Iklan! Iklan! Sila Click!

03 December 2016

Yafith Yang Seminit Tak Diam

Sejahteralah ke atas kamu.......

Semalam,seperti kebiasaan hari Jumaat aku tak pam susu sebab hari Sabtu kan cuti. Nanti susu tu terbuang sia-sia je. So, semalam aku balik rumah, susu memang full. Yafith, punya la hebat, dia boleh sedut susu sampai kempis. Dua-dua belah. (Geleng kepala).


Kacau mama lipat baju. Eh, ye ke mama yang lipat. Hehehe. Rasa macam papa je yang lipat.


Malam semalam, hasben aku training takraw. Pemain harapan katanya. Keke. Aku tunggu dia balik kat depan TV. Aku baring sampai ketiduran, tanpa sedar Yafith merayap. Sedar tak sedar, terdengar Yafith menangis. Aku mencari Yafith dengan mata je. Tak jumpa. Tiada dalam lingkungan pandangan mata aku. Aku terpaksa bangun dan cari. Jumpa dia di dapur, ntah apa yang dia buat sampai dia nangis tu. Aku kutip Yafith dan bawa dia masuk bilik untuk tidur. Luth tak mau masuk bilik lagi sebab dia nak tunggu papa balik katanya. So okay la. Tidurlah aku dengan Yafith.

Punyalah penat agaknya aku, sehingga aku tertidur tanpa sempat aku simpan henfon di rak tepi katil. Macam aku letak kat atas bantal je kot. Pagi tadi bila alarm berbunyi kul 6 a.m., aku berniat nak snooze. Aku raba kat atas bantal kiri kanan dengan mata yang masih terpejam, takde pulak henfon aku. Tapi bunyi alarm agak kuat, menandakan henfon aku memang ada berdekatan. Pastu aku rasa dengan tangan kat sebelah kiri tempat Yafith tidur, kosong. Ah sudah. Mana pulak dompok ni pergi. Terpaksa aku rabakkan mata aku nak cari Yafith dan henfon. Sekali, aku tengok jauh di tepi dinding, ada makhluk halus tengah tenung screen henfon aku yang dipegangnya dengan kedua-dua belah tangan. Di dalam gelap. Spooky sungguh. Tak tidur rupa-rupanya Yafith. Aku kejut hasben aku, suruh dia tengok anak bertuah dia tu. Memang kami tak mampu buat apa-apa selain ketawa sama-sama melihat telatah budak dompok ni. (masa aku tengah taip entry ni, Yafith tengah makan perut aku. Sabo je la.)

Lepas tu aku check diaper dia, berat seolah-olah macam 2 kilo. Banyak gile dia kucil. Maklumlah kan. Minum susu banyak cenggitu. Harus la cencim pun banyak. Banyak tu macam lebih daripada biasa. Dah la tu, hari ni saja dah 4 kali dia berak dan bocor kat seluar. Haiyo ini budak. Manyak geram wooo.

Yafith sejak-sejak dia dah pandai merayap ni, habis satu rumah dah dia jelajah macam le tour de ghumah. Kejap-kejap kang ilang. Kejap-kejap kang bawah meja, kejap kat dapur, kejap main terbalikkan tong sampah. Eii. Seminit tak diam. Kalau bawak dia pergi kedai, tangan dia memang sentiasa mencapai apa-apa yang sempat.

Hari ni baru aku nampak dia dah boleh duduk sendiri. Progress setakat ni, dah pandai tepuk kalau aku nyanyi lagu tepuk amai-amai. Biase je kot tu. Cuma standard la. Semua mak pun akan terfeeling anak dia special dan pandai. Hihihi. Kan? Betul tak mak-mak semua?

Silicone spoon tu, memang terbaik. Saya suka! Saya suka!
Setakat ni macam dah 2 kali jatuh sofa, sekali jatuh katil. Makan solid food, aku masak bubur nasik blended. Puree macam tak berapa laku sangat di mata Yafith. Bagi puree pear siap menangis.
Berat Yafith, last aku timbang baru-baru ni ialah 8.2 kg. Panjang lupa nak sukat.

Ni gambar masa teambuilding aku di Gambang. Aku punya teambuilding, habih  satu family terpalit sama. Aku paksa ikut. Kuhehkuheh.

Yafith ni muka dia lain sangat dengan muka Luth. Orang kata muka Luth ikut muka aku. Tapi yang misterinya, bila orang tengok Yafith pun orang kata macam muka aku jugak. Dah aku ni ada berapa jenis muka sebenarnya? Abih tu yang semua aku bolot ni kenapa? Dah tu siapa nak ikut muka papa ni? Anak ketiga kot?. Kulit pula, Luth memang confirm ikut aku. Kulit kelat. Yafith tak putih, tapi dia ceghah la sikit daripada Luth.

Lagi apa ye. Yafith ni nampak macam bersemangat tinggi sikit. Kalau nak apa-apa dia macam gigih berusaha. Beza dengan Luth, manja sikit. Anak sulung kot. Sebab tu manja. Tapi Yafith, kalau dia menangis bila ada yang tak kena, dia menangis sungguh-sungguh. Macam baby yang baru lahir dia nangis, kwaaa...kwaa...kwaaaa... Comel gila.

Y A F I T H  DAN  L U T H, mama saranghae.



No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...