Iklan! Iklan! Sila Click!

18 January 2011

Orang-orang Utan

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Rasa macam dah lama.... tapi hari ni baru je genap 2 bulan saya menjadi tunangan orang. Kehkeh. Baru je lagi rupa-rupanya. Intro yang takde kena-mengena dgn tajuk. Dan mungkin juga keseluruhan entri ni pun takde kena mengena dgn tajuk. Nasib la sape yang baca.... Peringatan : Entri ini berunsurkan fikiran negatif... Sila jangan baca jika tidak mahu terpengaruh dgn unsur-unsur negatif tersebut.

Saya paling menyampah kalau orang yang masuk lif, dia masuk paling pertama, dia berdiri depan panel butang-butang lif, pastu jadi tugu peringatan kat situ. Tak tolong orang lain tekan butang tingkat mana yang mereka nak pergi, tak tolong tekan butang buka pintu atau tak tolong tekan butang tutup pintu lif. Ada dia kisah kalo orang lain yg masuk kemudian tu nak tekan butang utk ke tingkat lain sedangkan tunggul kayu tu dah block panel butang tu dgn badan dia yang besar mcm beruang? Ada dia kisah kalau orang lain yang nak masuk lif tu tak sempat masuk/keluar lif pastu tersepit sebab pintu lif tertutup lebih awal? Grrr...

Pastu ada sejenis lagi manusia kat Malaysia ni, kalau masuk lif dan kalau dia tak berdiri depan panel butang, dia berdiri tgh-tgh lif. Kemudian bila orang ramai lagi nak masuk, dia tak plak berganjak. Berdiri keras je kat tempat yg dia berdiri masa dia masuk lif. Padahal kat belakang tu ada ruang lagi. Kaki dia dah jadi batu ke apa? Tak consider dah ramai lagi orang lain yang boleh masuk kalau dia berganjak. Adegan kaki bertukar menjadi batu ni pun selalu terjadi dalam pengangkutan awam yang lain seperti bas atau keretapi. Asalkan diri sendiri lepas je, orang lain dah tak penting. Ptuikhhh!!! Ludah kat muka orang tu.

Ingin saya ingatkan kepada orang yang sebegini... Kalau dah tau yang nko tu pemalas dan sombong, lepas masuk lif, lepas tekan no tingkat yang ko nak pegi, sila la beransur ke belakang. Biar orang-orang yang rajin je berdiri depan panel butang tu. Takkan le nak berjalan ke tgh-tgh lif pun ko malas sgt sebab kononnya senang berdiri paling depan supaya senang nak keluar? Untuk orang-orang pemalas yang kaki bertukar jadi batu plak, jangan fikir diri sendiri je. Orang lain pun perlu cepat juga. Orang lain pun nak juga gunakan pengangkutan awam tu. Haihhh... Manusia...manusia... Oppss... tersasull... Maksud saya... Haih... orang utan...orang utan...... [Padahal, orang utan tak bersalah pun dalam hal ni. Hahahahaha.. Tak pasal2 mereka disabitkan kesalahan.]


2 comments:

  1. memang...!!!Sakit hati ngn orang macam 2...sebab org2 macam 2 la saya selalu lambat punch card 1minit...hish..!!mmg dasar org utan la 2...ekekeke...

    ReplyDelete
  2. Alamak... Lala marah la.. Unsur negatif tu sudah mempengaruhi beliau. Hehehe... Sabar-sabar. Mereka hanyalah orang utan. Org utan mmg begitu sikapnya.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...