Iklan! Iklan! Sila Click!

31 December 2010

2010 Yang Bla.. Bla... Blew..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

2010 adalah tahun yang terbaik bagi seumur hidup saya setakat ini... Walaupun pada awal-awal tahun tu saya mengalami saat-saat yang sukar. Sukar sangat. Bila dikenang akan kesukaran tersebut, hati terasa sangat pedih. Tapi bermula bulan Februari, Mac, April dan seterusnya.. Sehingga la ke Disember, kehidupan saya sangat-sangat baik pada tahun 2010 ini... Terbaik boleh dikatakan begitu. Kenapa?

Kerana pada tahun 2010 ini, saya telah menemui semula jati diri saya yang telah saya hilangkan pada tahun sebelum-sebelum ini... Hubungan sesama manusia juga telah saya perbaiki, dan semakin baik kini. Dan harapan saya semoga segalanya akan semakin baik bagi masa-masa akan datang. Saya juga telah menemui tujuan hidup saya, maka saya lebih fokus untuk ke arah itu sahaja. Tujuan hidup saya adalah... Untuk menuju hari akhirat. Dunia ini hanya jambatan utk ke akhirat.

Begitu juga dengan sifat dalaman saya. Saya tak tau sama ada benar atau tidak, tetapi saya dapat rasakan yang tindakan saya semakin matang. Sifat baran saya semakin menurun, mungkin sebab dah penat membaran masa muda-muda dulu kan? Kehkeh. Fikiran buruk sangka saya juga sudah semakin luput daripada fikiran saya. Saya kini adalah seorang yang semakin baik. Begitulah saya menilai diri saya sendiri. Dan saya yakin kamu yang mengenali saya dgn rapat juga dapat melihat perubahan saya. Betul tak? Hihi...

Di atas kemajuan saya bagi tahun 2010 ini... Tiada lain yang ingin saya luahkan. Melainkan.... Rasa bersyukur dan segala pujian bagi Allah, Tuhanku yang Maha Agung. Yang Menyayangi saya, memberikan saya limpah kurnia-Nya yang banyak. Yang tidak membiarkan saya terus hanyut begitu lama di dalam kelalaian. Yang Menunjuki saya, jalan yang lurus. Ya Allah.... Aku, benar-benar memerlukan kasih sayangMu itu akan berpanjangan selamanya untuk diriku, walaupun sehingga langit runtuh.

2010, adalah tahun yang terbaik utk saya. 1431Hijrah juga adalah tahun yang terbaik untuk saya. 2011M dan 1432H harapnya akan menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun ini.... Saya akan terus memperbaiki diri saya supaya saya menjadi umat Islam yang berfungsi besar kepada agama. Dan akan memastikan diri saya menjadi warga negara yang berbakti kepada Malaysia. Apa yang perlu saya sematkan dalam hati.. adalah... "Peluang untuk hidup di dunia ini, memanglah hanya sekali. Jika ingin menikmati hidup yang sementara ini, perlu berada di landasan yang benar dan tidak lari dari perintah Allah. Hidup bukan tentang diri sendiri semata-mata. Bukan hanya 'membahagiakan diri sendiri, keluarga dan kawan2 terdekat' sahaja. Tetapi, cuba rapatkan ukhwah sesama umat Islam yang lain, yang tidak kita kenali di luar sana. Bersatu bersama umat Islam yang makin lemah kini."

Erm... Itu azam tahun baru saya, bagi kedua-dua tahun Masihi dan tahun Hijrah. Saya yakin saya mampu lakukan! Sunshine boleh!

29 December 2010

Takde Tajuk

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

10.24pm.
Tadi saya dah tido. Sbb saya sakit perut. Pastu saya bermimpi saya nak pegi satu tempat, erm.. macam ke belah utara. Dan saya tumpang keta OrgKgBaru dan suami beliau. Mat Aatif pun ader jugak. Mak abah saya pun ada jugak tumpang keta tu. Pastu, masa singgah kat satu perhentian mcm pump station... Saya beli jeruk. Pastu masa terkelam kabut nak teruskan perjalanan, masa nak naik keta tu... Saya tak sengaja tertumpahkan kuah jeruk tu, pastu terkena kaki suar suami OrgKgBaru. Huh... OrgKgBaru beriya marah saya. Saya takut giler. Beliau kata "Suar husband aku ni kalo kena bacteria sikit pun tak boleh... inikan plak kuah jeruk!!".

Pastu oleh sebab saya segan dan rasa bersalah... Saya tak tumpang beliau la.. Saya dgn mak abah saya turun. Then tempat tu tetiba jadi mcm FunFair... Ada 'merry-go-round'.. *sesape yg tak tau, Merry Go Round tu kerusi yang berpusing tu, contoh mcm kuda berpusing2. Tapi ni bukan kuda tau.. Tapi gajah. Gajah hidup plak tu. Gajah tu kena pasang kat tiang2 Merry Go Round tu, then berpusing2.
Tapi semua gajah2 tu bila saya tgk, saya rasa kesian. Sebab semuanya kurus2 dan tua. Kecuali seekor. Sekor je yg betul2 sihat, muda dan gemuk. Saya baru je terdetik dalam hati... "Wah, cantik gajah ni..". Siap ada pelana lagi kat badan dia. Lepas habis je ayat pujian saya pada gajah tu... Dan-dan je gajah tu terlepas dari tiang merry-go-round tu... kemudian dia turun, dan semua gajah2 tu terlepas pastu kejar saya dengan mak saya.... huuwaaaaa..... Creepy gile. Saya takut giler. Saya pegang tangan mak saya, bawak dia berlari dengan perasaan bersalah sebab takut jantung mak saya tak tahan berlari. Nasib baik akhirnyer selamat sebab kami menyeberang jambatan. Phewwww....

Then saya terjaga dengan jantung yg berdegup kencang. Ketakutan. Pastu dah takleh nak sambung tido balik. Tulis blog. Now nak tido la semula.. Kehkeh.

26 December 2010

Mat Rempit..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Bila saya drive, saya selalu rasa takut dgn penunggang2 motorsikal. Tu la.. Saper suruh jenayah ragut tu kebanyakannya dilakukan oleh perompak yang menunggang motosikal? Bila dengar mcm ader bunyi moto nak lalu kat tepi keta saya, saya otometik akan curiga. Terasa mcm mereka nak rompak saya. Huhu.. Padahal ramai giler kawan2 saya merempit dgn moto. Mr Storm pun mat rempit jugak kadang-kadang. Dan mat rempit yang paling tegar sudah semestinya abah saya... Saya paling takleh lupa bila member saya cakap, "Salida, aku nampak ayah ko ari tu, naik moto 3 org."... Hahahahaha... Sabar je la. 3 org tu, abah saya yang bawak moto, 2 org kawan beliau [Pakcik Man dan Pakcik Mat],bonceng kat belakang.

Ada beberapa pengalaman saya dgn mat rempit ni... [Sila baca, mat rempit = penunggang motosikal]..

