Iklan! Iklan! Sila Click!

31 January 2013

Let's Go HOMST!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Cuba tengok budak ni. Mengada-ngada kan?



.........................................................................................................

Kalau ada seseorang yang boleh saya salahkan, maka saya akan pilih Izwan. Dialah orangnya. Dialah puncanya yang membuatkan hati saya tak keruan. Dia yang mulakan kisah makan-makan sedap ni. Dah tentu saya ni mak buyung, seorang insan yang lemah hatinya, yang cepat terliur kalau sebut pasal makan.

Petang semalam, Si Izwan ni promote restoren HOSMT yang menghidangkan Chinese cuisine, tempat dia dan wife dia selalu pergi makan. Biasanya saya takde la heran sangat kalo dia nak promote nasik arab dengan kambing ke, atau western food yang gitu-gitu je di mata saya. Tapi bila dia ni dah sebut nama menu, Buttered Chicken, saya dah start drooling. Bila check website, tengok-tengok ada 4 cawangan Homst kat Malaysia ni dan salah satunya di Shah Alam. So, hati ayam bagai melompat-lompat dalam mulut Chef Joe.

Malam tu terus ajak my Big Baby pergi Shah Alam. Nak melantak dengan penuh tertib. Dia cam biasa la. Okay jewww... Acara makan-makan la katakan. Lagipun saya memang dah tak masak dah lately. Pemalas punca kuasa 9 punya pasal la ni. Tak susah nak cari Homst Shah Alam ni. Sebab letaknya betul-betul belakang Tesco Extra Seksyen 13 Shah Alam. Yang membuatkannya lagi tak susah nak cari ialah sebab suami saya tu memang peneroka Shah Alam. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat makan.

Sampai je, terus disambut oleh pekerja Homst dan terus dibantu untuk mendapatkan meja. Padahal ramai giler manusia yang datang makan kat situ. Saya tengok, orang yang datang selepas saya, yang tak cukup meja, mereka terus je akan diberi meja tambahan yang jenis lipat2 macam kat gerai rojak mamak. Kami duduk, tak sempat nak tengok menu lagi pelayan dah datang nak amik order. Kami kata kat dia, nanti jap. Pastu kejap lagi datang lagi sorang nak amik order. Pun kami belum decide nak makan apa. Rasanya 3 kali pelayan datang nak amik order. Memang tak rasa terabai la datang makan kat situ. 

Lepas order, 5 minit selepas tu, minuman yang kami order pun sampai. Cepat. Ini yang saya minum semalam. Lien Chee Kang. Tak tau apa beza dengan Lai Chi Kang yang jual kat kedai Melayu. 

Nampak macam span basuh pinggan yang dah hancur-hancur kan? Ini harganya RM4.00 semangkuk.
Rasanya agak sedap dan menyegarkan. Ada rasa kurma merah yang menjadi watak utama dalam setiap Lien Chee Kang. Ada sedikit potongan halwa, tak sure halwa apa. Dan span basuh pinggang tu. Tapi bagi saya, tak cukup memuaskan hati sebab tak banyak bahan. Letak la cincau skit, kacang skit, biji selasih ke. Kedekut lettew.

Suami saya order Hot Chinese Tea. Tak amik gambar sebab sama je rupa dia macam Teh O yang order kat mamak. Harganya RM 0.80. Lepas tu saya ada order Ribena Longan. Pun tak amik gambar. Sebab tak sabar nak minum. Dahaga sangat.

5 minit selepas dapat minuman, appetizer pulak yang sampai. Saya pilih Deep Fried Wantan.

Rasa dia biasa-biasa je. Tapi acceptable la. Cuma nampaknya agak berminyak dan minyak gorengan tu pun kita boleh nampak goreng guna minyak yang dah recycle berpuluh kali. Saya siap lap dengan tisu lagi minyak tu. Ehehe.

Satu hidangan hanya ada 5 ketul Deep Fried Wantan. Harganya RM 4.80. Bersamaan 96sen seketul.  So, kalo datang 2 orang... sorang boleh makan 3 sorang lagi makan 2. Atau pun yang kelima tu kerat 2. Atau pun osom utk tentukan sape yang dapat lebih. Saya cam biasa la. Bagi la suami makan lebih sebab dia kan kurus. Saya dah gemuk, takyah makan banyak pun takpe.

Dalam masa 10 minit lepas tu, hidangan yang kami pesan pun sampai secara berjemaah. Manager dia sendiri yang hantar kepada kami. Kami rasa sangat dihargai. Hidangan kami pada malam itu ialah; 

Wet Buttered Chicken Rice. Harganya RM9.90. Dapat Buttered Chicken ini bersama 1 nasik putih. Ayam ni tidak bertulang. Kuah butter tu sangat sedap. Rasa lemak-lemak. Ada bayangan rasa daun kari dan rasa rempah yang light. Juga terdapat potongan cili hidup. Tapi tak banyak. Sesuai untuk orang yang tak boleh makan pedas macam mak buyung yang terkena penyakit gastrik ni. Suami saya pun suka yang ini.

Ini pula adalah Salted Egg Soft Shell Crab. Harganya RM20.00 saiz S. [S saiz paling kecik la. Takde XS ye.]. Ini sedap. walaupun dia ketam, tapi sebab shell dia soft, maka tak perlu susah-susah nak korek daripada kulit keras ketam tu. Makan je macam jemput-jemput. Dia lebih kurang macam tersalut dgn tepung, tapi sebenarnya telur masin. Rasa lemak-lemak yang sedang2 elok je. Masin pun tak la terasa kuat sangat walaupun telur masin. Hidangan ini juga sesuai untuk manusia yang kurang rajin seperti saya sebab tak perlu nak kopek kulit. Boleh terus makan.

Ini bukan bihun goreng.

Tadaaa... Buttered Prawn. Harganya RM18. Juga saiz S. Bagi saya, buttered prawn ini sedap juga, cuma terlebih manis je. Korang bayangkan ek... Rasa butter + rasa manis dan a pinch of rasa masin = rasa biskut raya. Korang pernah makan biskut raya dengan nasik? Cenggitu le perasaannya. Tapi udangnya segar. Dah siap dibelah belakang maka senang la nak makan. Lagi sekali sesuai untuk manusia yang tak rajin macam saya. Pendapat saya, kalau dikurangkan sikit je rasa manis tu, this Buttered Prawn will be superb!


Dan ini yang terakhir. Kailan goreng perisa Garlic. Saiz S juga. Harganya RM9.00. Entah sejak bila aura arnab meresap dalam tubuh saya, saya pun tak tau. Kalau dulu saya bukan suka pun makan sayur. Semenjak 2 menjak ni, kalau makan nasik, dah tak boleh kalau takde sayur. Owhh... i'm addicted to sayurrr... [selalu je over kan?]. Yang ini kira sedap jugak la. Sebab portionnya besar. Puas la makan. Tak la berebut makan dengan Mat Azghul.

