Iklan! Iklan! Sila Click!

27 April 2012

Obses Parsi

Sejahteralah ke atas kamu....

 
Tengahari Jumaat ni saya pegi ke tempat jualan di Plaza Sentral. Ada satu booth ni menjual barang-barang makanan daripada timur tengah seperti kurma, kekacang, buah-buahan kering, jus, minyak zaitun dan makanan ringan. Saya suka pegi booth tu. Sebab penjual dia adalah orang Arab/Iran yang boleh cakap Melayu. Kagum gila. Boleh dikatakan setiap barang yang saya pegang then tanya dia, "Apa ni"?, dia akan explain dalam bahasa Melayu. Pastu terus je rasa nak beli sebab terharu dia pandai cakap bahasa kita. Boleh tak macam tu. Ehehe. Jadi moralnya, saya tak boleh duduk situ lama-lama. Silap-silap nanti, satu booth tu saya beli. Tokey kedai boleh balik Iran dengan hati gumbira. Nak tengok apa saya beli,

 Ini adalah jus buah delima 100% asli tanpa gula.




 Ini pulak cuka kurma. Saya beli khas untuk suami saya, si budak tuyush.. Khasiat-khasiatnya serta penggunaannya nanti lenkali saya cerita fanjang-fanjang dalam entry lain hokey. Sesuai untuk orang yang nak turunkan berat badan tapi tak turun-turun.





This is mix nut. Ada pistachio, pecan nut, chickpeas, almond, raisin and hazel. [tetiba speaking Amerika. Amareka mu nih!]


Dan ini la yang paling excited saya nak rasa. Namanya Baklava. Baklava ni setau saya, adalah makanan tradisi orang-orang Parsi. Parsi tu Iran la. Kot-kot bila makan ni bleh jadi macam bangsa Parsi yang hebat. Hewhewhew.

So, sape suka makanan-makanan timur tengah macam ni angkat kaki!!

So itu jelah entry sangap daripada saya hari ini. Sungguh ketandusan idea.

26 April 2012

Polis

Sejahteralah ke atas kamu......

Tahun 2008, saya pernah accident di Karak. Waktu tu saya sorang-sorang drive dari Kuantan ke KL. Kereta saya terbalik sebelah kanan [keta kenari, boleh la terbalik ke tepi] selepas melanggar penghadang jalan yang di bawahnya gaung sedalam 200 meter. Syukurlah masa tu saya pakai seat belt. Saya ni, pegi kedai pun pakai seat belt. Heheh. Kalau tidak..... Tentu saya boleh tercampak ikut cermin depan kereta saya sebab momentum masa berlanggar tu agak kuat. Sampai sekarang, kalau saya baca berita org kemalangan yang mangsanya sampai tercampak keluar tu, saya yakin mereka tak pakai tali pinggang keselamatan. So.... korang semua... kena ingat. Pakai tali pinggang keselamatan tu bukan semata-mata sebab takut polis, tapi kena pakai untuk keselamatan. Ada fehemmmm?

Lepas accident, apa yang perlu kita lakukan ialah buat report polis. Report polis ni untuk sahkan berita kemalangan tu untuk claim insurans. Sebab kalau polis tak kuarkan surat, nak claim insurans pun tak bleh la. Macam kereta saya tu, cermin depan retak, pintu boot belakang rosak dan kemek sebelah kanan. Nasib le cermin tingkap kanan tak pecah. Kalo tak, hancur le kepala saya kena jalan tar.

Masa nak pegi report polis tu, saya ditemani oleh orang yang bawak towing truck, biar saya bagi nama dia Chin dan juga abang ipar saya yg tinggal di KL. Report tu dibuat di balai polis Gombak. Rasanya Gombak. Saya dah lupa dah nama balai polis tu. Mula-mula masa masuk bilik pegawai tu, saya nampak Chin letak 2 keping RM50 atas meja polis tu. Polis tu simpan duit tersebut di dalam laci mejanya. Di dalam bilik tu hanya ada polis tu sorang je. Pangkat dia rasanya macam sarjan atau koperal je kot. Atas meja dia.... ada gambar anak lelaki dia tengah ketawa riang yang diletakkan di bawah kaca.

Masa dia baca kes saya, masa dia tengah teliti dokumen saya, dia tanya... so cemana dengan kes awak ni? Nak kena saman ke tak? Saya sengih je, saya cakap takpe la saman. Pastu dia cakap kepada Chin, suruh saya belanja dia kacang ke, air ribena ke kalo tanak dia keluarkan saman. So, saya pun lurus... Saya tanya Chin, kat mana ada kedai dekat-dekat sini? Nak gi beli kacang dengan air ribena kat polis ni. Dalam hati sempat lagi terfikir, sama plak taste aku dgn polis ni. Suka air ribena. Hikhik. Lepas tu Chin ajak saya keluar daripada bilik polis tu. Pastu baru la Chin cakap, yang maksud polis tu ialah duit sogok. Berderau rasanya darah saya. Saya bagitau abg ipar saya... So, abang ipar saya kata dia nak bayar saman, so tak perlu bayar rasuah kat polis tu. Dia ada kawan jadi bleh dpt diskaun.

Lagi sekali saya dan Chin masuk dalam bilik polis tu. Chin bagitau polis tu.... Suruh saman je. Tapi mati-mati jugak polis tu kata, kalau nak saman nanti kena bayar RM300. Kalau dapat diskaun pun paling kurang pun mesti kena bayar jugak RM200. Pastu polis tu tanya, senang ke nak dapat duit RM200 sekarang ni? Tak sayang duit ke? Dia tetap jugak tanak sign surat tu. Dah tu, saya ni kan baru lepas accident. Otak saya blur sangat masa tu. [Tapi saya memang selalu blur pun dalam kebanyakan masa. Hahahha]. Bila dah polis tu cakap gitu, Chin lagi sekali ajak saya keluar. Dia terus pegi jumpa abang ipar saya. Chin cakap kat abang ipar saya, polis tu nak jugak duit. Bagi je la sikit duit. RM50 pun takpe. Abang ipar saya memang marah sangat masa tu. Dah tu siapa tak marah kan? Dah la terlibat dengan rasuah. Tapi bukan atas kerelaan. Macam terpaksa. Kalau tidak polis tu tanak proses kes saya tu. Melampau kan? So, abang ipar saya bagi jugak RM50 kat Chin untuk dia hulur kepada polis korup tu. 

Saya terfikir.... Duit macam ni ke yang polis tu nak bagi anak dia yang dalam gambar kat atas meja dia tu makan? Sian anak dia. Berita kemalangan tu saya memang tak beritahu kepada ahli keluarga yang lain selain kakak saya yang kat KL ni je. Sebab dia nasihatkan saya untuk tidak merisaukan mak saya. Takut mak saya sakit jantung bila dengar berita macam tu. Bila dah lama hal tu terjadi, bila semua adik beradik dah tau.... Kakak saya yang di Kuantan beritahu saya.... Kalau saya masih ingat nama dan no polis tu, boleh je saya report kat suami dia. Sebab suami dia bertugas di bahagian Tatatertib. Aduh... Rugi. Ye la... Masa kejadian, saya tak terfikir pun pasal tindakan yang saya boleh buat untuk membalas polis tu. Dan saya pun lupa plak saya ada sorang abang ipar yg bekerja sebagai polis.