Kisah 1 :

Masa kereta saya buat onar kt tgh-tgh trafik light Jln Bangsar... Waktu itu... Kereta saya dah terus tak boleh gerak, sebab bateri 'kong' dan menghalang laluan. Tetiba ntah dari mana datang, sorang mat rempit... berhentikan moto beliau dan tolong tolak kereta saya ke tepi, dgn dibantu oleh sorang mat rempit lain... Huu.. Terharu... Hanya sempat ucap tima kasih je. Tak sempat nak bergambar dan amik otograf... Kot2 kalo dia membaca... saya nak ucapkan terima kasih byk2 kat dia.

Kisah 2 :

Ada sekali ni[malam], saya singgah Midvalley semasa dalam perjalanan balik dari rumah kakak saya. Masa tu kalau tak silap, sebab nak beli coklat utk buat hantaran bertunang utk my love, Mr Storm. Waktu balik tu, kira mcm dah lewat gak.. Sebab kedai dah banyak tutup... Lepas 2 minit saya drive keluar dari parking, ada satu motor dari belakang, potong keta saya. Masa beliau kat tepi keta saya tu, beliau toleh pada saya, then bile melepasi keta saya beliau tenung depan keta saya, beliau bagi isyarat tangan mcm suh berenti dan tunjukkan 5 jari mcm mintak 50 sen. Saya dah confused. Apsal plak dia buat isyarat mcm tu. Nak mintak duit dari aku ke? Bumper aku tercabut ke, then kalo repair kena bayar 50 hinggit ke? Alamakkkk.. Dah berdebor dah saya masa tu... Tapi mat rempit tu tak plak berenti. Lepas dia buat isyarat tu, dia terus berlalu pergi... Saya pening memikirkan masalah itewww... Why? Why? Dan Whyy dia berkelakuan begitu terhadap saya? Huuuuuu.... Sambil nak pening tu... baru terperasan... saya tak pasang lampu. Kehkeh.. Rasa nak sekeh pala sendiri 12 kali. Padan le gelap je 'masa depan' pada waktu tu. Haiihhh... Salida... Salida... Apa nak jadi.


Kisah 3 :

Saya seperti biasa memandu sendirian. Malam. Waktu tu saya turunkan cermin tingkap. Sbb mcm nak menghirup udara tak segar kat KL ni. Dah terbiasa bernafas menggunakan udara KL ni, sampai rasa cam ketagih... Kehkeh.. Pastu, saya dgr mcm ada bunyi moto dekat dgn kereta saya... Kemudian dengar pulak suara penunggang moto tu mcm bising2, saya dah berdebar giler dah... "Ni dah sah nak rompak aku la ni", kataku di dalam hati ku yg kudus ini... Saya baru je nak tutup tingkap, dan nak drive laju2, tapi moto tu sempat lalu tepi keta saya... Rupa-rupanya 2 org remaja lelaki... tgh bergelak ketawa, riang gembira bersembang sesama mereka, dgn memakai baju melayu. Baru balik dari masjid kot. Pastu sempat lagi bagi salam kat saya "Assalamualaikum kak"... sambil sengih2. Comel je.. Nakal betul...

Jadi, nampak sangat saya ni mmg kuat perasan. Hehehehe... Tapi takpe.. Saya rasa curiga itu perlu. Kerana apabila kita curiga, kita akan lebih berwaspada. Memang, malang tidak berbau busuk atau wangi... Kalo malang nak dtg, takde 3 kali peringatan pun sebelum terjadi tu... Walaupun kita berwaspada... kadang2 kalo nak jadi, jadi gak.. Cuma... Berusahalah mengelakkan kemalangan sedaya mungkin.

Utk mat rempit atau minah rempit yang membaca entry ini... Maaf jika anda terasa.. Hidup zaman skrg ni, bila jenayah dah jadi seperti makan kari kat kedai mamak je... Terpaksa berburuk sangka. Tu la... Kerana sirap setitik... jadik bandung susu segelas. Huhu. Peacee...

24 December 2010

Penyembuh Atau Pe'tidak'nyembuh?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Sekarang musim hujan. Ramai yang tak sihat. Demam. Selsema. Batuk. Termasuk la saya. Kalau pegi klinik.... Doktor akan balik-balik bagi Paracetamol dan antibiotik. Bosan lah nak makan ubat. Tak suka makan ubat tu bukan sebab rasanya yang tak berapa nak sedap tu. Tapi..... haihhh.. Ntah le. Mind setting saya terasa mcm ubat tu adalah racun. Hehehe. Kampung betul.

Satu masa dulu, saya suka ambil supplement [vitamin tambahan]. Ntah macam-macam jenis la saya makan. Vitamin C , B Complex, Calcium, Trace Mineral, Vitex, EPO dan macam-macam lagi la. Kononnya utk memelihara kesihatan dengan lebih baik. Lagipun, bila makan supplement... Terasa seperti diriku ini manusia moden yang intelektual.

Memang la mereka[pengeluar] kata supplement yang mereka hasilkan diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Dari buah oren la, biji anggur la, herba lingzhi, ginseng, apa jadah semua kan. Tapi... supplement tu akhirnya dipersembahkan dalam bentuk pil, atau cecair atau serbuk utk dimakan. Pastu keadaannya pulak mcm elok je, tak basi, tak membusuk. Kalau produk tu betul-betul semulajadi.... proses penguraiannya juga mesti la semulajadi kan? Jadi, saya rasa seolah-olah semua supplement yang dikatakan sebagai 'semulajadi' tu... dah melalui berbagai-bagai proses kimia dan ditambah dengan mcm-mcm bahan kimia lain untuk menjadikannya tahan lama dan boleh disimpan bertahun-tahun.

Sekarang ni bila saya sakit... demam atau selsema... saya cuba utk elakkan makan ubatan moden. Supplement pun saya dah tak makan. Sebab saya rasa mereka tu mengarut['mereka' ke? Hehehe. Salah penggunaan kata ganti diri kedua sungguh la saya ni.]. Saya selalu terasa bila saya makan ubatan moden, seolah-olah badan saya dipenuhi bahan kimia. Hehehe.. Sepatutnya ubat yang kita makan tu, memang la akan dikumuhkan melalui buah pinggang dan akan keluar balik. Cuma... persoalannya... Adakah semua sisa kimia tu keluar kesemuanya? Erm... Benda-benda tu la yang akan tertinggal dalam badan dan dipanggil toksin tu. Ntah byk mana la toksin dalam badan kita ni kan? Bukan setakat ubat je. Makanan yang kita dok lahap tiap2 hari tu. Mcm air sirap pun, pewarna tu mesti bahan kimia gak kan? Makanan-makanan yang ada pewarna banyak lagi la kimia... Huuu.. Takot..... Saya dah le suka makan gula-gula & makanan ringan... [Konon-kononnya kalo suka makan gula-gula dgn makanan ringan tu nak tunjukkan saya muda remaja la kot.. Hahahaha].

