Iklan! Iklan! Sila Click!

14 August 2012

Turn Beraya Kat Umah Sape

Sejahteralah ke atas kamu...

Alhamdulillah. Ada rezeki pun tahun ni untuk dapat bonus raya. Senyum sampai ke dahi.

Dah namanya kampung seblah-menyeblah, tapi gatei jugak nak buat-buat turn beraya umah sape nak kasi feeling macam berebut nak balik beraya diantara laki bini. Mengade-ngade kan? Tapi takpe. Plan kena la adil jugak walaupun masa yang diambil untuk perjalanan dari umah mak saya ke umah mak mertua sama je dengan masa menggoreng satu trip keropok lekor. Silap-silap, kepok lekor tak siap garing lagi saya dah sampai dulu. Dekat je okay.

Biasanya setiap tahun memang ramai pasangan suami isteri yang akan beraya kat kampung kedua-dua belah pihak. Cuma yang menjadi rebutannya ialah hari raya pertama tu nak solat raya kat mana. Nak makan ketupat pada hari raya pertama tu ikut selera feveret tekak siapa. Kalo feveret suami mestilah masakan ibu dia. Kalau feveret isteri pulak mestilah masakan mak dia jugak kan? Raya pertama tu yang orang selalu berebut tu. Lagi yang bestnya beraya pertama kat kampung tu sebab sempat buat persiapan raya kat kampung bersama family. Syok la buat persiapan raya, anyam ketupat, masukkan beras dalam ketupat, rebus ketupat, tukar langsir, kemas umah, isi kuih raya dalam bekas hidangan dan macam-macam. Masa raya kedua dah takde dah perasaan membuat persiapan tu. Sebab semua dah setel. [yang saya sebut tu je yg biasanya jadi tugas saya. Kehkeh. Part masak memasak rendang ke, kupas bawang ke, potong daging ke hahhh itu bukan specialty saya. Org lain la yg buat.]

Tahun ni sepatutnya turn beraya raya pertama kat umah mak saya sebab tahun lepas dah beraya kat umah suami masa raya pertama. Macam tahun lepas, kat umah mertua hanya ada husband dan adik bongsunya yang pada masa itu belum kawen je beraya pada raya pertama. Yang lain balik pada raya kedua. Tapi tahun ini semua adik beradik suami saya akan balik beraya pada raya pertama, so saya rasa elok jugak kalo bagi can-malican oit oit kat suami saya berkumpul dengan family dia masa semua org ada kan? Kebetulan family saya pulak ada yang balik ke rumah mak pada raya kedua, so saya pun nak jugak berkumpul dengan adik beradik saya masa cukup korum. Jadi, saya pun decide nak balik umah mak pada raya kedua. Win-win situation kan? Padahal kang ada je muka aku kejap2 balik umah mak masa raya pertama tu. Hehehe. 

Yang memusykilkan saya sekarang ni ialah.... kenapa bila time saya balik umah, time saya tengah drive ke, saya terfikir macam2 ayat nak karang untuk update blog, tapi bila setat je buka new post, idea dah bertempiaran ntah ke mana. Grrr... Okay... Idea dah hilang. Dah tu, sampai sini je la ye. Boring betul kalo takde idea ni.

*ps : mungkin saya tak jawab komen-komen yang korang berikan tu tapi bukan saya tak hargai tau. Saya hargai sangat. Cuma mungkin saya tak sempat nak balas dan karang ayat lettew. Apa-apapun siapa yang biasa komen entry2 saya, saya akan letakkan blog dia dalam bloglist saya so, saya takkan terlupa untuk jenguk blog dia setiap kali dia update.

22 comments:

  1. Lama dah tak berebut raya kat mana dulu...hehehe. Tapi kalo saya pun rasanya tak kisah first day raya kat mana yang penting nk smbut raya ngn atu famili full house kan3x. baru la leh jumpa semua adik-beradik dan anak2 buah.

    ReplyDelete
  2. memandangkan sy tgl ngan mentua.. tak timbul thn ni blk umah sape.. keluarga mentua pun x sambut raya.. jadi tiap2 thn..raya kt kg sy la..hehehe

    ReplyDelete
  3. best kan main rebut2 raya....best lagi kalo menang tiap2 tahun..heheheh

    ReplyDelete
  4. tahun ni selamat lagi tak ikut turn. tahun depan dan seterusnya mmg kene turn la. Johor Pahang Johor Pahang. hehe..

