Iklan! Iklan! Sila Click!

06 August 2012

Eksaided [Baca excited] Nak Raya

Sejahteralah ke atas kamu...

Tak padan dengan dah tua tapi excited nak raya. Dulu masa zaman kekanak, saya excited nak raya sebab nak main bunga api pastu nak collect duit raya then bertanding dengan kawan-kawan duit raya siapa paling banyak. Dan waktu tu jugak yang paling best nak banding-bandingkan baju raya dan kasut raya dengan kawan-kawan sepermainan. Lagi satu yang boleh menguatkan lagi feel hari raya ialah hantar kad raya. Pastu berlumba dengan kawan-kawan sekelas siapa paling banyak dapat kad raya. Kesimpulannya, masa kecik asyik bertanding je la kejanya. Agaknya sebab tu la raya masa kecik tu seronok. Sebab kita ada target tertentu. Padahal kalo menang bertanding, tak dapat pun pegang kawasan DUN. Cuma nak rasa hepi-hepi sendiri je.

Raya yang paling bosan masa dah mula kerja. Masa tu raya pun takde feel. Sebab bila dah kerja, kita la plak kena bagi duit raya. Tapi oleh sebab maksu ni hati kering, so maksu bleh je buat muka sesuci embun pagi depan anak-anak sedara walaupun tak bagi duit raya. Ye lah, lagipun masa tu kita sorang-sorang je. Ada boyfriend pun bukannya boleh buat apa pun. Nak ajak beraya pun benda tak pasti lagi. So, everything is bosan masa tu.

Tapi tahun ni, [setat tahun lepas lagi], saya rasa excited sangat nak raya. Bukan lagi pasal nak main bunga api [memang buang habitat kalo dah bangka macam ni masih nak kejar main bunga api], juga bukan pasal baju raya [dah tentu tak banyak pilihan baju cantik yang ada sebab dah gemuk] serta confirm jugak bukan pasal duit raya [sebab tahun ni maksu dah insaf. Hati dah tak kering lagi. Dah tau malu kalo tak bagi duit raya kat anak2 buah yang 34 org tu]. Tahun ni yang buat saya excited nak raya sebab rasa rindu sangat pada family. Rasa nak berkumpul ramai-ramai, makan-makan, gurau-gurau sambil tengok anak-anak sedara yang masih kecik main lompat-lompat dan berlari tak tentu hala pastu sekali sekala mengusik anak-anak sedara yang dah sunti. Oh seronoknya. Duhai perantau-perantau di kota. Pulanglah ke desa berhari raya.

Perasaan macam ni tak berapa kuat kesan dia masa saya masih tinggal dengan mak abah dulu. Sebab setiap hari jumpa mak abah. Setiap minggu jumpa adik beradik. So dah selalu jumpa. Maka perasaan menghargai tu kurang skit. But now, kalo dapat jumpa family tu rasanya hepi sangat. Rasa macam terisi kekosongan hati. Walaupun sekadar jumpa beberapa jam. Walaupun bukan sepanjang masa berjumpa tu nak bersembang tak berhenti-henti. Tapi bila ramai tu meriah je rasa. 


21 comments:

  1. Ingatkn excited sbb raya kali ni lyd dh berbadan dua..^_^

    Saya suka raya sbb dpt kumpul hmpir serentak dgn adik beradik lain. anak sedara pulak dh berpuluh org..sgt2 meriah.

    ReplyDelete
  2. sama perasaanya dengan saya sekarang. tak sabarnya nak balik berkumpul dengan keluarga dan adik beradik semua. ahhh..tak lama lagi raya!

    ReplyDelete
  3. paling best malam takbir esok nk raya..meriah sungguh kan..nk buat2 itu ini..mmg tak tdur la malam tuh...

    ReplyDelete
  4. hwaa!! rindu nak balik kampung raya dengan family!! sedih tahun ni dah kali ke 6 raya di perantauan. InsyaAllah tahun depan dah raya kat Msia! yeay!
    *walaupun duk jauh duit raya tiap tahun mmg bagi kat anak2 sedara dan mak abah. hikhik..

