Sejahteralah ke atas kamu....
Jumaat lepas saya terbaca status seorang kenalan saya di facebook. Statusnya agak panjang. Saya nak cuba print screen tapi saya cari hari ni macam takde plak dah status tu. Mungkin dia dah delete. Tapi takpe, biar saya cerita semula apa yang ditulis dengan gaya bahasa saya sendiri.
Statusnya menceritakan tentang dia bertemu dengan seorang wanita malang yang sedang sarat mengandung yang sudah beberapa hari menumpang tidur di masjid yang kenalan saya itu singgah untuk menyembah yang Esa. Wanita mengandung itu keseorangan dan seperti sebatang kara kerana suaminya sudah ditangkap polis kerana ada kesalahan lampau yang tak tau plak apa kisahnya. Tak pulak diceritakan sekali. Bila suaminya sudah ditangkap polis, keluarga wanita itu pula menghalaunya daripada rumah dan membuangnya kerana dia dikatakan membawa sial.
Kenalan saya itu mengajak wanita itu pulang ke rumahnya kerana rasa tanggungjawab. Ye la... Dah la wanita itu berada dalam keadaan fragile daripada segi emosi, fizikal pun tentu la lemah sebab mengandung, makan plak tak tentu. Kesian kan? Tetapi wanita mengandung itu bermatian-matian menolak ajakan kenalan saya itu untuk ke rumahnya kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa. Kenalan saya akhirnya memberi cadangan untuk membawa wanita itu ke rumah kebajikan. Kemudian barulah wanita itu setuju.
Sampai di rumah kebajikan pada jam 4.30ptg, kaunter pendaftaran kata pendaftaran untuk hari itu sudah di tutup dan petugas kaunter meminta mereka datang semula hari Isnin. Dah tu dalam masa 2 hari mana wanita tu nak duduk? Kenalan saya ajak ke rumah, wanita itu tolak. Last-last wanita tu mintak tolong kenalan saya hantar dia semula ke masjid tempat dia menumpang tu. Can you imagine? Duduk dalam rumah pun boleh orang jahat masuk dan rogol, inikan pulak duduk tidur di tempat yang tidak berkunci. Agak bahaya. Semoga Allah melindungi wanita itu.'
Satu lagi kisah yang saya pernah terbaca di blog seorang saudara baru yang baru masuk Islam. Dia ceritakan tentang kisah seorang mualaf yang ingin memeluk agama Islam dan membuat pendaftaran di sebuah jabatan agama. Cerita tentang betapa 'cake-what'nya petugas kaunter yang sangat tak membantu. Menyebabkan urusan yang sepatutnya mudah, jadi rumit.
Itu hanyalah 2 kisah pendek yang saya tau. Saya menulis entry ini bukan untuk kondem sesape. Cuma nak kita sama-sama ambil pelajaran di atas kisah-kisah tu supaya andainya kita adalah orang yang bertanggungjawab menerima kunjungan pihak yang ingin mengadu nasib, maka kita tidak melakukan kesilapan yang sama.
Bagi saya, petugas kaunter adalah front-liner bagi sesebuah organisasi. Kalau buruk layanan yang diberikan oleh front-liner, maka akan buruk la nama satu organisasi tu. Saya tau, ramai orang yang bekerja makan gaji, tak kira la kat organisasi manapun, hanya sekadar bekerja untuk duit semata-mata. Tak ramai yang kerja kerana berniat kerana nak membantu orang lain sambil dapat duit. Sebab itu hilang integriti dalam bekerja. [Eceh, padahal aku pun taip blog waktu ofis... Tak berintegriti jugak pun. Hahah.]. Saya mengaku saya pun termasuk la jugak dalam golongan bekerja utk duit semata-mata. Huhu. Tapi tugas saya memang tak melibatkan public pun. So, tak dapat nak tolong sesiapa pun.
