Iklan! Iklan! Sila Click!

30 August 2012

Kerang Misteri

Sejahteralah ke atas kamu...

Satu masa dulu. Ada sorang makcik penjual ikan yang setiap hari datang menjual ikan kat area umah saya. Semasa saya sedang menunggu giliran untuk  pilih ikan apa yang saya bakal beli pada hari itu, makcik itu promote kat saya sejenis spesis kerang yang saya tak pernah tengok sebelum tu. Dia kata kerang ni spesis yang baru ditemui. Bentuk mcm kerang tapi saiznya sebesar tapak tangan Karam Singh Walia. Dan hari itu makcik tersebut tak bawak ikan lain, melainkan kerang jenis itu sahaje. Pastu makcik tu tanya sama ada saya nak beli atau tidak. Saya plak teragak-agak. Benda yang saya tak pernah tengok ni saya rasa agak saspen untuk beli dan  makan. Orang lain pada masa tu dah berkerumun mengelilingi makcik si penjual ikan tersebut. Mereka berebut nak membeli kerang itu. 

Saya masih berbelah bahagi. Nak beli ke tanak. Harganya murah je. Sekilo hanya RM3. Oleh sebab saya tengok orang lain dah beriya sangat berebut kerang tu, saya pun cakap kat makcik tu, saya nak beli la. Tapi malangnya nasib saya, makcik tu kata saya lambat sangat buat keputusan. Yang ada 2,3 kilo lagi dalam tong ikan yang dia bawak tu semua orang dah chup. Saya baru je nak hampa, tapi makcik tu kata jangan risau. Kalau bayar dulu, nanti petang dia hantar kat saya. Ada lagi stok kat umah dia. Saya plak tak mau la tunggu sampai petang kan. Orang nak masak untuk makan tengahari ni. So, saya pun tak beli la kerang tu walaupun dalam hati ada rasa terkilan sebab tak dapat beli.

2, 3 hari selepas itu... saya kena pergi outstation. Jauh pula lokasi outstation saya kali ini, di Jogjakarta. Selesai urusan kerja, di dalam perjalanan balik ke Malaysia, saya berjalan-jalan di sebuah pasar di Jogjakarta. Keadaannya seperti bazar yang bertingkat sebanyak 2 tingkat. Saya naik ke tingkat ke 2 untuk meninjau, apa yang ada dijual di sana. Tiba-tiba mata tertangkap kepada sesuatu... Kerang. Kerang yang besar. Seperti yang tidak sempat saya beli dengan makcik si penjual ikan. Boleh dikatakan setiap kedai yang saya lalui ada menjual kerang itu. 

Saya masih belum membeli, kerana ingin membeli di kedai yang paling hujung, nanti senang terus turun tak perlu memikul beban kerang itu. Sampai di kedai yang paling hujung, rupa-rupanya kerang itu tiada dijual di situ. Saya pula sudah terlalu penat untuk berpatah balik untuk ke kedai mula-mula tadi, lalu saya bertanya kepada anak muda yang menjaga di kaunter bayaran kedai tersebut. Saya jelaskan keadaan kerang yang saya cari itu, kerang besar, spesis yang baru ditemui. Lelaki itu mengatakan dia tahu tentang kerang itu. Dan untungnya kerang itu ada dijual di kedainya. Menurut lelaki itu, nama kerang tersebut adalah Kerang Kura-kura. Dinamakan begitu kerana kerang itu kelihatan seperti kura-kura. Ada cengkerang yang besar. Warnanya juga berlumut seperti kura-kura.

Saya beli beberapa kilo. Dah tak ingat secara tepat berapa kilo. Kemudian selesai membeli, kerang itu dibawa pulang ke Malaysia menaiki kapal terbang sampai tertidur. Bila terjaga, rupa-rupanya saya tak ke mana-mana pun, masih berada di dalam bilik tidur. Kerang kura-kura juga tiada. Bermakna itu semua hanyalah mimpi. Hampeh. Saya mati-matian percaya yang kerang kura-kura tu wujud. Celik je mata tu, saya terus Google keyword 'kerang kura-kura'. Memang confirm la tak jumpa. Eii.. sakit plak hati saya. Boleh plak tertipu dengan mimpi sendiri dan feeling macam real je pegi beli kerang kura-kura. Dem.

29 August 2012

Separuh Jiwaku Pergi

Sejahteralah ke atas kamu....

Sejak saya hamil, keperluan suami banyak terabai. Bayangkan masa bulan puasa hanya 3 kali saya masak untuk dia. Itu pun sebab dia demam masa tu, saya masakkan bubur dengan lauk sardin. Kuheh..kuheh. Masak sardin pun nak kecah. Kerja rumah pun dia yang buat semua. Baju dia pun kadang2 je saya press-iron, selalunya dia iron sendiri. Dia tengok TV pun sorang-sorang, saya dah tak temankan sbb saya tidur awal setiap hari. Lepas solat isyak je terus tido. Semua ni bukan sengaja-sengaja malas. Tapi bila time loya tu [kebanyakan masa memang loya dan takde tenaga sebab bila makan muntah], nak buat apa-apa pun tak ada mood. Kalo mood ada, tenaga plak takde. Saya tido awal bukan sebab mengantuk pun. Tapi sebab nak lupakan mood loya tu lah. Bila tido dah tak rasa lagi.