Kalau doktor baca blog saya ni, mesti mereka cakap saya bengong. Yelah.. Kalau tak tau tu lebih baik jangan ckp ye tak? Buat malu je. Tapi tak kisahlah.. Saya dah kata, pendapat saya tentang ubat-ubatan moden tu adalah perasaan saya dan mind-setting saya semata-mata. Tidak disokong oleh sebarang fakta lain.

Ayat-ayat sendal....
*Penah dengar tak 'orange powder'? Orange powder diperbuat daripada buah oren.... Persoalannya... Kalau orange powder is made from buah orange... Jadi, kalau baby powder is made from what lah? Heheheh... Saje je melawak... Lawak daripada Dr.Jeff.

*Antibiotik sungguh busuk.... Kenapa? Mungkin kerana diperbuat daripada sumber biologi seperti kulat dan microorganisma. Sila rujuk MyWiki. Kadang-kadang bau antibiotik ni mcm kencing kucing je. Busuk giler. Kalo nak makan mesti tahan nafas.

I.D.E.A

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Jam : 1.33am

Kalo Mr Storm tau saya masih berjaga selewat ini sekarang, mesti saya kena nasihat dengan nada tegas oleh beliau. Huhu. Dan kalau pagi esok saya susah nak bangun tido, mesti saya tak sempat nak masak untuk bawak bekal, then saya lambat sampai ofis. Pastu bila JekJan tanya kenapa lambat, bleh la saya salahkan jiran saya yang park keta dia blocking keta saya. Kehkeh.

Blog saya sejak kebelakangan ni seolah-olah terbiar. Ntah la kenapa. Saya nak post a new entry, tapi takde idea. Dah puas perah otak sekali dgn tempurung kepala utk kuarkan idea.. tapi tak juga kuar. Agaknya sebab saya bahagia, ilham pun terus tak keluar. Ooppss... Sebelum ni, yang bila saya post entry banyak2 tu, bukan sebab tak bahagia. Bahagia jugak. Cuma sekarang lagi bahagia. Erm.. MamaJue dgn OrgKgBaru mesti tumpang gembira bile dgr saya bahagia kan? Sebab dulu time saya sedih, mereka berdua le yg mengadap muka saya. Hehehe.

Ok.. Tu je la. Lain kali la sambung. Seriously... Tak ada idea la.

20 December 2010

Saya Dan Mr Storm

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....




Join giveaway Petak Bunga.

Aku tahu aku jatuh cinta bila aku rasa selesa berdampingan dengan orang tu. 

Hek eleh,.... Kecoh nak bitau semua org pasal kisah percintaan sendiri... Takpe.. takpe.. Relax... Nak citer jugak.

Saya dan Mr Storm sama skolah menengah. Kami sebaya. Namun tak pernah berkawan pun masa skolah dulu. Tapi saya tau dia tinggal kat mana dan dia anak sapa. Dan saya rasa, dia pun tau saya tinggal kat mana dan anak siapa. Sebab kami berasal dari DUN yang sama.

Masa sekolah dulu, saya tinggal di asrama. Mr Storm pun, kalo tak silap saya... tinggal di asrama. Dan dia ada adik pompuan. Nama Ina. Pun tinggal di asrama. Cuma saya dah tak ingat Ina ni sebilik dgn saya atau tak. Tapi saya berkawan la dgn Ina tu. Ina muda 2 tahun daripada saya. Waktu skolah menengah tu, Mr Storm hensem. Mungkin waktu tu dia budak2 lagi, so jambu la kan. Hehehe. Saya siap beli gmbr waktu Hari Sukan yang ader muka Mr Storm secara senyap2. Then simpan dlm album. Pastu masa saya volunteer kemas stor skolah, saya jumpa satu bundle buku-buku rekod keputusan peksa masa kami tingkatan 1. Semua kelas ada. Cikgu nak buang utk lupus. Tetiba saya jumpa buku rekod Mr Storm. So, saya amik gmbr berukuran pasport yang tertampal kat buku tu.. Pun saya simpan dalam album.. Huhu.. Stalker. Lupa nak tgk result peksa dia, kot2 bleh la tau dia tu cerdik ke bodo masa skolah dulu. Hahahah...

Penah sekali tu, Ina ckp pada saya yang dia tak suka orang [pompuan] yang berbaik dgn dia semata-mata nak dekat dengan abg dia [Mr Storm la tu]. Saya plak masa tu mmg suka kat Mr Storm. Tapi saya mengaku jgk kat Ina.. "err.. Inaa... [sambil tersipu2, muka gatal nak mampusss], akak pun suka jgk kat abang Ina sebenarnya..." *mesti Ina rasa nak cakar je muka saya masa tu kan... Heheh. Saya bitau Ina pun sebab saya tanak dia sangka saya kawan dgn dia sebab nak ngorat abg dia. Sbb mmg saya suka Mr Storm, tapi takde niat pun utk ngorat. Alaa.. Mcm minat2 artis. Minat Yusri KRU, minat Keanu Reeves.. Mcm tu je. Bukan nak bercinta dgn dia pun. Sbb Abg Di saya pesan.. Kalo nak minat org, lebih baik minat member sama skolah. Bleh tgk tiap2 hari. Kalo minat artis takleh tgk secara live. ~Alasan.

Saya buat confession pada Ina yang saya suka pada abang dia tu, waktu tu saya Form 5. Ina Form 3. Tapi Ina sokong plak tu. Dia kata try la berkawan dgn abang dia. Siap bagi no tepon umah dia lagi suh saya call. Heheh.. malu betul. Ntah2 Ina saje je perli saya sbb dia pun ingat saya kawan dgn dia sbb nak dekat dgn abang dia.

Kalo nak tau, masa saya skolah dulu, saya biasa suka2 kat org. Tapi takde la hubungan yang lebih2. Cuma saya berani je tegur org yg saya suka tu. Tapi dgn Mr Storm, saya takde plak terfikir nak pegi berkawan dgn dia. Saya ingat lagi, masa Form 5, ader sukan skolah. Rumah sukan saya ialah Rumah Biru - Megat Terawis. Waktu pemilihan Ketua Rumah sukan... Mr Storm dipilih jadi Ketua Rumah Biru. Dan kawan baik saya, Zee sebagai Penolong Ketua. Tapi Mr Storm masa tu samseng taik kuceng skit. Langsung tak tunjuk muka. Tak dtg meeting. Tak collect duit. Tak jalankan tugas pun sebagai Ketua Rumah Biru. Saya plak, oleh sebab kawan baik saya Penolong Ketua Rumah, saya le yang tolong temankan Zee pegi buat tugas2 yang sepatutnya dia buat dgn Ketua Rumah Sukan. Huhu... Saat yang paling saya tunggu2 bile Zee kena jumpa Mr Storm utk bagitau update atau utk serahkan hasil kutipan yuran sukan kepada Mr Storm. Saya dok belakang Zee je. Hehehe.. tapi saya still tak bercakap dgn Mr Storm.


