Skip to main content

Posts

Kaca Bertaburan Atas Jalan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Tak tau la kenapa pagi tadi jalanraya jammed sangat. Kalo diikutkan, perjalanan dari umah saya ke ofis hanya 6 minit je time tak jammed. Hari-hari biasa yg jammed sikit-sikit, amik masa 20 ke 25 minit. Hari dah jadi 45minit. Ntah hape ke benda la yg di'jammed' kan sangat tu saya pun tak faham la. Jadi, alang-alang dah lambat tadi, konon-kononnya saya nak pegi klinik kerajaan terus untuk buat HIV Test. Gabra gak sebab Mr Storm dah selesaikan HIV Test beliau semalam. Mana bleh jadi ni. Saya pun kena buat cepat-cepat HIV Test. Jadi, saya pun swerve to the left, niatnya nak ke Pusat Kesihatan Bangsar. Pastu dengan confidentnya masuk dalam pagar tu, mcm terpinga-pinga plak... Mcm takde rupa klinik kesihatan pun kat dalam pagar tu. Yg kat depan sekali tu, saya nampak la tulis 'Klinik Pergigian Bangsar'. Sebelum ni, saya ingatkan, kalo kat depan tu Klinik Gigi, kat belakangnya mesti ada Klinik Kesihatan. Hehehe... Tapi sangkaa...

Ice Cream Vanilla

Sejahteralah ke atas kamoo yang membaca blog ini... Pot luck lagi hari ni. Dan saya suka, sebab dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan sepejabat. Semalam semasa kami ber-email-email utk plan tentang pot luck ni, bila saya tengok menu yang mereka nak bawa, mak aihhh... Hebat. Nasik lemak, kuey tiaw goreng, macaroni, bihun goreng, puding roti, sambal bilis dan bla..bla..bla.. Jadi, apa yg patut saya bawa? Nak masak sendiri... sekarang mmg tak dpt le. Umah saya dah tinggal sehelai sepinggang dah skrg. Sebab housemate saya dah pindah. [*pssstt2... beliau nak kawen 2 minggu depan.. hehehe..]. Barang-barang dlm rumah kebanyakannya adalah milik beliau. Maka, beliau dah bawak bersama la barang-barang itu termasuk tong gas. Jadi, itulah alasannya, kenapa saya tak boleh bawak sesuatu yang saya masak utk ke pot luck tersebut. Ngeh-ngeh. Tgh fikir-fikir cari idea, Si Meow plak dah bg idea utk saya bawak ice cream vanilla. So, saya setuju je. Alaa.. senang je. Beli kat Petronas sebelum pegi of...

Step By Step To Menikah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Kecik pun jadi la kan? Hehehe. Kursus kawen ni sebenarnya contents nya bagus. Usaha kerajaan utk wajibkan pasangan yang ingin berkahwin supaya memiliki sijil kursus kawen sebelum berkahwin tu boleh dikatakan baik. Cuma tu la... kekadang rasa mcm confuse plak. Sebab boleh dikatakan isi kandungan kursus tu kebanyakkannya hanyalah fardhu ain dan fardhu kifayah. Kalau betul la ni negara Islam, dan umatnya, umat Islam....sepatutnya semua orang patut tau je semua benda-benda basic tu. [Walaupun ada juga la perkara-perkara baru yg saya baru tau.... Contohnya... Nak kawen kat Mesia ni,... kena patuh kehendak undang-undang syara' dan juga undang-undang negara. Erm... Pening kepala nak fikir. Mcmn bleh ada 2 undang-undang plak nak kena ikut tu? Sekalikan je takbleh ke? Huhu...] Memang la penceramah kata sebagai brush-up kepada sesuatu yang kita pernah belajar zaman dolu-dolu yg kita dah lupa. Aihh.. Tapi lupa tu tak sepatutnya berlaku bagi ...

