Skip to main content

Blogger World

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kadang-kadang bloggers ni agak chumel jugak. Sebab ada beberapa 'signature habits' bloggers yang saya perasan selalu dilakukan oleh bloggers. [Termasuk la saya. Lalalala. Cuma bezanya, saya tak chumel. Saya jelita. Owhh... Pleasee... Jgn muntah.]

Signature 1 : I'm So Sorry.
~ Bila dah lama tak update blog, bloggers suka mintak maaf dgn followers. Then mereka akan beri 16 juta alasan kenapa tak update blog. Kucing saya masuk spital la. Line Celcom saya masuk air la. Cikgu skolah saya bagi byk sgt homework, bla..bla..bla.. Tak dinafikan, ramai bloggers yang ramai followers. Mesti followers mereka sangat terasa seperti kehilangan sesuatu di dlm hidup kalo blog feveret mereka tu tak update kan? Kan? Tapi saya sebagai follower kepada blog lain, serius, saya tak rasa apa-apa pun kalo blog yg saya followed tu tak updated. Sbb saya mcm ader a thousand lagi blog lain utk dibaca.

Signature 2 : I'm Blogwalker.... This blog is made for walking...
~ Blogwalking yang tak ikhlas maksud saya..... Dia melawat je blog orang-orang lain hanya untuk menambahkan traffic. Tapi tak baca pun blog yg dia lawat tu. Kalo mcm tu lebih baik takyah blogwalking. At least baca le satu entry. Tgk gaya penulisan org gak. Ntah-ntah lebih best dari ko punyer ke kan? Kalo malas baca, takyah blogwalk la. Kadang2 saya selalu tgk di shoutout box saya, ader blogger yg mmg nampak lost giler dgn ayat "Yes this is a great program for some people". Nmpk sgt SPAM. Saya ni bukanle hangin sangat. Kalo saya tgk org yg blogwalked ke blog saya dan post shoutout yg mcm agak2 logik, nampak mcm dia baca blog saya[wp mgkn sbnrnya tak], saya akan balas balik. Gi baca blog dia plak. Tp kalo dah takde kena-mengena pun shoutout dia... mmg jgn harap saya nak tgk pun siapa dia tu. [Gaya mcm follower aku ramai benor je kan? Wakaka... Ahh... Ader aku kesah. ]

Signature 3 : I Will Follow You...
~ Jadi follower kepada beratus-ratus blog lain demi utk mendapatkan follower balas. Saya tak katakan ia adalah sesuatu yang buruk. Lagi skali saya nak jelaskan kat sini, entry ini adalah berkenaan dgn 'signature habit of bloggers'. So, this is nothing to do with good or bad habit.

Signature 4 : I'm So Good...
~ Citer pasal kisah diri sendiri dgn gaya yang 'i'm the coolest person in the world'.. Dan citer..citer..citer je tentang diri sendiri seolah-olah, apa yang terjadi dalam hidup dia tu adalah yang terhebat berbanding orang lain. Err... Dah tu.. kisah diri sendiri la yg mmg paling menarik bagi diri sendiri kan? Lalalala... Point no 4 ni aku mengata diri aku sendiri. Bila aku bertunang je, aku bantai citer pasal bertunang, hantaran bertunang, bla..bla... Mcm le org heran sgt. Kehkeh.. Tapi takper la.. dah tentu ni blog aku. Sukati le nak citer apa kan? Kalo takmo baca, pejam mata. Hehehe....

Signature 5 : I'm Out of Idea...
~ Takde idea pon nak gak post a new entry. Walaupun hanya sebaris ayat. Dan sebaris ayat tu plak hanya sekadar emoticon 'smile' :). [Ader ke blogger yang macam ni? Well ok.. saya mengada-adakan cerita je. Rasa mcm tak penah jumpa pun blogger yg macam tu kot.].

Ok... Tu je la yg terlintas difikiran. Chiowww....

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w