Lepas habis skolah.... saya masuk kolej. Paling last saya tau Mr Storm masuk satu kolej kat Kuantan. Kadang-kadang ader juga nampak dia naik bas yg sama dengan saya kalau nak balik kg. Tapi sangat jarang. Lepas tu dah tak tau lagi hal dia dan dah tak pernah nampak dia lagi. Kemudian, makin lama... makin sibuk dgn urusan sendiri... Dah habis belajar, praktikal, kerja... Saya pun dah tak ingat lagi pada Mr Storm. Langsung terlupa kewujudan dia kat dunia ni. Rasanya 10 thn kot. Saya tamat kolej tahun 2000.

Tahun 2009, Disember.... Ada kawan sekolah menengah yang invited saya utk join gathering bagi batch kami. . Saya excited nak pegi sebab gathering yang sebelum-sebelum ni saya takde kesempatan utk join. Kawan saya yang incharge tu namanya Hazlie. Lepas saya confirmkan kehadiran... Hazlie call saya utk bertanya khabar... Dia pun mula la senaraikan siapa yang bakal hadir ke gathering tersebut... Tak ramai pun yang akan hadir. Tapi saya tak kisah pun kalo tak ramai yg nak dtg. Asalkan dpt jumpa gak kawan2 lama, wp tak berapa rapat. Masa bersembang dengan Hazlie tu, dia ada cakap juga kawan2 lain yang dia dapat contact, tapi yg tak boleh hadir... Termasuk nama Mr Storm. Erm... Saya mcm tak amik port pun. Takde plak rasa excited pun bile dgr nama dia. Nmpak sgt dulu saya suka dia tu bukan suka betul2 kan? Nampak sangat suka memain je. Heheh.

Seminggu lepas gathering... Saya dapat satu 'friend request' daripada seseorang. Saya mcm tak kenal, tapi biler tenung lama-lama nama tu, tetiba baru saya perasan nama tu ialah Mr Storm. [Biasanya kat skolah, org panggil dia dgn nama samaran dia. Hazlie pun sebut nama samaran dia, sebab tu saya mcm tak berapa ingat nama sebenar Mr Storm.]. Friend request tu saya accept. Then Mr Storm wrote on my wall.. Dia kata lama tak jumpa saya. Erm... Saya agak pelik gak masa tu. Mcm le masa skolah dulu kami berkawan. So, sembang2, kami plan utk jumpa. Bermula daripada situ la... Kami mula berkawan. Berkawan biasa-biasa je. Takde pun kuar dating. Cuma sekali sekala jumpa. Atau lepak ramai2. BerSMS jarang-jarang sangat. Call lagi la bleh dikira dgn jari-jari kaki je.

Mula-mula berkawan dgn Mr Storm... Saya tak suka dia... Sebab saya rasa dia terlampau byk cakap. Saya rimas. Pastu dia selalu buat lawak yang saya rasa tak kelakar pun. Tapi kadang2 ader jugak la yang kelakar. Saya rasa bosan sgt dgn dia masa tu. Hehehe.. Lagipun waktu saya jumpa dia semula, saya baru lepas putus cinta. Padahal, saya tau Mr Storm nak hiburkan hati saya yang selalu sedih masa tu. Efforts dia saya bleh nampak la. Dan dia mmg sangat berusaha untuk jaga hati saya... Huuu... Terharunya saya bila saya kenangkan perkara itu skrg.

Dah lama-lama berkawan..... baru la saya sedar yg saya ni pun byk cakap dan bleh buat org rimas. Pastu, saya pun selalu buat lawak yg tak kelakar. Pastu, saya dah mula dapat rasakan chemistry antara saya dgn Mr Storm. Saya boleh bercakap merepek-repek pastu dia bleh plak melayan saya merepek. Vice-versa. Ntah macamana... Satu hari tu, pada bulan 9 2010... Mr Storm call saya... Dia melamar saya by a phone call. Saya terima.. :)... Sebab, bila dah lama2 skit berkawan dgn dia, saya dapat memahami dia dgn baik. Saya tahu dia dari keturunan yang baik. Akhlak dia juga baik. Menjaga iman dia. Dan yg paling penting, saya boleh rujuk dia kalau saya keliru tentang Islam. Saya juga selesa menjadi diri saya sendiri bila bersama dia. Saya tak cuba jadi org lain. Kesimpulannya... Saya suka Mr Storm waktu saya terima lamaran dia. :D Ngeee... Gateii... keh..keh...

Jadi, skrg... saya sangat bersyukur... Sebab saya dapat bersama orang yang saya betul-betul suka.. dan sesuai dgn perangai saya. Karektor dia, memang seperti yang saya mahu. Kadang-kadang saya rasa, perangai kiterang sama. Gaya bercakap pun dah lebih kurang sama. Kami pun suka benda yang sama. Dan kami bercakap dgn 'bahasa' yang sama. Apa yang kami mahu dalam kehidupan pun sama. So, apa lagi yang saya mahukan? Termakbul doa-doa saya selama ini... Ngee... Suka.. Yey! Yey!


 

19.5.2014.
Kalau ditanya aku sekarang, bila masa aku boleh jatuh cinta dengan suami aku... aku pun tak dapat menjawab dengan tepat. Semuanya datang sedikit demi sedikit selepas kami bernikah sebab kami bercinta pun selepas nikah. Sehari demi sehari menjadi isteri dia, aku belum pernah rasa benci kepada dia, yang ada hanya kasih dan sayang yang semakin menebal.





 

Apa yang aku pasti, aku tahu aku jatuh cinta terhadap suami, bila;

1. Dia selalu akan mengalah dengan aku tak kira siapa yang mulakan pergaduhan. Kadang-kadang aku nak juga mengalah bila aku yang cari pasal. Tapi selalunya tak sempat aku nak mengalah, dia yang akan minta maaf dan pujuk aku. Perkara begitu, walaupun kecil bagi orang lain.... sangat bermakna untuk aku.

2.  Sikap rajin dan suka menolong orang walaupun diri sendiri susah tu yang paling aku rasa susah untuk jumpa dalam diri seorang lelaki. Aku tahu lelaki suka tolong sesama kawan lelaki mereka. Ada juga lelaki yang akan tolong kalau pertolongan tu tak membebankan, tapi suami aku ni.... dia memang akan berkorban diri sendiri untuk tolong orang. Kadang-kadang aku rasa dia dipergunakan orang dan dibuli oleh orang lain yang suka ambil kesempatan pada kerelaan dia menolong orang. Bila aku suruh dia menolak bila orang minta tolong, jawapan dia senang je... "Bubi tolong semata-mata kerana Allah. Bukan kerana nak balasan daripada orang tu".

