Skip to main content

Dugaan Hidup Memang Begitulah Hendaknya.


Sejahteralah ke atas kamu...

Ni cerita minggu lepas. Saya baru je beli bathroom scale. Ini bertujuan untuk membantu usaha mulia saya untuk meringankan badan saya yang makin lama makin meningkat menjadi-jadi. Secara konsisten plak tu. Kalau wanita mengandung yang naik berat badan secara konsisten tu bleh la dikatakan sebagai ‘perkembangan positif’. Tapi kalau  setakat wanita yang mengandungi lemak tepu berlebihan je, itu dah perkembangan di atas par dah namanya. 

Memula saya timbang berat saya. That was not good. Berat gile homaigoat! Pastu seperti petir sabung-menyabung,  idea datang ke dalam kepala hotak saya, “ko mesti berusaha lebih gigih untuk meringankan badan ko”.  So, saya memilih untuk exercise secara industry kecil dan sederhana iaitu mendaki tangga ofis. Dari tempat parking ke tingkat bawah biasanya 7 tingkat je [kalau saya parking tingkat 7 le. Kalau ada hari yang saya tetiba je dianugerahkan kemuliaan, iaitu pada hari bos saya en Z bercuti atau outstation, dapat le saya park keta saya kat tingkat 5, tempat parking beliau. Parking kat ofis ni, lagi rendah tingkatnya, lagi mulia taraf dia]. 

Saya mulakan usaha mulia tu pada hari Jumaat. Adehh... Apa laaa hari Jumaat baru nak mula. Ini sudah agak ketinggalan. Tapi takpe. Setiap kejayaan pasti dimulai dengan langkah pertama walaupun lambat. Pagi tu, saya turun tangga untuk sampai ke lobi. Udara dalam lubang idong bertiup kencang meniupkan bulu-bulu hidung ke luar dan ke dalam. Penat jugak, tapi tak berapa penat sgt sebab turun tangga. Petang tu plak, saya naik tangga lagi. Tapi sampai ke tingkat 5 je, sbb saya dengar ada gema suara orang kat tangga tingkat atas. Malu la. So saya kuar dari tangga dan naik lif ke tingkat 8 [ari tu saya park kat tingkat 8.]. Rasa menggigil jugak tulang femur saya petang tu. Nasib baik tak Osteoporosis hakak ni.  Hari tu jugak saya kurangkan makan, daripada pagi saya minum susu je sebagai sarapan. Tghri plak saya makan sandwich subway je. Mesti turun ni berat saya.

Saya balik rumah dengan rasa bertenaga. Terasa susut skit berat badan. Yeahhh... Tak sabar-sabar nak timbang berat. Teng...teng...teng... Lepas timbang tu sekali rupanya tak turun walaupun 0.01 gram pun. Demmit! Patah hati rasanya. Nasib baik le suami saya kata takpe..takpe... baru sehari. Kena konsisten naik turun tangga sampai kurus. Hahah. Minggu ni bermula daripada semalam, saya start balik la naik turun tangga. Cool jugak la. Setakat tingkat 7 tu, kucing saya pun boleh turun naik sambil makan ikan kembung mentah pemberian pakcik lori jual ikan, inikan pulak saya. Eleh... Kacang kuda rebus letak daun kari je naik 7 tingkat tu. Tangga kat Bukit Panorama kat kampong saya lagi tinggi. Rasanya dalam 400 meter lebih daripada paras laut. Bayangkan le tangganya banyak mana. Masa mendaki tu, memang dah rasa hampir nak menemui ajal kat situ jugak. Penat nak mamff... Ekeke.. Naik bukit yg suam-suam milo tu pun nak kecoh ye dak? Suami saya berbasikal naik Gunung Stong sejauh 130km lebih sampai cramp2 kaki tu tak kecoh pon. [Memang dia tak kecoh, tapi saya yang kecoh. Lalala.]. Dan orang lain dah daki gunung everest siap meninggal dunia kat situ pun senyap je, takde nak citer banyak pun [dah mati cemana nak citer ye tak? :p]. So, jangan le kamu begitu takbur wahai Lyd Sunshine hanya kerana kamu berjaya mendaki tangga 7 tingkat. Wahh... terasa insaf sebentar. 

Okay, berbalik kepada cerita meringankan badan ni, semalam saya balik umah dengan excited nak timbang berat dengan harapan, berat susut skit... Yeahh... Finally, turun jugak... 0.03 kilo je. Hahaha. Bongok je aku rasa. Tapi takpe. Saya akan pastikan usaha mulia ini akan berterusan. Demi menjana ekonomi yang lebih jitu berpaksikan semangat yang menyala seperti obor-obor.. Come on... Obor-obor plak. Ingat ni citer spongebob ke. Chaittt!

Satu lagi saya nak cerita pasal semut. Kat rumah saya memang banyak semut. Rumah sape je takde semut kan? Walaupun sekor, mesti ada tersesat. Rumah sape yg takde semut tu maksudnya umah dia sakti la tu. Kat umah saya, semut yg paling akrab dengan meja makan ialah semut halus yg orang panggil semut mayat tu. Ntah bila masa ntah saya lantik dia jadi pengawal keselamatan kat atas meja makan tu, memandai je derang lepak ramai2 kat situ. Semut ni kalau termasuk dalam air teh o, dia mcm nampak tak nampak je.  So, kalo terminum tu, selamat la ye fungsi otak saya terjejas sedikit demi sedikit. 


