Skip to main content

Kisah Sehari Sebelum Majlis Perkahwinan Saya

Sejahteralah ke atas kamu....

Sehari sebelum majlis perkahwinan saya [Jumaat - 03 Jun 2011], saya membawa mak saya ke temujanji di hospital TAA, Kuantan. Ini temujanji berjadual untuk sakit jantung mak.

Macam biasa. Hospital kerajaan memang ramai orang. Tapi memang rezeki terpijak, kami dapat parking di tempat yang agak baik, berbumbung dan dekat depan pintu tempat appointment tu. Alhamdulillah. Saya rasa memang kemuliaan seorang ibu kot. Itu bukan kali pertama kalau saya bawak mak saya ke mana-mana, saya memang murah rezeki parking. Pasti dapat parking tempat yang gempak punyer.

Saya temankan mak menunggu giliran. Masa tu sebenarnya mak memang sangat lemah. Tapi saya tak dapat nak bantu apa-apa pun. Sebelum bergerak ke hospital, kami sempat singgah bersarapan di satu kedai makan di tepi jalan, jadi mak tak la kelaparan. Bila tiba giliran mak untuk bertemu dengan doktor, saya ikut bersama untuk mendengar consultation doktor. Keputusan ujian darah menunjukkan bacaan kolestrol mak berada dalam paras berisiko tinggi. Doktor lelaki berbangsa Cina itu pula, asyik memujuk mak saya untuk melakukan pembedahan jantung. Mak saya tidak mahu. Bermatian-matian dia tetap tak mahu. Saya jadi geram. Geram sebab mak saya degil. Dia sakit dan membuatkan kami adik beradik risau. Tapi dia tetap tak mahu melakukan pembedahan.

Doktor tu juga menekankan tentang bacaan kolestrol tinggi dalam darah mak saya. Saya hanya diam. Cuma ada saya bertanya kepada doktor, adakah kolestrol tinggi itu berpunca daripada gaya pemakanan mak saya. Doktor bersetuju dengan soalan saya dan mengiyakan. Saya tak pasti benar atau tidak, tapi saya dapat rasakan bahawa nada pertanyaan saya itu mungkin agak kasar dan melukakan hati mak saya. Tapi saya hanya buat 'keras'. Selepas itu saya ada marahkan mak sebab tak jaga makan. Mak suka makan yang berlemak. Nasik lemak. Sup tulang. Saya bukan marah dengan nada yang tinggi, tapi lebih kepada membebel. Itupun cukup untuk buat mak berkecil hati. Astagfirullah. Semoga Allah mengampunkan saya.

Setelah balik daripada hospital, saya terus sibuk dengan persiapan perkahwinan saya. Mak pula berehat di dalam bilik. Malam itu, semasa memasang langsir.... kakak ipar memanggil kami semua adik-beradik untuk jenguk mak. Salah seorang kakak saya [yg bekerja sebagai doktor] telah memeriksa mak dan mendapati denyutan nadi mak telah hilang. Kami semua pucat muka dan cemas serta rasa sangat gundah. Sayalah yang paling gundah. Hari perkahwinan saya hanya esok. Takkan kami nak buat kenduri jika apa-apa terjadi kepada mak. Kami semua mengelilingi mak. Kakak-kakak saya yang lain menggosok badan mak dan menglap muka mak..... Akhirnya denyutan mak kembali semula. Abang ipar saya yang memantau keadaan mak. Dia doktor yang lebih terrer daripada kakak saya kot. Sebab dia ada master. Kakak saya doktor biasa je. Heheh.

Esoknya... Di majlis perkahwinan saya, mak hanya duduk tidak bermaya di kerusi. Banyak aturcara tidak dapat disertai oleh mak. Semasa akad nikah. Acara makan beradab. Acara bergambar. Semuanya hanya diperhatikan dari jauh oleh mak. Dia terlalu lemah. Saya pula terlalu sibuk dengan urusan perkahwinan saya. Ampunkan saya mak. Tapi saya tak ada pilihan lain. Tak dapat nak duduk di tepi mak seperti selalu. Selesai majlis perkahwinan saya.... alhamdulillah kesihatan mak semakin baik tetapi sakitnya tetap ada. Cuma tidaklah seperti malam yang nadinya hilang itu.

