Skip to main content

Not All Time Favorite Anymore

Sejahteralah ke atas kamu...

Hari ni last keja sebelum cuti raya tak hengat sampai Isnin satu lagi nanti. Buat-buat la rajin skit nak hapdet blog. Nanti 10 hari tersadai je blog ni tanpa sentuhan cerita berseni saya. Kan? Kan?

Kurma adalah makanan feveret saya, makan sekotak pun bleh habis sekali hadap je [propa je lebih]. Bagi saya, rasa kurma tu sedap sangat. Strawberry pun saya suka. Kalo beli stoberi, saya suka beli coklat cadbury pastu cairkan coklat tu guna microwave, then cicah dengan stoberi tu. Nyum... Very delicia. Lagi, buah oren pun feveret saya jugak. Kalo saya potong 2 biji buah oren, husband saya mesti hanya dapat 2 slices je. Yang lain semua saya ngap, itu pun tak cukup. Pastu saya kalo minuman, saya memang sangat jarang minum air berperisa [manis]. Mesti air kosong je yang byk saya tonggang. 

Tapi itu dulu la sebelum pregnant. Malangnya, sekarang semua makanan berkhosiat tu saya takleh terima langsung during pregnancy ni. Kurma tu kalo saya makan, tengah kunyah pun bleh rasa nak terbluwek. Oren dan stoberi plak membuat perut saya rasa berkocak. Yang paling sedih, air kosong pun saya takleh minum. Perut rasa sangat berkocak. Seolah-olah angkatan tentera kemuntahan sedang bersiap siaga untuk meluru keluar daripada perut saya untuk bertarung dalam mangkuk tandas. Huuu... sedihnya. Ooohh... air kosong yang saya cintaiiii...

Setakat ni, saya rasa macam takde apa pun yang saya betul-betul boleh makan. Semua yang saya makan akan keluar balik. Sadis kan? Dah tu cemana baby mama ni nak membesar? Ada yang tekak saya  memang tak suka langsung nak terima seperti kurma, stoberi dan oren tu lagi satu nasik. Ada juga yang tekak terima tapi lepas makan, perut plak yang reject seperti sushi, air kelapa, air ribena, biskut. So, sekarang ni, apa yang saya boleh ambil tanpa muntah semula... hanya air yang dicampur madu. Yang tu pun memang rasa mual jugak, cuma tak terkeluar balik la. Saya rasa kalo saya pegi spital ni, mesti dah kena tahan masuk wad. Huhu. So, tanak la pegi spital. Nanti beraya kat spital plak saya.

Saya nak pesan kepada kawan-kawan atau bloggers yang belum pregnant. Korang kena siasat gaya kehamilan mak korang cemana. Sebab normalnya kehamilan kita ni ikut gaya mak-mak kita. Kebiasaannya la. Saya tak kata memang confirm sama. Tapi mungkin bleh bagi kamu idea. Siasat betul-betul sama ada mak kamu jenis yang alahan teruk ke tidak. Jadi, sedikit sebanyak, kamu dah prepare dari segi mentally. Prepare dari segi mental tu yang paling penting. So, walau cemana pun keadaannya semasa kamu pregnant nanti, kamu dapat terima. Macam saya..... saya tak sempat nak tanya mak masa saya sebelum pregnant dulu. Jadinya, bila dah alahan teruk macam ni baru nak siasat dengan mak. Jawapannya memang la mak saya dulu alahan teruk macam ni, malah lagi teruk. Huhu. Dan saya plak tak sempat nak prepare mental saya tentang kezaliman alahan tu. Sekarang ni je baru nak terima hakikat skit.

Harapan saya, semoga trimester pertama ni akan berlalu dengan lancar dan saya harap saya sabar. Berat saya dah turun 6 kg tau masa pregnant ni. Kalah plak masa demam pun turun 3kg je. Tapi wp turun 6kg, still tak dapat nak samakan dengan berat masa bujang. Aku masa bujang dulu tuyuih teying hehehe.

Selamat hari raya saya ucapkan kepada rakan2 yang membaca blog saya ni. Saya sangat sayangkan kowam kowam semua taww.. Maaf kalau ada tersilap kata terkasar bahasa. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah yang Maha Pemakbul Doa Doa.