Saya sedih sebenarnya sebab tak dapat nak berbakti kepada suami. Walaupun suami saya okay je. Dia tu memang okay je memanjang. Heheh. Terharu juga sebab dia tak pernah merungut dan buat semua tugas-tugas saya tanpa diminta. [Jatuh cinta untuk kali yang ke 6ribu kat dia. Heheh.]. Tapi kot-kot dia merungut dalam hati saya tak tau le plok. Hehehe. Apa-apapun saya setiap hari mintak maaf dengan dia sebab saya tak mampu nak layan dia dengan baik buat masa ni. Saya minta dia bertahan mungkin sampai habis trimester pertama ni, saya akan kembali normal. InsyaAllah. Tapi kan saya dah kata, dia tu memanjang je okay. Pastu dia plak yang risaukan saya dan tak sampai hati tengok saya alahan. Jadi, marilah kita hantuk kepala kita sama-sama ye bubi sebab kita sama-sama tak sampai hati tengok nasib sesama kita.

Sekarang ni suami saya berpuasa. Oleh sebab baru balik daripada kampung, berbuka kelmarin dia masih bleh makan lauk homemade yang ibu masak dan bekalkan untuk dia. [Saya memang mengaku awal-awal kat ibu yang saya mmg tak masak untuk anak tengah dia tu. Sbb bau masakan pun saya tak berapa bleh bau.]. So, sebab tu agaknya ibu sediakan bekal untuk anak dia. Ibu terbaik la. Tapi untuk sahur selepas tu, dah takde apa yg suami saya boleh makan, jadi dia hanya bersahur dengan air dan kurma je. Saya memang tak bangun pun temankan dia bersahur. Huhu... Lagipun dia bangun dah suntuk sangat dengan waktu imsak. Nak masak megi atau nak buat air panas pun tak sempat.

So, semalam.... bila dah tak sampai hati sangat dah rasa nak biarkan suami saya makan tak tentu hala, saya plan nak masak untuk dia berbuka. Kali ni saya nekad, kalo tak larat pun nak lawan jugak. Sebab saya dah boleh makan sikit-sikit dan tak muntah. Baru je faham diri sendiri masa mengandung ni takleh makan banyak sekaligus. Kena makan 4 sudu. Pastu berenti, lepas sejam makan lagi 4 sudu. Haa. mcm tu la baru tak muntah. Balik dari ofis, saya singgah kedai beli ikan tenggiri 3 keping. Saje je beli ikan yang potong-potong sebab saya tak yakin saya bleh pasrah bau perut ikan masa siang ikan nanti. So, kalo beli ikan tenggiri senang skit. Takyah siang cuma basuh je skit. Bijak kan? Tapi 3 keping pun dan rm15. Pengsan di situ kalo tiap2 hari nak makan ikan tenggiri.

Sampai umah, baring kejap... pastu gagahkan diri pergi masak asam pedas ikan tenggiri. Sayur bayam saya beli jugak seikat, tapi saya selalu je malas nak siang sayur. Hahah. So, sayur tu hold dulu. Yang penting, nasik dan lauk asam pedas dah siap masak. Last-last bila suami balik, dia sendiri yang masak sayur bayam tu. Kehkeh. Saya memang tak tgk le cemana dia masak sebab bau tumis-tumis memang aku dah terpengsan dulu. *Asam pedas tu pun saya tak tumis. Masak berkonsepkan singgang, main humban je semua pastu tunggu je mendidih. Pahang style. Heheh. Tapi healthy la masak cenggitu sebab tak letak minyak.

Pastu bila tengok suami saya makan dengan begitu berselera, rasa hilang skit sedih saya. Suami saya tu memang jenis homely man. Makan pun tak suka makan kat luar. Mesti nak makan makanan yg masak kat umah walaupun hanya telur goreng mata kerbau dengan kicap pun. Asalkan yang dimasak sendiri.

Biasanya lelaki ni kita boleh tengok gaya pemakanan dia. Kalau dia dibesarkan oleh ibu yang memang rajin memasak, setiap hari... maka potensi untuk dia jadi lelaki yang suka makan kat rumah adalah tinggi. Senang cakap perut melayu yang suka makan nasik. Walaupun makanan western, makanan mediterranean, makanan jepun, china india semua dia lahap jugak, tapi walau cemanapun nasik dan lauk kampung tetap menang di hatinya. Yelah.. macam biasa, bukan semua. Tapi kebanyakannya begitu.

*Ntah hape ke benda aku citer ni. Muahaha. Entry personal hal rumahtangga mcm ni boleh ke citer kat blog? Huhu.*

28 August 2012

Buah Salak dan Buah Ketapi

Sejahteralah ke atas kamu....

Baru masuk ofis hari ni. Syok aih cuti lama. Itupun nasib baik le cuti saya dah tinggal ciput. Kalo tak, confirm saya sambung lagi 14 hari cuti. Ngeh2. Ofismate saya ada bawak buah salak selatan datang ke ofis ni. Saya teringin nak makan. Tapi tak tau bleh makan ke tak. Tak tau buah salak ni berangin ke tak. Nak tanya ofismate tuan punya buah salak tu, dia dah pergi miting plak. So takpe. Kita hantar message kat dia dengan pertanyaan, "Ijan, buah salak ni angin ke tak?"....

seminit.. tak jawab... 
2 minit.. tak jawab..
3 minit... tak jawab lagi. 