    ReplyDelete
  5. Saya mmg ikut turn dari awal kawin. jarak kg kami hampir 2 jam..daerah sblh menyebelah.

    Thn ni raya kat rumah mak saya dulu..sukee sgt! Bkn tak suka kat rmh mertua, tapi rasa lebih seronok sbb family sblh saya ramai..mmg meriah.

    ReplyDelete
  6. aku ikut bila jatuhnya hari raya tu.. yakni, hari apa dan cuti yg kami ada... baru decide kat mana...

    ReplyDelete
  7. taun ni ke rumah en hubby dulu dn 3rd raya balik beraya kat sini hehehe

    ReplyDelete
  8. sy pun xpyh berebut..sbb dri umah mak sy ke umah mentua cuma 20 minit je..dkt sgt..hehe=)

    ReplyDelete
  9. Ck tahun ni balik umah mak mertua..









    #bile mase ntah khawin.#

    keh keh keh. :p

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum lyd...seronoknya nak berayakan...suami isteri kalau berpakat mesti akan bersatu hati...:)

    ReplyDelete
  11. Bagos ada isteri macam nie..hehehe...
    umah atok nenek dekat je...jiran je..
    senang nak jumpa... takdelah mak ayah nak pk balik kg..hehe

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...sejak kawin sistem penggiliran kami berjaya....takde masalah...nak lagi best lagi kebetulan semua adik beradik pun giliran pun sama..jadi tahun ni semua raya pertama umah mertua masing2..legaaaa

    ReplyDelete
  13. hye lyd..
    tak kisah kat mana2 pon sebab dua2 pon balik...cuma tahun ni sebelah ciksu sambutan hari raya kekurangan ahli keluarga sbb adik ciksu baru meninggal..bulan 3ari tu

    ReplyDelete
  14. panjang je mengarang, bole kata xde idea lak. kalo ada idea, pjg mana agak nyer entri ni. hehehe...

    ReplyDelete
  15. Alahhh mithalinyaaaa hehee... kitepun tiada aksi baling pinggan melamin sebab kite hari-hari pun gi umah mak dan 5 minit je dr umah. Encik somi pun kt klang je pastu dia pulak jenih redha tiap2 thn umah yg jarak 5 minit tu pegi dulu akaka! So mlm raya memang tak pernah la kt umah mertua selama 13 tahun jadik somi isteri nih. Tp next year mungkin kena prepare pinggan mangkuk sbb thn dpn dh dok jauh dr mak so kemungkinan situasi baling pinggan akan wujud muahaha! BTW, kalau xnak idea ilang, tulis je kat tapak tgn. Pastu kalau terbasuh mase cuci pinggan boleh terus lempang diri sendiri hahaha... (jgn mara haaa...)
    My latest Entry :)
    JJCM: Day 25th Ramadhan 1433

    ReplyDelete
  16. salam;
    sama kampungpun berebut jugak..apatah lagi tak sama negeri lagi lah payah nak buat undian..

    ReplyDelete
  17. kami tiap2 thn sama ja..mula2 kat kulim pastu ke port well

    ReplyDelete
  18. eheh kampung dekat2 macam tu pulak kan..takper asal dapat beraya kira ok dah..

    ReplyDelete
  19. sama la. tak ada rebut2 walaupun kampung suami dgn kampung saya berlainan negeri dan perjalanan makan masa 3 jam jugak kalau tak jam. hahaha... tahun ni husben kata tak nak balik tapi saya kata balik je la. kesian kat MIL. petang raya kita balik la. eh2... saya pulak pujuk dia balik. entah apa2 la...

    ReplyDelete
  20. kelakarlah akak ni.. btl2.. time drive ke time buat keje ke pasti ade idea jerk.. tp time bukak blog idea jadi lari.. lain nk crte lain pulak ditulis..

    akak, lady br rs apa yg akak rs./. lady duk dekat2 jerk..

    ReplyDelete
  21. sama la dengan saya. tiap2 tahun raya tengok dulu jadual adik badik dapat kumpul raya ke berapa kat umah mak/PIL. selalunya ipar duai ada kat umah MIL raya ke-2, so raya pertama balik kg saya dlu. tak jauh pun jarak 2 rumah mak, dlm setengah jam je.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...