3.  Yang paling membuatkan aku rasa sangat jatuh cinta dengan suami aku ialah dia ni sangat menghargai aku. Setiap perkara, walau sekecil mana pun... dia akan ucapkan terima kasih. Contohnya memasak. Padahal, tiap2 hari aku masak untuk dia. Tiap2 hari juga dia akan ucapkan, "Mama, terima kasih sebab masakkan untuk papa, tolong jaga anak kita, tolong sediakan keperluan papa. Papa terharu.". Padahalm aku rasa apa yang aku buat tu, semua isteri pun buat betul tak?

4.  Chemistry. Aku dengan suami aku memang sangat-sangat serasi. Boleh dikatakan selalu sangat kami sebut benda yang sama. Lepas tu kalau ada apa-apa yang berlaku depan mata, komen kami selalunya sama. 

5.  Aku ada sebut dalam entry kat atas ni pasal suami aku selalu buat lawak bodoh dan banyak bercakap. Sekarang, bila dah 3 tahun aku kahwin dengan dia.... Baru aku tahu bila dia banyak bercakap dan buat lawak bodoh tu sebenarnya bila dia tengah nervous. Dan sekarang, baru aku tahu yang masa mula-mula jumpa aku dulu, dia nervous. Selepas kawen, baru dia kata yang dia jatuh hati pada aku masa pertama kali keluar dengan aku sebab dia kata aku ni comel sangat [tangan atas bahuuu]. Ye lah, at least di mata dia aku comel. Tu je dah cukup. Hahaha.

16 December 2010

Gubahan Hantaran Bertunang - Tuala/Towel




Sejahteralah ke atas kamu yang membawa blog ini...

Kita bertemu lagi dalam entry yang tak menarik ini... Tapi kali ni, malas nak cerita detail-detail sangat. Cukup le dgn gambar dan penerangan ringkas.

Gubahan Hantaran Pertunangan - Tuala atau towel



Motif : Buah-buahan. Tapi tak tau buah mende. Hahahha. Sbb kaler dah le kelabu kan? Pastu ada putet plak kat atas tu.

Kalau nak buat bentuk bulat2 tu, gumpalkan surat kabar. Buat le saiz yg berbeza-beza skit. Baru la seni. Tapi saiz tu jgn la jauh beza sgt. Kemudian ikat guna benang atau getah gelang. Kemudian hiaslah dengan daun2 atau apa-apa bahan tambahan yang lain. Bahagian bawah tuala yang tak diikat jadi bulat tu, lipat masuk ke bawah. Kira mcm pandai2 le cover. Dan daun-daun tu membantu untuk cover bahagian bawah tuala yang berserabut tu.





Gubahan Hantaran Bertunang - Bakul Buah-buahan



Bakul buah-buahan ni, kat bawah tu, lapik dgn kain organza. Kalau bakul tu besar sgt, dan buah tak cukup, kat bawah tu bleh letak kertas yang digumpal2. Kemudian, boleh gunakan kain organza yang sama untuk balut keliling tangkai bakul tu. Pastu letak bunga yang seragam dgn dulang hantaran lain.


Gubahan Hantaran Bertunang - Sejadah



Motif : Ntah la motif apa. Yang penting lipat je mcm notebook terbuka. Pastu hiaslah ikut suka kat tepi-tepi tu dgn manik apa-apa yg patut.

Sebab Tu La Aku Malas!


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Semalam saya pegi Seminar ICT Personnel di JPA Cyberjaya. Huuu, nyaris dah nak menangis sebab kena pegi sorang-sorang ke tempat yg tak penah pegi. Ok.. Saya mengaku saya belum penah pegi Cyberjaya. So what? Heheh. Tapi nasib baik la ada orang yang sudi nak tolong hantarkan. Siapa lagi. Mr Storm la. Tapi bukan nak cerita pasal beliau pun kali ni...

Waktu saya pegi tu, peserta-peserta kursus yg hadir, ada dalam lebih kurang 150 org. Kira mcm ramai la. Semua ICT Personnel dari jabatan-jabatan kerajaan. Dah tu, kenapa saya terlibat? SSM bukan kerajaan.. Huhu... Tapi takde hal punye. Alang-alang dah berjaya sampai ke situ, just go with the flow je la kan? Saya pun amik tempat lajur yang di tgh-tgh, barisan kedua dari depan. Huh... Bersemangat kesukanan membara betul. Then mulalah susah nak tidur. Sebab betul2 duduk depan penceramah, sebab seat barisan pertama semua kosong. Cheh.. Bingai. Saya ada la juga bersalam-salaman dgn peserta-peserta lain yang datang dari berbagai-bagai Jabatan.

Waktu pembentangan, mmg la mengantuk. Tapi tahan je la. Karang bos tanya kat seminar tu cerita tentang apa... Jenuh la berdarah hidung nak jawab kan? Pastu tiba time makan. Saya beratur belakang sorang akak dari Jabatan... erm... jabatan apa ntah. Tak fokus plak masa dia cerita tu. Tetiba masa beratur tu... saya ternampak kasut dia.. sama dgn kasut yang saya pakai pada waktu itu. Design, warna, brand... semua sama... Huuuwaaa.... benci betul! Yang penting, saya buat-buat tak nampak je la. Hehehehe.

Sebab tu la saya malas nak beli kasut yang jenamanya ramai org beli. Sebab ada potensi untuk jumpa orang lain pakai kasut yang sama... Huhuhu.. Malunyer lah!

Nak tengok kasut tu? Hahahah.. Ini dia... Memang tak dinafikan, designnya agak ke'makcik-makcik'an. Tapi selesanyaaaaaa.... Tak bleh nak digambarkan. Lebih selesa daripada kasut-kasut lain yg lebih mahal yang pernah saya beli sebelum ini.



Jenama : Comfit by Bata.
Harga : RM59.00 saje.

First time saya beli kasut Comfit ni tau. Memang selesa giler. Biasanya tgk kakak dan kawan-kawan je yang pakai. Sebab dulu, saya lebih mementingkan paras rupa daripada keselesaan. Minah berlagak. Memang gitu. Hahahaha... Kutuk diri sendiri. Tapi sekarang... Biarpun rupanya kurang menarik, asalkan selesa dipakai pun dah ok. Saya rasa mcm nak beli lagi 10 kasut Comfit lepas ni. ~Tamak. Cuba la korang beli kasut brand ni. Mesti korang akan rasa best giler.

13 December 2010

Forgive But Not Forget!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Penah dgr tak ayat yg saya jadikan tajuk entry ni? Kalo tak penah dengar pun tidak mengapa. Maksud ayat tu ialah... "Memaafkan tetapi bukan melupakan". Sesuai digunakan jika ada seseorang yang melukakan hati atau buat salah pada kita. Mungkin kita boleh memaafkan dia... Tetapi... Takkan sekali-kali dapat melupakan apa yang dia lakukan tu.

