Iklan! Iklan! Sila Click!

02 August 2012

AntiOksida Adalah Tajuk Yang Boring, Nama, Puasa

Sejahteralah ke atas kamu...

ANTIOKSIDA
Biasa dengar perkataan antioksida kan? Kalau tokei MLM yg promote produk kesihatan memang selalu guna perkataan ni masa nak promote barang. Padahal ntah dierang sendiri tau ke tidok apa ke benda antioksida tu. 

Saya pun kurang faham sangat dengan maksud sebenarnya antioksida ni. Makan manggis saya tau la. Sbb manggis kaya dengan antioksida. Kalau google maksud antioksida ni, mulalah keluar istilah-istilah yg otak saya sendiri susah nak register makna tersirat disebalik perkataan tu. Contohnya macam ni;

Antioksidan adalah molekul yang mampu untuk menghalang pengoksidaan molekul lain.Contoh Molekul organik adalah protein dan DNA yang terdiri daripada berjuta-juta molekul.

Apa itu Pengoksidanan? Satu tindak balas kimia yang memindahkan elektron atau hidrogen dari abahan agen untuk pengoksidanan. Jadi, bagaimanakah kerja antioksidan? Kerja-kerja antioksidan bertindak sebagai penghalang berlakunya radikal bebas.
Sumber
 Faham tu faham la. Tapi faham yang 'gitu-gitu' je. Radikal bebas la plok.

Minggu lepas saya tengok rancangan Dr Oz Show kat Al Hijrah. Penjelasan Dr Oz [bukan Mr Os eh kerome, doroyan doh berbunge] tentang antioksida sedikit sebanyak membolehkan saya imagine dan faham dengan lebih jelas. Dr Oz kata, sebagai contoh besi yang terdedah kepada oksigen, akan menghasilkan karat. Walaupun oksigen ini baik untuk penafasan manusia, tapi kalau proses pengoksidaan tu berlaku kepada organ dalaman badan kita [sel-sel badan], efeknya boleh digambarkan seperti besi berkarat tu la. Cuma ini dalam badan kita. So, bukanlah berkarat kita panggil. Mungkin ada masalah terhadap sel-sel kita. Seperti pertumbuhan sel yg tak seimbang, atau penuaan diluar jangkaan. Dan paling teruk, kesan pengoksidaan ni akan terjadinya kanser. Kiranya kanser tu macam karat la jugak. Jadi, fungsi antioksida pulak adalah untuk menghalang berlakunya proses pengoksidaan tu tadi. Itu la seadanya. Kalau dah tau duk diam-diam ye.


NAMA
Erm, ada banyak benda yang best bila pregnant dan menanti kehadiran orang baru dalam hidup, tidak termasuk loya-loya dan muntah air kuning yg pahit dan masam rasanya. [pengsan banyak kali].

Salah satunya dah tentulah nak memilih nama anak. Seronok kan? Kan? Saya rasa orang-orang yang belum kawen pun biasa jugak dah berangan nak beri nama anak kalau derang kawen then dapat anak nanti. Nak-nak plak yang selalu baca buku cerita atau tengok drama-drama melayu yg nama watak-wataknya panjang-panjang pastu pelik-pelik sampai tergeliat lidah nak sebut. Ekeke. Ada kan? Ada kan? Baik ngaku.

Saya plak merancang nak beri nama anak yang bakal lahir ini dengan nama ringkas je. Sepatah perkataan je. Kalau lelaki nak beri nama salah seorang nabi-nabi Allah dan kalau perempuan pulak, belum decide lagi nak letak nama apa, yang penting sepatah jugak le. Saje je malas nak letak nama panjang-panjang. Kalau pompuan nak letak nama Mahsuri la. Sedap tak? Epic tak nama tu? Kekeke. [Marah suami aku kang sbb decide sorang-sorang tak bincang dengan dia. Gurau je bubi.]. 

Kriteria yang saya pilih untuk nama anak pompuan ialah: yang hujungnya ada bunyi 'na' saya band. Hehehe. [Sorry Ina - adik ipar aku. ]. Band ni bukan sebab tak suka nama 'Na'. Kalau diikutkan banyak nama yang saya suka, endingnya 'Na'. Contohnya 'Raina'. TAPI... itu lah.. oleh sebab dalam family saya, anak-anak sedara dah ramai sangat nama 'Na' so takleh la guna. Nanti kenfius. Ada Yana, Aina, Hana, pastu Ina [adik ipor - lagi sekali sebut nama nkau] dan Yana [biras]. So, say goodbye to the name with ending 'Na'. Peace. Pastu nama yang femes zaman sekarang seperti Balqis, Qistina [na lagi], Batrisya, Arissa, Alisya, Mia dan Dania juga telah di band. Bukan sebab nama tu tak sedap. Sedap bangattt. Tapi sebab dah terlampau femes.