Keseluruhannya, saya boleh berikan rate 7/10. Saya agak berpuashati makan kat sini. Kena dengan selera saya kot. Saya ni lebih menghala ke selera cina atau jepun. Kalau masakan India atau Arab tu saya agak kureng. Tapi suami saya paling suka masakan Arab. [Ada korang tanya??!!]. Service sangat pantas. Harga pun masih boleh diterima dengan rasa makanan serta portion yang diberikan.




Dimiliki oleh saudara Islam kita yang berbangsa Cina bernama Yusoff Lau Bin Abdullah. Ada 4 cawangan setakat entry ini ditulis. Datang la ye, jangan malu-malu. Nak tengok menu dia boleh la terjah ke website rasmi HOMST ini.


TTDI HQ
No: 48, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-7728 0760
Business Hours :11am - 10:30pm

Kota Damansara Branch
No: 16-1, Jalan PJU 5/17, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Selangor.
Tel : 03-6140 9134
Business Hours :8am - 10:30pm

Shah Alam Branch
5&7, Jalan Boling Padang H 13/H, Seksyen 13, Shah Alam, 40100 Selangor.
Tel : 03-5513 0760
Business Hours : 11am - 11pm

Kajang Branch
N0. 47G, 48G & 49G, Jalan Prima Saujana1/1A, Seksyen 1, Taman Prima Saujana 43000 Kajang Selangor. 03-87340760
Tel : 03-87340760
Business Hours : 11am - 11pm

29 January 2013

Wondermilk CupCakes

Sejahteralah ke atas kamu....

Saya memang suka makanan manis. Dessert, pudding, cake, chocolate, ice-cream even kuih keria. Tapi kebiasaannya cupcakes saya tak berapa suka. Sebab bagi saya rasa cupcakes terlampau 'lame' dan 'boring'. Icing tebal yang tak rasa apa hanya rasa manis tu. Muak la.

Saya pertama kali mencuba cupcakes Wondermilk ni  setelah diperkenalkan oleh seorang insan yang saya sayangi dulu. [Sekarang pun sayang lagi la]. Tapi dia sendiri pun takde la suka sangat dengan cupcakes ni. Selepas 2 tahun, baru sekarang nak revisit Wondermilk ni sebab tetiba rasa teringin nak makan. Saya pergi ke outlet Uptown Damansara semalam. Tenkiu kat Mat Azghul sebab rajin melayan isteri dia ni. Selamat le dia ni spesis manusia yang sukakan semua jenis makanan. Boleh la dia join makan jugak cupcakes ni. Nampak 8 ketul cupcakes kecik tu macam tak kenyang je, tapi percaya la... saya macam dah terover-dose makan 8 ketul tu walaupun berkongsi dengan suami. Kenyang giler.

Wondermilk Cupcakes berbeza daripada cupcakes yang biasa saya makan. Manis tu tetap sama. Bezanya cupcakes Wondermilk daripada cupcakes biasa ialah cupcakes Wondermilk ni dibuat dengan perisa yang tersendiri. Setiap cupcakes ada rupa yang berlainan dan yang paling penting adalah rasanya yang berbeza antara satu sama lain. Biasanya kalo cupcakes warna warni tu kita boleh tengok warna icing yang cantik-cantik, decoration yang comel tapi bila part rasa, plain je. Kapkek hijau, sama je rasa dengan kapkek biru sama jugak rasa dengan kapkek merah. Sebab icing dia tu hanya gunakan pewarna yang berbeza. Tapi di Wondermilk, kalau dia kata cupcake oreo, memang rasa oreo. Topping dia memang ada rasa la. Kalo Choc Mint, memang akan rasa mint yang puas makan la.


8 ketul cupcakes yang saya pilih. Kalau nak ikutkan nafsu serakah, banyak lagi yang saya nak ambil. Tapi rasanya 8 ni pun dah banyak. Ini pun jenuh nak habiskan. Harga sebiji cupcake di Wondermilk ini = RM4.50. Kalau beli 8, harga akan akan jadi RM4.25 sebiji. So, 8 ketul cupcakes berharga RM34.00.


Rocky Road - Yang ini sedap, rasa dia macam cookies ala-ala famous amos tapi versi lemah lembut not as crunchy as cookies la kan.
Blueberry Cheese  pun sedap. Kat tengah-tengah tu ada cream cheese yang membuatkan kita boleh tertipu yang kita tengah makan Blueberry Cheese Cake yang sebenar. [propa je lebih ni].

Honey Mustard Chicken Sandwich. Harga RM12.90. Waktu saya pergi tu, belum lunch. Rasa dah lapar, tapi nak simpan ruang perut utk makan cupcakes banyak-banyak. Maka, order sandwich ini untuk sensasi rasa savoury.

Sandwich ni menggunakan roti bijirin penuh [wholemeal bread], ada chicken slice yang dituangkan dengan honey mustard sauce dan timun. Rasa not bad. Agak sedap. Kalau nak buat sendiri, bleh beli honey mustard tu la. Hidangan ini disertakan dengan potato salad serta daun-daunan lettuce. Oleh sebab harga pun dah doblas hinggit, daun-daun tu semua saya makan jugak. Rugi woo...

Saya mencadangkan kalau korang datang sini makan cupcakes yang banyak, silalah beli air mineral je. Boleh natural kan rasa mual sebab cupcakes ni dah manis. Kalo order air manis lagi, fuhh... kencing manis la ko nanti.



Cupcakes yang ada di cafe Wondermilk ini ada banyak jenis. Jenis-jenis cupcake yang dijual setiap hari di setiap outlets boleh refer di Cafe Collection Wondermilk. Yang ini boleh datang beli secara walk-in selagi ada stock. Selain tu, boleh juga buat tempahan kalau nak cupcakes customize ikut occasion yang kita nak adakan. Lain-lain makanan yang disediakan di Wondermilk boleh rujuk Menu Wondermilk.


Harga/Price :


RM4.50/each
MAXI size / Large 2" Diameter
Available for purchase off the shelves daily.

Box of 4 pcs RM17 (save RM1)
Box of 6 pcs RM25 (save RM2)
Box of 12 pcs RM50 (save RM4)         
Box of 25 pcs RM100* (save RM12.50) *also available for pre-order

Mengikut maklumat di website, permohonan sijil halal sedang di dalam proses. Pemegang saham bagi syarikat Wondermilk Sdn. Bhd. ini semuanya bumiputera. So, agak meyakinkan la kehalalan dia kan?