    ReplyDelete
  5. betul!betul!betul!...bila duk jauh sikit dari keluarga...seronok memuncak tiba raya ni nak berkumpul bersamakan...weee...ada berapa hari lagi??he he he

    ReplyDelete
  6. hmm... masih belum muncul keterujaan dlm jiwa aku untuk beraya. entahlah kenapa...

    kalaulah umur purata penduduk malaysia 80 tahun, maka aku mungkin ada 30 kali hari raya sahaja...

    opps.... 29 kali lagi this year... and counting down...


    hmmm... aku masih belum mempunyai jiwa untuk beraya, entahlah kenapa...

    ReplyDelete
  7. betul tu. bila dudk dengan family tak ada la rasa excited macam kalau kita duduk jauh2 kan. seronok nak raya sebab dapat kumpul duit raya untuk anak2. hehehe... belah husben saja boleh cecah ratus2. itu baru adik-beradik. blm sedara mara lagi tau. ngeee...

    ReplyDelete
  8. memeg seronok zaman kecik2 dulu... kdg2 rasa nak balik ke zaman 2 jer..hohoh...

    huhuhu... ayat akak yg "Duhai perantau-perantau di kota. Pulanglah ke desa berhari raya." ni buat Ahlam nagis..huhuhu sedih xdpt balik lg... T-T

    ReplyDelete
  9. Same pulok kite ni maksu ye tapi anak buahku takde la seramai 34 orang. Kurang sket kot sbb kurang subur. Owhh ku masih tak dapat feeling itulah. Next year mesti rase sebab ujung tahun ni dah pindah dan dah jauh dari mak. Uwaaaa!!!!!! Nanakkkkk!!! *Bongsu terlebih hormon*
    My latest Entry :)
    JJCM: Day 17 Ramadhan 1433

    ReplyDelete
  10. rindu nak balik kampung, tahun ni beraya di perantauan sobss :'(

    ReplyDelete
  11. samalah KA but still rindu sgt kat arwah abah.. alfatihah

    ReplyDelete
  12. bila ramai tu lah yg terasa meriahnya kan... seronok berkumpul...

    ReplyDelete
  13. Bestnya bila nak raya..
    bila makin besar nie feel nak raya tak macam dulu masa zaman kanak2x lagi..heheheh..
    skrang ada lagi cuma kurennnngg..
    agak2x taun nie aku dapat duit raya ke tak ea?...hehehe

    CUma skrang takde orang pun nak kasi kad raya kat aku..haha..ke dah lupus..hahaha..gurau ajer..

    ReplyDelete
  14. Time raya ni mmg seronok berkumpul ramai2...mcm2 cerita ada :)

    ReplyDelete
  15. perasaan kita berbeza..heheheh..saya kurang gemar balik beraya umah saya kat kampung nun..sebab saya dengan adik beradik tak rapat la..
    bila jumpa janggal je rasa.
    saya lebih selesa kat rumah mertua,.
    lebih mesta dengan ipar2 nun..
    kalau balik kampung pun sebab rindu kat mak je.tak de rasa pun nak sembang2 dengan adik beradik ke atau saudara mara.

    ReplyDelete
  16. Kalau Raya memang kanak2 yg paling happy kan ;)

    Teringat zaman kanak2..

    Raya juga menyatukan kita semua 1 keluarga jauh dan dekat kan :)

    ReplyDelete
  17. best la excited nak raya..aku plak malas betul nak raya..dah la balik kg bini aku..arghhhhh..

    ReplyDelete
  18. ramainya anak buah k.lyd..mmg kena banyakla peruntukan untuk duit raya kan..tp takper jnji meriah dapat kumpul ramai2..:)

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum Lyd...seronoknya nak raya yer moga ada duit raya nanti...:)

    ReplyDelete
  20. Tak terasa raya sudah di depan mata.. hitungan hari saja..

    ReplyDelete
  21. raya tahun ghasa mcm tak lengkap..
    kekurangan ahli keluarga..sebb adik baru meninggal 21mac2012 hri tu..itulah sbb ciksu sepikan diri dari dunia blog hampir 3 bulan lamanya ..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...