Semakin lama berkahwin, semakin selalu saya rindukan mak. Semasa bujang, saya selalu tak tahu apa yang ingin dibualkan dengan mak. Saya ni jenis yang tidak bercerita kepada mak ; saya bercinta dengan siapa atau perkara-perkara muda mudi yang bagi saya remeh untuk saya ceritakan kepada mak. Tak seperti kakak saya yang setiap perkara kecil akan diceritakan kepada mak. Kalau saya telefon mak pun, kami berbual hanya 3 minit je. Tapi sejak berkahwin, saya boleh bersembang lama dengan mak di telefon. Kalau berhenti bercakap pun sebab abah saya selalu kedekut kredit atau pun abah saya kacau. Hehehe.

Semalam saya telefon mak. Bertanya keadaan mak dan abah bagaimana. Sihat ke mereka. Makan apa. Lalu saya ceritakan juga tentang medical check up yang saya lakukan minggu lepas. Saya ceritakan kepada mak yang paras kolestrol di dalam darah saya juga tinggi. Berada dalam kategori berisiko. Saya agak, mak mungkin akan menjawab, "haaa... rasakan apa mak rasa dulu. Awk marah mak lagi. Kan sekarang awak plak yang kena!!". Tapi rupa-rupanya mak hanya menjawab, "ish.. kolestrol tu memang macam gitu. Mak pun kolestrol tinggi jugak. Tak tau apa benda la yang boleh jadi kolestrol tinggi tu. Mak makan rasanya takde la berlemak pun sekarang.". Mak saya tak bidas saya balik pun. MUlalah saya rasa malu pada diri sendiri betapa tak sabarnya saya masa mak mengalami benda tu dulu. Sedangkan mak tak marah pun saya bila perkara yang sama terjadi kepada saya pula.

Apa yang pernah berlaku kepada saya, keburukan atau kesusahan... membuatkan saya sedar bahawa itu mungkin hanyalah kifarah* Allah untuk saya. COntohnya pada kisah di atas; mungkin saya telah melukakan hati mak saya lalu Allah ingin menegur kesilapan saya. Lalu Dia memberi saya kifarah supaya saya sedar kesilapan saya tu. Kadang-kadang, bila saya diuji.... saya rasa seperti saya di dalam perhatian Allah. Maka itu sahaja cara untuk saya menyerahkan redha saya kepada Allah. Dengan memikirkan begitu, hati saya terasa sedikit terhibur kerana bila berada di dalam perhatian Allah maksudnya Allah masih sedar akan wujudnya saya sebagai hamba-Nya di bumi ini. Maksudnya Allah masih sayangkan saya. Tak ada apa yang saya nak buat kesimpulan kali ini melainkan... jika dilanda malang atau ujian, jangan berburuk sangka kepada Allah. Pasti Allah sayangkan kita. Dan.... Bercakap dengan mak.... perlulah berhemah bukannya berhemo-hemo.


 *kifarah - Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan. SUmber adalah daripafa blog MohdHazrie

Comments

  1. Betul lyd..saya pun kdg2 terbebel mak. bkn marah tp risau. patutnya kita kena lebih sabar dan berlembut kan..niat betul, cara tak kena.

    ReplyDelete
  2. salam;
    Sebenarnya memang susah kita nak jadi manusia yang sempurna tapi jangan pulak kita nak jadi yang tak sempurna.

    ReplyDelete
  3. aduh...sy sendiri pun kadang tu terbebel kat mak sendiri.. mungkin kena belajar jd seorg yg lebih memahami..

    ReplyDelete
  4. kamu memang anak yang baik,
    sanggup jaga mak..
    dah memang kewajipan seorang anak untuk ibu bapanya..
    Tak dapat bayangkan kalo mak meninggal dunia malam sebelum perkhawinan.mesti sedih..
    Miss my mom la plakk..
    Anyway, pandai kamu bercerita.
    5 bintang aku kasi..hehe

    ReplyDelete
  5. Ujie : Kena control kan? Kadang2 kita buat mak kita mcm ank kecil. Kalau kita cakap dia tak dengar, kita membebel. Berdosa betul kalo mak kecil hati.