Biasanya... bila semut ni kerumun makanan, saya relax lagi. Takpe... takpe.. Sabar. Sabar itu separuh daripada Sabarudin. Lagipun makanan yang saya ada tu, Allah beri. Apa salahnya kongsi sama rata dengan semut. Makan berjemaah kan lebih baik. Kalau suami saya membebel kat semut bila semut masuk dalam gelas dia, saya la yang selalu akan menyabarkan dia... Relax Bi, semut tu nak tumpang minum je. Jangan la marah dia...... Sian kat semut. Beliau makhluk yang lemah. Perlukan pembelaan daripada kita.


Tapi... bila semut ni dok sibuk berlari-lari manja atas  notebook saya, then masuk dalam keyboard.... Haihhhh... hilang semua kesabaran tu. Bukan sebentar je kesabaran tu hilang, rupa-rupanya berbentar-bentar. Naik hangin plak rasanya. Tak logik betul ko pilih tempat nak beriadah semut oiiii... Ini Notebook okay. Bukan kepingan gula-gula atau chocolate bar yang perlu dihabiskan manis dan sepah dibuang. Grrr... Marah ni... Marah!!!  Sekian. Wassalamu.

Comments

  1. wahh bagus laa akak, turun naik tangga kat ofis..kalau saya tak sanggup mau pancit n pitam kat tengah tangga sebab ofis saya kat tingkat 20 lorrr..ok moga misi akak untuk kuruskan badan berjaya..dpt berat badan ideal lg best kan..

    ReplyDelete
  2. lawak ke der betul la....hahaha...semut semut...^__^

    ReplyDelete
  3. huh..semut kat rumah saya ni pun samalah..celah keyboard notebook ni pun nak masuk. punya susah nk bg keluar..agaknya semut zaman skrg mmg gitu..

    ReplyDelete
  4. hahaha... operasi kurus ye? saya makan je lyd. jmp kwn lama baru2 ni. last time dia dtg jenguk saya masa abersalinkan anak sulung. dia kata saya makin kurus. hahaha... nak petua ke? makan hati selalu. muahaha... husben saya mata cekap. semut dlm air nescafe pun blh nmpk. rmbt dlm apa2 mknn pun nmpk jgk. dia ckp, Allah ambik satu mata tapi ttp bg kelebihan pd satu mata lg...

    ReplyDelete
  5. haha..tak paham connection naik turun tangga dengan semut tu tapi layankan je..hahaha
    saya ni berusaha keras nak naikkan berat. makan gain eight konon, tapi sama je. tak boleh beli bathroom scale, takut tensen berat tak naik..kikikik

    ReplyDelete
  6. Dari pengalaman saya nak turunkan berat badan perlukan kesabaran dan disiplin yg tinggi. Berat badan tak akan turun dlm satu hari atau satu minggu, beri masa kpd tubuh utk ia turun pelan2. Satu lagi jgn hari2 tengok alat timbang, takut nanti frust sebab yg turun tak seberapa. Beri alat timbang tu berehat seminggu dua, kemudian baru tengok kesannya...

    ReplyDelete
  7. Dari pengalaman saya nak turunkan berat badan perlukan kesabaran dan disiplin yg tinggi. Berat badan tak akan turun dlm satu hari atau satu minggu, beri masa kpd tubuh utk ia turun pelan2. Satu lagi jgn hari2 tengok alat timbang, takut nanti frust sebab yg turun tak seberapa. Beri alat timbang tu berehat seminggu dua, kemudian baru tengok kesannya...

    ReplyDelete
  8. suhu notebook tu suam2 kuku. syok la diorang bermastautin kat bwh keyboard.

    ReplyDelete
  9. haha.. nak turunkan berat badan tu kena konsisten n sabar kut... haha.. kalau x, diri leh stress n makin bertambah lak berat bdn :)

    ReplyDelete
  10. jangan risau berat tak turuntu.. sebabnya selalu cakap yang berattu adalah muscle ... sabar...
    kalau dah mula exercise baik untuk kesihatan... nanti tak stress

    ReplyDelete
  11. haaa...tula..lepas makan tak basuh tangan terus update blog..dah bersemut

    ReplyDelete
  12. wahhh rajin nye. sy slalu turun tangga jela hehesalam perkenalan n follow ur blog :)

    ReplyDelete
  13. wah..wah... usaha tangga kejayaan.. lya pon skarang naik 5kg.. mybe ptnda lya makin sihat..

    lya makan quaker oat pagi2... n setiap ahad n selasa jogging.. tp ni dh lama lak tgal.. huhu... angan2 jening j lya ni.

    ReplyDelete
  14. aku lak x sabo nak dok umah baru coz xyah panjat tangga...yahooo...(pdhal aku pn montel gilak dah skrg ni huhu)

    ReplyDelete
  15. gud luck akak...moga brjaya membuang apa yg tidak diperlukan... (kawn sy ckp lemak2 2 kasih syg...hehehe) ... kt bilik sy ni pn ada 2 jenis penghuni yg tidk dijemput utk duduk brsama sy...huhuhu klu akak semut mayat sy ni semut merah yg kecik 2 n semut hitam... hp lama sy yg dh lama xguna 2 semut2 merah kecik 2 boleh buat rumah n branak pinak dlm 2...huhuhu ari selasa ari 2 sy isthar perang dgn semut2 2...hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w