Iklan! Iklan! Sila Click!

13 December 2010

Berlinangan Airmata Sebentar.

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Semalam saya pegi jalan-jalan shopping dengan CikAtul selepas dah 6 thn tak shopping sama-sama dgn beliau [propa la tu 6 thn.] . Maklumlah.. Beliau bz bershopping dgn tunang je. Dan saya pon selalunya banyak je program time-time weekends. Jadi, semalam kami ada la jugak masa utk spend together sebelum kami kawen. Huhu.. Nnt mesti dah takde peluang dah nak gedik2 dgn girlfriend. Sbb nnt masing-masing dah ader suami, mesti tergedik dgn suami je. Kehkeh. [CikAtul mesti rasa tak best jalan dgn aku dah skrg, sbb takde org nak tolong bawakkan barang-barang beliau, disamping takleh manja-manja mcm dgn tunang. Huhu.. ].

Ok..Sebenarnya saya nak citer pasal perfume. Saya suka perfume. Tapi bukan semua jenis saya suka. Saya tak boleh tahan dgn perfume yg baunya mcm terselaput. Mcmn nak jelaskan bau yang terselaput tu ye. Istilah tu saya sendiri yang bagi. Kekeke. Perfume saya baunya fresh. Dan fruity. Contoh perfume yang baunya 'terselaput' ialah... Armani Diamond. Ader org hadiahkan kepada saya. Walaupun saya cuba utk suka. Tapi saya tak suka jugak. Then perfume Kenzo pun baunya terselaput. Givenchy pun. Paco Rabbanne : Ultra Violet juga. Byk lagi la perfume yg membuatkan saya pening. Tapi tak larat nak senaraikan kat sini. Pastu, antara perfume yang saya suka dan baunya tidak terselaput... ialah... D&G Light Blue. Dan Salvatore Ferragamo : Incanto Siries. Tapi Salvatore Ferragamo mmg saya sangat suka. Siri Incantonya boleh dikatakan semua saya suka. Kecuali Incanto Heaven. Sbb bau dia pelik. Yang lain semua saya suka. Charms, Dreams, Bliss, Bloom. Best giler baunya.

So, semalam... Masa temankan Cik Atul beli perfume utk hantaran... Saya pun skodeng gak Salvatore Ferragamo. Mula-mula nak bgtau harga dulu. Harga mana-mana Incanto yg bersaiz 100ml ialah RM330. Semalam, promotion yg ada di Metrojaya Midvalley : 2 botol Incanto [Charms dan Bliss], kedua-duanya bersaiz 100ml berharga RM399 sahaja... Saya dah la suka 2-2 skali. Kalo nak beli utk hantaran... erm.. saya kawen lambat lagi. Bulan 6 tahun depan. Sempat aku pakai dulu kang. Huuwaaa.... Saya kepingin sangat. Tapi Mr Storm mesti tak izinkan punyer. [Tapi saya belum tanya dia pun.. Saya agak je. Sbb saya macam faham je macamana pemikiran beliau.]. Walaupun tak tanya, smlm masa saya letak status saya kat FB, ader Mr Storm comment. Dan saya mcm faham je mksd comment beliau tu. Huuu... Baiklah awk... Saya ikut ckp awak... Tapi takpe la. Nnt kalo dia takmo belikan 2 botol utk saya, saya tetap akan mintak jugak wp sebotol Incanto Charms dari Mr Storm utk hantaran saya. Beliau jangan ingat beliau selamattttt... Hahahaha...







1 comment:

  1. Ooh... Lupa lak nak kaitkan tajuk dgn entry. Berlinangan airmata sbb tak dpt beli perfume tu.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...