Ada 3 outlets. :

Wondermilk Damansara Uptown
41 Jalan SS 21/1A Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-77258930


Wondermilk Citta Mall
Lot G-48 Citta Mall, Jalan PJU 1A/48, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-78317296


Wondermilk Publika Shopping Gallery
7A & 8A Level G2 Publika, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-62111092

25 January 2013

Kenapa Gambar Baby Omputih Comel-comel Je

Sejahteralah ke atas kamu....


Entry ni memang tak sesuai untuk jurucamera PROFESSIONAL. Ini untuk orang-orang biasa yang amik gambar guna kemre biasa cap ayam atau kemre henfon je.

Kalau korang perasan, gambar-gambar baby mat salleh selalu je buat kita rasa geram sebab comel sangat. Tapi kalo tengok gambar anak-anak melayu, tak rasa macam gitu sangat pun. Padahal sepatutnya semua bayi adalah comel. Kalo nak kata sebab anak mat salleh tu putih, tak jugak kot. Ada je gambar anak negro yang bila tengok rasa comelnya Ya Allah.... Padahal anak negro pun itam.

Ini adalah daripada pemerhatian saya sebagai seorang yang poyo konon-konon bajet kemrewoman popessyenel.

1.  Bagi saya yang pertama sekali kalo nak dapatkan gambar baby yang comel ialah background/latar belakang. Kalo korang tengok betul-betul gambar anak-anak omputih, background yang mereka amik, takdenya berlatar belakangkan tilam bergambar katun beruang ditambah selimut warna warni gambar katun itik dengan bantal golek dengan sarung bantal macam-macam corak. Background gambar anak2 omputih biasanya hanya gunakan kain warna plain yang satu warna je. Warna plain tu plak lagi best kalo warna tanah je. Dan latar belakang plak takde pun nampak dinding atau rak TV ke, atau nampak kerusi meja. Hanya latar belakang dinding putih sahaja. Kalau backgroud tu ada jugak kat situ, boleh. Tapi makesure kemre ko canggih yang boleh fokus pada baby tu je dan background blur.



2.  Yang kedua untuk mendapatkan gambar anak dengan rupa yang tercomel ialah baju. Anak-anak mat salleh, biasanya amik gambar anak mereka dengan pakaian yang paling natural dan minimal. Biasanya derang hanya pakaikan lampin kain je. Warna putih. Takdenya nak pakai baju-baju saiz besar dengan warna-warna terang yang akan tenggelamkan muka bayi tu. [kita kan suka beli baju saiz besar utk bayi baru lahir supaya tak membazir nanti dia pakai sekejap je bila dia cepat membesar. Tapi itu takde masalah. Saya pun akan buat camtu.]. Biasanya gambar bayi comel yang omputih amik, bayi tu dia tak pakaikan baju. Biar nampak kulit. Derang kan jenis hati kering. Kalo orang Melayu mesti tak sanggup nak bogelkan anak untuk amik gmbr cantik kan? Nanti anak sejuk. Pantang larang pun banyak. Kang anak kembung ke. Padahal negara omputih lagi le sejuk [kecuali summer]. Tapi derang selamba je tak pakaikan baju kat anak derang utk amik gambar.

3.  Ketiga, lighting/pencahayaaan. Yang ni kalo cameraman professional mesti ada lampu sorot yang derang pasang untuk amik gambar [tapi flash atau lampu2 besar tu tak sesuai untuk bayi.]. Tapi kalo kita yang tak pro ni takkan nak guna lampu suluh plak ye tak? So, kalo nak lighting  yang best, amik la gambar kat tepi tingkap. Guna cahaya semulajadi. Kalo sape yang rajin dan hati kering, bleh le amik gambar kat luar rumah. Tapi jangan la letak anak kat atas rumput. Kang kena gigit semut plak. Kalau family jenis supporting bleh la amik gmbar outdoor.

4.  Posing/Pose. Saya perasan, orang melayu suka amik gambar anak dierang dengan pose, derang pegang anak pastu dihalakan budak tu ke kamera. Pastu nanti mula muka budak tu mcm terperanjat atau nampak tegang je. Tapi kalo anak omputih, mereka akan amik gambar anak mereka kalo yang masih bayi, pose semasa tidur. Mereka letakkan anak mereka meniarap atau mengiring. [Mesti bila tali pusat dan tercabut]. Kalau anak dah besar skit boleh duduk sendiri, mereka akan amik gambar anak mereka tengah khusyuk main dengan toys so takde campur tangan orang dewasa yang sibuk nak enterprem tangan konon2 untuk pegang anak tu. Tak perlu pegang sangat. Biar bayi tu pose naturally. Kalo nak pegang pun biar pegang dalm keadaan baby tu selesa.



5.  Zoom. Kalo boleh, amik gambar bayi tu muat2 frame je. Takyah nak nampak latar yang kemain luas, pastu gambar baby tu seciput je kat tengah.
Contoh gambar background tah hapa-hapa. Tapi baby comel.

Contoh 2 background tah hapa-hapa.

Contoh background dengan corak sarung bantal.

Contoh zoom muka muat-muat.

Contoh muka terperanjat baby.
Contoh-contoh gambar kat atas ni memang bukan salah baby yang tak comel. Tapi sebab cameraman tak pandai amik gambar.

Itu je la kot. Elemen-elemen lain tu untuk professional. Perlu diingat, bayi memang comel tak kira anak omputih ke, anak palestine ke, anak cina ke, anak melayu. Semua comel. Cuma cara gambar tu diambil kadang-kadang boleh menenggelamkan kechomelan bayi-bayi ni.

Tapi kalo gambar spontan tu takpe la. Dimaafkan. Takkan le setiap kali nak amik gmbar nak kena prepare background dgn nak undress kan budak tu kan? Tips yang saya cerita ni kalo nak amik gmbar untuk koleksi ekslusif untuk frame kan tampal kat dinding.

23 January 2013

Pecel Lele Lela

Sejahteralah ke atas kamu..

Minggu lepas, Groupon ada jual voucher 50% untuk makan di restoren Pecel Lele Lela yang letaknya di Seksyen 13 Shah Alam. Baru le tahu Lele itu adalah nama saintifik bagi ikan keli di dalam bahasa Jawa. Pecel tu tak tau plak apa maknanya. Dan Lela itu sudah tentu la nama pemiliknya ... [kot].

Restoren ni adalah rangkaian restoren yang berasal daripada Indonesia dan ini adalah salah satu cawangannya di Malaysia.



Minuman yang saya order namanya Apple Asam Boi. Sebenarnya saya order Jeruk Kelapa. Tapi dah habis plak kelapanya. Sungguh tak patut. Harga : RM4.50

Ini Mat Azghul punya. Ini namanya Es Jeruk. Menurut pelayannya, apa-apa je air yang ada nama jeruk itu maksudnya limau. Jadi Limau Ais la ni. Harga RM4.00



Udang Sos Padang. Sosnya manis-manis pedas. Agak sedap. Udangnya ada la dalam 7 ekor gitu. Harga dalam anggaran RM8.00.

