paling berkenan dengan Tommee Tippie ni. Dengan motto "Closer To Nature", membuatkan saya menggelupur nak beli brand ni. Tapi memandangkan Breast Pump Electric Closer To Nature ni, single pump, so rasa cam tak jadi plak. Memang tak jadi la senang cite. Walaupun rupa parasnya comel. Saya baca review di blog, Breast Pump Tommee Tippie ni not so bad la. Walaupun orang kata tak berapa bagus ke apa ke. Kalau nak baca review tulus ikhlas daripada orang yang dah pernah pakai Tommee Tippie Breast Pump Electric ni boleh click sini ; - Aku Bukan Bidadari

Tommee Tippie Close To Nature. Boleh menggunakan electric dan bateri.

Satu lagi keluaran terbaru Tommee Tippie ialah Double Electric Breast Pump. Yang ni kalau tengok gambar nampak cam canggih skit. Sebab dia ada jam digital. Ceh tak pasal aku anugerahkan dia dengan status 'canggih' semata-mata sebab ada jam digital.

Still closer to nature. Yang ini tak tau la kat mana nak cari kat Malaysia ni.


Selain tu, ada lagi jenama lain yang saya tak masukkan dalam ni. Kalau rajin korang silalah Google sendiri satu persatu jenama-jenama ni; Ameda, Autumnz, UniMom, The First Year, Lansinoh dan lain-lain. 



Pembelian Yang Berbaloi
Ada banyak kedai online dan pusat menjual barangan keperluan bayi yang menjual breast pump.Semuanya menawarkan harga yang tidak jauh bezanya. Jadi, bagaimana ingin membuat pembelian yang benar-benar berbaloi? Macamana nak tau offer yang ditawarkan itu adalah yang terbaik? Breast pump mana yang terbaik untuk dibeli supaya tidak menyesal?

Lain orang lainlah kriteria yang membuatkan mereka puashati. Bagi saya, apa yang perlu dilakukan paling utama adalah menilai dan membuat perbandingan beberapa jenama sebelum membuat keputusan untuk membeli breast pump. Tidak semestinya apa yang kawan-kawan kita pakai, sesuai dengan kita. Dan tidak semestinya apa yang orang lain tidak selesa pakai, tidak sesuai dengan kita. Faham maksud saya?Yang penting berani mencuba dan kena yakin la dengan pilihan yang kita buat tu. Jangan mula-mula kita nak beli kemre Sony, pastu sampai kedai tetiba je berubah fikiran beli Olympus. Memang menyesal tak sudah la. Eh.. eh.. ni citer pasal breast pump. Takde kaitan dengan kemre. 

Jika kamu dah pilih jenama breast pump tertentu untuk kamu beli, perkara kedua yang perlu kamu pertimbangkan ialah : apa yang didatangkan percuma bersama breast pump itu. Saya cadangkan supaya kamu mencari breast pump yang dijual secara package, tapi pastikan package tersebut berbaloi. Cemana nak tau berbaloi ke tak? Kamu kena calculate sendiri, harga setiap barang yang diberikan di dalam package tu dan compare jumlahnya jika kamu beli barang-barang itu secara berasingan. Kalau kamu perhatikan betul-betul, jenama yang menawarkan breast pump dengan harga mahal, telah disertakan sekali dengan package tertentu contohnya Medela FreeStyle dan Avent ISIS. Dalam tu disertakan sekali storage bottle, storage bags, bottle rack dan lain-lain. 


Saya Beli Yang Mana?
Okay, tibalah masanya untuk saya ceritakan apa yang saya beli. Hehehe. Package yang saya pilih ialah di One Baby World.  Saya telah membeli breast pump biasa-biasa saje, iaitu Spectra 3 yang sebongkah tu. Sebab hanya itu je mampu. Syukur Alhamdulillah. Kalau ikutkan, saya nak jugak beli Spectra Dew atau Tommee Tippie. Tapi tak jumpa package yang agak lengkap mengikut keperluan saya. Saya perlukan ialah beg untuk bawak stock susu, ice packs, storage bags dan storage bottles. Jadi saya kongsikan kat sini package yang saya pilih iaitu ; 

Spectra 3 **FLEXI BREASTPUMP PACKAGE** from One Baby World.

