Sejahteralah ke atas kamu....
Kita selalu je rasa sedih bila orang mengata yang buruk-buruk pasal kita, tapi sebenarnya orang yang mengata kita tu la yang lebih kesian. Sebab dia dah bazirkan sebahagian daripada masa dalam hidup dia untuk bercakap buruk tentang kita. Ce kalo waktu yang dia guna utk mengumpat kita tu dia guna untuk buat kuih-muih tradisional ke, menjahit je, hafal ayat lazim ke.... mesti dah banyak manfaat yang dia dapat.
Tapi jangan fikir ayat kat atas tu hanya boleh diguna pakai untuk orang yang mengumpat kita je. Kalau kita mengata yang buruk-buruk pasal orang pun ayat tu boleh letak kat batang hidung kita jugak tau. Dahtu, apa lagi.... Sudah-sudah la fikir tentang orang yang kamu benci tu. Walaupun membenci orang tu tak baik, tapi kalau benci cukup la sekadar benci. Takyah le package kan sekali dengan kata-kata buruk seperti membuat ketupat mulut. Berdosyer toqqq.
Mulai sekarang, pekata kita belajar untuk berfikir secara simple. Berfikir simple ni simple je. Dah namanya pun simple, so mesti lah simple je kan?[adakah ini namanya pantun 2 kerat bertajuk 'simple'?] Nak berfikiran simple, mula-mula kamu hanya perlu fikir perkara-perkara yang ke depan je. Fikir tentang perkara-perkara untuk berjaya di masa depan. Celop plan baek punyer. Bayangkan project juta-juta dirham yang bleh membahagiakan hati sendiri. Sudah-sudah la dikenangkan sejarah-sejarah lama yang menyakitkan hati. Nak ingat sebagai pedoman supaya tak tersilap langkah tu okay la lagi, tapi takyah le sampai nak meratap dan asyik ungkit benda2 lama. Membazir letrik hokey. Lagi,kita boleh berfikiran simple bila kita sentiasa sematkan dalam kepala hotak kita bahawa 'What's PAST IS PAST'.Foolstop Fullstops.
Kadang-kadang saya tengok, orang-orang sekeliling saya ni ada yang suka kenang kisah lama yang dah terjadi bertahun-tahun dulu, tapi cara dia bercerita tentang benda tu, macam benda tu baru berlaku semalam. Yang lagi pathetic, hal sedih tu plak langsung takde kaitan pun dengan dia. Contoh macam ni la... 10 tahun lepas, masa saya belum kenal dengan suami saya, ada orang yang pernah buat pasal kat suami saya. [ni contoh je ye. Takde pun org buat jahat kat suami saya seperti yg saya katakan tu]. Lepas tu, bila kami berkenalan, suami saya ada ceritakan tentang kisah lama dia dulu. Pastu saya plak yang sakit hati dengan orang tu, pastu saya asyik mengutuk orang tu kat dalam blog. Padahal saya tak kenal pun orang tu. Dan kalau dia penah buat jahat kat suami saya pun, masa tu kami belum berkenalan. Yang penting, suami saya tak de plak jadi cacat atau pun lumpuh atau rugi berjuta ringgit pun kerana peristiwa tu. Tapi oleh sebab saya ni taknak berfikir secara simple, maka saya sibuk nak fikir pasal kejadian tu. So, kehidupan saya sedikit sebanyak dah rugi banyak masa sebab fikir benda yang takde kaitan pun dengan saya. Saiko kan saya? Lagi sekali diulang, ini hanyalah corntosh.
Haa... itu jela. Hahahahahha... tah hapa-hapa update blog dengan entry cam jenazah ni. Lepas ni saya ingat nak update blog dengan auto post la. So, takde la lama sangat blog ni terpinggir daripada hidup saya. Orang yang selalu baca blog saya, mesti tertanya-tanya kenapa LydSunshine ni dah makin sengal nak update blog. Saya ada, cuma saya tersampuk jin-malas-update-blog je. Hoho.
eeee..seramnya! jahat tak jin-malas-update-blog tu?? agak2 kalau baca ayat kursi byk2 dia lari tak? alamak, kesian la kawan saya ni kena sampuk dgn jin..alahai, sedihnya..takutnyee! aaaahhhh... <-- ni kira contoh manusia dgn pemikiran tak simple la kan? ngeh3
ReplyDeleteHaha. Syabas wani. Nampaknya awk benar2 faham maksud saya.