Ini pula Set Nasi Ayam Bakar Madu. Harganya RM10.80. Ayam tu agak sedap. Rasanya dah tentu ada manis-manis sebab nama pun Ayam Bakar Madu.

Ini pula adalah Udang Kermes. Kermes tu mengikut firasat saya, adalah serbuk2 kerak tepung tu. Rasanya juga sedap. Sebenarnya saya order Sotong Kermes. Tapi sotong pun dah habis. So, saya tukar la ke udang. Hari tu kami order 3 jenis udang. Udang Kermes, Udang Sos Padang dan Udang Goreng Tepung. Rupa-rupanya Udang Goreng Tepung dan Udang Kermes itu sama je konsepnya. Chiss.

Kangkung Tauchu. Amboi, banyak batang je. Daunnya hanya ada 2,3 helai je. Ini kalo batang kangkung besar cenggini siput babi pun bleh bermastautin kat dalam tu. Harganya : RM6.00. Rasa masakan ini biasa-biasa je. Tapi boleh la.

Ini sepatutnya Terung Berlado. Tapi 'lado'nya dah habis jugak. Harga : RM6.00

Oleh sebab lada untuk Terung Berlado dah habis, mereka gantikan dengan Sos Cabe Ijo. [Sos Cabai Hijau].



Last.... Soup Buah Yogurt. Harga RM6.00.  Rasanya biasa-biasa je. Takde wow-factor pun. Cuba korang bayangkan makan yogurt strawberry, pastu korang campur dengan ice cube dan juga buah-buahan potong. Seriously korang mampu membuatnya sendiri di rumah. Buah-buahan yang ada dalam tu adalah buah naga, buah anggur hijau, buah pear china dan epal. Itu je. Then ada rasa air gula. Bagi saya yang memang selalu makan buah bercampur-campur ni, rasanya biasa-biasa ajaaaa donk!

Hamboi... Perasmian oleh Awie. Ini semua poyooo!

Ada contest untuk pelanggan tegar Pecel Lele Lela. Bleh menang moto [saya menang motorrrr bak kata pakcik dalam iklan power root.]
Servisnya bagus. Bila masuk je restoren ni, semua pekerja greet kami dengan suara kuat, sama perasaannya macam masuk Sushi King. Suasana kat restoren tu pun agak baik. Kontemporari, interior nya sesuai untuk dijadikan restoren keluarga. 

Review saya ni agak merepek sebab restoren ni adalah restoren ikan keli. Menu specialnya pastilah ikan keli, tapi oleh sebab saya tak makan ikan keli, so tak de la order ikan keli. Suami saya plak makan ikan keli, tapi waktu tu dia kenyang giler babas sebab dah makan nasi kat umah setambun.  Sebab tu kalo tengok apa yang kami order tu hanya lauk je. Makan lauk je. Heheh. Tak kenyang sangat. Itupun nasik saya tak habis makan, last-last tolak jugak kat suami saya. Nasib kamu la husband.

Secara keseluruhannya, saya agak kurang berpuashati makan di sini. Sebab banyak makanannya dah habis. Saya ada order Tauhu Petis, pun dah habis jugak. Tapi tak boleh nak salahnya mereka jugak. Sebab pada hari yang sama, mereka diserbu oleh pembeli-pembeli kupon daripada groupon daripada pagi sampai ke malam. Sebab tu banyak makanannya habis. Saya dan suami saya pun datang masa dah jam 9.00 malam. Dah nyaris nak tutup kedai pun. Next time boleh la kalau nak makan kat sini lagi. Harap-harap waktu tu bahan-bahan tak la asyik habis je macam sekarang.

22 January 2013

Masalah Dalaman

Sejahteralah ke atas kamu....

Dah nak dekat seminggu tak update blog, tetiba update blog nak citer pasal masalah emosi. Huhu... Tapi tak kira la. Nak citer jugak. Dah namanya blog. Kan?

Sejak akhir-akhir ni, bila kandungan dah makin sarat, saya jadi semakin sensitif dari segi emosi. Sangat sensitif. Padahal bukannya saya tak tau, emosi saya yang berlebihan, akan mempenagaruhi emosi anak di dalam kandungan rahim saya ni. Tapi ntah la. Kalo ada hal kecik yang menyentuh hati saya, saya akan menangis. Suami saya la jadi mangsa keadaan. Dia la yang gelabah nak kena tenangkan saya. [Okay, part gelabah tu saya tambah-tambah je nak bagi sedap ayat. Kehkeh. Sebenarnya dia cool je sokmo.]

Hal mende la gamaknya yang boleh menyebabkan saya emosi sampai nangis2 tu ye? Actually takde benda pun. Serius ni. Memang takde benda apa pun yang berat. Confuse nak pilih tempat bersalin pun saya nangis. Bertanya khabar dengan kakak-kakak atau abang2 pun saya boleh menangis. Teringat yang waktu saya melahirkan anak nanti, berpantang tanpa mak dan mak tak sempat melihat anak saya pun lagilah saya menangis. Itu semua mungkin sebab rindu. Tak larat nak masak untuk suami pun nangis. Tah hapa-hapa. Haaa. kan percaya tak saya kata sebenarnya takde mende pun. Tengah taip entry ni pun air mata saya laju je mengalir.

Hati sangat sensitif. Tapi bukan la selalu. Bukan tiap-tiap hari pun. Sebab setiap hari saya selalu ketawa je dengan Mat Azghul. Dia suka buat lawak bodeng yang tak tahan nak gelak. Cuma ada waktu-waktu tertentu je datang emosi berlebihan tu.

Dah makin hampir nak bersalin ni, saya semakin nervous. Usia kandungan sekarang dah 32 minggu. Dah 8 bulan hokey mak jemah. Sakit pinggang dan punggung makin ketara. Nak urut lebih-lebih tak boleh plak. Cuma sapu minyak Mestika je. Minyak urut yang ibu rekemen. Memang mujarab. Kalo terlupa nak sapu minyak tu sebelum tidur, esoknya punggung mesti akan sangat sakit. [Semuanya Allah yang izinkan]. 

Mula-mula dulu saya plan nak bersalin kat Kuantan. Tapi bila fikir-fikir balik, susah jugak nak bercuti awal ni. Nak cuti berapa awal? Nanti bila dah cuti, suami saya hanya akan hantarkan saya balik Kuantan. Then dia akan balik KL semula. Nanti kalo saya sakit, saya nak suami saya yang temankan ke hospital. Sempat ke suami saya balik. Jadi, kami dah berbincang untung bersalin di KL saje lah. Saya pilih PPUM sebab paling dekat dengan rumah saya. Ada hospital yang lagi dekat dgn rumah iaitu Hospital Assunta. Tapi tak minat la nak bersalin kat situ. Takde unsur-unsur Islamic pun. 