Ada Apa Dengan Limau Mandarin?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Rakyat Malaysia ni memang saling sokong menyokongkan? Contohnya sewaktu bulan Ramadhan, orang Islam yang puasa, tapi penganut agama lain pun turut serta berebut beli kuih kat bazaar Ramadhan. Waktu cuti Deepavali atau Thaipusam bukan setakat penganut agama Hindu yang berebut balik kampung, penganut agama lain pun sama naik je berebut nak ambil cuti tambahan utk balik kampung. Macam tu juga dgn Tahun Baru Cina. Bukan orang-orang Cina je yang beriya nak makan limau, dengan saya-saya skali beriya. Siap beli sekotak kat Carrefour untuk dilahap seorang diri. Kehkeh. Lagipun saya memang suka makan limau. Cuma bile Tahun Baru Cina ni, bertambah lah suka sebab banyak dan kat mana-mana pun bleh nampak limau mandarin.... Mana bleh jadi kalau tak beli. Tapi, kenapa limau mandarin? Apa rahsia di sebalik kesyahduan memakan limau mandarin tersebut? Adakah kerana mereka [limau-limau itu] murah? Atau kerana mereka mudah ditanam? Atau kerana kebetulan...

Orang-orang Utan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Rasa macam dah lama.... tapi hari ni baru je genap 2 bulan saya menjadi tunangan orang. Kehkeh. Baru je lagi rupa-rupanya. Intro yang takde kena-mengena dgn tajuk. Dan mungkin juga keseluruhan entri ni pun takde kena mengena dgn tajuk. Nasib la sape yang baca.... Peringatan : Entri ini berunsurkan fikiran negatif... Sila jangan baca jika tidak mahu terpengaruh dgn unsur-unsur negatif tersebut. Saya paling menyampah kalau orang yang masuk lif, dia masuk paling pertama, dia berdiri depan panel butang-butang lif, pastu jadi tugu peringatan kat situ. Tak tolong orang lain tekan butang tingkat mana yang mereka nak pergi, tak tolong tekan butang buka pintu atau tak tolong tekan butang tutup pintu lif. Ada dia kisah kalo orang lain yg masuk kemudian tu nak tekan butang utk ke tingkat lain sedangkan tunggul kayu tu dah block panel butang tu dgn badan dia yang besar mcm beruang? Ada dia kisah kalau orang lain yang nak masuk lif tu tak sempat m...

Salam.. Assalam.. Akum... Assalamualaikum..

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Satu masa dulu, mak saya selalu bising kalau ada anak-anak jiran tetangga yang datang ke rumah dan memberi salam seperti "Kummmmm" sahaja. Mesti mak saya akan kata "mende la dia ni bagi salam cenggitu. Kumm..kummm... mende maksudnyer ntah.". [Anak-anak jiran selalu datang rumah saya pada waktu pagi, semasa kedai abah saya belum dibuka, sebab mereka nak beli cikedis@cekelat@gulagula]. Bila saya dah besar, dah keluar daripada kampung halaman, saya rasa ramai berlambak je orang Islam yang bagi salam hanya dgn bunyi yang ntah mende-mende. Asalkan bunyi sudah. Ada yang sebut 'Salamelekom', 'Asa-ekom', 'kummm' atau 'samekom' dan macam-macam lagi bunyi yang pelik-pelik. Main-main je kan? Padahal, kalo sebutan salam yang sebenar sepatutnya 'Assalamualaikum' itu bermaksud [lebih kurang la], 'sejahteralah ke atas kamu'. Habis kalo bunyinya 'samekom' je, ada makna ke? Pe...

Belajar Dari Kesilapan?

Betul ke ni? Mungkin betul juga. Tapi daripada kesilapan itu, mungkin perlukan usaha yang lebih susah untuk belajar. Yelah.. Contoh kalo buat latihan matematik. Kalo dah salah tu, nak cari jawapan yang betul kena study lebih skit la kan. Tapi, memang tak dinafikan... Selagi tak buat salah, susah nak belajar. Sama jugak mcm kalo nak pergi satu tempat. Bila dah sesat, baru le jumpa jalan yang betul. [Sesat jalan ni saya biasa. Sbb takde GPS. Kehkeh. Alasan nak beli henfon baru.]. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.... Tetapi ada satu lagi mutiara kata yang lebih elok untuk kita praktikkan... iaitu "belajar daripada kebenaran". Dari mana boleh kita dapatkan kebenaran? Kebenaran yang seperti apa? Jawapannya sudah tentulah... Kebenaran yang diperintahkan oleh Allah yang boleh kita dapati dari Al Quranul Kareem. Bukti bahawa Al Quran itu benar adalah seperti firman Allah; "Sekiranya kamu merasa ragu tentang apa yang Kami turunkan [Al Quran] kepada hamba Kami[Muham...