Harga sebenarnya RM597.00 tapi dengan package dapat RM406.00. Barangan yang termasuk di dalam package ini ialah;

  • 1 unit of Spectra 3 Breast Pump worth RM388.00
  • 3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
  • 10 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag worth RM38.90
  • 1 pc of Autumnz Comfort Nursing Bra** worth RM39.90 (please indicate the size of the bra before Check-Out !)
  • 1 pc Autumnz Trendy Cooler Tote worth RM18.90 (you can change to a Cooler Bag / Cooler Tote - see Step B below)
  • FREE 1 pc BPA-Free Deluxe Drying Rack worth RM39.90
  • FREE 1 pc Receiving Blanket worth RM15.90
  • FREE 4 pcs Washable Breastpad worth RM12.90
  • FREE 2 pcs RM10 OBW Shopping Voucher worth RM20.00
  • FREE RM10,000 Sum Insured Personal Accident Insurance Cover


  •                 
TOTAL NORMAL PRICE = RM597.40
TOTAL PACKAGE PRICE = RM406.00                               
TOTAL SAVINGS = RM191.40
  • One more thing, postage is also FREE^ if you live in peninsular Malaysia!

Ni gambar package tu. 


 

 

Saya pun tak pasti pembelian saya ni berbaloi ke tidok. Ah, tak kira la berbaloi ke tak. Saya dah beli pun. Tak dapat nak undur balik. Sekarang tengah tunggu bungkusan sampai je. Yang pasti, apa yang disertakan di dalam package ini saya rasa saya betul-betul perlukan. 

Untuk ibu-ibu yang sedang mempertimbangkan pembelian breast pump, harap-harap panduan ini berguna untuk kamu. Dan untuk pembaca setia blog saya... Sorry kalau entry ni takde kena-mengena. Mungkin satu hari nanti kalau perlukan panduan, boleh rujuk sini okay?



 

Comments

  1. Saya baca jugak lyd..buat panduan kot ada rejeki. Kalo tak pun utk pengetahuan am.

    *masih ralat lg psl kamera ya lyd? Smpai terkenang2! Brg yg lps jgn dikenang..^__^

    ReplyDelete
  2. tima kasih utk entry nie, bab breastpump nie memg agak cimplicated nak pilih..kejap nak itu nak ini... masih dlm pertimbangan ag nak beli breastpump apa

    ReplyDelete
  3. Ye panduan yang sangat bagus..

    Tapi mamavogue guna yg Medela Harmony tu :) Husband yg beli pun, sebab time tu dah terberanak..hihi

    ReplyDelete
  4. Saya pakai medela manual je..memang lembut je sedutan dia..tengah2 pump kerap je rasa LDR.walaupun manual tapi tangan taklenguh...dalam 20 minit dah dapat 5 oz....surirumah mcm saya tak payah la pakai yang bateri ke letrik ke...sebab medela manualdah cukup terbaik bg saya..

    ReplyDelete
  5. masa dalam pantang, saya guna madela harmony....

    bila masuk kerja, terus tukar kepada spectra 3... senang, sambil buat kerja, sambil buat project mengepam dalam tudung.... bunyi dia tak bising... boss tak perasan pun saya tengah mengepam... hehehehehe

    ReplyDelete
  6. syukurlah ibu sekarangni yang banyak panduan dari kawan2... akak dulupun dah ada tapi tak sehebat sekarang..
    carilah yang terbaik dan bersesuaian dengan kita...

    ReplyDelete
  7. panduan yg amat berguna buat ibu2 yg memerlukan info di luar sana

    ReplyDelete
  8. bagus info nie lyd..ibu2 bekerja pun elok BF baby mrk..baru lebih healthy..jgn bagi ss lembu nanti jd mcm anak lembu...nasib baiklah saya takyah risa sgt psl BF nyer cite nie sbb direct jer bagi..nasib baik tak lanjut..hehe

    ReplyDelete
  9. woaaaaa..detail sungguh penjelasan ko lyd..mcam dah anak 3 pulak aku rasa..hahaha..nampak sangat keterujaan ko ok..

    baru ni aku dpt email ade org nak jual breast pam yang ada 2pam tu sekali eksesori mcam-macam yang aku rasa murah sgt..baru 3ratus dan barang tu baru sekali pakai..

    ko rasa takpe ke kalau aku belikan tu je untuk bini aku nanti..nampak sngat ke aku macam kedekut sebab belikan barang 2nd hand atau lebih tepat 2nd breast..haha..