Saya tau, dalam agensi kerajaan ramai pekerja yang berkualiti, dan kebetulan sahaja pekerja yang tak berkualiti ditempatkan di kaunter. Itu pun bukan semua pekerja kaunter sombong. Saya tau ramai yang baik. Tapi bila beberapa orang yang biadab tu yang buat perangai kepada pelanggan atau pengadu, nama siapa yang busuk? Orang awam takkan nak mention nama seseorang secara specific bila nak buat aduan dalam surat khabar utk complaint. Dia akan terus letak nama, Jabatan Orang Susah Malaysia Biadab! Atau Layanan Pusat Kesihatan Longkang Patah Tidak Sopan. Nampak tak? Satu agensi dapat nama busuk.
So, saya sarankan, kalau ada la petugas kaunter yang membaca entry ni, bila bertugas dan berhadapan dengan orang awam, kena la kawal attitude sendiri. Kena ingat, yang kamu bawa tu bukan diri kamu seorang tetapi kamu membawa nama agensi tempat kamu bekerja tu di bahu kamu. Saya tau, banyak agensi kerajaan yang dah alert benda ni dan dah improve, tapi masih tinggal beberapa perangai sisa kumbahan yang masih belum diselesaikan sepenuhnya. Kenapa saya kisah? Sebab biasanya yang sombong tu orang Melayu. Rosak nama bangsa jugak. Memang la saya tak tau petugas kaunter tu mungkin ada masalah tersendiri. Tapi depan public kena la berhemah dan membantu orang yang susah sebaik mungkin. Cuba la letak diri sendiri di tempat orang yang mengadu tu. Kalau memang tak dapat tolong, cuba beri solution sementara supaya orang tu tak rasa bertambah perit.
Sorry la. Saya pun tak baik mana. Kalau ada sesape rasa saya nak tunjuk baik kat blog, padahal perangai sebenarnya tak baik, terpulang la ye. Berpesan-pesan sementara masih boleh berpesan dan boleh improve.
salam;
ReplyDeleteAmboi senjak dua menjak ni entri awak lebih kepada attitude..ada apa2 ke ni...tapi sebenarnya apa yang awak kata memang benar..setinggi mana pelajaran,ilmu,pangkat,gelaran,pengalaman andai Attitude buruk orang tak akan pandang dan hormat.
Bukan nak kondem, kalau kondem pun macam ludah ke langit kena batang hidung sendiri, tapi itulah realitinya: ramai anggota perkhidmatan awam ni hanya kerja 8 to 5. Datang kerja dekat2 pukul 8 (jika yg kerja pukul 8), tapi 5 minit sebelum pukul 5 dah beratur depan punch clock utk balik rumah. Masa kerja pula banyak buang masa di kantin atau pergi beli makan yg tempatnya berkilometer dari pejabat. Kalau disuruh stay back di pejabat kerana ada urusan yg perlu disiapkan segera mereka tarik muka masam, buang masa di kantin atau pergi cari makan di luar pejabat atau beratur di depan punch clock sebelum pukul 5 tak apa pula.
ReplyDeleteKebanyakan kakitangan awam tak macam tu, tapi seekor dua ekor kerbau itulah yg selalu menyebabkan satu pejabat berbau lumpur....
tu laa kadang2 tak faham bila ada juga staff yg suka perangai macam ni..tambah2 yang deal ngn public, kdg2 moody pastu ckp kasar2 bila ditanya banyak soalan, ada plak yg berkira waktu kerja..nak balik awal jer, kul 5 dah terpacak dpn punch clock..entah apa yang ada kat umah pun xtau laa sampai kalut2 nak balik..yang bujang sibuk nak balik macam ada laki kat umah, yg dah kawin plak dok buat macam ada anak sepuluh yg tengah kebulur tak makan kat umah agaknya..tu yang berebut2 nak balik!!! padahal jalan jem bukan leh sampai awal pun!!
ReplyDeleteYusuf : Kebetulan je kot. Idea tu yg muncul, saya tulis je la. Heheh. Ada jugak org perasan. Terharu plak rasa. Saya sebenarnya segan jugak nak cerita pasla attitude ni. Nanti org kata saya tunjuk baik kat blog plak. Tapi kdg2 takde idea, tu yg tulis je apa yg terlintas.
ReplyDeleteJR : Mmg pun, saya tau tu dan setuju. Dulu mas akat ofis lama pun penah tgk attitude mcm tu.