Itu bukanlah satu-satunya kes rasuah polis yang saya tau. Suami saya pun selalu kena masa nak balik umah dari ofis. Biasanya waktu malam la. Kena tahan dengan polis, pastu polis mintak duit supaya dia tak saman. Kalau setakat nak saman tu, saya rasa ramai yang sanggup kena saman. Tapi yang lebih teruk bila polis tu takkan lepaskan kita pergi dan takkan saman jugak selagi kita tak bagi dia duit. Apa la buruk sangat perangai mcm tu. Takde integriti betul.

Sape anak polis kat sini? Angkat kaki. Betul ke orang kata anak-anak polis ni biasanya nakal? Terutamanya yang lelaki la. :)

Bapak mertua saya pun bekas polis tau. Jadi, maknanya saya ni menantu bekas polis. Abang ipar saya pun polis jugak. So, anak-anak polis yang orang kata nakal tu bukan orang lain. Suami saya dan anak-anak saudara saya jugak. 

Macam biasa la. Bukan semua polis macam tu. Saya yakin ramai polis yang baik dan amanah. Tapi yang tak amanah tu la yang dah merosakkan nama institusi kepolisan negara kita. Kalau ada polis yg pernah amik rasuah baca entry ni... Saya mohon, bersihkanlah dirimu. Kaya hasil rasuah dan duit haram ni takkan ke mana.

24 April 2012

Alat Membersihkan Habuk dan Rambut Di Sofa



Sejahteralah ke atas kamu...

Orang guna benda ni untuk buang habuk kat baju hitam atau suit. Hambik! Saya guna buat cuci sofa. Sebab sofa selalu ada habuk2 benang baju yg halus2 bulu-bulu putih. Senang. Golek sekali je hilang. Kat mana nak beli benda ni? Mahal ke murah? Haaa... ini yang menarik nak jawab. Beli kat kedai RM5 Hinode. Harga satu memang RM5 la. Murah je. Pelekat tu boleh koyak. Dia macam double-sided tape. Bila sekeliling tu dh penuh habuk, koyak selapis dan muncul pelekat baru.

23 April 2012

Kisah Sehari Sebelum Majlis Perkahwinan Saya

Sejahteralah ke atas kamu....

Sehari sebelum majlis perkahwinan saya [Jumaat - 03 Jun 2011], saya membawa mak saya ke temujanji di hospital TAA, Kuantan. Ini temujanji berjadual untuk sakit jantung mak.

Macam biasa. Hospital kerajaan memang ramai orang. Tapi memang rezeki terpijak, kami dapat parking di tempat yang agak baik, berbumbung dan dekat depan pintu tempat appointment tu. Alhamdulillah. Saya rasa memang kemuliaan seorang ibu kot. Itu bukan kali pertama kalau saya bawak mak saya ke mana-mana, saya memang murah rezeki parking. Pasti dapat parking tempat yang gempak punyer.

Saya temankan mak menunggu giliran. Masa tu sebenarnya mak memang sangat lemah. Tapi saya tak dapat nak bantu apa-apa pun. Sebelum bergerak ke hospital, kami sempat singgah bersarapan di satu kedai makan di tepi jalan, jadi mak tak la kelaparan. Bila tiba giliran mak untuk bertemu dengan doktor, saya ikut bersama untuk mendengar consultation doktor. Keputusan ujian darah menunjukkan bacaan kolestrol mak berada dalam paras berisiko tinggi. Doktor lelaki berbangsa Cina itu pula, asyik memujuk mak saya untuk melakukan pembedahan jantung. Mak saya tidak mahu. Bermatian-matian dia tetap tak mahu. Saya jadi geram. Geram sebab mak saya degil. Dia sakit dan membuatkan kami adik beradik risau. Tapi dia tetap tak mahu melakukan pembedahan.

Doktor tu juga menekankan tentang bacaan kolestrol tinggi dalam darah mak saya. Saya hanya diam. Cuma ada saya bertanya kepada doktor, adakah kolestrol tinggi itu berpunca daripada gaya pemakanan mak saya. Doktor bersetuju dengan soalan saya dan mengiyakan. Saya tak pasti benar atau tidak, tapi saya dapat rasakan bahawa nada pertanyaan saya itu mungkin agak kasar dan melukakan hati mak saya. Tapi saya hanya buat 'keras'. Selepas itu saya ada marahkan mak sebab tak jaga makan. Mak suka makan yang berlemak. Nasik lemak. Sup tulang. Saya bukan marah dengan nada yang tinggi, tapi lebih kepada membebel. Itupun cukup untuk buat mak berkecil hati. Astagfirullah. Semoga Allah mengampunkan saya.

Setelah balik daripada hospital, saya terus sibuk dengan persiapan perkahwinan saya. Mak pula berehat di dalam bilik. Malam itu, semasa memasang langsir.... kakak ipar memanggil kami semua adik-beradik untuk jenguk mak. Salah seorang kakak saya [yg bekerja sebagai doktor] telah memeriksa mak dan mendapati denyutan nadi mak telah hilang. Kami semua pucat muka dan cemas serta rasa sangat gundah. Sayalah yang paling gundah. Hari perkahwinan saya hanya esok. Takkan kami nak buat kenduri jika apa-apa terjadi kepada mak. Kami semua mengelilingi mak. Kakak-kakak saya yang lain menggosok badan mak dan menglap muka mak..... Akhirnya denyutan mak kembali semula. Abang ipar saya yang memantau keadaan mak. Dia doktor yang lebih terrer daripada kakak saya kot. Sebab dia ada master. Kakak saya doktor biasa je. Heheh.

Esoknya... Di majlis perkahwinan saya, mak hanya duduk tidak bermaya di kerusi. Banyak aturcara tidak dapat disertai oleh mak. Semasa akad nikah. Acara makan beradab. Acara bergambar. Semuanya hanya diperhatikan dari jauh oleh mak. Dia terlalu lemah. Saya pula terlalu sibuk dengan urusan perkahwinan saya. Ampunkan saya mak. Tapi saya tak ada pilihan lain. Tak dapat nak duduk di tepi mak seperti selalu. Selesai majlis perkahwinan saya.... alhamdulillah kesihatan mak semakin baik tetapi sakitnya tetap ada. Cuma tidaklah seperti malam yang nadinya hilang itu.

Semakin lama berkahwin, semakin selalu saya rindukan mak. Semasa bujang, saya selalu tak tahu apa yang ingin dibualkan dengan mak. Saya ni jenis yang tidak bercerita kepada mak ; saya bercinta dengan siapa atau perkara-perkara muda mudi yang bagi saya remeh untuk saya ceritakan kepada mak. Tak seperti kakak saya yang setiap perkara kecil akan diceritakan kepada mak. Kalau saya telefon mak pun, kami berbual hanya 3 minit je. Tapi sejak berkahwin, saya boleh bersembang lama dengan mak di telefon. Kalau berhenti bercakap pun sebab abah saya selalu kedekut kredit atau pun abah saya kacau. Hehehe.