    ReplyDelete
  10. YM BUndle :
    Haa.. Kan mcm byk pengalaman plak aku. Excited nak kongsi dgn org lain. Lagi satu sbb nak buat entry SEO. Aku tau ramai ibu mengandung akan goggle tajuk ni. Hehehe.

    Aku rasa okay je kalo ko beli 2nd punya. Takde masalah pun. Tak kedekut pun. Aku kalo ada offer beli brg 2nd hand yang masih elok, yang baru 2,3 kali pakai aku pun suka. Tapi sebab aku tak jumpa.

    ReplyDelete
  11. Ujie : Thanks sebab baca. Org2 yang rajin membaca mcm Ujie ni selalunya banyak ilmu.

    Mrs Lurve : Selamat memilih. Mmg pening nak pilih. Sbb semuanya nampak okay.

    MamaVogue : Ramai yang kata Medela Harmony ni okay. So, rasanya memang okay la kot.

    Diana : Diana pun guna medela harmony ke? Kalau tak penat tangan maknanya bagus jugak la guna yang manual ni kan?

    FnF Simple : Sama-sama awak. Harap2 info ni berguna utk awk jugak.

    Desperate Mama : Spectra tak bunyi ke? Oo.. betul la.. saya rasa kalo baru2 dia senyap je. Bila dah lama2 dia agak berbunyi. Kena hantar service pastu baru dia senyap balik. Awk adalah pengkomen ke 3 yang pakai medela Harmony juga selain MamaVogue dan Diana.

    ChoZila : Alhamdulillah. Makin lama makin mudah utk mencari info pasal breast feeding ni. Apa-apa pun pengalaman org2 yang dah pernah laluinya macam akak, tetap diperlukan.

    Syiela : Terima kasih. Harap berguna utk awak.

    UmmuAidan : Hehehe. Betul tu. Direct UmmuAidan bagi nasihat. Lagipun kalo bagi susu ibu, connection antara ibu dgn anak tu lebih kan?

    ReplyDelete
  12. JR belum pernah gunakannya...no komen..ihik....

    ReplyDelete
  13. tips y super duper bagus & panduan t terbaek buat ibu2 y nk BF anak.. mmg complete la penenrangan awk...

    sy doakan moga awk berjaya bf anak sepenuhnya..insyallah...

    ReplyDelete
  14. salam ladysunshine
    Hehehe.
    Tirana aduka dtg melawat

    ReplyDelete
  15. tgh berusaha kumpul duit nak beli freestyle... angan angannye...

    ReplyDelete
  16. Wahhh panduan yang lengkap untuk yang masih tercari2 :)

    Dah gaya promoter barang ha :D

    ReplyDelete
  17. masa bpantang n mula2 msuk keja sy pkai pam pureen..tp hubby hadiahkan madela swing..alhamdulillah both msih bguna smpi skrg..slalu sy pkai swing time outstation sbb die ringan n bleh guna bateri if xde power supply;)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum...
    terima kasih selalu singgah blog nani.. nani kadang2 BW gak.. tapi tak semua pun sempat.. rindu nak celoteh kat sini.. :) macam mana skrg? bertambah sihat ka? ada apa2 problem pinggang lagi tak? hmmmm.. nani dah tunggu time je ni.. skrg dah 33 weeks.. :) tu pun doktor bagi 1 minggu je lagi.. tengok air ketuban.. kalau level bahaya, kena ler operate.. sbb baby songsang.. hopefully semuanya baik2 belaka.. preparation utk prem baby dah doktor wat.. so kalau baby kecil pun.. mgkn baby kuat paru2 nya.. sbb dah inject kuatkan paru2 baby ritu.. :)
    >> nani tak penah guna breast pump .. so far air susu banyak sangat.. meleleh2.. so just tahan je dlm botol.. tapi hasil tak ler berbotol2 mcm tu.. :D

    ReplyDelete
  19. mak aih..saya nak komen apa ea?

    err kalau breast pump tu tersangkut ngan bulu dada, camner cara mengatasinya

    erk!