Lama sangat nak jawab. Mungkin dia tengah membentangkan isu penting dalam miting kot, so dia tak dpt baca message. Ahh... takpe la... Makan je la... Saya nampak buah salak ni takde unsur-unsur berangin sebab dia nampak sopan je di dalam kulit yang bersisik tu. So, amik satu, kupas kulit.... ngap. Kembar tiga buah tu. Sangat sedap.... manis giler.

 Langsung takde rasa kelat. Rasa macam nak makan lagi satu. Tapi... takpe. Sabar. Sbb saya tak boleh makan banyak sekaligus. Nanti perut reject, lagi aku tak daya nak pegi muntah kuar buah salak. [euww.. disgusting punya cerita].

Lepas dah suap buah salak yang terakhir, baru dapat message reply daripada Ijan. Dan jawapannya ialah, "Angin". Gulp... tercekik ailio sendiri. Pengsan. Kalo angin, memang potensi untuk muntah tu agak besar. Huhu... Ya Allah... selamatkan hambamu yang penggeli ini.


Ada satu lagi buah kampung yang Ijan bawak. Iaitu buah sentul. Itu nama KL dia. Sebab kat KL ada tempat nama Sentul. Sape tinggal kat Sentul kita panggil dia Mat/Minah Sentul. Heheh. Cari pasal. Orang Sentul, jangan marah ye. Makcik gulau-gulau saje.
Buah sentul ni kalo kat kampung saya, [Pahang] kami panggil buah ketapi [bukan keretapi ye. Baca betul-betul]. Ada jugak yang panggil kecapi. Agak pelik kot kalo panggil kecapi sebab kecapi tu setau saya ialah alat muzik yang orang buat pantun gendang gendut tali kecapi, senang perut suka hati tu. Tapi takpe... Lain-lain tempat lain le bunyi dia. Terpaksa la terima hakikat yang bahasa melayu ni kaya dengan kosa kata. Kat Kelantan dipanggil 'seto'. Kat Kedah dipanggil 'setoi'. Di US dan Britain mungkin dipanggil Store. Kehkeh. Tak lawak pun.



Nampak buah ketapi ni? Demi nak amik gambar punya pasal, saya belah la satu. Nak makan buah ni kena belah dengan pisau. Baru la sopan skit rupa paras dia. Bila dah belah, kena lah makan. Takleh dibiarkan lama-lama. Sebab bila dia dah teroksida, warnanya akan bertukar lebam. Macam buah epal yang dibiar lama terdedah. Tapi yang ni extra lagi pengoksidaan dia. So, skrg ni perut saya tengah berkeladak la ni lepas makan buah ni. Berangin. Tadi dah la makan buah salak bersepadu, pastu makan plak buah ketapi. Padan le ke muka saya.

Dulu, buah ni ada banyak berlambak kat kampung saya. Petang-petang waktu main dengan kawan-kawan pada musim buah ni, memang makan buah ni je la kerjanya kiterang. Tapi kalo makan buah ni waktu tengah bermain tu, memang takde harapan le nak belah guna pisau. Aku kekah dengan gigi je la hehehe... Pokok ni tinggi. Tinggi yang memang tinggi la. Nak kait guna galah memang tinggal harapan je la. Boleh tu boleh, tapi kena pastikan galah tu betul-betul boleh capai awan la. Huhu. [Ok.. fine. saya propa je.]. Buah ni, masyaAllah. Sedapnya... Rasa dia mmg unik. Masam-masam manis yang sangat sedap. [Ish... korang jangan terlio ek? Kang berdosa plak aku].

So, itu je la kisahnya buah salak dan buah ketapi.

17 August 2012

Not All Time Favorite Anymore

Sejahteralah ke atas kamu...

Hari ni last keja sebelum cuti raya tak hengat sampai Isnin satu lagi nanti. Buat-buat la rajin skit nak hapdet blog. Nanti 10 hari tersadai je blog ni tanpa sentuhan cerita berseni saya. Kan? Kan?

Kurma adalah makanan feveret saya, makan sekotak pun bleh habis sekali hadap je [propa je lebih]. Bagi saya, rasa kurma tu sedap sangat. Strawberry pun saya suka. Kalo beli stoberi, saya suka beli coklat cadbury pastu cairkan coklat tu guna microwave, then cicah dengan stoberi tu. Nyum... Very delicia. Lagi, buah oren pun feveret saya jugak. Kalo saya potong 2 biji buah oren, husband saya mesti hanya dapat 2 slices je. Yang lain semua saya ngap, itu pun tak cukup. Pastu saya kalo minuman, saya memang sangat jarang minum air berperisa [manis]. Mesti air kosong je yang byk saya tonggang. 

Tapi itu dulu la sebelum pregnant. Malangnya, sekarang semua makanan berkhosiat tu saya takleh terima langsung during pregnancy ni. Kurma tu kalo saya makan, tengah kunyah pun bleh rasa nak terbluwek. Oren dan stoberi plak membuat perut saya rasa berkocak. Yang paling sedih, air kosong pun saya takleh minum. Perut rasa sangat berkocak. Seolah-olah angkatan tentera kemuntahan sedang bersiap siaga untuk meluru keluar daripada perut saya untuk bertarung dalam mangkuk tandas. Huuu... sedihnya. Ooohh... air kosong yang saya cintaiiii...

Setakat ni, saya rasa macam takde apa pun yang saya betul-betul boleh makan. Semua yang saya makan akan keluar balik. Sadis kan? Dah tu cemana baby mama ni nak membesar? Ada yang tekak saya  memang tak suka langsung nak terima seperti kurma, stoberi dan oren tu lagi satu nasik. Ada juga yang tekak terima tapi lepas makan, perut plak yang reject seperti sushi, air kelapa, air ribena, biskut. So, sekarang ni, apa yang saya boleh ambil tanpa muntah semula... hanya air yang dicampur madu. Yang tu pun memang rasa mual jugak, cuma tak terkeluar balik la. Saya rasa kalo saya pegi spital ni, mesti dah kena tahan masuk wad. Huhu. So, tanak la pegi spital. Nanti beraya kat spital plak saya.

Saya nak pesan kepada kawan-kawan atau bloggers yang belum pregnant. Korang kena siasat gaya kehamilan mak korang cemana. Sebab normalnya kehamilan kita ni ikut gaya mak-mak kita. Kebiasaannya la. Saya tak kata memang confirm sama. Tapi mungkin bleh bagi kamu idea. Siasat betul-betul sama ada mak kamu jenis yang alahan teruk ke tidak. Jadi, sedikit sebanyak, kamu dah prepare dari segi mentally. Prepare dari segi mental tu yang paling penting. So, walau cemana pun keadaannya semasa kamu pregnant nanti, kamu dapat terima. Macam saya..... saya tak sempat nak tanya mak masa saya sebelum pregnant dulu. Jadinya, bila dah alahan teruk macam ni baru nak siasat dengan mak. Jawapannya memang la mak saya dulu alahan teruk macam ni, malah lagi teruk. Huhu. Dan saya plak tak sempat nak prepare mental saya tentang kezaliman alahan tu. Sekarang ni je baru nak terima hakikat skit.

Harapan saya, semoga trimester pertama ni akan berlalu dengan lancar dan saya harap saya sabar. Berat saya dah turun 6 kg tau masa pregnant ni. Kalah plak masa demam pun turun 3kg je. Tapi wp turun 6kg, still tak dapat nak samakan dengan berat masa bujang. Aku masa bujang dulu tuyuih teying hehehe.

Selamat hari raya saya ucapkan kepada rakan2 yang membaca blog saya ni. Saya sangat sayangkan kowam kowam semua taww.. Maaf kalau ada tersilap kata terkasar bahasa. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah yang Maha Pemakbul Doa Doa.

16 August 2012

MC Itu Medical Certificate

Sejahteralah ke atas kamu....

Saya paling tak berkenan bila ada orang yang suka nak mempertikaikan MC [cuti sakit] orang lain. Malah pertikaikan juga EL [emergency leave] orang lain. Takkan la kerana 6 orang yang kuat menipu MC, maka semua 600 orang pekerja lain pun suka menipu MC jugak kan?

Tahap kesihatan setiap manusia berlainan. Tak semestinya bila ko sihat dan tak pernah amik MC langsung, seluruh orang kat sekeliling ko pun, ko expect akan sihat cam ko kan? Dan kalau ko takde masalah apa-apa berkaitan dengan anak demam, atau suami sakit atau kereta buruk rosak, ko pun takleh nak expect semua orang tak ada masalah macam ko. Kat sini la naluri kemanusiaan ko boleh digunakan, itupun kalo ada.

Fuhhh... sungguh berunsurkan negatif intro entry saya pagi ni. Saya baru je sejak akhir-akhir ni kerap MC. Tapi belum ada lagi saya dengar ada orang mempertikaikan. Kat belakang-belakang tak tau la. Harap-harap takde. Tapi kalo ada pun ~ada aku kesah~ sbb saya MC pun doktor yang bagi. Walaupun orang kata macam senang je nak mintak MC kat klinik panel atau klinik swasta, tapi saya pernah jugak tak dapat MC masa saya demam waktu siang tak larat nak pegi klinik sorang-sorang then bila malam tu dah baik demam nak mintak MC mmg tak dapat. Sebab 'tak de demam' doktor kata. Dah tu terpaksa la dikira EL. [Masa tu bujang. Hidup sendirian. Takde sapa2 bleh bawak pegi klinik kalo sakit. Huhu.].
Org bujang kalo demam, terpaksa la tunggu sihat untuk pergi klinik... Huhu.. Sadis.


Pastu, MC berpattern pun dipertikaikan. MC berpattern tu maksudnya macam setiap kali MC ialah hari Jumaat pastu bersambung ke hari Isnin. Konon macam sengaja nak cuti lama pada Sabtu dan Ahad. Dah tu kalo memang demam setat hari Jumaat. Sampai hari Isnin pun belum baik. Takkan nak datang keja jugak. Lagi kalau amik MC daripada klinik yang berlainan punnnnnn kena pertikaikan. Kenapa klinik lain-lain? Grrr... Dah tu kalo pergi klinik pertama tu kita tak puas hati dengan mutu perkhidmatan dia, kita mesti nak pegi klinik lain plak. Dan apa masalahnya kalo kita nak try pegi klinik lain untuk experience sendiri klinik mana yang terbaik? Chi sinnnn aaah.