Semalam saya telefon mak. Bertanya keadaan mak dan abah bagaimana. Sihat ke mereka. Makan apa. Lalu saya ceritakan juga tentang medical check up yang saya lakukan minggu lepas. Saya ceritakan kepada mak yang paras kolestrol di dalam darah saya juga tinggi. Berada dalam kategori berisiko. Saya agak, mak mungkin akan menjawab, "haaa... rasakan apa mak rasa dulu. Awk marah mak lagi. Kan sekarang awak plak yang kena!!". Tapi rupa-rupanya mak hanya menjawab, "ish.. kolestrol tu memang macam gitu. Mak pun kolestrol tinggi jugak. Tak tau apa benda la yang boleh jadi kolestrol tinggi tu. Mak makan rasanya takde la berlemak pun sekarang.". Mak saya tak bidas saya balik pun. MUlalah saya rasa malu pada diri sendiri betapa tak sabarnya saya masa mak mengalami benda tu dulu. Sedangkan mak tak marah pun saya bila perkara yang sama terjadi kepada saya pula.

Apa yang pernah berlaku kepada saya, keburukan atau kesusahan... membuatkan saya sedar bahawa itu mungkin hanyalah kifarah* Allah untuk saya. COntohnya pada kisah di atas; mungkin saya telah melukakan hati mak saya lalu Allah ingin menegur kesilapan saya. Lalu Dia memberi saya kifarah supaya saya sedar kesilapan saya tu. Kadang-kadang, bila saya diuji.... saya rasa seperti saya di dalam perhatian Allah. Maka itu sahaja cara untuk saya menyerahkan redha saya kepada Allah. Dengan memikirkan begitu, hati saya terasa sedikit terhibur kerana bila berada di dalam perhatian Allah maksudnya Allah masih sedar akan wujudnya saya sebagai hamba-Nya di bumi ini. Maksudnya Allah masih sayangkan saya. Tak ada apa yang saya nak buat kesimpulan kali ini melainkan... jika dilanda malang atau ujian, jangan berburuk sangka kepada Allah. Pasti Allah sayangkan kita. Dan.... Bercakap dengan mak.... perlulah berhemah bukannya berhemo-hemo.


 *kifarah - Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan. SUmber adalah daripafa blog MohdHazrie

22 April 2012

Bukan Nak Riak, Tapi Agak La

Sejahteralah ke atas kamu.... Berat dah turun 4kg dalam masa 3 hari. Cool huh? Berbaloi kaloi saya turun naik tangga ke tempat parking walaupun hanya 7 tingkat. It's not that izi okay??! *muka bongkak tak bertempat. Padahal saya demam start jumaat lepas. Sebenarnya petang khamis dah terasa. Hari khamis pun dah cakap siap2 kat bos kecik, Izwan yang esoknya saya akan mc. Dah lama saya tak demam. Last dulu masa baru berapa minggu kawen. Tapi masa tu rasanya saya makan berselera semacam je. Demam kali ni terus hilang selera makan. Bahaya ni. Silap2 lepas baik demam nanti saya kemaruk nak makan je plak. Ish. Mintak2 la tidak. Tak mungkin... Tak mungkin... Saya naik tangga. Lepas ni insyaAllah akan maintain tuyuih. Bahaya la berat badan naik ni. Kolestrol dalam darah dah sampai tahap berisiko tinggi. (risiko tinggi je Dr cakap. Risiko tinggi daripada apa tu tak pasti. Mungkin risiko tinggi utk masuk kubur lebih awal kot). Amboi mulut. Jantung pun lemah. Heart pulse bermasalah. Sob..sob... Sedih saya rasa. Tahap kesihatan macam orang yang berumur 80 thn. Saya nak beri cadangan kat korang semua, kalau belum buat medical check up, elok la pegi buat. Paling tidak kita tau badan kita bermasalah kat mana dan sempat kita control mana2 yang perlu control. Terutamanya kalau memang ada keturunan yang ada penyakit tu. Oloh. Beriya plak saya cerita pasal kesihatan kat sini. Bajet kevin zahri versi fomfuan la tu konon. Afa-afa fon, alangkah bagusnya kalau gaya pemakanan saya waktu demam ni diaplikasikan sewaktu saya tak demam juga. Baru la tamitrim, lihat perutku, jadi rampingkan? Rajin plak saya update blog ujung2 minggu ni. Bersemangat plak tu update pakai henfon. Seksanya jgn cite la. Huhu. Dah la kecik nak taip. Screen pon kecit je. So, pesan kakak tua ini... Jagalah makanmu serta kesihatan diri. Rajin2 la exercise please.

19 April 2012

Cintakan Seseorang Tak Bersebab?

Sejahteralah ke atas kamu...

Meh nak tanya. Kenapa korang sayang atau cintakan pasangan korang? Ada sebab tak? Atau takde sebab? Pernah dengar tak statement lebih kurang macam ni, "kita tidak perlukan sebab-sebab khusus untuk mencintai seseorang"? Mesti biasa dengar kan? Ayat ni memang femes sangat untuk orang-orang yang di alam perhubungan dan percintaan. 

Pertama kali saya dengar ayat ni ialah dalam drama Korean Winter Sonata. Kalau tak silap heroin cerita tu, Yoo Jin yang jawab macam tu bila ditanya kenapa dia cintakan Jun Sang. Dia kata dia takde sebab apa-apa pun untuk mencintai Jun Sang. Yang dia tau, dia hanya cintakan Jun Sang. "Jun Sang aa... sarangheeyo". Waktu drama tu main kat TV satu masa dulu, memang saya berebut Jun Sang tu dengan Zila-Chan. Konon2 jodoh kiterang Jun Sang. Fine. Tak logik. 

Okay berbalik kepada ayat cinta sakti, 'mencintai tanpa bersebab' tu, mungkin bagi kebanyakan orang, ayat tu sesuai dan mengena. Tapi untuk diri saya, ayat tu tak bleh pakai. Huhu. Sebab bila saya sayangkan orang atau cintakan seseorang, saya mesti ada sebab yang tersendiri. Kalau takde sebab, cemana saya boleh bezakan si sia itu istimewa dihati saya berbanding orang lain. Mesti ada sebab untuk mencintai dia yang membolehkan saya tau pasangan saya itu lain daripada orang lain.