Saffiyya : Yang moody tu akak pun tak faham. Patutnya patut letak petugas kaunter tu org yang penyabar dan lembut serta sopan cakapnya. Kursus kena pegi banyak kali ni.
salam kakak,
ReplyDeletelama betol jannah tak singgah sini kan? harap2 akk sihat yea . suka entry yang nie. mungkin kita tak duduk kat tempat dia (penjaga kaunter) and mungkin kita tak paham apa yang dia rasa hari2. tapi kalau dia paham apa yang dia cari dan apa yang dia perlu buat waktu bekerja mesti tak ada issu pasal mereka kan? kebanyakkan mereka (lebih2 pmatan awm) masyaallah sikapnya kurang hajar teramat. dia fikir dia duduk kat depan tu, gaji dia beribu dan dia punya suka biadap dengan sesiapa. geram kekadang
jannah pernah jumpa spesis mcm nie. dah la jannah nie jenis panas baran, ha sebelum dia nak kurang hajar jannah dulu kurang hajar dengan dia. sampaikan jannah nak jumpa dengan bos dia. sometimes org mcm nie kita tak boleh bagi muka, sebab bila dia biadap seolah kita tak ada kuasa nak melawan, sedangkan yg bayar gaji dia tu duit kita juga duit masyarakat malaysia.
haha emosi nie :)
paling selalu jumpa yang macam ni kat pejabat pos...pernah jumpa kaunter pejabat pos yang sambil kerja makan chewing gum...terkonyel konyel...bidap benor gayenya
ReplyDeleteCik Jannah : Eleh.. Jannah tu memang. Selalu tak lawat blog akak. Eh, tpai kdg2 gaji derang tak besar mana pun. Setakat biasa2 je. Tapi sombong dia, tuhan je yang tahu kenapa.
ReplyDeleteNafisa81 : Hahahah.... sempat plok dia skodeng org tu makan chewing gum. Lagi la nampak tak sopan makan chewing gum depan public. Ish2.
kalau kat area saya ni pekerja bank yang ampeh. Ya Rabbi dia punya keje asik pot pet pot pet dgn pegawai yang duduk belakang kaunter. mata melirik sana sini nak buat modal ngumpat. kadang2 4-5 orang pelanggan ambil masa dekat sejam baru dilayan. pegawai pejabat pos sini ok pulak, selalu nak bank in ASB buat kat sana je, pantas dan cekap.
ReplyDeletep/s: btw like your shout box lah..heheh
kebaikan itu terbit dari hati yang suci....
ReplyDeletealamak lyd.. camne ni, ni yg buat saya malasnya nak balik msia. huhu.. (tp kene sedar diri kene balik tanahair jugak nnti). mmg kontra sangat dgn sikap dan layanan customer service kat sini, boleh kata mcm langit dan bumi (wah melampau padahal tak semua pun perangai cmtu kan). pergi kursus byk kali pun mcm xde improvement. camne ye kita nak didik staf kaunter depan ni bersifat lebih bertanggungjawab dgn pelanggan? semangat kerja bersungguh xde. yg penting gaji masuk je tiap bulan. huhu..
ReplyDeleteI wish there were more people like you and your friends yang sentiasa menawarkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.
ReplyDeleteAnd I have read and agreed with all the rest. Customer services or pekerjaan yang seantara dengannya perlu lebih aware dengan ini.
Wani : Derang ni ikut tempat jugak kot. Ada yg pekerja bank yg tak okay, pejabat pos okay, ada yg pejabat pos plak tak okay.
ReplyDeleteKazman : Ye, sikap yg baik dtg dari hati yg suci.
Asmara : Kalau saya ada peluang, saya tinggal he terus kat Jepun. hehehe. Atau pun As balik sini, cuba pengaruhi attitude org sini plak supaya bersikap mcm org jepun.
Nisa' : Thanks for reading this entry and agreed.
