Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Menyokong Hobi Suami, Redha Atau Tidak?

Se jahteralah ke atas kamu.... Aku sebenarnya bersyukur sebab suami aku tak ada hobi yang boleh bawa mudarat (baca: akaun bank). Hobi suami aku hanya bersukan. Itu pun main bola je. Takde la hobi dia suka modify kereta ke, hobi sukan mahal macam golf ke, atau hobi yang perlu keluar berhari-hari seperti memancing. Dulu ada la hobi berkayuh basikal. Pergi jelajah Malaysia dengan berbasikal. Cuma sekarang dah sendu. Syukur alhamdulillah la sebab dah sendu. Kehkeh. Hobi bermain bola suami aku tu pun tidaklah sekritikal mana. Walaupun minat dia terhadap sukan bola sepak tu setinggi minat Ramli Sarip terhadap muzik rock, tapi kalau aku buat statistik, setahun tu tak sampai doblas kali pun dia main bola. Cuma baru-baru ni, dia mula main takraw seminggu paling sikit pun 3 kali training. Ada la tournament yang dia akan join bulan 2 tahun depan.  Aku ni bukan apa, aku suka hasben aku bersukan. Sekurang-kurangnya ada juga la keluar peluh. Memandangkan makan dah semakin berselera. Tau

Drama Melayu Macam Ikan Pekasam

Sejahteralah ke atas kamu.... Drama Melayu ni ibarat seperti ikan pekasam. Busuk, masam. Rupa tak seberapa. Ketinggalan zaman. Kurang menyihatkan. Tapi..... Ramai orang suka. Drama siri Korea pula seperti kimchi. Pedas dan masam. Katanya makanan yang paling menyihatkan di dunia, tapi still ada yang suka but ada juga yang tak suka. Dan..... Drama siri Hollywood seperti burger. Nampak moden. Menyelerakan. Ada kelas. Complicated. Intelligent. Tapi, yang sebenarnya kalau dah burger, tetap burger. Tetap tidak menyihatkan. Kebelakangan ini kalau ko perasan, drama Melayu yang keluar kat TV, tajuknya agak menggetarkan sumsum tulang. Itu baru tajuk, belum tengok lagi isi kandungan drama tu. Boleh bayang la betapa bergegarnya urat saraf ko bila tengok drama melayu yang tajuknya ala-ala 'suami ko sorang je la hensem kaya baik sweet' dan 'isteri ko sorang je la yang jelita lemah lembut menawan qolbu'. Kan bila buka topik drama Melayu ni, kibod warrior kat media sos

Perkara Yang Mengganggu Fikiran

Sejahteralah ke atas kamu..... Ada banyak perkara yang aku kureng suka nak buat. Salah satu daripadanya ialah basuh berak Luth. Memang la tak baik aku umumkan kat sini. Kot dah dewasa nanti Luth baca, kecik hati dia. Hehe. (Luth maafkan mama ye. Tolong baca ni dengan hati yang terbuka dan fikiran yang positif hokei?). Jadi, aku dah make a deal dengan papa Luth, kalau Luth berak lagi afdhol kalau papa yang incharge urusan sanitasi Luth. Tapikan, Luth selalu je memerut waktu papa dia takde kat rumah. Tak kira la time papa belum balik kerja ke, time papa gi main futsal ke, jumpa kawan ke atau secara harfiahnya memang nak ke tak nak aku yang kena istinjakkan dia. Kadangkala dia siap verak 2 kali time papa dia takde. Pernah masa aku balik berpantang kat kampung, tiap-tiap hari Luth verak pastu bila papa dia balik je ke kampung during the weekend, dia langsung tak veri. Pas papa dia dah balik semula ke KL. Barulah dia verak, bukan sekali, bukan dua, tapi 3 kali sehari. Grrrr ketap g