Saya dengan suami saya berkahwin tanpa bercinta. Tapi bukan ditentukan jodoh oleh orang tua tau. Kami kenal sendiri. Kami berkawan. Cuma tak bercinta. Tidak bercinta bukan bermakna tidak suka. Kami suka diantara satu sama lain. Suka kerana saya selesa bercakap dengan dia. Selesa dengan cara dia. Dia pula selesa dengan cara saya. Hanya ada suka. Belum cinta. Belum ada sayang. Saya tak begitu kenal dia pun semasa saya menerima lamaran suami saya. Saya tak tahu langsung apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Saya tak tau pun perangai dia bersama kawan-kawan bagaimana. Family dia pun saya hanya kenal muka dan nama. Walaupun rumah kami dekat je, tapi saya hanya pernah pegi rumah dia 2, 3 kali sebelum berkahwin. Itu pun sebab saya nak bagi barang2 hantaran untuk adik dia gubah. Kami pun tak dating walaupun selepas bertunang.So, banyak benda yang saya tak tau pun pasal suami saya.

Selepas berkahwin, barulah rasa sayang tu muncul. Sekali dengan rasa cinta yang sangat dalam. Apa yang pasti, perasaan cinta itu bersebab. Saya tahu kenapa saya cintakan dia. Dan dia juga tahu kenapa dia cintakan saya. Ada sebabnya kenapa kami mencintai. Jadinya... ayat 'cinta tak bersebab' tu sangat-sangat tak sesuai untuk saya dan suami saya. Kami bercinta bersebab. Dan kalau tanpa sebab 'itu', kami tidak akan mencintai lagi. :D . *Baby, setuju kan?

Tapi.... Saya ada jugak mencintai tanpa sebab. Iaitu kepada mak dan abah saya serta adik beradik. Sayang kepada mereka memang tak bersebab. Saya cuma sayangkan mereka tanpa ada sebab seperti, mak saya tukarkan lampin saya masa saya kecik, atau sebab abah saya suapkan makan semasa saya sakit, atau abang saya picit kepala saya semasa saya demam atau kaka saya beri saya duit semasa saya miskin hina papa kedana . No. Takde alasan tu. Saya just sayangkan mereka. Then itu je yang logik dan mengena dalam hidup saya. Tapi cinta kepada suami, tetap ada sebabnya.

*pertama kali suami saya said 'i love you' kepada saya ialah dengan huruf '143'. Saya ni lembab. Bila dia letak 143 tu saya ingat dia tersalah taip. Kekeke. Pastu bila banyak kali sgt dpt 143 tu, saya google. Kudus kan saya ni. 143 pun tak tau apa dia. Bila dah google, baru le tau yang 143 tu maksudnya I LOVE YOU. Pastu, bila dia taip 143, saya akan reply 1432. Konon-kononnya maksudnya i love you too. Padahal salah nak mampus. I Love You Too sepatutnya 1433. Dan sekarang pun kiterang tak janggal mengucapkan kata-kata cinta yang macam ni, "Syg, baby cintakan sayang tau". Hahah.. Filem P Ramlee habis kiterang ni. Hehehehehe. Saya tau biasanya orang tak gunakan perkataan 'cinta' tu melainkan untuk lagu dan filem dan novel atau cerpen. Betul tak? Tapi kiterang suka guna perkataan itu. Gedik pun gedik lah. Janji rock!*

17 April 2012

Dugaan Hidup Memang Begitulah Hendaknya.


Sejahteralah ke atas kamu...

Ni cerita minggu lepas. Saya baru je beli bathroom scale. Ini bertujuan untuk membantu usaha mulia saya untuk meringankan badan saya yang makin lama makin meningkat menjadi-jadi. Secara konsisten plak tu. Kalau wanita mengandung yang naik berat badan secara konsisten tu bleh la dikatakan sebagai ‘perkembangan positif’. Tapi kalau  setakat wanita yang mengandungi lemak tepu berlebihan je, itu dah perkembangan di atas par dah namanya. 

Memula saya timbang berat saya. That was not good. Berat gile homaigoat! Pastu seperti petir sabung-menyabung,  idea datang ke dalam kepala hotak saya, “ko mesti berusaha lebih gigih untuk meringankan badan ko”.  So, saya memilih untuk exercise secara industry kecil dan sederhana iaitu mendaki tangga ofis. Dari tempat parking ke tingkat bawah biasanya 7 tingkat je [kalau saya parking tingkat 7 le. Kalau ada hari yang saya tetiba je dianugerahkan kemuliaan, iaitu pada hari bos saya en Z bercuti atau outstation, dapat le saya park keta saya kat tingkat 5, tempat parking beliau. Parking kat ofis ni, lagi rendah tingkatnya, lagi mulia taraf dia]. 

Saya mulakan usaha mulia tu pada hari Jumaat. Adehh... Apa laaa hari Jumaat baru nak mula. Ini sudah agak ketinggalan. Tapi takpe. Setiap kejayaan pasti dimulai dengan langkah pertama walaupun lambat. Pagi tu, saya turun tangga untuk sampai ke lobi. Udara dalam lubang idong bertiup kencang meniupkan bulu-bulu hidung ke luar dan ke dalam. Penat jugak, tapi tak berapa penat sgt sebab turun tangga. Petang tu plak, saya naik tangga lagi. Tapi sampai ke tingkat 5 je, sbb saya dengar ada gema suara orang kat tangga tingkat atas. Malu la. So saya kuar dari tangga dan naik lif ke tingkat 8 [ari tu saya park kat tingkat 8.]. Rasa menggigil jugak tulang femur saya petang tu. Nasib baik tak Osteoporosis hakak ni.  Hari tu jugak saya kurangkan makan, daripada pagi saya minum susu je sebagai sarapan. Tghri plak saya makan sandwich subway je. Mesti turun ni berat saya.

Saya balik rumah dengan rasa bertenaga. Terasa susut skit berat badan. Yeahhh... Tak sabar-sabar nak timbang berat. Teng...teng...teng... Lepas timbang tu sekali rupanya tak turun walaupun 0.01 gram pun. Demmit! Patah hati rasanya. Nasib baik le suami saya kata takpe..takpe... baru sehari. Kena konsisten naik turun tangga sampai kurus. Hahah. Minggu ni bermula daripada semalam, saya start balik la naik turun tangga. Cool jugak la. Setakat tingkat 7 tu, kucing saya pun boleh turun naik sambil makan ikan kembung mentah pemberian pakcik lori jual ikan, inikan pulak saya. Eleh... Kacang kuda rebus letak daun kari je naik 7 tingkat tu. Tangga kat Bukit Panorama kat kampong saya lagi tinggi. Rasanya dalam 400 meter lebih daripada paras laut. Bayangkan le tangganya banyak mana. Masa mendaki tu, memang dah rasa hampir nak menemui ajal kat situ jugak. Penat nak mamff... Ekeke.. Naik bukit yg suam-suam milo tu pun nak kecoh ye dak? Suami saya berbasikal naik Gunung Stong sejauh 130km lebih sampai cramp2 kaki tu tak kecoh pon. [Memang dia tak kecoh, tapi saya yang kecoh. Lalala.]. Dan orang lain dah daki gunung everest siap meninggal dunia kat situ pun senyap je, takde nak citer banyak pun [dah mati cemana nak citer ye tak? :p]. So, jangan le kamu begitu takbur wahai Lyd Sunshine hanya kerana kamu berjaya mendaki tangga 7 tingkat. Wahh... terasa insaf sebentar. 

