Iklan! Iklan! Sila Click!

27 January 2011

Kaca Bertaburan Atas Jalan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Tak tau la kenapa pagi tadi jalanraya jammed sangat. Kalo diikutkan, perjalanan dari umah saya ke ofis hanya 6 minit je time tak jammed. Hari-hari biasa yg jammed sikit-sikit, amik masa 20 ke 25 minit. Hari dah jadi 45minit. Ntah hape ke benda la yg di'jammed' kan sangat tu saya pun tak faham la.

Jadi, alang-alang dah lambat tadi, konon-kononnya saya nak pegi klinik kerajaan terus untuk buat HIV Test. Gabra gak sebab Mr Storm dah selesaikan HIV Test beliau semalam. Mana bleh jadi ni. Saya pun kena buat cepat-cepat HIV Test. Jadi, saya pun swerve to the left, niatnya nak ke Pusat Kesihatan Bangsar. Pastu dengan confidentnya masuk dalam pagar tu, mcm terpinga-pinga plak... Mcm takde rupa klinik kesihatan pun kat dalam pagar tu. Yg kat depan sekali tu, saya nampak la tulis 'Klinik Pergigian Bangsar'. Sebelum ni, saya ingatkan, kalo kat depan tu Klinik Gigi, kat belakangnya mesti ada Klinik Kesihatan. Hehehe... Tapi sangkaanku salah belaka. Rupa-rupanya kat situ Institut Kesihatan. Adeh... Tempat kursus je la wei...

Dah tu, saya kuar la balik dari tempat tu dalam keadaan yang jammed tak habis tu. Nak terus ke Brickfield kena masuk kanan. Masa saya bagi signal nak masuk tu, keta-keta lain dah agak kedekut nak bagi jalan. Ntah le apsal. Kot-kot kalo mereka bagi jalan kat saya, boleh mendatangkan sakit kusta kat mereka kot. Heheh. Kedekut giler viva. Tapi saya buat muka kering nak masuk gak... Last-last kena hon. Actually masa saya nak masuk tu, keta yg dari belakang tu jauh lagi, tp dia mcm tak reti2 nak perlahankan keta dia utk bagi ruang skit kat saya... Jadi dia hon keta saya... Saya tetiba je jadi hangin.... Saya pandang org tu, then secara reflek je saya tunjuk penumbuk kat pompuan tu. Dia bawak keta Vios. Kaler hitam. Sebenarnya saya tak sangka saya bereaksi macam tu. Huhuhu... Buatnya pompuan tu bini atau gepren ketua kongsi gelap Chow Kit ke, kang tak pasal-pasal muka saya kuar Metro pagi esok... Huhu.. Saspen...saspen...

Bila saya dah berjaya masuk lane tu la saya nampak sisa2 kaca bertaburan kat atas jalan. Maybe ada kemalangan kot sebelum tu. Sbb tu jammed. Teori je la tu. Fakta sebenar memang tidak diketahui. Lepas dah masuk area Suasana Loft, dan dah nak masuk parking SSM ni, tetiba saya nampak keta Vios tadi kat depan keta saya... hahahah.... Keta tu macam memperlahankan keta macam nak masuk gak ke parking SSM, tetiba terus je dia drive laju semula ke depan. Kot-kot dia ingat saya follow keta dia then nak belasah muka dia bagi berkicap tepi bibir dia, maka dia takut dan lari... Aahhh... Ikut mu ahhh... Saya takde masa nak fikir hal dia. Yang penting hari ni saya memang lewat di atas sebab-sebab yang bukan di dalam bidang kuasa saya utk mengawalnya. Grrr... Abih la saya, tak dpt nak mempertahankan rekod kehadiran cemerlang saya tahun 2011 ni. Baru je bulan Januari ni. Dah lewat 3 kali. So how? Ish..ish... kacau betul.

2 comments:

  1. ni baru bujang lid, nt kalo da berdua then 3,4 macam manela..better practice dr skang..hehe

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal Dek Da. Aku pon berdebar bile fikir pasal time management aku lepas kawen dan lepas dah ader anak nnt. Heheh.. Aku ingat, aku nak benti keja la, jual goreng pisang. Tp kalo aku tak punctual utk buka gerai nnt mcmn? Lari la customer aku nnt.. Huhu.. <-- Kuat berangan.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...