Luth Yang SANGAT Talkative

Sejahteralah ke atas kamu.....  Aku cuba nak jadi seorang hemak yang saksama ni. Oleh sebab post terakhir dalam blog ni ialah tentang Yafith, takkan la aku tak buat post pasal Luth pula. Betul tak? Kita semestinya lebih afdhol berlaku adil terhadap anak-anak kitcheww kan? Lokasi: Gambang Waterpark & Resort City semasa temabuilding aku. Luth ni, umur dia tiga tahun, 8 atau 9 bulan. Melampau kan. Malas nak kira. Hahah. Tahun depan dia 4 tahun. Aku belum ada plan untuk masukkan dia ke sekolah sebab aku nak sekolahkan dia tahun 2018, semasa umur dia 5 tahun. Lagipun, aku tiap-tiap haghi 'sekolahhhhkan' dia. Hehe.  Sian Luth dapat mama garang. Bajet guru mengaji sangat aku bila aku ajar Luth mengaji, aku pegang rotan. Batang belon yang dapat masa birthday party bulan April lepas aku guna buat rotan. Cermat sangat family aku ni. Sampai benda gitu pun aku tak buang. Aku ajar Luth mengaji guna muqaddam. Macam yang aku guna masa kecik-kecik dulu. Tak gunakan iqr

Yafith Yang Seminit Tak Diam

Sejahteralah ke atas kamu....... Semalam,seperti kebiasaan hari Jumaat aku tak pam susu sebab hari Sabtu kan cuti. Nanti susu tu terbuang sia-sia je. So, semalam aku balik rumah, susu memang full. Yafith, punya la hebat, dia boleh sedut susu sampai kempis. Dua-dua belah. (Geleng kepala). Kacau mama lipat baju. Eh, ye ke mama yang lipat. Hehehe. Rasa macam papa je yang lipat. Malam semalam, hasben aku training takraw. Pemain harapan katanya. Keke. Aku tunggu dia balik kat depan TV. Aku baring sampai ketiduran, tanpa sedar Yafith merayap. Sedar tak sedar, terdengar Yafith menangis. Aku mencari Yafith dengan mata je. Tak jumpa. Tiada dalam lingkungan pandangan mata aku. Aku terpaksa bangun dan cari. Jumpa dia di dapur, ntah apa yang dia buat sampai dia nangis tu. Aku kutip Yafith dan bawa dia masuk bilik untuk tidur. Luth tak mau masuk bilik lagi sebab dia nak tunggu papa balik katanya. So okay la. Tidurlah aku dengan Yafith. Punyalah penat agaknya aku, sehingga aku

Sensitif Dengan Panggilan 'Kak'

Sejahteralah ke atas kamu... Aku masuk asrama masa umur 12 tahun. Masa tu aku tingkatan 1 kat sebuah sekolah rancangan khas di Kuantan. Gaya macam budak cerdik je kan sebab umur 12 tahun dah form 1. Padahal masa tu sekolah start bulan 12. Sapa ntah Menteri Pelajaran masa tu. Aku nak bagitau dia, yang dia berhutang cuti sekolah kat batch aku. Sila bagi cuti ganti tanpa rekod kat kami semua sekarang! Boleh gitu? Haha. Bila masuk asrama tu, seniors memang berkira sangat dengan panggilan. Semua seniors wajib dipanggil dengan awalan 'kak'. Kak Leha, Kak Emma, Kak Yani, Kak Laila, Kak Lin dan macam-macam 'kak' lagi la, walaupun beza hanya setahun. Kalau aku berani tak panggil 'kak', aku akan di'marked' sebagai 'kuahajo' oleh seniors. So, budaya tu aku bawa sampai la aku habis sekolah. Adik-adik junior yang masuk selepas aku pun aku paksa panggil aku 'kak' kalau tidak aku kurung dia dalam bilik stor, pas tu aku tutup lampu dan aku buat b

Kekasih Lama

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku saja je nak bagitau. Menonton drama Korea semasa single/bujang lain sangat feel nya berbanding dengan menonton semasa dah kahwin ni. Aku tak pasti la aku sorang je ke yang rasa gitu atau orang lain pun rasa benda yang sama. Beza sangat. Sebab bila tengok kisah cinta semasa bujang dulu, hati terbuai tapi rasa sunyi sangat sebab tak ada sesiapa. Rasa tak pasti siapa jodoh sendiri. Rasa macam entah ada peluang ke tidak untuk mengalami semua benda-benda sweet macam dalam drama tu. Tapi sekarang bila dah kahwin dan tengok drama percintaan, dalam hati rasa secure, rasa selamat dan tak ada rasa jeles pun. Yang paling penting, hati dah tak rasa sunyi bila tengok adegan sweet dalam drama. Mungkin sebab dah ada seseorang yang boleh disandarkan untuk semua perkara sweet tu. Halal pulak tu. Kan? Ke guane? Dulu aku kaki drama Korea. Mula tengok Winter Sonata, pastu Autumn In My Heart dan melarat-larat ke cerita seterusnya yang keluar kat TV. First crush Kor