Comments

  1. 5 bulan ke diana? Huhu... Ingatkan 3 bulan.

    ReplyDelete
  2. Saya dulu 3 bulan je, masuk bulan ke 5 seterusnya mcm gajah lak makan. kihkih.. sabar ye Lyd, kejap je tu. Pengalaman utk ibu mengandung. :D
    Selamat hari raya Lyd, maaf zahir batin kalau ada komen2 smaada sengaja atau tak yg terguris hati ke. hehe.. harp2 dpt jumpa Lyd satu hari nnti. Amenn.. :D

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah. Tengah bersabar le ni. Mmg ni pengalaman betul. Saya cakap kat husband saya, saya nak mengandung sekali je. Tak kira. InsyaAllah nanti kalo ada rezeki boleh jumpa. :)

    ReplyDelete
  4. KA alhamdulillah ok je for 3 kehamilan, cuma yg 2nd tu aje awal2 muntah2 sikit but only for few weeks pastu ok, tapi KA gunapakai petua lamalah hehehe

    ReplyDelete
  5. kalau makanan yg biasa suka dah tak boleh masuk, cuba terbalikkan...


    cuba makan benda2 yang dulu tak suka, mungkin sekarang suka..?

    contohnya, peria katak, ikan pekasam, tempoyak masam, cencaluk masak kari....

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah moga kuat ye, dan semoga urusan dipermudahkan..


    MJ nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, moga ceria di Aidilfitri ;D

    ReplyDelete
  7. ala kesiannyer.. akak memang tak mengalaminyer.. nak melepaskan waktu seksakan... tabahkan hati dik...
    kawan akak boleh makan maggijer hari2.. kesian pulak...

    ReplyDelete
  8. Tak sangka awak ni alahan teruk semasa mengandung..mesti makan ni walau apa cara sekalipun sian baby awak dan awak..tenangkan hati relex cuba fikir dan bayangkan benda yang awak boleh makan walaupun sedikit.






    ReplyDelete
  9. turun 6 kg. byk tu... boleh puasa tak Lyd. rasanya kalo pi spital mmg kena tahan wad masuk air garam le kalo tahap uwek sampai gitu... huhu. sabar ye... biasamnye after 14 weeks keadaan makin ok

    ReplyDelete
  10. Alahan sewaktu mengandung ni mmg ada mcm2.... Harap bersabar ye ^_^

    Apa pun sy ucapkan slmt hari raya dn maaf zahir batin .....

    ReplyDelete
  11. sy kena kerja lagi sabtu ni

    kemaafaan ku mohon.http://gilamodified.blogspot.com/2012/08/kemaafaan-ku-pohon-dari-kalian-semua.html

    ReplyDelete
  12. SELAMAT HARI RAYA
    Maaf Zahir Batin..
    :))

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah... tak ada alahan teuk. cuma mknan yang kita suka dan biasa makan jadik mknn bkn faveret tu biasa la. apa pun... selamat menikmati setiap saat berharga time pregnant ni ye...

    ReplyDelete
  14. Turun sampai 6 kg semasa mengandung? Teringat istri yg hadapi masalah yg sama setiap kali mengandung sehingga merisaukan doktor dan merisaukan saya sbg suami... Harap2 Lyd cuba cari makanan2 berbeza bagi menambah selera...

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum lyd...selamat hari raya mama dtg singgah beraya kat sini yer...:)

    ReplyDelete
  16. salam kak.. tahniah kak.. <3.. smg akak tabah.. suke dgr akak bakal mendapat baby.. jaga diri.. alahan tu normal kot.. huhuhuhu.. kakak lady ritu langsung xleh bgn kak.. die pregnan kembar sejurus slps nikah.. kurus cekeding, nmpk perut je memboyot.. alahan plak sampai baby lahir.. huhuhuhuhu.. lady doakan alahan akak sekejap jerk.. aminnn.. bestnye akak dh ade pglmn prgnan, lady xde lagi.. akak doakan ek.. doa ibu mengandung ni insyaAllah makbul..

    p/s : sorry panjang lak.. terlebih xcted..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w