Okay, berbalik kepada cerita meringankan badan ni, semalam saya balik umah dengan excited nak timbang berat dengan harapan, berat susut skit... Yeahh... Finally, turun jugak... 0.03 kilo je. Hahaha. Bongok je aku rasa. Tapi takpe. Saya akan pastikan usaha mulia ini akan berterusan. Demi menjana ekonomi yang lebih jitu berpaksikan semangat yang menyala seperti obor-obor.. Come on... Obor-obor plak. Ingat ni citer spongebob ke. Chaittt!

Satu lagi saya nak cerita pasal semut. Kat rumah saya memang banyak semut. Rumah sape je takde semut kan? Walaupun sekor, mesti ada tersesat. Rumah sape yg takde semut tu maksudnya umah dia sakti la tu. Kat umah saya, semut yg paling akrab dengan meja makan ialah semut halus yg orang panggil semut mayat tu. Ntah bila masa ntah saya lantik dia jadi pengawal keselamatan kat atas meja makan tu, memandai je derang lepak ramai2 kat situ. Semut ni kalau termasuk dalam air teh o, dia mcm nampak tak nampak je.  So, kalo terminum tu, selamat la ye fungsi otak saya terjejas sedikit demi sedikit. 


Biasanya... bila semut ni kerumun makanan, saya relax lagi. Takpe... takpe.. Sabar. Sabar itu separuh daripada Sabarudin. Lagipun makanan yang saya ada tu, Allah beri. Apa salahnya kongsi sama rata dengan semut. Makan berjemaah kan lebih baik. Kalau suami saya membebel kat semut bila semut masuk dalam gelas dia, saya la yang selalu akan menyabarkan dia... Relax Bi, semut tu nak tumpang minum je. Jangan la marah dia...... Sian kat semut. Beliau makhluk yang lemah. Perlukan pembelaan daripada kita.


Tapi... bila semut ni dok sibuk berlari-lari manja atas  notebook saya, then masuk dalam keyboard.... Haihhhh... hilang semua kesabaran tu. Bukan sebentar je kesabaran tu hilang, rupa-rupanya berbentar-bentar. Naik hangin plak rasanya. Tak logik betul ko pilih tempat nak beriadah semut oiiii... Ini Notebook okay. Bukan kepingan gula-gula atau chocolate bar yang perlu dihabiskan manis dan sepah dibuang. Grrr... Marah ni... Marah!!!  Sekian. Wassalamu.

16 April 2012

Hari Gossip SeMalaya Ialah Hari Ahad

Sejahteralah ke atas kamu..

Peminat seni tanah air macam saya ni, mana boleh terlepas daripada menonton rancangan-rancangan gossip hiburan macam Melodi dan Propaganza setiap minggu. Rasa cam tak lengkap hari Ahad saya kalau tak tengok rancangan-rancangan tu semua. Ehehe. Poyoh je. Semalam bila tengok temubual wartawan Propaganza dengan kumpulan punk Bunkface, saya tergelak sensorang. Sebab komen derang macam kelakar la jugak, pasal support local music industry. Yang sorang tu kata, buat apa nak minat KPop. Daripada minat KPop, lebih baik sokong industri muzik tempatan. Pastu, dia tanya kenapa nak minat KPop, korang tau tak KPop tu miming je, pastu buat plastic surgery je. Yang sorang lagi tu plak kata penat dia belajar muzik tapi tak dpt sokongan peminat tempatan. Dan yang last skali kata sian kat dia nak kawen pun takde duit sebab muzik dia tak laku kat negara sendiri bila org Malaysia asyik sokong KPop. Hahaha. Kelakar la jugak. 

Saya suka KPop[alamak.. kantoi. rosak reputasi aku sbg wanita berdedikasi]. Saya pun suka jugak Bunkface. Tapi, saya bukanlah peminat yang pernah menyumbangkan kekayaan pun kepada kedua-duanya. Lagu-lagu mereka yang saya dengar hanya di TV, radio atau youtube sama ada KPop atau Bunkface. Itu dikira sebagai menyokong industri ke tak? Dan saya yakin, ramai jugak peminat-peminat KPop pun sama macam saya. Suka dengar lagu, suka tengok derang menari tapi mungkin mereka hanya dapatkan secara percuma sahaja di internet. Ada la kot yg beli ringtone KPop, tapi ramai lagi yang donlod free je. So, tak timbul isu 'periuk api nasi artis tempatan terjejas kerana peminat lebih meminati KPop'. Kalau orang tak minat artis tempatan, ada la sebabnya tu. Mungkin artis tempatan bagus, tapi mungkin belum cukup bagus. Yang tu kena la berusaha improve. Kalau artis tempatan rasa dia dah cukup bagus tapi masih tak ramai peminat, itu maknanya mungkin dia syok sendiri. 

Lagi satu semalam pasal Zed Zaidi nak perjuangkan hak pelakon tempatan bila Aaron Aziz yang menang anugerah. Dia kata pelakon luar perosak industri. Haihh... pelik betul. Kesimpulan yang saya dapat daripada 2-2 komen artis tempatan kita tu, ialah..... mereka tak boleh ada artis luar yang lebih diminati daripada mereka. Dalam masa yang sama, derang tanak improve diri derang sendiri, tapi sibuk nak menghalang bakat luar yang memberi ancaman. Sama jugak kesnya dengan muzik dari Indonesia yang digemari sehingga menjilat jari kaki oleh orang Malaysia. Mulalah komposer tempatan rasa terancam. Pastu nak paksa orang minat lagu-lagu yang mereka compose. Peminat ni hanya satu je... Derang bukan kisah pun muzik tu berkualiti cemana pun atau seni cemana sekalipun, asalkan sedap didengar, catchy dah... jalan. Boleh terus jadi pujaan. Kalau komposer Malaysia buat lagu dengan bajet mahal, lirik yang puitis sampai sepatah pun orang langsung tak faham lagu tu, tetiba nak marah bila rakyat Malaysia minat lagu Cari Jodoh oleh kumpulan Wali Band, itu memang tak patut le. So.... bagi saya.... kalau artis tempatan kurang peminat berbanding artis luar... maka silalah cari identity yang dapat memenuhi selera orang, bukannya paksa orang lain ikut selera korang. 

*betul jugak kata Ahmad Dhani, lagu Diambang Wati tu memang tak dapat difahami. Lagu melayu banyak yang kita tak faham pun lagu tu tentang apa, betul tak? Hanya orang-orang seni je yang faham. Lain dengan lagu indonesia yang liriknya jujur. Senang difahami. Tapi mungkin lagu-lagu Malaysia yang puitis tu memang diciptakan khas untuk orang2 yang seni sahaja. Manakala orang-orang yang tak seni macam saya plak, dengar je la lagu-lagu jujur yang tak puitis dari Indonesia.*

Lagi satu saya nak highlight pasal drama-drama Melayu. Oiihhh... tolong la remove 'jalan cerita yang berunsurkan rogol, terlanjur dan ada anak luar nikah' sebagai salah satu konflik dalam cerita tu. Rasanya semua drama yang kuar TV akhir-akhir ni, ada menyelitkan konflik macam tu dalam cerita tu. Bosan nak digest benda yang haram tu daripada kepala otak. Muak pun ada jugak. Kalau nak dijadikan pelajaran pun, rasanya dah cukup kot dengan drama-drama sebelum ni. Cuba la fikir konflik lain plak untuk menyedapkan cerita tu. Konflik pasal penyakit mental ke. Konflik pasal hutang ke. Ikut suka la... asalkan jangan pasal rogol dan zina. Bosan tau tau? *sape suh tengok drama Melayu???!!! Hahah.. kata menyokong industri. Nanti kalau tengok drama indon je karang penerbit Malaysia jugak yang sedih.




12 April 2012

Seorang Je Buat Perangai, Semua Orang Dapat Nama

Sejahteralah ke atas kamu....

Jumaat lepas saya terbaca status seorang kenalan saya di facebook. Statusnya agak panjang. Saya nak cuba print screen tapi  saya cari hari ni macam takde plak dah status tu. Mungkin dia dah delete. Tapi takpe, biar saya cerita semula apa yang ditulis dengan gaya bahasa saya sendiri.

Statusnya menceritakan tentang dia bertemu dengan seorang wanita malang yang sedang sarat mengandung yang sudah beberapa hari menumpang tidur di masjid yang kenalan saya itu singgah untuk menyembah yang Esa. Wanita mengandung itu keseorangan dan seperti sebatang kara kerana suaminya sudah ditangkap polis kerana ada kesalahan lampau yang tak tau plak apa kisahnya. Tak pulak diceritakan sekali. Bila suaminya sudah ditangkap polis, keluarga wanita itu pula menghalaunya daripada rumah dan membuangnya kerana dia dikatakan membawa sial.

Kenalan saya itu mengajak wanita itu pulang ke rumahnya kerana rasa tanggungjawab. Ye la... Dah la wanita itu berada dalam keadaan fragile daripada segi emosi, fizikal pun tentu la lemah sebab mengandung, makan plak tak tentu. Kesian kan? Tetapi wanita mengandung itu bermatian-matian menolak ajakan kenalan saya itu untuk ke rumahnya kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa. Kenalan saya akhirnya memberi cadangan untuk membawa wanita itu ke rumah kebajikan. Kemudian barulah wanita itu setuju.

Sampai di rumah kebajikan pada jam 4.30ptg, kaunter pendaftaran kata pendaftaran untuk hari itu sudah di tutup dan petugas kaunter meminta mereka datang semula hari Isnin. Dah tu dalam masa 2 hari mana wanita tu nak duduk? Kenalan saya ajak ke rumah, wanita itu tolak. Last-last wanita tu mintak tolong kenalan saya hantar dia semula ke masjid tempat dia menumpang tu. Can you imagine? Duduk dalam rumah pun boleh orang jahat masuk dan rogol, inikan pulak duduk tidur di tempat yang tidak berkunci. Agak bahaya. Semoga Allah melindungi wanita itu.'

Satu lagi kisah yang saya pernah terbaca di blog seorang saudara baru yang baru masuk Islam. Dia ceritakan tentang kisah seorang mualaf yang ingin memeluk agama Islam dan membuat pendaftaran di sebuah jabatan agama. Cerita tentang betapa 'cake-what'nya petugas kaunter yang sangat tak membantu. Menyebabkan urusan yang sepatutnya mudah, jadi rumit.

Itu hanyalah 2 kisah pendek yang saya tau. Saya menulis entry ini bukan untuk kondem sesape. Cuma nak kita sama-sama ambil pelajaran di atas kisah-kisah tu supaya andainya kita adalah orang yang bertanggungjawab menerima kunjungan pihak yang ingin mengadu nasib, maka kita tidak melakukan kesilapan yang sama.

Bagi saya, petugas kaunter adalah front-liner bagi sesebuah organisasi. Kalau buruk layanan yang diberikan oleh front-liner, maka akan buruk la nama satu organisasi tu. Saya tau, ramai orang yang bekerja makan gaji, tak kira la kat organisasi manapun, hanya sekadar bekerja untuk duit semata-mata. Tak ramai yang kerja kerana berniat kerana nak membantu orang lain sambil dapat duit. Sebab itu hilang integriti dalam bekerja. [Eceh, padahal aku pun taip blog waktu ofis... Tak berintegriti jugak pun. Hahah.]. Saya mengaku saya pun termasuk la jugak dalam golongan bekerja utk duit semata-mata. Huhu. Tapi tugas saya memang tak melibatkan public pun. So, tak dapat nak tolong sesiapa pun.

Saya tau, dalam agensi kerajaan ramai pekerja yang berkualiti, dan kebetulan sahaja pekerja yang tak berkualiti ditempatkan di kaunter. Itu pun bukan semua pekerja kaunter sombong. Saya tau ramai yang baik. Tapi bila beberapa orang yang biadab tu yang buat perangai kepada pelanggan atau pengadu, nama siapa yang busuk? Orang awam takkan nak mention nama seseorang secara specific bila nak buat aduan dalam surat khabar utk complaint. Dia akan terus letak nama, Jabatan Orang Susah Malaysia Biadab! Atau Layanan Pusat Kesihatan Longkang Patah Tidak Sopan. Nampak tak? Satu agensi dapat nama busuk. 

So, saya sarankan, kalau ada la petugas kaunter yang membaca entry ni, bila bertugas  dan berhadapan dengan orang awam, kena la kawal attitude sendiri. Kena ingat, yang kamu bawa tu bukan diri kamu seorang tetapi kamu membawa nama agensi tempat kamu bekerja tu di bahu kamu. Saya tau, banyak agensi kerajaan yang dah alert benda ni dan dah improve, tapi masih tinggal beberapa perangai sisa kumbahan yang masih belum diselesaikan sepenuhnya. Kenapa saya kisah? Sebab biasanya yang sombong tu orang Melayu. Rosak nama bangsa jugak. Memang la saya tak tau petugas kaunter tu mungkin ada masalah tersendiri. Tapi depan public kena la berhemah dan membantu orang yang susah sebaik mungkin. Cuba la letak diri sendiri di tempat orang yang mengadu tu. Kalau memang tak dapat tolong, cuba beri solution sementara supaya orang tu tak rasa bertambah perit.

Sorry la. Saya pun tak baik mana. Kalau ada sesape rasa saya nak tunjuk baik kat blog, padahal perangai sebenarnya tak baik, terpulang la ye. Berpesan-pesan sementara masih boleh berpesan dan boleh improve.


10 April 2012

Preparation Untuk Raya - Bisnes La Kita!

Sejahteralah ke atas kamu....

Hoyey! Esok cuti. Saya plan nak pegi membeli-'belah la kau' baju raya esok. Walaupun agak melampau di situ, sebab raya long way to go kan, bulan Augusta. Tapi apa salahnya. Tempah baju awal2 okay apa. Feel nak vogue di pagi raya tu dah memanggil-manggil namaku. Tahun ni nak buat baju raya pesen long dress kain kosong kat dalam, pastu macam kebaya nipis kat luar, lengan cekak kat hujung pastu ada manik bertaburan dihiasi corak2 bunga bla..bla..bla... ceh, tak seperais langsung. Tipu je. Saya nak gi tempah baju awal ni sebab rasa mcm esok ada masa lapang, bleh hantar. Biasanya kalau saya tempah baju, 6 bulan selepas tu baru saya amik. Keke. Sebab mcm malas je nak terjah ke lubuk 'kesesakan lalulintas' kat Jalan Chow Kit tu. Erm... tahun ni nak pakai sedondon ke tak dengan suami ye? Takyah la kot. Pakai je la baju kaler lain-lain, nanti bawak bekal je buah kedondong masa pegi beraya. Kalau org tanya, kenapa tak pakai sedondon nanti, bleh la saya saya rejam mata orang tu dengan buah kedondong. {Warning : adegan tersebut tidak sesuai disaksikan oleh anak-anak di bawah umur 13tahun kerana mengandungi unsur-unsur ganas.}. Mcm tak kelakar pun. Boo!

Saya nak cerita tentang bisnes ni. Are you raydeee? Saya suka berniaga. Family saya pun memang family berniaga. Tapi takde la berniaga juta-juta pun. Setakat jual karipap, tempeyek dan goreng pisang je. Mak saya pun dulu pernah je jual nasik lemak. Siapa kata orang jual nasik lemak tu hina, memang dia !@#$%^&*. [pernah tau, saya baca komen kat blog orang yg cakap jual nasik lemak tu low class. Termasuk la mak Dhia dalam Tentang Dhia. Hahaha]. Ok..ok.. Kembali ke pangkal jalan. Mudah sangat meleret ko ni Lidi. Anak-anak buah saya yang skolah rendah pun ada otak bisnes. Dierang beli mainan atau aksesori kat kedai harga 20sen, derang jual kat kawan2 kat skolah dengan harga RM1. Hehehe. Bijok.. walaupun agak cekik darah. 

Sekarang ni, saya masih lagi dalam proses nak cas momentum untuk berniaga all out, nak belajar tebal muka promote kat orang barang yg saya jual walaupun dah tau orang tu tanak beli. Saya tengah belajar menerima rejection supaya mental untuk berbisnes jadi kuat. Padahal sekarang saya bukan jual apa pun. Cuma jual detox patch dengan beberapa produk felt craft. Setakat ni alhamdulillah. Kawan-kawan dengan family support. Derang cool bercampur supporting habis. Yang tu la yang paling penting kot kalau nak buat apa2 dalam hidup ni. Kena dapat sokongan daripada orang2 terdekat.

Perasaan berniaga ni lain sangat dengan perasaan dapat gaji hasil bekerja makan gaji atau dapat bonus. Bila dapat gaji atau dapat bonus, memang seronok. Semua orang suka dapat duit kan, kecuali orang utan. Mana ada orang tak suka. Tapi bila dapat duit hasil daripada kita jual barang kat orang, perasaannya manis sangat walaupun orang hanya beli satu kerongsang felt je dengan harga seringgit. Tapi perasaan tu tak dapat diceritakan dengan patah perkataan. Rasa puas dan rasa makin bersemangat.


Memang la, kalau nak dikirakan keuntungan, buat masa sekarang ni mana la dapat untung besar sangat pun bisnes saya tu. Apapun masih ada untung yang bersinar-sinar. Tapi tak tau la nak cakap, saya sangat-sangat positif yang saya akan berjaya one day dengan bisnes saya. Dulu masa baru-baru kawen, suami saya selalu berkura-kura dalam perahu nak buat loan untuk buat modal bisnes. Tapi saya bangkang yang arif! Sebab masa tu, kiterang takde experience lagi, akaun pun tak reti manage, nanti takut loan kemana, modal kemana, bisnes kemana, duit yang buat modal tu kot2 kiterang bantai berjoli ayam, pegi makan tutti frutti sehari 4 kali je kang... Lingkup la bisnes nanti. So, saya cuba yakinkan suami saya untuk mula daripada bawah. Buat je bisnes cikai-cikai pun takpe. Asalkan kita start zero biar nanti turns to a number plus 6 zeroes behind. Eceh. Besar plak cita-cita saya. Semalam dalam entry lepas, saya kata saya tak bercita-cita tinggi. Mana satu ko ni Lidi??!! Cakap putar-putar Halim plak.

Pernah saya bercakap dengan sorang usahawan terkenal tanahair [propa je ni, padahal tak terkenal langsung orang tu], dia kata untuk berjaya dalam bisnes, yang paling penting ialah attitude. Kena rajin. Kena komited. Kena disiplin. Modal tu penting, tapi jatuh no 2. Heheh.., Tengok sekarang, attitude apa yang saya ada? Malasnya sama jugak. Kuat main games Pumpkin vs Monster pun sama jugak. Tapi takpe... InsyaAllah dalam proses nak berubah ni. Doakan kejayaan Amalina ye rakyat Malaysia? Nanti saya dah kaya-raya, bleh claim roti canai dengan saya. Saya pun nak jadi cam Zahid, belanja penyokong dengan roti canai lepas menang AF. Nanti korang pilih je la nak kuah kari ke dhal. Hahahahah. [Ceh, ingatkan pilih apa tadi].

09 April 2012

Wrath Of The Titans Dan Buah Berangan Lagi

Sejahteralah ke atas kamu....

Gambar sungai kat kampung. Seminit lepas amik gmbr ni, ada 2 org bersaiz anak badak berkubang dlm sungai ni.


Malam tadi, saya gi tengok wayang, filem Wrath Of The Titans kat IOI Mall Puchong. Tak pasal-pasal bleh gi tengok wayang kat situ plak. Sepatutnya nak pegi MidValley, tapi seat dah penuh, pilih le tempat lain plak. Tapi tak best ahh tengok movie kat situ. Seat dia kecik. Eh, ntah-ntah sebab saya yang dah besar, nak salahkan seat plak yang kecik. Kehkeh. Filem tu sape yang belum tengok, pegi la tengok. Kalau pergi tengok jangan la menyesal sebab citer tu takde la best mana. Biasa-biasa je. Iye-iye je saya beli tiket 3D. Padahal ntah apa benda yang nak di 3D kan sangat tu saya pun tak faham. Tengok 3D dalam citer katun The Lorax lagi best rasanya. Dah. Habis citer pasal movie. Meh nak citer pasal diri sendiri plak.

Saya ni tak bercita-cita tinggi dalam kerjaya. Saya kalau boleh, nak duduk di jawatan saya ni je, tanak naik pangkat, tapi gaji je nak naik. 'Mulia' kan attitude saya? Perkara yang paling saya malas ialah nak update resume, pastu hantar application mintak keja lain then interview. Kalau boleh, kerja pun saya malas. Pendek kata, saya ni memang pemalas la. Hahaha. 