    ReplyDelete
  20. hehehehehe.. dpt pengetahuan tentang breast pump nih... walaupn msih bujang... tq akak ^-^v

    ReplyDelete
  21. gd sharing ni. singgah baca dalam cuti2 mesia ni hehehe

    ReplyDelete
  22. saya beli spectra 3 & avent manual. tapi last2 dok guna yg manual jugak. mcm lebih puas kot suction lebih kuat :)

    ReplyDelete
  23. kak Lyd nanty Na da kawen pastu neranak Na akn refer dgn ka lyd smua pekara taw ;D

    ReplyDelete
  24. macam2 jenis ye ada dijual...tu lah akak SRT..tak guna pun dulu...direct jer...

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum lyd...memang lengkap semua penerangan info ini moga jadi panduan yer...;)

    ReplyDelete
  26. Banyak respon di sini. saudari dah boleh niaga benda-benda ni, takkan stakat promote aje.

    ReplyDelete
  27. beli jenama pureen je. manual sebab tak guna sangat kan. guna pun time bengkak susu je. lepas tu simpan. ok je lyd. beli ikut kemampuan. kalau harga beribu tp tak mampu tak guna jugak. ngeee...

    ReplyDelete
  28. bli yg medela harmony tu, rm299 jek, ade mmber nk bg pinjam yg medela freestyle tp x nk sbb leceh nk basuh, aku kn bleh thn pemls nye, nk bli kene tgok gak cara bsuh renyah ke idok

    ReplyDelete
  29. Fine way of explaining, аnԁ goοd artіcle to take infοrmаtiοn сoncerning my pгesentаtion tοpic,
    ωhich i am gοing to delivеr іn school.


    Here is mу blog :: www.v-strommers.it
    my webpage: planetside 2 hacks

    ReplyDelete
  30. Bagusnye info..! Kurang skit kmpius bab mncari bp ni. Tq..:)

    ReplyDelete
  31. tengah google2 storage bottle ternampak akak punya entry ni. sy pakai freestyle. benda termahal pernah dibeli. cincin kawen pun x semahal ni gamaknya hoho. thanks sharing ya

    ReplyDelete
  32. tengah survey pasal nursing bra, tetibe smpai ke sini. hihi
    Fizza pun masih pening lg nak beli breastpump yg mane 1.

    Maybe beli yang medela manual dulu kot. klau rase semua dah beli n budget lebih, baru leh pk freestyle tu...huhuu

    ReplyDelete
  33. Salam, terima kasih sbb buat panduan ni. Drpd zero knowledge bolehla saya dpt 50% knowledge. Lg 50% nk kene buat proses survey dan survey harga. Huhu. Thanks bnyk2.

    ReplyDelete
  34. Thanks 4 this entry..mmg tgh survey2 psl b.pump ni..

    ReplyDelete
  35. thanks utk info ni.. mmg tengah cari detil segala bagai sbb nak beli dah . tgl brpe bln je .. so masa pantang dah boleh ajar ank sekali .. so masa kerja xla pening @ risau..

    ReplyDelete
  36. tq for the info..sy lebih suka guna yang manual..skrg consume medala harmony manual.so far sgt2 berpuas hati..

    ReplyDelete
  37. salam saya nk tanya, apa beza cooler pad dengan cooler bag?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, cooler pad tu ice pack ke? Kalau ice pack tu fungsi dia mcm air batu. Tapi boleh guna banyak kali sbb dia dlm plastik. Untuk mengekalkan suhu susu. Cooler bag plak fungsi dia mcm flask. Melambatkan perubahan suhu.

      Delete
  38. Salam.. Sy nk tnye spectra 3 tu single ke double pam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang iklan ye..sape2 berminat pump avent natural single electric terpakai bole call saya warranti masih ada setahun lebih.bole hubungi saya 0123639969.nego smpi jadi

      Delete
  39. I used to Avent Breastpump, I prefer Avent brand, it is the best choice for mommy......

    ReplyDelete
  40. saya cari yang senyap sape nak suggest..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang senyap medela swing kot. Saya tak pasti juga sebab saya guna spectra 3. Memang perlahan je bunyinya. Tp bila dah lama2 akan jadi kuat juga bunyi tu.

      Delete
  41. Buy Philips Avent Online | Best price,avent malaysia discount & promo code at Motherhood.com.my Malaysia.

    Visit Now - http://www.motherhood.com.my/brands/philips-avent

    ReplyDelete
  42. salam..yong dtg baca entry awok..tq naa sbb banyak membantu..hehe iolls tgh survet breastpump

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya