Iklan! Iklan! Sila Click!

01 August 2012

Karangan Sekolah Rendah - Surat Tak Rasmi Untuk Sahabat Pena

Salida,
No. 20, Kampung Pisang,
Sungai Tombak,
26000 Kuantan, Pahang Darul Makmur
5 Mei 1992



Ke hadapan sahabatku Norhidayah binti Kassim........ [titik mesti ada banyak],


Tengah buat apa tu? mesti awak tengah baca surat ni kan? Pandai tak saya teka? Mula-mula saya nak ucapkan terima kasih daun keladi sebab awak sudi hulurkan salam perkenalan untuk saya.

Sebelum apa-apa, saya nak mintak maaf dulu kat awak sebab saya lambat balas surat awak ni. Bukan apa. Saya sakit hati dengan pakcik tukang kebun sekolah saya ni sebab dia selalu marah saya pijak rumput. Padahal saya bukan pijak banyak pun rumput tu. Saya lalu kat tepi je. Itu pun dia nak marah. Jadi, saya pun tak dapat nak balas surat awak nanti saya tak ada idea nak tulis apa. [alasan mesti takde kaitan].

Hidayah, saya nak tanya awak satu soalan ni. Tapi saya harap awak jangan la kecik hati atau tersinggung ye... Saya nak tanya awak, awak apa khabar? Saya harap awak sihat. Kalau awak tak sihat, awak kena lah rajin-rajin makan ubat. Ubat tu boleh bunuh kuman dan bakteria yang ada dalam badan awak. Nanti baru la awak tak sakit dah. Betul awak. Saya tak tipu. Mak saya yang kata macam tu.

Ok, sekarang saya nak bagi biodata saya seperti yang awak minta tu; 

Nama Penuh : Siti Salida binti Abdullah
Umur : 12 tahun.
Tempat Lahir : Atas Katil hospital.
Tarikh lahir : 5 mei 1980. Kalau awak nak tau, hari ni ialah harijadi saya. Awak taknak bagi saya hadiah ke?

Makanan kegemaran : Yang halal dan sedap.
Minuman kegemaran : Air milo ais.
Warna kegemaran : Warna pelangi
Hobi : Mengumpul setem dan tidur.

Penyanyi Kesukaann : Zarul Umrella Umbrella
Lagu kegemaran : Ramalanku benar belaka, ramalanmu salah belaka.
Pelakon Lelaki kegemaran : Mustafa kamal
Pelakon Perempuan : Julia Rais.

Sahabatku, cukuplah sampai di sini sahaja coretan usang saya untuk tatapan awak. Semoga awak sudi membalasnya. Saya menanti balasan surat awak bersama gambar awak yang terbaru. Ini ada pantun untuk awak; 

Pecah kaca pecah sampan, 
Sudah baca harap simpan

Kalau awak tak sudi simpan surat ni, awak jangan la buang dalam tong sampah tapi buanglah di dalam laut. Biarlah nampak seperti drama. Selamat berkenalan.

Bersama ini saya sertakan gambar saya yang terbaru bersama kawan-kawan saya; cuba teka saya yang mana?



yang benar,

Sahabatmu yang jauh.


 “Karangan ini adalah untuk Contest anjuran Abang Ensem dan Zarul Umbrella dan disponsor oleh Azri[Dot]My

29 comments:

  1. wah memang nostalgik gaya penyampaian surat mcm ni...ooh peminat Payung ker...oooh nak bodek ek??

    ReplyDelete
  2. heheheh. ini baru lah epic! kih3
    mana satu Lyd? gambar kabur lah, usang sangat seusang suratmu itu...... (titik banyak juga)

    ReplyDelete
  3. Zarul : Bukan bodek. Tapi amik hati je.

    Wani : Saya yg paling kecik pakai tudung biru tu.

    ReplyDelete
  4. adoyai.. teringat pulak karangan sendiri masa dulu2.. kelakar betol.. ada lagi ke budak2 yg tulis surat mcm ni?> hehehe

    ReplyDelete
  5. ha ha ha...surat ni zaman budak2 sekolah rendah..teringat tentang biodata tu...hmmm nostalgia sungguh...keciknya awak..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum Lyd...cute nyer die masa dulu2kan selamat berjaya yer..:)

    ReplyDelete
  7. FUHHH !!! besnya ade smpn kenangan lama lg...=)

    ReplyDelete
  8. Kyo : Mana ada dah budak2 tulis surat lagi skrg. Derang kenal ikut FB je. Atau pun langsung tak berkenalan dan hanya menghadap gadjet masing2 je.

    PrettyWrite : Akak yg paling kecik pakai tudung biru tu. Hehhe.

    UmmiaRISSa : Ha ah, dulu memang la kecik. Ce tgk sekarang. Boleh pengsan cikgu2 sekolah rendah dulu kalau tgk.

    Maszull : Mama terima kasih. Mama pun selamat berjaya jgk tau. Saya join contest ni pun sbb baca blog mama.

    ReplyDelete
  9. Hheeee, teringat masa zaman skolah tulis surat macam ni :)

    ReplyDelete
  10. Gambar & surat ni mcm penah ada dlm entri sblm2 ni kan lyd?

    *gd luck! Jarang nampak lyd join contest.

    ReplyDelete
  11. hahaha... terbaik la lyd. gud luck. surat zaman kuno mcm tu la. kalau skg ni mana ada surat2 lagi dah.

    ReplyDelete
  12. teringat surat masa zaman sekolah rendah. Awak yg tudung biru

    ReplyDelete
  13. haha...tercuit hati saya...rupanya ramai manusia melakukan perkara yg sama eh...isi surat yg lebih kurang sama siap biodata segala...haha...terkenang jugak memori lama :)

    ReplyDelete
  14. seyes comel... hmmm agak2 sekolah rendah zaman sekarang mcm ni lagi ke ye... rasa zaman kita dan zaman anak2 kita membesar berbeza sangat...

    ReplyDelete
  15. bila tarikh surat ni?
    lahir 1980 tapi umur baru 12 tahun.. hahaha

    ReplyDelete
  16. Nostalgia...teringat zaman dulu2x
    tulis surat..hahaha

    ReplyDelete
  17. good luck ..mudah2an da rezeki bb tok menang nnti.. =)
    teringat zaman tulis surat tak rasmi dolu2..hehe

    ReplyDelete
  18. ingatkan surat btol2 utk kawan td. hahaha... anyway, kalo nak buang surat tu ke laut, harap masuk kan dlm botol dlu. kot2 la nnt jumpa blk.

    ReplyDelete
  19. Waaahh mengimbas kembali arena persuratan dolu2 nih...

    ReplyDelete
  20. Alamakkk... sejibik cam surat den bg kat kwn dulu akaka.. (cek balik dalam gobok ntah2 dah dorang curik! Ahak!)
    My latest Entry :)
    JJCM: Day 11 Ramadhan 1433

    JJCM: Day 10 Ramadhan 1433

    ReplyDelete
  21. yang pakai tudung biru tu senyum macam baru lepas curi buah rambutan je...
    senyum jahat tu,,..ahahah

    ReplyDelete
  22. bila baca ni teringat pula surat dulu2...siap bubuh bedak zaitun lagi. hehe.

    ReplyDelete
  23. hahahhaha.. kelakor.. tringat zaman sekolah rendah dulu... hehehehe adik angakt lah kakak angkatlah... macam2...

    ReplyDelete
  24. hahaaaa...teringat aku zaman sekolah2 dulu..biodata tak tahan seme bende nak letak wana kegemaran binatang peliharaan bagai..hahahhaaaa...

    ReplyDelete
  25. hahahahah teringat time sekolah wat surat rasmi n tak rasmi :D

    ReplyDelete
  26. Boleh tolong e-mailkan akaun no tak untuk urusan pengiriman hadiah.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...