Diana : Haah kan betul. Dulu nurse bapakkkk le garang. Skrg ni nurse2 muda dah ramai yg kerja nurse sebab minat. So, dah berhemah skit.
huhu... btl tu kata awk... org2 y bkerja di kaunter & bhubung dgn org ramai mstilah mjlnkan t'jawab sbaiknya.. mcm kes lya ni... utk apply satu permit dgn gov.. ya allah,,sakit kepala sgt dgn perangain sorang2.. tp mujur lya jnis bsabar n x marah2... walaupun, rasa lth sgt buat mde y sama hnya krn kesilapan drp dia org.. tp mujurlah..ada y sgt btimbang rasa.. iatu..melayan customer dgn ikhlas.. tp ada gak satu mamat ni... nk citer pon xreti..tp geram dgn sikapnya.. sbb tu mmg kerja dia.
ReplyDeletedan pgalaman lya mnerima rawatan kt spital pon byk mgajar.. kalo dulu, masa lya lumpuh.. abg lya bwk ke ER,... ada k patut nurse tu mrh n suh lya bjln..skali abg lya tengking.. ye la... pttnya..mrk kna hormati perasaan org y sakit ni.. smemangnya t'over sensitif.. tp mujur... skarang lya mnerima rawatan drp doc n nurse2 y mmg btl2 mlayan pesakit sewajarnya... n ada smpai jd kawan...
Dah banyak sangat orang yang jaga kaunter slalu buat muka toya, kita senyum, makin buruk rupanya...haha
ReplyDeletejarang jumpa yang senyum..
kaunter luar negara lagi baik kot dari malaysia..
LYAfrina : Banyak experience Lya dgn front-liner kerajaan kan? Saya rasa ramai org yg ada peristiwa menerima layanan buruk drpd petugas kaunter. Mcm menggambarkan mmg buruk pun attitude derang dalam melayani pelanggan.
ReplyDeleteEh, kalau saya pun geram dgn nurse tu. Org dah la sakit. Dia masih plak nak suruh kita tabah. kalau ye pun nak suruh pesakit tu jadi kuat, bertempat la skit kan.
Bahrain : Ada jugak dgr negara lain punya front-liner lebih baik drpd di negara kita. Cuma harap2 negara kita akan dpt contohi sikap baik drpd negara luar dan bukan contohi sikap negatif.
betul la tu. jgn sebab nila setitik kan? selalunya mcm tu la. ada tmpt utk membantu tp sbb ada sesetengah org yg ntah apa2 dah lain jadiknya. kalau kena kat kita pun kita marah kan?
ReplyDeletehahaha..mcm entry aku yng lepas..siap kene hulur( rasuah) dulu baru nak jalan keje pon ade..geram aku..
ReplyDeletetapi bukan semua la..letih aku nk berurusan dengan gomen ni terutama..profesional takde..keje makan gaji semata-mata yg banyak..attitude kureng..
YM.Bundle : Ha ah. Rasuah satu hal lagi. Ari tu aku terfikir nak tulis pasal kisah aku merasuah polis. Tapi aku lupa plak. Okay. Bleh jadi next entry.
ReplyDeletetolongla guna rasa perikemanusiaankan?? kesian..
ReplyDeleteHa ah Baby Mama Amana. Kesian.
ReplyDeletebenda ni nmpk lg obvious kalo gi kaunter badan kerajaan ngan badan swasta. pekerja kat kaunter badan kerajaan kebanyakan nyer muka susah nak senyum (bkn sumer ye). tp kalo gi kaunter badan swasta (mcm bank), kebanyakan nyer senyum. sbb pe? sbb pekerja kerajaan ssh nak kena pecat manakala pekerja swasta bila2 je bole kena pecat kalo ada org komplen.
ReplyDeleteAswadz : Ha ah betul. Lagipun pekerja swasta gaji lagi besar kot. Heheh.
ReplyDeletestaf front-line eloknya ada briefing pagi utk ingatkan mereka tntng etika melayan.
ReplyDeleteitu la terlampau byk sgt karenah birokrasi...kdg2 menyakitkan hati betul !
ReplyDeleteorg counter tu ada infront person yang menjadi persepsi pertama kepada orang yg datng kn.. kalau datang2 je, org pertama yg kita jmpe pon dh wat muka cam hawau tu.. cnfirm tanggapan negatif kita terhadap organisasi tersebut kn...
ReplyDeleteya, front-liner sebagai kunci sebuah institusi. baik dan buruknya hampir selalu ada pada dia.
ReplyDelete