Iklan! Iklan! Sila Click!

10 April 2012

Preparation Untuk Raya - Bisnes La Kita!

Sejahteralah ke atas kamu....

Hoyey! Esok cuti. Saya plan nak pegi membeli-'belah la kau' baju raya esok. Walaupun agak melampau di situ, sebab raya long way to go kan, bulan Augusta. Tapi apa salahnya. Tempah baju awal2 okay apa. Feel nak vogue di pagi raya tu dah memanggil-manggil namaku. Tahun ni nak buat baju raya pesen long dress kain kosong kat dalam, pastu macam kebaya nipis kat luar, lengan cekak kat hujung pastu ada manik bertaburan dihiasi corak2 bunga bla..bla..bla... ceh, tak seperais langsung. Tipu je. Saya nak gi tempah baju awal ni sebab rasa mcm esok ada masa lapang, bleh hantar. Biasanya kalau saya tempah baju, 6 bulan selepas tu baru saya amik. Keke. Sebab mcm malas je nak terjah ke lubuk 'kesesakan lalulintas' kat Jalan Chow Kit tu. Erm... tahun ni nak pakai sedondon ke tak dengan suami ye? Takyah la kot. Pakai je la baju kaler lain-lain, nanti bawak bekal je buah kedondong masa pegi beraya. Kalau org tanya, kenapa tak pakai sedondon nanti, bleh la saya saya rejam mata orang tu dengan buah kedondong. {Warning : adegan tersebut tidak sesuai disaksikan oleh anak-anak di bawah umur 13tahun kerana mengandungi unsur-unsur ganas.}. Mcm tak kelakar pun. Boo!

Saya nak cerita tentang bisnes ni. Are you raydeee? Saya suka berniaga. Family saya pun memang family berniaga. Tapi takde la berniaga juta-juta pun. Setakat jual karipap, tempeyek dan goreng pisang je. Mak saya pun dulu pernah je jual nasik lemak. Siapa kata orang jual nasik lemak tu hina, memang dia !@#$%^&*. [pernah tau, saya baca komen kat blog orang yg cakap jual nasik lemak tu low class. Termasuk la mak Dhia dalam Tentang Dhia. Hahaha]. Ok..ok.. Kembali ke pangkal jalan. Mudah sangat meleret ko ni Lidi. Anak-anak buah saya yang skolah rendah pun ada otak bisnes. Dierang beli mainan atau aksesori kat kedai harga 20sen, derang jual kat kawan2 kat skolah dengan harga RM1. Hehehe. Bijok.. walaupun agak cekik darah. 

Sekarang ni, saya masih lagi dalam proses nak cas momentum untuk berniaga all out, nak belajar tebal muka promote kat orang barang yg saya jual walaupun dah tau orang tu tanak beli. Saya tengah belajar menerima rejection supaya mental untuk berbisnes jadi kuat. Padahal sekarang saya bukan jual apa pun. Cuma jual detox patch dengan beberapa produk felt craft. Setakat ni alhamdulillah. Kawan-kawan dengan family support. Derang cool bercampur supporting habis. Yang tu la yang paling penting kot kalau nak buat apa2 dalam hidup ni. Kena dapat sokongan daripada orang2 terdekat.

Perasaan berniaga ni lain sangat dengan perasaan dapat gaji hasil bekerja makan gaji atau dapat bonus. Bila dapat gaji atau dapat bonus, memang seronok. Semua orang suka dapat duit kan, kecuali orang utan. Mana ada orang tak suka. Tapi bila dapat duit hasil daripada kita jual barang kat orang, perasaannya manis sangat walaupun orang hanya beli satu kerongsang felt je dengan harga seringgit. Tapi perasaan tu tak dapat diceritakan dengan patah perkataan. Rasa puas dan rasa makin bersemangat.


Memang la, kalau nak dikirakan keuntungan, buat masa sekarang ni mana la dapat untung besar sangat pun bisnes saya tu. Apapun masih ada untung yang bersinar-sinar. Tapi tak tau la nak cakap, saya sangat-sangat positif yang saya akan berjaya one day dengan bisnes saya. Dulu masa baru-baru kawen, suami saya selalu berkura-kura dalam perahu nak buat loan untuk buat modal bisnes. Tapi saya bangkang yang arif! Sebab masa tu, kiterang takde experience lagi, akaun pun tak reti manage, nanti takut loan kemana, modal kemana, bisnes kemana, duit yang buat modal tu kot2 kiterang bantai berjoli ayam, pegi makan tutti frutti sehari 4 kali je kang... Lingkup la bisnes nanti. So, saya cuba yakinkan suami saya untuk mula daripada bawah. Buat je bisnes cikai-cikai pun takpe. Asalkan kita start zero biar nanti turns to a number plus 6 zeroes behind. Eceh. Besar plak cita-cita saya. Semalam dalam entry lepas, saya kata saya tak bercita-cita tinggi. Mana satu ko ni Lidi??!! Cakap putar-putar Halim plak.

Pernah saya bercakap dengan sorang usahawan terkenal tanahair [propa je ni, padahal tak terkenal langsung orang tu], dia kata untuk berjaya dalam bisnes, yang paling penting ialah attitude. Kena rajin. Kena komited. Kena disiplin. Modal tu penting, tapi jatuh no 2. Heheh.., Tengok sekarang, attitude apa yang saya ada? Malasnya sama jugak. Kuat main games Pumpkin vs Monster pun sama jugak. Tapi takpe... InsyaAllah dalam proses nak berubah ni. Doakan kejayaan Amalina ye rakyat Malaysia? Nanti saya dah kaya-raya, bleh claim roti canai dengan saya. Saya pun nak jadi cam Zahid, belanja penyokong dengan roti canai lepas menang AF. Nanti korang pilih je la nak kuah kari ke dhal. Hahahahah. [Ceh, ingatkan pilih apa tadi].