Cita-cita murni saya sekarang ni hanya satu je, iaitu nak jadi surirumahtangga sepenuh masa. Boleh gitu? Saya sangat jelez dengan full time housewives sebab saya rasa jadi surirumah adalah cool. Cambest je bleh fokus menguruskan rumahtangga sepenuh perhatian. Macam manager gitu. Manager rumah. Baru le bleh lap setiap sudut rumah, bleh mop lantai 2 kali sehari [acekonon le tewww... ntah2 kalo dah jadi suri rumah, saya tengok TV je citer sinetron daripada pagi sampai malam. Heheh]. Pastu kalau nak buat urusan perbankan, nak beli barang-barang kan senang. Takyah tunggu petang lepas ofis atau waktu rehat tengahari. Dan yang paling penting..... Bila ada anak, boleh jaga anak sendiri dan tengok anak membesar depan mata. Itu la yang paling precious sebenarnya.







Saya sangat teringin bila ada anak nanti..... biar saya sendiri yang jaga anak saya, bukan nursery dan bukan makcik-makcik jiran. Kalau boleh perkataan pertama yang anak saya sebut, saya yang nak dengar. Saya nak dengar kali pertama dia sebut 'mama'... mama... mama bosan. Hohohoh. Saya nak fully-breast-feed anak saya directly.  [Well... sapa yang tanak kan? Mesti semua orang yang bergelar ibu, mahukan semua ni.]. Dan kalau anak fomfuan, boleh la saya jahit baju gaun untuk dia sendiri. Walaupun nanti agak menganiayai anak sendiri sebab anak akan jadi hamba fesyen mak sendiri. [keluar sayap kat belakang badan dan ada gelung putih di atas kepala sambil buat muka mulia].

Tapi... itu hanya impian. Bukan tak yakin pada rezeki Allah, cuma sekarang saya belum ada kekuatan nak buat keputusan drastik cenggitu. Belum puas lagi nak tunggu bonus setiap hujung tahun yang makin lama makin lambat nak bayar. Bisnes pun belum stabil lagi. Nanti kalau bisnes dah stable, akaun bisnes tu dah stable, boleh kot insyaAllah. Mak saya pun dah pesan awal-awal.... kalau nak berniaga pun, jangan berenti kerja dulu. Biar bisnes tu betul-betul dah okay baru berenti. Eceh. Mak saya pun dah bagi nasihat macam Irfan Khairi ni. Malu la kalau tak ikut kan?



Gambar yang takde kaitan dengan entry. Tampal seluar jeans suami saya, rabak kat lutut. Apa la lutut tajam sangat. Pastu mutu jahitan dah la macam Steven Tyler, tapi terharu betul sebab husband saya kata cool, then masih tergamak nak pakai. HUhu. Sian dia. Ni yang sebelah kanan, guna benang kaler pink. Belum tengok jahitan sebelah kiri lagi. Benang guna kaler kuning plak, pastu saya tampal kain felt kaler biru kat dalam tu. Hahahah.. Memang horrible gile.


Akhir kata... Kalau menonton Wrath of The Titans.... Sila la tak perlu beli tiket 3D.



06 April 2012

Masa Terbuang Memikirkan Tentang Orang Lain

Sejahteralah ke atas kamu....



Kita selalu je rasa sedih bila orang mengata yang buruk-buruk pasal kita, tapi sebenarnya orang yang mengata kita tu la yang lebih kesian. Sebab dia dah bazirkan sebahagian daripada masa dalam hidup dia untuk bercakap buruk tentang kita. Ce kalo waktu yang dia guna utk mengumpat kita tu dia guna untuk buat kuih-muih tradisional ke, menjahit je, hafal ayat lazim ke.... mesti dah banyak manfaat yang dia dapat.

Tapi jangan fikir ayat kat atas tu hanya boleh diguna pakai untuk orang yang mengumpat kita je. Kalau kita mengata yang buruk-buruk pasal orang pun ayat tu boleh letak kat batang hidung kita jugak tau. Dahtu, apa lagi.... Sudah-sudah la fikir tentang orang yang kamu benci tu. Walaupun membenci orang tu tak baik, tapi kalau benci cukup la sekadar benci. Takyah le package kan sekali dengan kata-kata buruk seperti membuat ketupat mulut. Berdosyer toqqq.

Mulai sekarang, pekata kita belajar untuk berfikir secara simple. Berfikir simple ni simple je. Dah namanya pun simple, so mesti lah simple je kan?[adakah ini namanya pantun 2 kerat bertajuk 'simple'?] Nak berfikiran simple, mula-mula kamu hanya perlu fikir perkara-perkara yang ke depan je. Fikir tentang perkara-perkara untuk berjaya di masa depan. Celop plan baek punyer. Bayangkan project juta-juta dirham yang bleh membahagiakan hati sendiri. Sudah-sudah la dikenangkan sejarah-sejarah lama yang menyakitkan hati. Nak ingat sebagai pedoman supaya tak tersilap langkah tu okay la lagi, tapi takyah le sampai nak meratap dan asyik ungkit benda2 lama. Membazir letrik hokey. Lagi,kita boleh berfikiran simple bila kita sentiasa sematkan dalam kepala hotak kita bahawa 'What's PAST IS PAST'.Foolstop Fullstops.

Kadang-kadang saya tengok, orang-orang sekeliling saya ni ada yang suka kenang kisah lama yang dah terjadi bertahun-tahun dulu, tapi cara dia bercerita tentang benda tu, macam benda tu baru berlaku semalam. Yang lagi pathetic, hal sedih tu plak langsung takde kaitan pun dengan  dia. Contoh macam ni la... 10 tahun lepas, masa saya belum kenal dengan suami saya, ada orang yang pernah buat pasal kat suami saya. [ni contoh je ye. Takde pun org buat jahat kat suami saya seperti yg saya katakan tu]. Lepas tu, bila kami berkenalan, suami saya ada ceritakan tentang kisah lama dia dulu. Pastu saya plak yang sakit hati dengan orang tu, pastu saya asyik mengutuk orang tu kat dalam blog. Padahal saya tak kenal pun orang tu. Dan kalau dia penah buat jahat kat suami saya pun, masa tu kami belum berkenalan. Yang penting, suami saya tak de plak jadi cacat atau pun lumpuh atau rugi berjuta ringgit pun kerana peristiwa tu. Tapi oleh sebab saya ni taknak berfikir secara simple, maka saya sibuk nak fikir pasal kejadian tu. So, kehidupan saya sedikit sebanyak dah rugi banyak masa sebab fikir benda yang takde kaitan pun dengan saya. Saiko kan saya? Lagi sekali diulang, ini hanyalah corntosh.

Haa... itu jela. Hahahahahha... tah hapa-hapa update blog dengan entry cam jenazah ni. Lepas ni saya ingat nak update blog dengan auto post la. So, takde la lama sangat blog ni terpinggir daripada hidup saya. Orang yang selalu baca blog saya, mesti tertanya-tanya kenapa LydSunshine ni dah makin sengal nak update blog. Saya ada, cuma saya tersampuk jin-malas-update-blog je. Hoho.
















Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...