Saya ni seorang yang cepat lupa pertelingkahan dengan orang lain. Biasanya saya tak simpan dalam hati pun jika hati saya terluka. Bak kata big boss saya "learn how to let go". Saya simpan di dalam hati dan praktikkan apa yang beliau pesan itu. Tapi..... Walaupun saya cepat melupakan... ada juga beberapa peristiwa yang berlaku kepada saya... yang saya rasa saya dianiaya, atau disakiti... Yang tidak akan dapat saya lupakan seumur hidup. Saya telahpun memaafkan mereka yg terlibat. Tetapi... saya takkan dpt lupakan apa yang mereka lakukan kepada saya.

Sebenarnya hanya ada 2 orang je. Seorang daripada mereka, saya masih boleh berlagak seperti perkara itu tidak pernah berlaku. Tetapi, yang seorang lagi... saya masih tidak boleh melihat dia. Hati saya masih terasa sakit bila melihat dia. Ntah la kenapa saya masih merasa begitu. Mungkin apa yg dilakukan kepada saya terlampau ridiculous.

Tah hapa-hapa entry ni. Kehkeh. Buang masa ko je baca kan?

Berlinangan Airmata Sebentar.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Semalam saya pegi jalan-jalan shopping dengan CikAtul selepas dah 6 thn tak shopping sama-sama dgn beliau [propa la tu 6 thn.] . Maklumlah.. Beliau bz bershopping dgn tunang je. Dan saya pon selalunya banyak je program time-time weekends. Jadi, semalam kami ada la jugak masa utk spend together sebelum kami kawen. Huhu.. Nnt mesti dah takde peluang dah nak gedik2 dgn girlfriend. Sbb nnt masing-masing dah ader suami, mesti tergedik dgn suami je. Kehkeh. [CikAtul mesti rasa tak best jalan dgn aku dah skrg, sbb takde org nak tolong bawakkan barang-barang beliau, disamping takleh manja-manja mcm dgn tunang. Huhu.. ].

Ok..Sebenarnya saya nak citer pasal perfume. Saya suka perfume. Tapi bukan semua jenis saya suka. Saya tak boleh tahan dgn perfume yg baunya mcm terselaput. Mcmn nak jelaskan bau yang terselaput tu ye. Istilah tu saya sendiri yang bagi. Kekeke. Perfume saya baunya fresh. Dan fruity. Contoh perfume yang baunya 'terselaput' ialah... Armani Diamond. Ader org hadiahkan kepada saya. Walaupun saya cuba utk suka. Tapi saya tak suka jugak. Then perfume Kenzo pun baunya terselaput. Givenchy pun. Paco Rabbanne : Ultra Violet juga. Byk lagi la perfume yg membuatkan saya pening. Tapi tak larat nak senaraikan kat sini. Pastu, antara perfume yang saya suka dan baunya tidak terselaput... ialah... D&G Light Blue. Dan Salvatore Ferragamo : Incanto Siries. Tapi Salvatore Ferragamo mmg saya sangat suka. Siri Incantonya boleh dikatakan semua saya suka. Kecuali Incanto Heaven. Sbb bau dia pelik. Yang lain semua saya suka. Charms, Dreams, Bliss, Bloom. Best giler baunya.

So, semalam... Masa temankan Cik Atul beli perfume utk hantaran... Saya pun skodeng gak Salvatore Ferragamo. Mula-mula nak bgtau harga dulu. Harga mana-mana Incanto yg bersaiz 100ml ialah RM330. Semalam, promotion yg ada di Metrojaya Midvalley : 2 botol Incanto [Charms dan Bliss], kedua-duanya bersaiz 100ml berharga RM399 sahaja... Saya dah la suka 2-2 skali. Kalo nak beli utk hantaran... erm.. saya kawen lambat lagi. Bulan 6 tahun depan. Sempat aku pakai dulu kang. Huuwaaa.... Saya kepingin sangat. Tapi Mr Storm mesti tak izinkan punyer. [Tapi saya belum tanya dia pun.. Saya agak je. Sbb saya macam faham je macamana pemikiran beliau.]. Walaupun tak tanya, smlm masa saya letak status saya kat FB, ader Mr Storm comment. Dan saya mcm faham je mksd comment beliau tu. Huuu... Baiklah awk... Saya ikut ckp awak... Tapi takpe la. Nnt kalo dia takmo belikan 2 botol utk saya, saya tetap akan mintak jugak wp sebotol Incanto Charms dari Mr Storm utk hantaran saya. Beliau jangan ingat beliau selamattttt... Hahahaha...







My Nieces and Nephews.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Saya ni bukanlah seorang maksu yang mithali. Tapi kadang-kadang saya rajin la juga layan bersembang dgn anak-anak buah saya yang very the tak sikit tu.

Baru-baru ni, masa pegi umah Kak Teh saya, saya dengar anak-anak buah saya bersembang sesama sendiri. 'Aaina [9 thn] dan Siti Sarah [10 thn].

Mula-mula 'Aaina ckp "Ader ustaz tu bagi ceramah, pastu ustaz tu kata.. bahaya kalo minum Milo, sbb dalam Milo tu ader cacing. Ustaz tu kata, sardin pun bahaya gak. Sbb org tu letak katak dalam sardin. Ngarut je ustaz tu." [Pandai plak si 'Aaina ni menilai berita fasik. Heheh. Kalo maksu dia ni dulu, main percaya je kalo dpt informasi mcm tu.]

Then Siti Sarah pun sambung....
"Ha.. ah la.. Ustaz aku pon penah cakap... kalo minum air sirap pun kena berhati-hati. Sebab dalam sirap tu, kadang-kadang ada semut api"...

Saya? Erm.. Blur. Siti Sarah ni mmg kelakar + unik + misteri. Saya ingatkan ader gosip pasal dlm sirap tu dierang letak bahan terlarang ke, mcm bahan kimia mende2 ke. Rupa-rupanya sbb ader semut. Haihh.. Sabo je la aku.

Erm.. Anak buah saya sorang lagi... Namanya Razin. Dulu masa dia lebih kecik daripada sekarang, dia pelat. Pastu bila dia tengok Wonderpet, watak yang kura-kura tu dia panggil 'Tuye-tuye'. Hehehe.. Comel giler.

10 December 2010

Bubble Tea

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Ini adalah bubble tea. Yang dibelanja oleh Ustazah Alia sempena pertunangan saya. Heheh. Gigi atuk ni bersinar sangatlah! Perisa coklat. Rasa mcm air milo. Tapi ader makhluk bulat-bulat di dalamnya. Sedap dan menghiburkan. Sbb bleh kunyah2 makhluk yang bulat-bulat kenyal itewww....



Makhluk yg bulat-bulat ni rasanya mcm tepung pulut yg digentel kecik-kecik... Tapi versi yg kurang air. Ahh.. What ever la. Hahaha.

05 December 2010

Emosi Dan Tuala Wanita


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kelakar je saya rasa bila tengok iklan tuala wanita, yang motifnya berkenaan dengan 'memulihkan emosi wanita'. Ada beberapa jenama yang saya tengok. Yang pertama, menawarkan bentuk tuala wanita, melengkung di hadapan, lebar di tengah dan berbelah di belakang.... Dan yang kedua menawarkan corak berwarna-warni yang ceria, dengan harapan.... mood wanita yang datang bulan tu boleh berubah dgn keadaan tuala wanita yang ditawarkan mereka. Hahaha... Kelakar la...