    Yusuflaili : Tak dpt jadi sempurna, dpt cuba jadi yg terbaik pun cukuplah.

    kyo : tu la... kena fikir jugak perasaan mak sebelum kita bebel. Heheh.

    Bahrain : Thanks ye sebab suka cerita saya. Kalau baik dan bermanfaat, gunakanlah. Kalau rindu mak, call la dia. Mungkin dia pun rindukan awk tu.

    ReplyDelete
  6. sume tu ujian Ilahi...tp betul ckp org...jgn kata org lain beriya sgt...nti kita yg kne balik...^__^

    ReplyDelete
  7. setiap kejadian tu akan mematangkan lagi kita dalam kehidupan....

    ReplyDelete
  8. huhuhu...moga mak akak n akak jgk sentiasa sihat walafiat..insyaAllah...

    ReplyDelete
  9. Syukurlah Allah masih memberi ruang untuk kita menginsafi segala kesilapan kita kpd ibu bapa kita. Ada yg menyesal seumur hidup krn tidak melayan ibu bapa sebaiknya ketika hidup. Ibu saya tlh pergi selamanya tahun lepas, kadang2 saya amat merinduinya!

    ReplyDelete
  10. setiap perbuatan ada balasannya..yg penting kita mesti beringat , bertaubat dan sentiasa mohon ampun terutama pd kedua org tua kita ...

    ReplyDelete
  11. ahhh tiba-tiba rindu sangat kat mak :(

    ReplyDelete
  12. sedihnya akak. semoga mak akak dalam keadaan sihat hendaknya. akak, saya pon xrapat dgn mak saya. tambah pulak sy dok ngan nenek. mcm mana?

    ReplyDelete
  13. Kazman/Sue : Ada benarnya. Makin lama makin matang.

    Ahlam : Tima kasih. Awak pun sama.

    JR : Itu la. Nasib baik sedar. Kalau tak mesti nyesal nanti.

    Khairul : Yelah. Semuanya ada balasan Allah.

    diana : saya pun sedih masa taip cite ni. Biasalah. Org yg dah ada anak je faham cemana perasaan mak dia.

    Warnawarni Kehidupan : Kalau rindu mak, tepon la atau balik la kampung jumpa dia.

    CikJannah : Terima kasih ye doakan akak. Kalau tak rapat dgn mak, ni lah masanya nak rapatkan semula. Boleh mula dengan tanya resepi ke, tanya apa2 yg mak pandai buat utk start conversation.

    ReplyDelete
  14. alah kak jannah sedih baca kisah akk yg nie. kenapa ntah jannah boleh nangis :( sbb kadang jannah pon mcm tu marah aka membebel kat emak. lagi tak boleh bayangkan kalau dia takde. :(

    ReplyDelete
  15. Gembirakan lh hati ibu mu selagi hayatnya masih ada...

    Ibu saya sudah 14tahun pergi utk selama lamanya. Cuma sempat menghadiahkan sehelai kain batik saje. Sbb masa bujang2 dulu saya x de kerja tetap.

    Jd hargai lah saat indah melihat wajah ibu mu tersenyum.

    ReplyDelete
  16. betul tu. sebab tu kalau melibatkan anak2 akak ni kena recheck balik apa yg dh buat kat husben. sbb link anak dan kita dan jugak suami tu saling berkait. huhuhu...

    ReplyDelete
  17. sye ade email awak sesuatu, bace ek (tetibe)

    ReplyDelete
  18. rasa rindu pula kat arwah mak saya, dulu masa dia ada sayapun selalu bebel kat dia, walaupun tujuan saya nak membantu. Mulia sungguh hati ibu kitakan tak pernah nak bidas kita..
    saya juga selalu anggap setiap musibah yg berlaku ke atas diri saya adalah Kifarah.
    Thanks for sharing Lyd..^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w