Skip to main content

Penyembuh Atau Pe'tidak'nyembuh?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Sekarang musim hujan. Ramai yang tak sihat. Demam. Selsema. Batuk. Termasuk la saya. Kalau pegi klinik.... Doktor akan balik-balik bagi Paracetamol dan antibiotik. Bosan lah nak makan ubat. Tak suka makan ubat tu bukan sebab rasanya yang tak berapa nak sedap tu. Tapi..... haihhh.. Ntah le. Mind setting saya terasa mcm ubat tu adalah racun. Hehehe. Kampung betul.

Satu masa dulu, saya suka ambil supplement [vitamin tambahan]. Ntah macam-macam jenis la saya makan. Vitamin C , B Complex, Calcium, Trace Mineral, Vitex, EPO dan macam-macam lagi la. Kononnya utk memelihara kesihatan dengan lebih baik. Lagipun, bila makan supplement... Terasa seperti diriku ini manusia moden yang intelektual.

Memang la mereka[pengeluar] kata supplement yang mereka hasilkan diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Dari buah oren la, biji anggur la, herba lingzhi, ginseng, apa jadah semua kan. Tapi... supplement tu akhirnya dipersembahkan dalam bentuk pil, atau cecair atau serbuk utk dimakan. Pastu keadaannya pulak mcm elok je, tak basi, tak membusuk. Kalau produk tu betul-betul semulajadi.... proses penguraiannya juga mesti la semulajadi kan? Jadi, saya rasa seolah-olah semua supplement yang dikatakan sebagai 'semulajadi' tu... dah melalui berbagai-bagai proses kimia dan ditambah dengan mcm-mcm bahan kimia lain untuk menjadikannya tahan lama dan boleh disimpan bertahun-tahun.

Sekarang ni bila saya sakit... demam atau selsema... saya cuba utk elakkan makan ubatan moden. Supplement pun saya dah tak makan. Sebab saya rasa mereka tu mengarut['mereka' ke? Hehehe. Salah penggunaan kata ganti diri kedua sungguh la saya ni.]. Saya selalu terasa bila saya makan ubatan moden, seolah-olah badan saya dipenuhi bahan kimia. Hehehe.. Sepatutnya ubat yang kita makan tu, memang la akan dikumuhkan melalui buah pinggang dan akan keluar balik. Cuma... persoalannya... Adakah semua sisa kimia tu keluar kesemuanya? Erm... Benda-benda tu la yang akan tertinggal dalam badan dan dipanggil toksin tu. Ntah byk mana la toksin dalam badan kita ni kan? Bukan setakat ubat je. Makanan yang kita dok lahap tiap2 hari tu. Mcm air sirap pun, pewarna tu mesti bahan kimia gak kan? Makanan-makanan yang ada pewarna banyak lagi la kimia... Huuu.. Takot..... Saya dah le suka makan gula-gula & makanan ringan... [Konon-kononnya kalo suka makan gula-gula dgn makanan ringan tu nak tunjukkan saya muda remaja la kot.. Hahahaha].

Kalau doktor baca blog saya ni, mesti mereka cakap saya bengong. Yelah.. Kalau tak tau tu lebih baik jangan ckp ye tak? Buat malu je. Tapi tak kisahlah.. Saya dah kata, pendapat saya tentang ubat-ubatan moden tu adalah perasaan saya dan mind-setting saya semata-mata. Tidak disokong oleh sebarang fakta lain.

Ayat-ayat sendal....
*Penah dengar tak 'orange powder'? Orange powder diperbuat daripada buah oren.... Persoalannya... Kalau orange powder is made from buah orange... Jadi, kalau baby powder is made from what lah? Heheheh... Saje je melawak... Lawak daripada Dr.Jeff.

*Antibiotik sungguh busuk.... Kenapa? Mungkin kerana diperbuat daripada sumber biologi seperti kulat dan microorganisma. Sila rujuk MyWiki. Kadang-kadang bau antibiotik ni mcm kencing kucing je. Busuk giler. Kalo nak makan mesti tahan nafas.

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w