Sebagai pompuan, kamu sendiri tau emosi kamu sewaktu period memang ajaib. Tak ada apa pun yang dapat membantu memulihkannya betul tak? Walau orang yang paling kamu sayangi pun belum tentu dapat meredakan emosi kamu. Kadang-kadang siap kena marah lagi. Kalau tak kena marah pun, paling best pun kena buat tak tau je la dgn kita. Dah tu, org yang paling disayangi pun kena marah, ada apa la dengan tuala wanita. Buat le corak apa pun pada tuala wanita tu, kalau dah namanya emosi, emosi le jugak.

Tapi emosi ni, kalau bleh, jangan la dilayan sangat. Kalau layan, mmg susah nak control. Kalau bleh walau takde mood mcmn sekali pon, daripada kamu meroyan tak tentu pasal, lebih baik kamu tidur. Kalau dah tak larat nak tidur, dok diam2 je sorang2 dalam bilik. Surf internet. Kalau nak suruh bersukan time datang bulan ni, mmg hangin je la satu badan kan? So, just sit back and relax. Then makan coklat. Kalau saya, mmg menjadi la tactic makan coklat ni. Time stress tu, bila kunyah je coklat... ermm... rasa mcm meresap kat otak..... then tetibe je rasa ketenangan dan mood hepi. Tapi biasanya sekejap je la berkesan. Time angin meroyan datang lagi, mood hepi hilang... Bertukar jadi raksaksa Gorgon gak. Lalalala...

04 December 2010

Blogger World

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kadang-kadang bloggers ni agak chumel jugak. Sebab ada beberapa 'signature habits' bloggers yang saya perasan selalu dilakukan oleh bloggers. [Termasuk la saya. Lalalala. Cuma bezanya, saya tak chumel. Saya jelita. Owhh... Pleasee... Jgn muntah.]

Signature 1 : I'm So Sorry.
~ Bila dah lama tak update blog, bloggers suka mintak maaf dgn followers. Then mereka akan beri 16 juta alasan kenapa tak update blog. Kucing saya masuk spital la. Line Celcom saya masuk air la. Cikgu skolah saya bagi byk sgt homework, bla..bla..bla.. Tak dinafikan, ramai bloggers yang ramai followers. Mesti followers mereka sangat terasa seperti kehilangan sesuatu di dlm hidup kalo blog feveret mereka tu tak update kan? Kan? Tapi saya sebagai follower kepada blog lain, serius, saya tak rasa apa-apa pun kalo blog yg saya followed tu tak updated. Sbb saya mcm ader a thousand lagi blog lain utk dibaca.

Signature 2 : I'm Blogwalker.... This blog is made for walking...
~ Blogwalking yang tak ikhlas maksud saya..... Dia melawat je blog orang-orang lain hanya untuk menambahkan traffic. Tapi tak baca pun blog yg dia lawat tu. Kalo mcm tu lebih baik takyah blogwalking. At least baca le satu entry. Tgk gaya penulisan org gak. Ntah-ntah lebih best dari ko punyer ke kan? Kalo malas baca, takyah blogwalk la. Kadang2 saya selalu tgk di shoutout box saya, ader blogger yg mmg nampak lost giler dgn ayat "Yes this is a great program for some people". Nmpk sgt SPAM. Saya ni bukanle hangin sangat. Kalo saya tgk org yg blogwalked ke blog saya dan post shoutout yg mcm agak2 logik, nampak mcm dia baca blog saya[wp mgkn sbnrnya tak], saya akan balas balik. Gi baca blog dia plak. Tp kalo dah takde kena-mengena pun shoutout dia... mmg jgn harap saya nak tgk pun siapa dia tu. [Gaya mcm follower aku ramai benor je kan? Wakaka... Ahh... Ader aku kesah. ]

Signature 3 : I Will Follow You...
~ Jadi follower kepada beratus-ratus blog lain demi utk mendapatkan follower balas. Saya tak katakan ia adalah sesuatu yang buruk. Lagi skali saya nak jelaskan kat sini, entry ini adalah berkenaan dgn 'signature habit of bloggers'. So, this is nothing to do with good or bad habit.

Signature 4 : I'm So Good...
~ Citer pasal kisah diri sendiri dgn gaya yang 'i'm the coolest person in the world'.. Dan citer..citer..citer je tentang diri sendiri seolah-olah, apa yang terjadi dalam hidup dia tu adalah yang terhebat berbanding orang lain. Err... Dah tu.. kisah diri sendiri la yg mmg paling menarik bagi diri sendiri kan? Lalalala... Point no 4 ni aku mengata diri aku sendiri. Bila aku bertunang je, aku bantai citer pasal bertunang, hantaran bertunang, bla..bla... Mcm le org heran sgt. Kehkeh.. Tapi takper la.. dah tentu ni blog aku. Sukati le nak citer apa kan? Kalo takmo baca, pejam mata. Hehehe....

Signature 5 : I'm Out of Idea...
~ Takde idea pon nak gak post a new entry. Walaupun hanya sebaris ayat. Dan sebaris ayat tu plak hanya sekadar emoticon 'smile' :). [Ader ke blogger yang macam ni? Well ok.. saya mengada-adakan cerita je. Rasa mcm tak penah jumpa pun blogger yg macam tu kot.].

Ok... Tu je la yg terlintas difikiran. Chiowww....

02 December 2010

Gubahan Hantaran Bertunang - Kain Pelikat


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Last entry tentang gubahan hantaran bertunang, saya ada selitkan satu gambar gubahan kain pelikat tapi saya tak ceritakan pun cara-cara nak buat kan? Sorry, sebab masa tu dah letih gila nak sambung cerita teknik menggubahnya.

Sekarang saya nak kongsikan, cara nak gubah hantaran kain pelikat yg saya buat tu. Mula-mula, bahan-bahannya kena la cukup. Macam biasa;
Gabus utk alas.
Gunting.
Benang.
Jarum peniti.
Kad board [jangan guna cupboard plak. Keras. Hahaha]. Kadboard ni kertas keras. Mcm kertas kotak tu. Senang citer, memang kertas kotak la.
Kain pelikat.
Rantai bentuk bunge2 yg berwarna ikut suka. [Bahan ni pon optional. Kalo nak letak, bleh je letak].

Cara-caranya :
1. Gabus mesti la dah siap balut dan letak renda yer.
2. Kadbod, gunting bentuk oval [bujur] utk dijadikan kelopak bunga sebanyak 8 keping. Kemudian, tekan-tekan kan kadbod yg digunting supaya bentuknya menjadi boleh lentur.
3. Mula balut kadbod dari tengah2 kain pelikat. Kemudian ikat dgn benang. Ada juga org ikat dgn getah gelang. Jadi ikut suka je la nak guna apa pun. Janji bahagia.
4. Biler dah ikat ke 8-8 kadbod tadi. Hiaslah menggunakan bunga, manik atau apa sahaja yang ada. Ikut kreativiti masing2. Maap berbanyak sebab saya kesuntukan masa nak ambil gmbr step by step tu.