Haah... kalo kedekut sangat nak bagi MC, terpaksa la celup kaki macam ni je kat depan bos.
Saya ni bukan apa. Kalo orang nak pertikaikan MC dan EL orang lain setakat nak mengata-ngata belakang dan tak effect apa-apa tu takpe jugak. Tapi kalo sampai effect kenaikan pangkat atau kenaikan gred atau kenaikan gaji orang. Kan tak baik. Kalau bertanya sendiri kepada orang yang selalu MC tu boleh la terima. Ini main buat spekulasi sendiri je, "dia ni selalu MC berpattern. Pastu MC daripada klinik lain-lain. Mesti dia menipu. So, kita hold dulu kenaikan pangkat dia". Dah tu sampai ke sudah tak tanya tuan punya badan, kenapa dia MC macam tu, kenapa dia kerap EL. Semuanya nak buat konklusi sendiri je. Menganiaya orang pun ada saya rasa.


14 August 2012

Turn Beraya Kat Umah Sape

Sejahteralah ke atas kamu...

Alhamdulillah. Ada rezeki pun tahun ni untuk dapat bonus raya. Senyum sampai ke dahi.

Dah namanya kampung seblah-menyeblah, tapi gatei jugak nak buat-buat turn beraya umah sape nak kasi feeling macam berebut nak balik beraya diantara laki bini. Mengade-ngade kan? Tapi takpe. Plan kena la adil jugak walaupun masa yang diambil untuk perjalanan dari umah mak saya ke umah mak mertua sama je dengan masa menggoreng satu trip keropok lekor. Silap-silap, kepok lekor tak siap garing lagi saya dah sampai dulu. Dekat je okay.

Biasanya setiap tahun memang ramai pasangan suami isteri yang akan beraya kat kampung kedua-dua belah pihak. Cuma yang menjadi rebutannya ialah hari raya pertama tu nak solat raya kat mana. Nak makan ketupat pada hari raya pertama tu ikut selera feveret tekak siapa. Kalo feveret suami mestilah masakan ibu dia. Kalau feveret isteri pulak mestilah masakan mak dia jugak kan? Raya pertama tu yang orang selalu berebut tu. Lagi yang bestnya beraya pertama kat kampung tu sebab sempat buat persiapan raya kat kampung bersama family. Syok la buat persiapan raya, anyam ketupat, masukkan beras dalam ketupat, rebus ketupat, tukar langsir, kemas umah, isi kuih raya dalam bekas hidangan dan macam-macam. Masa raya kedua dah takde dah perasaan membuat persiapan tu. Sebab semua dah setel. [yang saya sebut tu je yg biasanya jadi tugas saya. Kehkeh. Part masak memasak rendang ke, kupas bawang ke, potong daging ke hahhh itu bukan specialty saya. Org lain la yg buat.]

Tahun ni sepatutnya turn beraya raya pertama kat umah mak saya sebab tahun lepas dah beraya kat umah suami masa raya pertama. Macam tahun lepas, kat umah mertua hanya ada husband dan adik bongsunya yang pada masa itu belum kawen je beraya pada raya pertama. Yang lain balik pada raya kedua. Tapi tahun ini semua adik beradik suami saya akan balik beraya pada raya pertama, so saya rasa elok jugak kalo bagi can-malican oit oit kat suami saya berkumpul dengan family dia masa semua org ada kan? Kebetulan family saya pulak ada yang balik ke rumah mak pada raya kedua, so saya pun nak jugak berkumpul dengan adik beradik saya masa cukup korum. Jadi, saya pun decide nak balik umah mak pada raya kedua. Win-win situation kan? Padahal kang ada je muka aku kejap2 balik umah mak masa raya pertama tu. Hehehe. 

Yang memusykilkan saya sekarang ni ialah.... kenapa bila time saya balik umah, time saya tengah drive ke, saya terfikir macam2 ayat nak karang untuk update blog, tapi bila setat je buka new post, idea dah bertempiaran ntah ke mana. Grrr... Okay... Idea dah hilang. Dah tu, sampai sini je la ye. Boring betul kalo takde idea ni.

*ps : mungkin saya tak jawab komen-komen yang korang berikan tu tapi bukan saya tak hargai tau. Saya hargai sangat. Cuma mungkin saya tak sempat nak balas dan karang ayat lettew. Apa-apapun siapa yang biasa komen entry2 saya, saya akan letakkan blog dia dalam bloglist saya so, saya takkan terlupa untuk jenguk blog dia setiap kali dia update.

13 August 2012

Naik Motor

Sejahteralah ke atas kamu...

Seronok kan naik motor? Masa saya kecik dulu selalu je naik motor dengan abah atau abang saya kat pekan Sg Lembing [selepas ini akan disebut Sombing]. Bila dah kawen ni sekali sekala balik kampung, saya dan suami selalu jugak pinjam motor abah untuk pergi ambik angin kat pekan Sombing yang termahsyur tu. [syok sendiri]. Kalo bersiar-siar time petang-petang kat kampung, lalu tepi sungai, cuaca pun redup, udara sejuk-sejuk, di sepanjang perjalanan pula akan iringi oleh pokok-pokok yang maha berlambak di sisi jalan ermmm.... memang sangat nyaman.

Tapi bila kat KL, suami saya selalu tanak bawak saya naik motor. Bahaya kata dia. Lagipun takde helmet lebih. Saya ni bukan apa... Lagi suka nak naik motor sebab senang skit. Takyah la biru muka dalam keta sebab 'tercekik' jem nenas. Contohnya nak gi pasar malam. Kan leceh nak cari parking keta kat pasar malam. Nak menyelit dengan kereta walaupun keta kecik tapi still kena ikut laluan keta. Tapi kalo naik motor kan senang. Mencelah-celah pastu zap..zap..zapp... sampai.

Eceh, konon je cakap besar. Ada satu hari tu, suami saya ada bawak balik helmet lebih. Maka dapat le saya ajak suami pegi pasar malam naik motor. Suka ni. Naik motor beb. Mula-mula tu suka la kemain. Pastu bila suami dah start mencilok kat celah-celah kereta, saya pulak yang terjerit-jerit [biroh je gaya]. Takutnya la. Huhu. Rasanya bila dia tengah mencelah kat tengah2 jalanraya di celah-celah kereta yang ada di kiri kanan tu, saya feeling macam lutut saya macam dah bergesel dengan kereta tu. Ngilu-ngilu je takut lutut aku koyak. Bila lalu corner atau nak masuk simpang macam ada lipat skit motor tu, huhu.... mentakutkan. Haa.. pastu baru la tau yang baik motor kat kampung dengan kat tengah bandar ni sungguh le berbeza. Huhu. Dan barulah saya sedar bahawa saya ni memang seorang penakut. Ini tidak adil tidak adil tidak adil.... Lepas ni suami saya pun mesti serik nak bawak saya naik motor kat KL.

Sorry la takde citer best pun. Karang saya citer pasal muntah kang korang semua geli plok. So, lebih baik la saya cerita kisah gewdik ni je. Pendek je. Cukup la kan?

09 August 2012

Perasaan Saya Je Kot

Sejahteralah ke atas kamu....

Saya yakin suami saya tak busuk. Sebab selama setahun sebelum ni saya tak pernah pun bau dia busuk. Dia itu seorang yang wangi walaupun tak mandi. Tak tau la apa karamah dia sampai jadi macam tu.

Tapi sekarang semua tu hanya sejarah yang mungkin berulang je. Setiap kali suami saya dekat dengan saya, saya mula terbau macam belerang atau lampu kabait. Korang tau lampu kabait tu apa? Kalo tak tau tolong la gugel. Saya penat nak gugel ni, serious. Kali ni tak dapat nak spoon feed maklumat untuk you olls the ohsem readers sekelian. Biasanya belerang ni warna dia kuning yang kita guna untuk halau ular bila pergi camping. Kabait pulak digunakan untuk menyalakan lampu. Kalau tak dapat imagine jugak bau kabait tu macamana, boleh bayangkan bau kolam air panas. Itu je clue yg mampu mak bedah bagitau kat korang.

Kalo suami dekat je saya dah mula rasa mual, loya. Sian kekasih saya tu. Dia tak bersalah pun. Hehehe. Saya tau itu bukan salah dia. Tapi hormon preknen ni yg mensensitifkan deria bau saya. Ye saya tau ini normal. Tapi saje je la nak kongsikan dengan korang. Kot-kot suami nanti bila isteri mengalami benda macam ni, jangan le kecik hati. Dan isteri pulak, kalo jadi macam ni, kena la explain baik-baik pada suami.

Kekasih saya tu, alhamdulillah. Dia sangat faham. Beruntung sungguh saya. Sebab dia memahami perkara-perkara pelik ni semua. Termasuk la perkara pelik bila isteri dia ni jadi super extra pemalas. Muehehehe. Dialah yang membantu semuanya. [Biasanya saya pemalas jugak. Tapi time preknen ni jadi bertambah-tambah malasnya. Mungkin segala sifat rajin saya yang sedikit itu sedang diserap oleh anak dalam kandungan ni. Maka bila lahir-lahir je dia nanti, dia akan jadi seorang anak yang super rajin menolong mamanya yang super malas ni. Aminnnn... Amin ya robbal alamin]. 

Itu aje la entry untuk kali ni. Pendek kan? Haaa.. ini lah penangan wanita mengandung yang tetiba idea jadi susah nak muncul. Redha je la ye.

Sorry untuk kawan-kawan blogger sebab saya dah jarang BW. Sbb saya online pun 2, 3 hari sekali. Huhu... Nak tengok blog pun bau belerang.


06 August 2012

Eksaided [Baca excited] Nak Raya

Sejahteralah ke atas kamu...

Tak padan dengan dah tua tapi excited nak raya. Dulu masa zaman kekanak, saya excited nak raya sebab nak main bunga api pastu nak collect duit raya then bertanding dengan kawan-kawan duit raya siapa paling banyak. Dan waktu tu jugak yang paling best nak banding-bandingkan baju raya dan kasut raya dengan kawan-kawan sepermainan. Lagi satu yang boleh menguatkan lagi feel hari raya ialah hantar kad raya. Pastu berlumba dengan kawan-kawan sekelas siapa paling banyak dapat kad raya. Kesimpulannya, masa kecik asyik bertanding je la kejanya. Agaknya sebab tu la raya masa kecik tu seronok. Sebab kita ada target tertentu. Padahal kalo menang bertanding, tak dapat pun pegang kawasan DUN. Cuma nak rasa hepi-hepi sendiri je.

Raya yang paling bosan masa dah mula kerja. Masa tu raya pun takde feel. Sebab bila dah kerja, kita la plak kena bagi duit raya. Tapi oleh sebab maksu ni hati kering, so maksu bleh je buat muka sesuci embun pagi depan anak-anak sedara walaupun tak bagi duit raya. Ye lah, lagipun masa tu kita sorang-sorang je. Ada boyfriend pun bukannya boleh buat apa pun. Nak ajak beraya pun benda tak pasti lagi. So, everything is bosan masa tu.

Tapi tahun ni, [setat tahun lepas lagi], saya rasa excited sangat nak raya. Bukan lagi pasal nak main bunga api [memang buang habitat kalo dah bangka macam ni masih nak kejar main bunga api], juga bukan pasal baju raya [dah tentu tak banyak pilihan baju cantik yang ada sebab dah gemuk] serta confirm jugak bukan pasal duit raya [sebab tahun ni maksu dah insaf. Hati dah tak kering lagi. Dah tau malu kalo tak bagi duit raya kat anak2 buah yang 34 org tu]. Tahun ni yang buat saya excited nak raya sebab rasa rindu sangat pada family. Rasa nak berkumpul ramai-ramai, makan-makan, gurau-gurau sambil tengok anak-anak sedara yang masih kecik main lompat-lompat dan berlari tak tentu hala pastu sekali sekala mengusik anak-anak sedara yang dah sunti. Oh seronoknya. Duhai perantau-perantau di kota. Pulanglah ke desa berhari raya.

Perasaan macam ni tak berapa kuat kesan dia masa saya masih tinggal dengan mak abah dulu. Sebab setiap hari jumpa mak abah. Setiap minggu jumpa adik beradik. So dah selalu jumpa. Maka perasaan menghargai tu kurang skit. But now, kalo dapat jumpa family tu rasanya hepi sangat. Rasa macam terisi kekosongan hati. Walaupun sekadar jumpa beberapa jam. Walaupun bukan sepanjang masa berjumpa tu nak bersembang tak berhenti-henti. Tapi bila ramai tu meriah je rasa. 


02 August 2012

AntiOksida Adalah Tajuk Yang Boring, Nama, Puasa

Sejahteralah ke atas kamu...

ANTIOKSIDA
Biasa dengar perkataan antioksida kan? Kalau tokei MLM yg promote produk kesihatan memang selalu guna perkataan ni masa nak promote barang. Padahal ntah dierang sendiri tau ke tidok apa ke benda antioksida tu. 

Saya pun kurang faham sangat dengan maksud sebenarnya antioksida ni. Makan manggis saya tau la. Sbb manggis kaya dengan antioksida. Kalau google maksud antioksida ni, mulalah keluar istilah-istilah yg otak saya sendiri susah nak register makna tersirat disebalik perkataan tu. Contohnya macam ni;

Antioksidan adalah molekul yang mampu untuk menghalang pengoksidaan molekul lain.Contoh Molekul organik adalah protein dan DNA yang terdiri daripada berjuta-juta molekul.

Apa itu Pengoksidanan? Satu tindak balas kimia yang memindahkan elektron atau hidrogen dari abahan agen untuk pengoksidanan. Jadi, bagaimanakah kerja antioksidan? Kerja-kerja antioksidan bertindak sebagai penghalang berlakunya radikal bebas.
Sumber
 Faham tu faham la. Tapi faham yang 'gitu-gitu' je. Radikal bebas la plok.

Minggu lepas saya tengok rancangan Dr Oz Show kat Al Hijrah. Penjelasan Dr Oz [bukan Mr Os eh kerome, doroyan doh berbunge] tentang antioksida sedikit sebanyak membolehkan saya imagine dan faham dengan lebih jelas. Dr Oz kata, sebagai contoh besi yang terdedah kepada oksigen, akan menghasilkan karat. Walaupun oksigen ini baik untuk penafasan manusia, tapi kalau proses pengoksidaan tu berlaku kepada organ dalaman badan kita [sel-sel badan], efeknya boleh digambarkan seperti besi berkarat tu la. Cuma ini dalam badan kita. So, bukanlah berkarat kita panggil. Mungkin ada masalah terhadap sel-sel kita. Seperti pertumbuhan sel yg tak seimbang, atau penuaan diluar jangkaan. Dan paling teruk, kesan pengoksidaan ni akan terjadinya kanser. Kiranya kanser tu macam karat la jugak. Jadi, fungsi antioksida pulak adalah untuk menghalang berlakunya proses pengoksidaan tu tadi. Itu la seadanya. Kalau dah tau duk diam-diam ye.


NAMA
Erm, ada banyak benda yang best bila pregnant dan menanti kehadiran orang baru dalam hidup, tidak termasuk loya-loya dan muntah air kuning yg pahit dan masam rasanya. [pengsan banyak kali].

Salah satunya dah tentulah nak memilih nama anak. Seronok kan? Kan? Saya rasa orang-orang yang belum kawen pun biasa jugak dah berangan nak beri nama anak kalau derang kawen then dapat anak nanti. Nak-nak plak yang selalu baca buku cerita atau tengok drama-drama melayu yg nama watak-wataknya panjang-panjang pastu pelik-pelik sampai tergeliat lidah nak sebut. Ekeke. Ada kan? Ada kan? Baik ngaku.

Saya plak merancang nak beri nama anak yang bakal lahir ini dengan nama ringkas je. Sepatah perkataan je. Kalau lelaki nak beri nama salah seorang nabi-nabi Allah dan kalau perempuan pulak, belum decide lagi nak letak nama apa, yang penting sepatah jugak le. Saje je malas nak letak nama panjang-panjang. Kalau pompuan nak letak nama Mahsuri la. Sedap tak? Epic tak nama tu? Kekeke. [Marah suami aku kang sbb decide sorang-sorang tak bincang dengan dia. Gurau je bubi.]. 

Kriteria yang saya pilih untuk nama anak pompuan ialah: yang hujungnya ada bunyi 'na' saya band. Hehehe. [Sorry Ina - adik ipar aku. ]. Band ni bukan sebab tak suka nama 'Na'. Kalau diikutkan banyak nama yang saya suka, endingnya 'Na'. Contohnya 'Raina'. TAPI... itu lah.. oleh sebab dalam family saya, anak-anak sedara dah ramai sangat nama 'Na' so takleh la guna. Nanti kenfius. Ada Yana, Aina, Hana, pastu Ina [adik ipor - lagi sekali sebut nama nkau] dan Yana [biras]. So, say goodbye to the name with ending 'Na'. Peace. Pastu nama yang femes zaman sekarang seperti Balqis, Qistina [na lagi], Batrisya, Arissa, Alisya, Mia dan Dania juga telah di band. Bukan sebab nama tu tak sedap. Sedap bangattt. Tapi sebab dah terlampau femes.

So, tunggu dan lihat sahaja la. Semoga dapat ilham nak beri nama ank pompuan. Heheh. Skali susah-susah fikir nama anak pompuan, rupanya anak saya lelaki. Tapi takpe la. Nama anak lelaki dah ada. InsyaAllah. Mudah-mudahan semuanya selamat. Doakan saya ye sahabats.



PUASA
Berat saya turun. Tak selera makan la. Tekak ni rasa macam tekak orang demam. Dah tu cemana. Buka puasa, rasa macam tak lalu nak makan nasik. Terbayangkan nasik pun rasa loya. Huuwaa... kau meng aaaa.... Yang saya rasa agak berselera nak makan ialah eskem vanila yang ada sos coklat, buah manggis dan buah epal hijau. Nak makan laksam ni belum kesampaian lagi. Tetiba masa kita cari, dia jadi susah nak jumpa plak. Mengada la laksam tu.

01 August 2012

Karangan Sekolah Rendah - Surat Tak Rasmi Untuk Sahabat Pena

Salida,
No. 20, Kampung Pisang,
Sungai Tombak,
26000 Kuantan, Pahang Darul Makmur
5 Mei 1992



Ke hadapan sahabatku Norhidayah binti Kassim........ [titik mesti ada banyak],


Tengah buat apa tu? mesti awak tengah baca surat ni kan? Pandai tak saya teka? Mula-mula saya nak ucapkan terima kasih daun keladi sebab awak sudi hulurkan salam perkenalan untuk saya.

Sebelum apa-apa, saya nak mintak maaf dulu kat awak sebab saya lambat balas surat awak ni. Bukan apa. Saya sakit hati dengan pakcik tukang kebun sekolah saya ni sebab dia selalu marah saya pijak rumput. Padahal saya bukan pijak banyak pun rumput tu. Saya lalu kat tepi je. Itu pun dia nak marah. Jadi, saya pun tak dapat nak balas surat awak nanti saya tak ada idea nak tulis apa. [alasan mesti takde kaitan].

Hidayah, saya nak tanya awak satu soalan ni. Tapi saya harap awak jangan la kecik hati atau tersinggung ye... Saya nak tanya awak, awak apa khabar? Saya harap awak sihat. Kalau awak tak sihat, awak kena lah rajin-rajin makan ubat. Ubat tu boleh bunuh kuman dan bakteria yang ada dalam badan awak. Nanti baru la awak tak sakit dah. Betul awak. Saya tak tipu. Mak saya yang kata macam tu.

Ok, sekarang saya nak bagi biodata saya seperti yang awak minta tu; 

Nama Penuh : Siti Salida binti Abdullah
Umur : 12 tahun.
Tempat Lahir : Atas Katil hospital.
Tarikh lahir : 5 mei 1980. Kalau awak nak tau, hari ni ialah harijadi saya. Awak taknak bagi saya hadiah ke?

Makanan kegemaran : Yang halal dan sedap.
Minuman kegemaran : Air milo ais.
Warna kegemaran : Warna pelangi
Hobi : Mengumpul setem dan tidur.

Penyanyi Kesukaann : Zarul Umrella Umbrella
Lagu kegemaran : Ramalanku benar belaka, ramalanmu salah belaka.
Pelakon Lelaki kegemaran : Mustafa kamal
Pelakon Perempuan : Julia Rais.

Sahabatku, cukuplah sampai di sini sahaja coretan usang saya untuk tatapan awak. Semoga awak sudi membalasnya. Saya menanti balasan surat awak bersama gambar awak yang terbaru. Ini ada pantun untuk awak; 

Pecah kaca pecah sampan, 
Sudah baca harap simpan

Kalau awak tak sudi simpan surat ni, awak jangan la buang dalam tong sampah tapi buanglah di dalam laut. Biarlah nampak seperti drama. Selamat berkenalan.

Bersama ini saya sertakan gambar saya yang terbaru bersama kawan-kawan saya; cuba teka saya yang mana?



yang benar,

Sahabatmu yang jauh.


 “Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[Dot]My

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...