ReplyDeleteHaha. Syabas wani. Nampaknya awk benar2 faham maksud saya.
ReplyDeleteTu la...kdg2 yg kita dengar tak spt yg kita lihat. Sbb tu lah ada org kata "jgn percaya sedikit pun dgn apa yg anda dengar dan percayalah cuma separuh saja dari apa yg anada lihat dgn mata kepala sendiri..."
ReplyDeletehidup kita mudah je..kita tak mengata orang,orang pun tak mengata kita..tapi ada juga kita tak usik dia pun,tapi apsal dia usik kita?..
ReplyDeleteAku rasa ko takde beza pun dengan org tue sebab sekarang pun ko berfikir dan bercakap pasal orang tue.maknanya ko pun sama berfikiran x simple dan sudah merugikan masa ko dengan bercerita pasal orang yg tak berfikiran simple. betul tak lidi?. fapi tak tahu la kalau ko nak jadi bodoh seperti orang tue jugak. sekadar pendapat..
ReplyDeleteAku rasa ko takde beza pun dengan org tue sebab sekarang pun ko berfikir dan bercakap pasal orang tue.maknanya ko pun sama berfikiran x simple dan sudah merugikan masa ko dengan bercerita pasal orang yg tak berfikiran simple. betul tak lidi?. fapi tak tahu la kalau ko nak jadi bodoh seperti orang tue jugak. sekadar pendapat..
ReplyDeletehahahaha jangan laa sampai tersampuk jin malas tu kak..kang saya pun tersampuk sama..pada saya simple je tak payah buang masa pikir pasal orang lain lebih baik pikir hal sendiri, pikir macamna nak majukan diri, pikir mcamna nak tambah pendapatan utk diri sndiri.itu lagi penting..pasal perkara yang lepas tak payah laa nak serabut kepala pikir..benda dah lepas dah..
ReplyDeleteJR : Tapi kita biasa percaya apa yg kita dengar kan?
ReplyDeleteUmmiArissa : Dah memang lumrah macam tu ummi. Kita takkan dpt puaskan hati semua org dlm dunia ni walaupun kita rasa kita dah buat yg terbaik.
Adam Haris : Mungkin juga kot saya pun tak berfikiran simple. Hehe. Entry2 saya kebanyakannya adalah untuk saya tegur diri saya juga. Tapi saya tak cakap sesiapa pun bodoh tau.
Safiyya : Tu la maksud akak. Nasib baik ko paham.
BG LYA PERKARA Y BERLAKU BIARKAN BERLALU.. ESSPECIALLY SESUATU TU BERLAKU TNPA MELIBATKAN DIRI KITA KAN..UTK APA KT NK TERASA LEBIH2..
ReplyDeleteAPA2 PON N3 NI BLH MBERI KESEDARAN, AGAR LEPAS NI.. IGT DIRI SENDIRI 1ST...XPERLU PIKIR HAL REMEH-TEMEH SBB ORG, KLO PEMIKIRAN TU BLH MEMBUATKAN KT MNGATAKAN
salam,
ReplyDeletebetul2..buat ape la nak sakitkan kepala otak (dan juga jiwa) dok memikirkan benda2 yang tak perlu. itu la pasal orang melayu ni ramai phd kot, sebab sibuk la pikir hal orang lain, padahal tak perlu pon.
hahaha... saya ada rasa macam tu kt kwn husben sy. sy knl dia dan dia knl sy. tp tak ada la nak kutuk2 dlm blog. cm rasa geram2 tu ada la. kadang2 ckp dgn husben je. ngee... tp husben kata biar la. baik sgt org pijak kepala. ikut je la yang oiii..
ReplyDelete