Tips berkesan:
1. Kalau nak beli kain pelikat, tak payah beli yang banyak sangat warna dalam satu kain tu. Pilih yang seminimum yg boleh. Contoh kain pelikat yang saya beli ni, warnanya very lite purple dan ditambah dgn warna biru muda sikit. Sebab, jika warna dan corak terlampau banyak, nnt nak gubah jadi corak2 lagi, akan nampak crowded sangat. Dan takkan terserlahlah hasil seni kamu nanti.

2. Rantai bentuk bunge2 tu kalo nak beli jugak, bleh cari kat bahagian reben, atau manik-manik yang dijual secara meter tu. Kalo kain pelikat tu nak digubah jadi bentuk bunge, jangan plak amik manik yang berbentuk love plak. Kang tak sefahaman. Tapi kalo nak beli bentuk rama-rama boleh gak. Bunga sesuai dgn rama-rama.




3. Kadbod tu, masa gunting, buat la 4 bentuk kelopak yg kecik skit, dan 4 kelopak lagi lebih besar daripada yg 4 tu. Sbb, seni bagi saya, adalah ketidaksempurnaan. Biler sesuatu perkara itu perfect, maka bosan. Ada orang, terlampau mahukan kesempurnaan, nnt dia akan potong kadbod tu sama besar. Tapi percaya la.. mesti kurang menjadi.

Kalau ada manfaat entry saya ni, boleh la gunakan. Tapi kalau kamu rasa macam tiada manfaat untuk kamu, jangan pula membenci. Sbb memang ada org yg memerlukan rujukan tentang hal-hal begini. Next time kalau saya rajin, saya kongsikan pula gubahan tuala. Tapi rasanya mcm malas. Hahahah.

Merajuk

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Dulu saya memang suka merajuk. Ntah apa ke benda ntah tetiba merajuk. Kalo semut masuk dalam air minum saya pon saya merajuk. Merajuk dengan semut. Sampaikan boyfriend saya pada waktu tu selalu cakap macam ni pada saya [dengan slang Sabah] “Lyd ni... Sikit-sikit mo merajuk... Sikit-sikit mo merajuk. Bosanlah!”. Tapi masa tu bukan saya kisah pon kalo dia bosan. Asalkan saya dapat merajuk. Perasaannya biler merajuk tu, terasa mcm diva. Konon-konon mcm disayangi, dimanjai diberi perhatian yg lebih khusus. Bengong betul kan?

Ada suatu hari tu... Saya baca 1 majalah. Dalam majalah tu ada ruangan ‘Rahsia Kejayaan Rumahtangga’. Biasanya mereka akan interview satu pasangan yang dah lama kawen dan berjaya mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka. Pasangan yang kisahnya dipaparkan dalam ruangan itu ialah pasangan bukan melayu. Tapi saya dah lupa siapa. Rasa mcm org terkenal juga la. Si isteri berkongsi tips kebahagiaan rumahtangga beliau, dan salah satu tip yang saya memang berdarah hidung bila baca ialah ‘Jangan merajuk, kerana merajuk itu buang masa’. Hahh... Amik sebijik!

Dan point dia memang masuk akal. Jika kita merajuk... Contohnya merajuk 5 jam... Kita tak bertegur sapa dgn pasangan kita... Lepas 5 jam baru la kita berbaik dan bercakap semula. Tapi kalau kita tak merajuk.... Dalam masa 5 jam tu, macam2 benda kita boleh cerita dgn pasangan kita. Termasuk pasal kucing jiran kita yang bulunya bersinar sebab makan Friskies pun kita sempat citer. Kan lebih eratkan lagi hubungan dgn pasangan?

Biasanya yg suka merajuk ni pompuan la ye tak? Lelaki ada juga la merajuk. Tapi jarang sangat. Bleh kira dgn seblah tangan je berapa kali lelaki merajuk. Kalo lelaki yg kuat merajuk melampau tu biasanya gay. Hehehe.

Kenapa suka merajuk? Pada pendapat peribadi saya, semuanya berpunca daripada harapan yang terlampau tinggi. Perempuan selalu inginkan pasangan mereka melakukan sesuatu mengikut kehendak mereka. Contoh ya. Saya pesan kat Mr Storm... “Malam nnt awk call saya ye. Saya tunggu. “. Kemudian saya rasa mcm Mr Storm mesti wajib call saya. Mesti dia akan call. Jadi, bila dia tak call... Saya merajuk. Padahalnya... Tak call tu bukan perkara besar pon. Yang beriya nak merajuk tu, apa ke jad? Maksudnya kat sini... Pompuan selalu merajuk pada ‘sesuatu yang lelaki tak buat pada mereka’, bukan merajuk pada ‘sesuatu yang lelaki buat pada mereka’. Haaa.... Mesti ramai yang tak faham kan?

Itu contoh je. Sejak saya dengan Mr Storm, saya mcm tak penah merajuk pon dgn dia. [Mintak-mintak la Mr Storm tidak membaca blog ku ini... Amin....]. Takde apa yg boleh saya rajukkan dengan dia. Dia tak ada menyakiti hati saya pun. [Kalo dia baca, mesti dia bangga kang.. Hinss..]. Lagipun.... Saya terlalu menghargai masa yang dia luangkan utk saya dan tak mau membazirkan saat indah bersama dia dengan merajuk. Serius buang masa.

Lagi satu sebab pompuan suka merajuk ialah nak perhatian. Nak kena pujuk. Nak kena rayu. Sorry honey... I lupa nak amik baju you kat dobi. Nah amik ni rantai emas putih yg i beli dari Tiffany & Co. Cantik tak????!!! [Tetiba kuar suara Eric Leong! Arghh..Potong je]. Kalo zaman muda2 dulu rajin la jugak saya nak dpt perhatian dgn cara macam tu. Sekarang ni, dah tak rajin. Bosan giler. Merajuk. Kena pujuk. Ulang2 benda yang sama je. Haihh...

Ok... Fakta utama saya kat sini... Bukannya pompuan ni tak boleh merajuk. Boleh. Tapi biar merajuk pada sesuatu yang logic la. Contoh kalau pasangan kita dah jatuhkan airmuka kita di khalayak ramai dgn menceritakan sesuatu yg sepatutnya hanya kamu dan dia sahaja yang tau. Yang tu mungkin patut merajuk. Dan merajuk tak perlu selalu. Nanti rajuk kita tu jadi tak bernilai. Cara aku cerita ni mcm la aku dah kawen kan? Hahahha... Ok... Org yg dah kawen mungkin la lain skit teknik mengawal merajuk dan kekerapan merajuk ni. Saya lebih focus kepada hubungan diperingkat seperti saya. Hehehe... Peace..

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...