So, tunggu dan lihat sahaja la. Semoga dapat ilham nak beri nama ank pompuan. Heheh. Skali susah-susah fikir nama anak pompuan, rupanya anak saya lelaki. Tapi takpe la. Nama anak lelaki dah ada. InsyaAllah. Mudah-mudahan semuanya selamat. Doakan saya ye sahabats.



PUASA
Berat saya turun. Tak selera makan la. Tekak ni rasa macam tekak orang demam. Dah tu cemana. Buka puasa, rasa macam tak lalu nak makan nasik. Terbayangkan nasik pun rasa loya. Huuwaa... kau meng aaaa.... Yang saya rasa agak berselera nak makan ialah eskem vanila yang ada sos coklat, buah manggis dan buah epal hijau. Nak makan laksam ni belum kesampaian lagi. Tetiba masa kita cari, dia jadi susah nak jumpa plak. Mengada la laksam tu.

30 comments:

  1. apapun jaga diri tau! nak petua tanya KA hehehe

    ReplyDelete
  2. sama la..nama yang ada na ni memang tak berkenan sebab dah ramai sanagt yang pakai..
    maisara sekarang dah panggil adik dia dengan nama yang dia sendiri bubuh.suka hati dia je.mujur tak de na kat hujung nya.tapi suami saya kata,tak pe la dah dia suka nama tu...biar la dia.
    saya pun ok je sebab nama tu seketoi je.tak de panjang meleret2..

    ReplyDelete
  3. Tang Antioksida tu takyah komen kot..thihihi.

    Nama pula saya setuju dengan awak, walaupun nama saya dan hubby satu patah namun nama anak2 kami 2 patah.. ok kot.

    Puasa.. siankan, saya tahu sakitnya waktu hamil tapi takpe ganjarannya hebat sangat sehingga saya teringin nak ulanginya lagi..tapi takdo rezeki..(mana nak cari laksam erk, teringin juga ni)

    ReplyDelete
  4. berckp psl laksam..sedaplah pulak...

    ReplyDelete
  5. Antioksida..saya pun paham gitu2 je lyd.

    nama? Saya pun prefer ringkas (mcm nama saya..fauziah..hehee).

    Saya yg tak pregnnt pun, puasa jd lemau. lyd lagilah..awal2 prgnnt pulak kan. tp itulah pglmn..manis dikenang nntinya.

    ReplyDelete
  6. Kalau saya tak terlalu suka nama yang terlalu singkat atau terlalu panjang. Cukup dua kata, macam nama saya :D

    Payah juga kalau beri nama anak kita dengan nama yang famous, macam Zahra. Nanti bingung orang. Zahra yang mana? Banyak orang bernama Zahra.

    ReplyDelete
  7. kalo aku ada anak laki, aku nak letak nama ahmad kat dpn. smbg legasi aku. hahaha...

    ReplyDelete
  8. pada saya tak kisah la nama tu panjang atau pendek yang penting nama panggilannya ada makna yang baik. kang nama panjang, maksud pun baik tapi ko panggil Dol je pun jadi lain maknanya. kihkihkih

    ReplyDelete
  9. Memang seksa puasa masa first trimester... Moga Lyd tabah ye... selamat memikirkan nama baby yg best ;)

    ReplyDelete
  10. bagi nama tu kene panggil nama tu jugak, jgn pendekkan. hehe.. anak first kemain panjang. excited kononya,mula2 ingat nama batrisya tu xde org pakai (2004), sekali balik msia tuu diaaa! rasanya most baby prempuan yg lahir tahun 2004-05 ada nm batrisya. pengsan sekejap. serius mmg tak tau nama tu glamour. kwn2 omputih kat uk dulu panggil Patricia lagi. skrg dia bahasakan diri caca, tp kami tetap panggil nama Batrisya, tok nenek diorang awal2 berbelit lidah nak nyebut. haha.. pengajaran anak next semua letak nama pendek Haziq dan Haqem senang! :D

    ReplyDelete
  11. nama tak seiakan awal-awal pun sebab husben kta nk tgk sesuai ke tak dgn air muk dia. pernah bertekak pasal nama anak first sbb mcm2 bg dia kata tak sesuai. hangin la jugak. tp tak ada la bertekak mulut. sms je sebab dia cark nma kat luar. saya dlm bilik. alhamdulillah kena la nama dia orang dgn diri dia orang jugak. bab puasa time pregnant mmg biasa kalau berat turun.