Kakak saya dah pesan, kalo sakit, jangan tunggu lama-lama sangat. Sebab kalo ikut family history, family kiterang ni jenis mudah bersalin. Macam kakak saya bersalin anak sulung dia, kul 4 pagi contraction sejam sekali. Kul 7 pagi pergi hospital. Kul 8 pagi masuk labour room, kul 8.05pagi dah bersalin. So, dia pesan suami saya jangan nak pegi jauh-jauh sangat bila saya dah sarat ni. Harap-harap saya pun akan dipermudahkan bersalin. Sama macam arwah mak dan kakak-kakak saya. InsyaAllah.

Sebenarnya aku citer pasal mende ni? Hahahah.. Macam takde punch line plak entry ni.

18 January 2013

Yang Tidak Mungkin

Sejahteralah ke atas kamu...

Ini adalah review filem The Impossible lakonan Naomi Watt [yang pernah jadi gepren King Kong], Owen Matt Gregor [Obi Wan Kelubi Ken-obi dalam citer Star Wars], dan beberapa orang kanak-kanak yang tak femes. Diingatkan bahawa filem ini tiada kaitan dengan filem Mission Impossible lakonan Tom Tom Bak Cruise.

Filem ini adalah diinspirasikan daripada kisah benar, sebuah keluarga yang terselamat semasa kejadian Tsunami pada tahun 2004 dia Thailand. 

Kisahnya begini.... Sepasang suami isteri berbangsa Inggeris ini datang ke Thailand bersama 3 orang anak lelaki mereka untuk bercuti sempena menyambut Krismas. Percutian di tempat yang indah itu bertukar [bertukar! tet no net no net!] menjadi mimpi ngeri apabila tempat percutian mereka itu dilanda tsunami dan memisahkan mereka sekeluarga. 

Oleh sebab kita dah tau family ni selamat dan dah pasti mereka bertemu semula akhirnya, maka kita tengok filem ni untuk tahu bagaimana mereka hadapi saat-saat dihanyutkan air laut, bagaimana mereka survive dan bagaimana  mereka bertemu semula. 

Bagi saya, filem ini agak berkesan di jiwa. Kita akan dapat lihat betapa hubungan kekeluarga sangat bernilai lebih daripada semua benda di dunia ini. Kesedihan mangsa-mangsa tsunami. Dan membuatkan saya terfikir, apa persediaan kita dalam menghadapi bencana-bencana seumpama itu? Mampukah kita bertahan?






Filem ini ditayangkan di pawagam luar negara 9 September 2012. Kat Malaysia baru start tayang semalam [17/1/2012 2013]. Yang pasti citer ini jalan ceritanya tak lembab. Takkan boring punya.

Makan Untuk Siapa

Sejahteralah ke atas kamu....



"tp yang sedihnye xkan nak sekat apa kite nak makan. kesian bby."

......................................................................

Makan itu adalah keperluan. Nak makan macam-macam itu pulak adalah nafsu. Saya faham kalau ibu mengandung ada mengidam sesuatu. Biasanya mengidam tu makanan la. Makanan yang diidamkan secara logiknya adalah makanan yang memang susah nak jumpa pada hari-hari biasa. Dan mengidam ni pulak sepatutnya sekali je sepanjang 9 bulan mengandung tu [atau 2,3 kali masih boleh diterima]. Itu baru bleh dipanggil 'mengidam'.

TAPI.... kalau setiap hari ada je benda yang ibu mengandung tu teringin nak makan, itu dah bukan mengidam namanya. Lebih-lebih lagi kalo makanan tu plak setakat makanan2 biasa yang hanya perlu dibeli di kedai. Itu namanya nafsu makan berlebihan. 

Saya rasa ramai isteri yang suka amik kesempatan bila mengandung ni. Ambik kesempatan untuk request nak makan macam-macam supaya suami penuhi dan suami pergi cari. Jam doblas malam tetiba nak makan tomyam, suruh suami keluar pegi cari jugak. Memang la suami baik dan sanggup jugak carikan, tapi isteri kena la bertimbang rasa. Isteri perlu la pandai kawal nafsu tu. Tomyam bukan tak ada dah esoknya. Bukan tak bagi makan, tapi kan boleh hold keinginan itu ke satu waktu yang suami mudah nak cari. [Isteri-isteri mengandung, jangan marah ye kalo terkena batang hidung. Huhu.. ]. Ada yang kata, time ni la nak uji sejauh mana kasih sayang suami pada kita. Bagi saya, nak uji tu sekali sekala boleh la. Sekali dalam bulan biru boleh la. Tapi kalo dah kerap sangat, itu bukan lagi uji kasih sayang. Itu membebankan je.

Jangan tuduh saya jeles. Suami saya tu saya cakap je la nak makan apa atau nak apa. Dia akan terus je nak keluar pergi cari. Tapi oleh sebab saya pun sayangkan dia. Saya akan halang dia pergi kalau dah malam, atau hujan. Kesian. Nanti kalo jadi apa-apa kat suami, kan dah sedih. Sape lagi yang nak manjakan saya? Sape lagi yang nak layan perangai saya? Lelaki yang dah jadi suami ni biasanya baik. Dia akan berusaha sedaya upaya untuk penuhi permintaan isteri dia selagi dia mampu. Malah dia akan terasa gagal kalau dia tak dapat beri apa yang isteri dia minta. Dan lelaki biasanya akan menganggap semua permintaan isteri mengandung itu adalah mengidam. Suami saya, bila saya makan roti gardenia kat umah adik ipar pun dia kata saya mengidam. [Padahal aku yang tak kenyang-kenyang lepas makan nasik. Hahaha.]. 

Lagi satu yang saya tak faham, bila setiap kali nak makan apa-apa, selalu libatkan baby dalam perut tu yang nak makan. Heheh. Padahal sebenarnya mak dia yang nak makan, bukan baby. Baby tu tak bersalah pun. Pastu bila makan banyak pun bleh dia kata makan untuk baby sekali. Lagi sekali sian kat baby. Tak pasal-pasal jadi OKT [orang kena tuduh], padahal dia belum lahir lagi. 'Makan untuk 2 orang' tu adalah mitos semata-mata ye. So, kalo berat badan ko naik masa preknen, jangan nak salahkan baby yang nak makan. Sebenarnya ko yang memang tak pandai kontrol nafsu. 

So, mommies... Jaga la kesihatan. Jaga la nafsu makan. Mengidam tu boleh, tapi biar la logik. Jangan sampai mengada-ngada. Be rational, please.

