Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...
2010 adalah tahun yang terbaik bagi seumur hidup saya setakat ini... Walaupun pada awal-awal tahun tu saya mengalami saat-saat yang sukar. Sukar sangat. Bila dikenang akan kesukaran tersebut, hati terasa sangat pedih. Tapi bermula bulan Februari, Mac, April dan seterusnya.. Sehingga la ke Disember, kehidupan saya sangat-sangat baik pada tahun 2010 ini... Terbaik boleh dikatakan begitu. Kenapa?
Kerana pada tahun 2010 ini, saya telah menemui semula jati diri saya yang telah saya hilangkan pada tahun sebelum-sebelum ini... Hubungan sesama manusia juga telah saya perbaiki, dan semakin baik kini. Dan harapan saya semoga segalanya akan semakin baik bagi masa-masa akan datang. Saya juga telah menemui tujuan hidup saya, maka saya lebih fokus untuk ke arah itu sahaja. Tujuan hidup saya adalah... Untuk menuju hari akhirat. Dunia ini hanya jambatan utk ke akhirat.
Begitu juga dengan sifat dalaman saya. Saya tak tau sama ada benar atau tidak, tetapi saya dapat rasakan yang tindakan saya semakin matang. Sifat baran saya semakin menurun, mungkin sebab dah penat membaran masa muda-muda dulu kan? Kehkeh. Fikiran buruk sangka saya juga sudah semakin luput daripada fikiran saya. Saya kini adalah seorang yang semakin baik. Begitulah saya menilai diri saya sendiri. Dan saya yakin kamu yang mengenali saya dgn rapat juga dapat melihat perubahan saya. Betul tak? Hihi...
Di atas kemajuan saya bagi tahun 2010 ini... Tiada lain yang ingin saya luahkan. Melainkan.... Rasa bersyukur dan segala pujian bagi Allah, Tuhanku yang Maha Agung. Yang Menyayangi saya, memberikan saya limpah kurnia-Nya yang banyak. Yang tidak membiarkan saya terus hanyut begitu lama di dalam kelalaian. Yang Menunjuki saya, jalan yang lurus. Ya Allah.... Aku, benar-benar memerlukan kasih sayangMu itu akan berpanjangan selamanya untuk diriku, walaupun sehingga langit runtuh.
2010, adalah tahun yang terbaik utk saya. 1431Hijrah juga adalah tahun yang terbaik untuk saya. 2011M dan 1432H harapnya akan menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun ini.... Saya akan terus memperbaiki diri saya supaya saya menjadi umat Islam yang berfungsi besar kepada agama. Dan akan memastikan diri saya menjadi warga negara yang berbakti kepada Malaysia. Apa yang perlu saya sematkan dalam hati.. adalah... "Peluang untuk hidup di dunia ini, memanglah hanya sekali. Jika ingin menikmati hidup yang sementara ini, perlu berada di landasan yang benar dan tidak lari dari perintah Allah. Hidup bukan tentang diri sendiri semata-mata. Bukan hanya 'membahagiakan diri sendiri, keluarga dan kawan2 terdekat' sahaja. Tetapi, cuba rapatkan ukhwah sesama umat Islam yang lain, yang tidak kita kenali di luar sana. Bersatu bersama umat Islam yang makin lemah kini."
Erm... Itu azam tahun baru saya, bagi kedua-dua tahun Masihi dan tahun Hijrah. Saya yakin saya mampu lakukan! Sunshine boleh!

Comments
Post a Comment
Saper komen, dia best!