22 comments:

  1. semangatnyer nak tempah baju raya..hehe.. apapun.. semoga berjaya.. (:

    ReplyDelete
  2. takde mood nak raye..boleh? sibbaik aku takcakap takde mood nak puase..harus dilempanggg..

    ReplyDelete
  3. memang orang berniagalah yang paling berjaya.. akak bangkang gak kata orang bisnes nasi lemak low classs... akak tengok jiran akak jual nasi lemak kat depan rumahpun boleh kata pendapatan boleh tahan...

    ReplyDelete
  4. perkara yg dni nak buat adalah... jual kain pasang. ngehehe

    ReplyDelete
  5. Kawan saya yg merupakan bisnesman yg berjaya berkata jika nak murah rezeki sptnya kita kena selalu menderma. Falsafahnya: bila kita membuka satu pintu (utk menderma), Allah akan membuka tujuh pintu lagi (pintu rezeki) utk kita. Wallahualam....

    ReplyDelete
  6. Mmg seronok berniaga ni...saya pun suka, nnt satu hari saya buat N3 barang apa yg saya jual...tungguuuuu

    ReplyDelete
  7. Kyo : Heheh. Hidup mesti bersemangat. Thanks.

    QuTaQ : Ngape plak ko takde mood nak beraya. Akak pun tak tau ada mood ke tak sbb lambat lagi. Tapi saje je siap2kan awal2 sementara lapang.

    Cho Zila : Ha ah, biasanya org berniaga la yg kaya kan?

    Ardini : Berniaga kain pasang bagus gak time2 nak raya. Mesti ramai yg beli. Goodluck utk dini.

    JR : Betul2. Saya setuju. Lagi satu prinsip saya, tak amik untung banyak. Macam Rasulullah buat.

    Karukord : Yeah, buat la. Kalo barang tu best bleh la saya beli jugak. Sapot kawan2.

    ReplyDelete
  8. tebal muka takpe..janji poket pun tebal..hehehehe

    ReplyDelete
  9. Salam...
    Jangan risau syg,bubi akan sokong syg ye hehehe

    ReplyDelete
  10. sy pun dh ready trima baju utk jahit manik..heheheh

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum lyd...wah semangat nak raya yer bersemangat sakan ....tapi tempah awal2 ni mmg elok dah nak raya nanti cuma cari kuih muih jer kan...:)

    ReplyDelete
  12. saya pun suka berniaga, anak macik kantin lah katekann..huhu..
    seronok berniaga jual eskerim malaysia kat sekolah dulu, nasi lemak, mi goreng, kuih bom kuah sambal ..perghh...!!
    saya memang berminat nak berniaga satu hari nanti, pasar malam pun untung jugak hape..kaya raya lagi, keje malam je..hehehe

    ReplyDelete
  13. saya sokong Lyd! mudah2an terus kuatkan semangat dan terus berusaha hingga berjaya! amin..
    *kecil2an dulu nnti dah kenal ramai customer boleh buat besar2an pulak. Gambate kudasai! :D

    ReplyDelete
  14. Alin : Heheh... Poket tebal tu insyaAllah la kalau rajin. Keke.

    nyuazrul : eh, mesti la baby kena sokong syg. Kalau tidak cemana syg nak berjaya.

    PenBiru : Haaa... itu dia tokei jahit manik sudah bersuara. Cepat2 sape nak tempah jahit manik sila contact pn PenBiru.

    MasZull : Itu la tujuan saya mama. Nak selesaikan mana yg bleh selesai dulu.

    Wani : Ooo.. anak makcik kantin. Syok kan berniaga. Jual kat pasar malam pun nampak cam seronok sebab happening gila.

    ReplyDelete
  15. Asmara : Mekasih Asmara kerana memberi kata2 motivasi itu.

    ReplyDelete
  16. salam;
    Aduhai!..awak dah fikir pasal raya dah.Tang bisnes tu kiranya ada kekuatan dan keinginan yg kuat pasti awak berjaya.

    ReplyDelete
  17. yusuf : hehehe... melampau kan? Dah fikir pasal raya. Hehehe. Puasa pun belum.

    ReplyDelete
  18. lya pon igt nk beli kain utk bju raya ni..sbb tailor tu kala last ambik tmpahan akhir bulan ni.. aduyaiiii...

    huhu..lya mmg x berbakat dlm bisnes ni. apa2 pon..gud luck yer.. moga smuanya bjln lncar n sukses

    ReplyDelete
  19. tahun ni tak tempah la baju raya.sebab perut naik.kena beli baju mengandung je..hahah

    ReplyDelete
  20. dun wury...hanya menanti saat2 yg sesuai je....sebulan dua lagi kot...semua benda siap nnt saya N3...jual barang apa..

    ReplyDelete
  21. LYafrina : Haaa.. kan ada geng. Kalau nak tempah baju elok awal2. Kalau nak beli baju siap, last minute pun bleh. Tapi nanti gemuk cemana? Baju tak muat. Hehehe.

    Diana : Baju mengandung pun bleh buat vogue2 jugak apa.

    Karukord : Okay. Kami akan tungguuuu...

    ReplyDelete
  22. selamat berniaga. tak slh pun berniaga. husben sy suka tp sy la kureng sikit ikut jejak langkah dia. hahaha... tp aad jugak buat felt sblm ni. tp time pregnantkan Azfar menyampah pulak dgn felt. skg nak sambung balik semula makan masa la sikit. ngeee...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...