15 January 2013

Kepala Angin : Part 3 [Wanita Bertudung]

Sejahteralah ke atas kamu....

Laluan 2 lorong di hadapan kondominium mewah Suasana Loft kelihatan agak sesak. Pada waktu pagi , jika bernasib baik laluan di kedua-dua lorong berjalan lancar. Namun jika nasib kurang baik, akan tersekatlah kereta-kereta yang lalu di situ di dalam kesesakan lalulintas. Saya adalah salah seorang daripada pemilik kereta yang tidak bernasib baik pagi itu. Bulan ini sudah 4 kali kehadiran saya merah kerana lambat masuk pejabat.

Punca kesesakan akhirnya diketahui setelah kereta saya hampir melepasi bonggol jalan yg terletak 100 meter selepas Suasana Loft. Owh, rupa-rupanya terdapat sebuah teksi berhenti di tengah-tengah laluan kiri jalan itu. Di belakang teksi itu pula terdapat satu lagi kereta lain yang turut berhenti di mana pemandu kedua-dua kenderaan tersebut masing-masing berada di luar kereta. Pemandu teksi adalah seorang lelaki berbangsa India. Pemandu kereta satu lagi adalah seorang lelaki berbangsa Melayu bersama isterinya yang juga Melayu dan bertudung. "Berlanggar agaknya", desis hati saya. Keadaan nampaknya agak tegang. 

Bila saya lalu di tepi kejadian tegang itu, baru saya perasan terdapat satu motorsikal bersama motorsikalnya berhenti betul-betul di hadapan teksi tersebut. Motorsikal itu dilintangkan di hadapan teksi itu. Saya cuba mengamati penunggang motorsikal itu. Ternyata dia adalah seseorang yang saya kenal, Haji Hitam. Dia adalah teman sepejabat saya. "Ntah apa yang ko buat plak kat situ Haji Hitam", hati saya menyoal. Tapi persoalan itu tiada yang menjawabnya buat masa itu....


Santek sangattt lukisan aku. Hahahaha.

...................................................................................................

Dua hari selepas itu.... Sebaik terpandang Haji Hitam melintasi meja kerja saya, saya terus memanggilnya. Baru itulah saya ternampak kelibat Haji Hitam sejak 2 hari lepas. Kami ini, nama sahaja teman sepejabat. Namun bukannya setiap hari berjumpa walaupun masing-masing ada di pejabat. Sibuk benarlah katakan.

Saya             :  Apa citer 2 hari lepas yang ko bergaduh dengan driver teksi tu?
Haji Hitam   :  Yang mana?
Saya             :  Ala, yang kat depan sana tu. Aku nampak macam tegang semacam je.
Haji Hitam  :  Oh... yang itu bukan aku bergaduh. Aku cuma meleraikan je.
Saya             :  Apsal? Apa yang terjadi? Siapa yang bergaduh?
Haji Hitam :  Kisahnya macam ni...... Teksi tu ntah macamana dah main cilok dan masuk depan kereta yang satu tu. [ini si kepala angin pertama]

Saya fokus mendengar. Sambil fikiran saya sedang bersetuju bahawa pemandu teksi memang suka memandu seperti lanun bila di jalan raya. Seolahnya jalan raya itu memang milik mutlak mereka.

Haji Hitam menyambung, "Bila teksi tu dah menyelit di depan kereta tadi, isteri pemandu kereta satu lagi itu dah menunjukkan jari tengah dia kepada driver teksi tu. [ini pula si kepala angin kedua]. Driver teksi tu apa lagi, panas la hati dia bila dapat isyarat jari tengah daripada sorang pompuan. Itu yang aku cuba nak leraikan."

Saya            :  Jadi cemana ko leraikan tu? 
Haji Hitam :  Aku cuma buat muka garang dan suruh 2-2 pihak tu blah. Sebab masa tu dah jem makin teruk. Masing-masing tanak mengalah. Padahal perkara kecik je. Lepas tu setel gitu je la kes tu. Bila derang dah blah, baru aku pegi ofis. 

Begitulah ceritanya daripada Haji Hitam.  Jangan main-main dengan Haji Hitam. Dia ni body builder tau. Ngehngeh. Setiap hari minum susu khas untuk body builder dan memang kerap pergi ke gym dan panjat gunung serta buat aktiviti luar. Hehehe. Badan besar ni. Sila respect skit ye. 


Apa yang nak saya katakan ialah.... driver teksi memang selalu buat perangai diva tak hingat kat jalanraya. Driver lori dan driver bas pun sama. Mungkin derang rasa jalanraya itu adalah ofis derang. Lagi satu, akak yang bertudung tu ngape la pegi tunjukkan attitude yang tak baik sebagai wanita Islam dengan menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari kat orang lain. Tak kira la pemandu teksi tu berbangsa apa pun, tapi akhlak ko, ko kena la jaga. Jangan nak berangin sangat. Haih... tak faham. Jadi, ada berapa kepala angin dalam cerita ni murid-murid? Hehe.


14 January 2013

Kepala Angin : Part 2 - Imam

Sejahteralah ke atas kamu.....


Bila saya mendengar bacaan satu ayat hafazan daripada satu surah di dalam Al Quran, saya pasti akan teringatkan dia. Dia yang tidak saya begitu kenali dengan rapat. Jika kenal pun hanya sekadar nama dan rupa.... serta beberapa kisah negatif tentang dia. Bagaimana boleh teringatkan dia? Manakan tidak.... Satu masa dulu, lama dulu semasa saya dan dia masih di sekolah menengah, dia agak kerap menjadi imam di surau asrama pada waktu Maghrib atau Isya'. Setiap kali menjadi imam, dia pasti akan membaca ayat hafazan yang satu itu. Seolah-olah hanya ayat hafazan itulah ayat terbaik dan terpanjang pernah dia hafal. 

Sampai tahap, saya dan kawan-kawan asrama puteri dah boleh agak ayat yang bakal dibacakan jika dia menjadi imam. Sebenarnya kami agak meluat dengan dia. Bukan kerana ayat hafazan itu, tetapi attitude dia pada waktu-waktu dia tidak menjadi imam sangat la poyo dan tidak bersesuaian dengan keadaan. Nak explain pun susah. Senang cakap dia ni memang mengjengkelkan pelajar-pelajar perempuan.