    ReplyDelete
  12. antioksida-langsung saya tak faham....

    tentang nama anak tu banyak je jual...kat buku nama-nama Islam...boleh je pilih mana berkenan...janganlah panjang sangat..nak letak kat ic tak cukup..contoh anak saya dah lah ada pangkat Tuan kat depan..lelaki ke pompuan ke kena buh Tuan(bapaknya Tuan)...Anak no 5 nama Tuan Nur Anis Sufiyyah..kan ke panjang tuuu...belum buh nama bapaknya lagi...he he he

    ReplyDelete
  13. OKSIDAN ke ape tuh= Itu sebab den drop Bio mase SPM akaka... NAMA= Aisehmen, baru nak rekomen nama NANANA ganu kite... owh dah 3 eh? Kensel. PUASA= Alalalala ciannyeee... tapi bab turun berat badan mak amat cemburu... den tau katner ade laksam yg sedap tapi taknaklah bagitau hahahaha!

    ReplyDelete
  14. eh kak..patut la aku tesedak sedak banyak kali..ko duk sebut2 nama aku rupanya :)

    sebb kau dh bank nama blakang 'na' aku mmg cantik *tiba tiba* *motiiipppp??*

    aku berangan anak sedara aku pompuan..pastu tiba2 aku pn sibuk pilih nama kn *motiiippp* tak kira nak jugak..aku tepk nama cam julia ke, aishah ke, hawa ke..*kalau senaraikan kt sini thn depan pn tak abis..hahaaa...

    tapi takpe anak sedara..kalau anak sedara klua lelaki..mak ude tetap gembira..makin ramai la askar2 ibu kita..balik kampung nekwan nanti runtuhkan umah nekwan..bia nekwan pening kepala..hahaaaaa..

    kak..aku dokan kau dan adik sihat ok..adik jgn meragam banyak2 sgt ok..sian mama tu ;)

    ReplyDelete
  15. Memang best part cari nama anak tu..
    Tp Mj jes boleh rancang la, tak tau bila nak dapat realisasikan :)

    ReplyDelete
  16. GN tu aku beli sendiri..hehe..

    wah!!..mengandung ke?...tahniah la...hehe...letak nama aaron aziz..haha

    ReplyDelete
  17. mabuk di bulan puasa memang menyedihkan...

    ReplyDelete
  18. betul2..sweety yg lom kawin ne pon dah mengidam n menggedix senaraikan nama2 yg bestn pelik2..tapi pastikan ada maksud la yea.. danish2 tu haramkan terus..apatah lagi dania2.. yea.. sweety suka nama2 mcm zulaikha, Khadija, soraya... dll.. klasik gteww..

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum Lyd...wah dah berkira2 nak cari nama anak yer moga semuanya selamat yer...:)

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..

    Nice sharing.. :)

    http://www.kisahsigemok.com/2012/08/segmen-pengalaman-menyambut-kemerdekaan.html

    ReplyDelete
  21. Antioksidan dari pemahaman akak, bahan awet dari bahan2 semulajadi kot hehehe...

    Dah melalui zaman keterujaan pilih nama anak... dua2 anak akak satu patah nama je... Adam & Hannah :-)

    Take care... dugaan betul kalau peknen di bulan puasa...dah pernah laluinyer... sabar banyak2...

    ReplyDelete
  22. salam;
    Biasalah orang berisi ni..bukan takat loya2 je..malah mood pun selalu tak menentu..sebagai lelaki/suami kena banyak bersabar time ni.

    ReplyDelete
  23. salam;
    Biasalah orang berisi ni..bukan takat loya2 je..malah mood pun selalu tak menentu..sebagai lelaki/suami kena banyak bersabar time ni.

    ReplyDelete
  24. mula2 entry.. perghh Ahlam dh pening... hahaha lama xbaca tntng subjek sains nih..kihkihkih.. sekali ingtkanb ada lg smbungan kt bawah pasal2 tiba2 nama baby lak... wahhh!!! Ahlam rasa teruja... alah akak letak jer nama AHLAM MIERA klu perempuan,.. hohohohohoh :P

    akak jga kesihatan betul2... huhuhu

    ReplyDelete
  25. lyd, nak tag dlm segmen sempena raya. kalo rajin, sila la join.

    http://aswadz.blogspot.com/2012/08/segmen-di-mana-anda-beraya-pada-tahun.html

    ReplyDelete
  26. Pilihlah nama yg terbaik utk anak, kerana dia akan membawa pengertian nama itu sepanjang hayatnya. Semua anak saya, nama mereka hasil idea saya dan istri mengikut saja. Anak lelaki saya semuanya mengikut singkatan nama MFA, perempuan pula (cuma seorang) FA...

    ReplyDelete
  27. tang mlmtu akak setuju... semuapun dia ikut cakap leader dia.. ala akakpun pernah join tauler..
    akak nak gak kuruih tapi tak nak tak selera makan boleh gitu..

    ReplyDelete
  28. hye mommy =)
    sian dia cari laksam xjumpa..insyaallah akan jumpa nnti..
    kalau dekat boleh tlg buatkan ...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...