Satu hari, penyampaian tazkirah selepas Maghrib di surau asrama itu membincangkan tentang isu kredibiliti seseorang imam. Menurut isi kandungan tazkirah itu, "seseorang yang menjadi imam bagi solat berjemaah, perlulah seorang yang disukai oleh ramai. Tidak sah solat jemaah itu jika imam itu adalah seseorang yang dibenci oleh makmum-makmumnya.". Sejauh mana benar atau tidaknya hadis yang dibacakan oleh penyampai tazkirah itu, saya tak pasti. Benar-benar saya tak dapat mengesahkannya. Tapi pada waktu itu, apa je yang kita dengar, kita terima je lalu percayai 100%. Budak-budak la katakan. Time tu pun bukan ada internet nak gugel-gugel kesahihan sesuatu perkara.

Pastu kan..... Saya dengan kawan-kawan saya punye la kepala angin, kiterang siap request lagi kepada AJK Surau supaya dia tidak menjadi imam lagi. Dengan alasan.... kami benci dia. Huhu.... Lepas tu, dia dah tak jadi imam lagi untuk solat jemaah di surau asrama. 

Arghh... bila saya fikirkan balik kisah kepala angin kiterang masa tu, beristigfar panjanggggggg saya. Padahal apa masalahnya kalau dia jadi imam? Bukan kiterang nampak muka dia pun masa dia baca tu. Asalkan dia boleh jadi imam. Tapi itu la satu lagi kisah kepala angin masa skolah dulu. Buat apa-apa pun tak fikir.

11 January 2013

Doktor

Sejahteralah ke atas kamu...

Tahun 2012 adalah tahun yang paling banyak saya pegi klinik. Klinik yang saya pergi plak ada banyak. Selalu tukar-tukar klinik. Klinik-klinik yang saya pergi tu plak bergantung mengikut keadaan. Tapi biasanya sebab doktor la. Kalo doktor kat klinik tu saya rasa dia tak best, next time saya tak pegi la situ. Bila dah banyak kali bertukar-tukar klinik, ramai la doktor yang saya jumpa. Doktor pun manusia jugak. Ada perangai sendiri. Bukan doktor je yang pening dengan perangai pesakit. Pesakit pun boleh pening dengan perangai doktor tau. 



Saya pegi Klinik A sebab sakit kepala. Mungkin migraine.

Doktor A : Sakit apa?....
Saya        : Sakit kepala. Mata kanan rasa senak.
Doktor A : You makan ikut time tak?
Saya        : Kadang-kadang ikut. Kadang-kadang tak.
Doktor A : You gastrik ni. I bagi you ubat gastrik. *sambil tekan dan ketuk-ketuk perut saya, dan bunyi kembung.
Saya        :  Owh... Ada gastrik ke? Apa kaitan dengan kepala?
Doktor A : Bila perut kosong, kepala u akan sakit. So, i akan bagi ubat gastrik.
Saya        : Ok. [Dalam hati, mak aihh.. terer gile doktor ni... tak check apa benda pun terus bleh detect aku ada gastrik.]


Seminggu lepas tu saya pergi Klinik B plak. Sakit yang sama. Sebab dah makan ubat gastrik pun sakit gak kepala.

Doktor B : Kenapa dengan u hari ni?
Saya        : Saya sakit kepala doktor.
Doktor B : Sebelah mana sakit?
Saya        :  Kanan
Doktor B :  U kerja bahagian mana?
Saya        :  Bahagian ICT.
Doktor B :  U migraine ni. Nanti I bagi ubat migraine.
Saya        : Saya ada pergi ke Klinik A minggu lepas. Doktor A kata saya gastrik. Sebab tu saya sakit kepala.
Doktor B :  Eh, mana boleh. Sakit kepala, sakit kepala la. Sakit perut sakit perut. Doktor apa tu? Mungkin dia bomoh ke apa.
Saya        :  Oooo... Okay.... Takpe la. [Dalam hati aku, pulak dah. Cemana plak takde kaitan sakit kepala dgn sakit perut?]


Bulan depan sakit kepala lagi. Pergi Klinik C yang dekat je dengan rumah. Baru tahu yang Klinik tu adalah klinik panel. Bleh jalan kaki ke pegi situ. Takyah mintak suami mithali hantarkan.

Doktor C :  Ye sakit apa?
Saya        :  Saya migraine.
Doktor C : Mata you ada pergi check tak?
Saya        : Tak ada.
Doktor C : Elok you pegi check mata. Nowadays aaa... Ramai orang kata sakit kepala-sakit kepala, tapi sebenarnya mata rabun. 
Saya         :  Ooo.. tak tau plak saya. Saya dah lama tak check rabun saya.  Saya ada tidur lambat semalam. Saya rasa macam tekanan darah saya rendah.
Doktor C  :  Saya check tekanan darah awak lah. *selepas check, semuanya okay*. You ada pergi kerja hari ni?
Saya         :  Tak. Saya tak pergi kerja. 
Doktor C  :   Sakit kepala sikit pun malas pergi kerja.*Sambil geleng kepala*,
Saya         :  Terus melompat atas meja doktor then cakar muka doktor... *dalam hati je la perbuatan itu aku lakukan. Huhuhu... * Ko ingat aku saje je taknak gi keja. Deng!



Pegi Klinik D pulak selepas dah lama tak sakit kepala tetiba sakit kepala balik.

Doktor D  :  Sakit apa?
Saya         :   Sakit kepala doktor.
Doktor D  :  Ada rasa mual atau muntah?
Saya         :  Tak ada.
Doktor D  :  Ada alami perubahan susut berat badan?
Saya         :  Tak ada. Naik lagi ada la. Heheh.
Doktor D  :  Ada rasa mata kelabu atau susah nak melihat? 
Saya         :  Tak pulak.
Doktor D  :  Okay, biasanya sakit kepala ni ada 4 sebab, pertama darah tinggi, kedua gastrik, 3 migraine dan 4 barah/tumor otak. Yang paling biasa sebab darah tinggi dan gastrik. Saya dah check tekanan darah awak normal. Jadi kita cuba bagi ubat gastrik dulu. Kalau masih jadi lagi, datang balik kita akan buat further inspection. Yang pasti bukan barah otak la. 
Saya         :  Cemana doktor begitu pasti yang saya tiada masalah dengan brain tumor? [ada hati nak pertikaikan kewibawaan doktor]
Doktor D  :  Sebab yg paling jelas, sebab tak ada turun berat badan. Kalo brain tumor mesti berat badan akan turun.[Haaa... kan dah malu.....]

So, korang rasa.... Saya sebenarnya sakit apa? Hehehe. Dan doktor mana yang paling hancho sekali pada pendapat korang?

Masa ni sebelum pregnant..... Bila pregnant je.... makin kerap la saya jumpa doktor masa awal-awal dulu. Problem utama ialah gastrik yang menyebabkan alahan yang terlebih. Bila dah hilang alahan tu, datang plak sakit baru ialah sakit pinggang dan punggung bila kandungan dah makin besar. Tapi bila dah makin sarat, makin senang dapat MC. Muka saya pun mmg 'muka insan lemah yang tiada tenaga' mengalahkan wanita Afrika tak cukup makan je gayanya. Pahadal makan banyak. Huhu. Jadi, lagi senang le nak dapat MC. Eh, tapi muka insan lemah tu bukan buat2 tau. Mmg naturally bila tak sihat je airmuka seposen tu muncul.





08 January 2013

Sedang Dalam Perhatian

Sejahteralah ke atas kamu...

Bila seorang lelaki sukakan seorang atau lebih wanita, dia akan mula mengusik wanita itu. Mengusik yang kadang-kadang sampai tahap membuli. Sampai tahap menyakiti hati wanita itu.

Bila seorang ayah sayangkan anaknya, dia akan mendenda anaknya apabila anaknya membuat salah. Itu tanda kasih sayang demi mendidik anaknya. [Kaki dera kanak-kanak lain cerita. Yang itu kalo anak tak buat salah pun kena makan kasut jugak huhu.]

Kesimpulannya..... [eh, cepat plak aku menyimpul hari ni], orang akan beri perhatian kepada kita jika dia berminat atau sayang.

Begitulah jika Allah memberi kamu ujian. Kesusahan atau sakit atau kesenangan sekalipun. Kerana kamu berada di dalam perhatian Allah. Maka bergembiralah dengan ujian. Perhatian Allah itu maknanya Allah sayang. :)

07 January 2013

Baby Moon

Sejahteralah ke atas kamu.....
Gambar yang acekononnya kretip dan inovatip tapi selenga.

Bercuti selepas baru berkahwin orang panggil HoneyMoon. Bercuti masa tengah pregnant anak pertama pula orang panggil Babymoon. Last weekend, my husband and I went to Pulau Pangkor for our first babymoon. Chey wah. Mood membuat karangan mengikut silibus Korikulum Bersepadu Sekolah Rendah dah datang ni. [Hins..hins.. tekun nak mengarang ayat]

Di Jeti Lumut. Gambar memang la 'sharp sangat' dan 'jelas'. Maklum le, guna kemre canggih Olympus tu.
Kalau diikutkan badan ni, bukannya saya larat nak pergi. Travel jauh-jauh, pastu naik feri kushairi lagi pastu nak berjalan-jalan dengan perut boyot 7 bulan mengandung ni... Memang tak kuasa mak vuyong. Tapi...... bila dah ada offer 'fully-sponsored vacation' untuk ke Pangkor, saya pun apa lagi. Penginapan, duit minyak, tol even duit parking pun disediakan, maka jangan la kita berlengah lagi. Suka sangat la haku dapat percutian free. Terus hilang ingatan sekejap yang saya ni tengah membawak budak. Terus je bagi nama tanda confirm nak pergi. Family pun saya tak bagitau sebab takut derang tak bagi pergi. Nanti keciwa la ai.. Bukannya apa yang membuatkan saya beriya nak pegi... sebab saya sebenarnya... tak pernah pegi Pulau Pangkor lagi.. sob..sob... Ini first time tau... sob..sob...



Muka pervert aku yg tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun. owh.. aku terasa seperti di Honolulu. Cam muka naga laut pun ada.


Aku gemuk dan memang dah takleh nak buat apalah dgn kegemukan itu buat masa ni. Kena terima hokikottt. Cantik kan saya ni pantai ni? Nampak macam kena alas dengan kain satin kaler biru.



Actually percutian itu adalah sempena Family Day ofis suami saya. Nak kata family day sangat tu tak jugak. Takde pun acara sukaneka ke, cabutan bertuah ke atau acara2 yang mcm kebiasaannya family day ofis-ofis kerajaan. Takde tu semua. Cuma buat aktiviti bersama-sama dan mingle dengan family kawan-kawan ofis suami saya je. Berkenal-kenalan. Add kat facebook. Follow on twidder [twitter]. Pergi snorkeling, swimming, sight-seeing dan semua lah verbs yang ada 'ing'ing'. Eh, tapi saya tak pegi la snorkeling tu. Walaupun saya memang nak pergi sangat bergalok bagi makan roti kat ikan-ikan. Cuma saya pun takleh nak menuruti hawa nafsu serakah saya ni sangat. Kena jaga juga badan sendiri, demi kesejahteraan saya dan anak dalam kandungan ni. 

Saya, lepas check-in je kat chalet tempat kami tinggal tu, terus mintak tolong suami sapukan minyak pada pinggang dan kaki saya, then krohhhhh...zZZZzz. Suami je la yang keluar pegi snorkeling. Memang sakit sangat pinggang saya. Suami saya cam biasa la, suka buat nada cemas bila tanya saya ok ke tak. Padahal okay je sebenarnya cuma kena rehat banyak je la. Anak saya pulak, masa dalam feri tu memang bergerak dengan aktifnya kat dalam perut ni. Rasanya dia terkujut dengan bunyi feri yang kuat sangat tu kot. Syukurlah nak ke pulau tu naik feri. Kalo naik speed bot, memang terberanak la aku dalam bot sbb bot lebih kuat hentakannya bila bersilat dengan ombak. Huhu.

Masa ni pagi-pagi sebelum sarapan pegi jenjalan dengan tak mandinya. Kehkeh. Bajet titanic lettew. Wekkk.
Saya tak shopping banyak pun kat sana. Ikan bilis mentah atau udang kering memang sangat2 elok kualititnya, tapi saya tak beli pun. Saya hanya beli 2 skirt labuh untuk digunakan semasa berpantang nanti, dan satu gaun comel untuk tatapan suami. Pastu beli jajan makanan laut untuk kudapan.


Itu je la kesahnya percutian ke Pulau Pangkor. Takyah le saya cerita detail sangat ye dok. Bagi saya, tak ada masalah kalau mengandung 7 bulan nak pergi bercuti. Cuma setiap ibu yang mengandung, perlulah tahu condition diri sendiri dan kemampuan diri untuk membawa anak tu pergi berlasak-lasak. Kena tahu limitnya apa yang mampu dan tidak mampu badan kamu hadapi. Alhamdulillah, percutian babymoon saya semuanya berjalan lancar. Kawan-kawan suami saya pun semuanya baik orangnya. Mereka sangat menjaga mak buyong dan otometiknya saya dah terasa macam orang kelainan upaya. Semuanya jadi special untuk saya. Nak naik feri pun tak payah beratur panjang. Boleh terus je ke depan. Hehehe. Kaifiat menjadi wanita mengandung kot. Ada tak orang yang belum pernah pergi Pulau Pangkor? Kalo belum, ace pegi skali tengok guane. Memang cantik dan menenangkan. Pantainya pun sesuai untuk bawak anak-anak mandi. In Sya Allah jika ada rezeki, next time akan pergi bersama anak[s] pulak.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...