Iklan! Iklan! Sila Click!

23 January 2013

Pecel Lele Lela

Sejahteralah ke atas kamu..

Minggu lepas, Groupon ada jual voucher 50% untuk makan di restoren Pecel Lele Lela yang letaknya di Seksyen 13 Shah Alam. Baru le tahu Lele itu adalah nama saintifik bagi ikan keli di dalam bahasa Jawa. Pecel tu tak tau plak apa maknanya. Dan Lela itu sudah tentu la nama pemiliknya ... [kot].

Restoren ni adalah rangkaian restoren yang berasal daripada Indonesia dan ini adalah salah satu cawangannya di Malaysia.



Minuman yang saya order namanya Apple Asam Boi. Sebenarnya saya order Jeruk Kelapa. Tapi dah habis plak kelapanya. Sungguh tak patut. Harga : RM4.50

Ini Mat Azghul punya. Ini namanya Es Jeruk. Menurut pelayannya, apa-apa je air yang ada nama jeruk itu maksudnya limau. Jadi Limau Ais la ni. Harga RM4.00



Udang Sos Padang. Sosnya manis-manis pedas. Agak sedap. Udangnya ada la dalam 7 ekor gitu. Harga dalam anggaran RM8.00.

Ini pula Set Nasi Ayam Bakar Madu. Harganya RM10.80. Ayam tu agak sedap. Rasanya dah tentu ada manis-manis sebab nama pun Ayam Bakar Madu.

Ini pula adalah Udang Kermes. Kermes tu mengikut firasat saya, adalah serbuk2 kerak tepung tu. Rasanya juga sedap. Sebenarnya saya order Sotong Kermes. Tapi sotong pun dah habis. So, saya tukar la ke udang. Hari tu kami order 3 jenis udang. Udang Kermes, Udang Sos Padang dan Udang Goreng Tepung. Rupa-rupanya Udang Goreng Tepung dan Udang Kermes itu sama je konsepnya. Chiss.

Kangkung Tauchu. Amboi, banyak batang je. Daunnya hanya ada 2,3 helai je. Ini kalo batang kangkung besar cenggini siput babi pun bleh bermastautin kat dalam tu. Harganya : RM6.00. Rasa masakan ini biasa-biasa je. Tapi boleh la.

Ini sepatutnya Terung Berlado. Tapi 'lado'nya dah habis jugak. Harga : RM6.00

Oleh sebab lada untuk Terung Berlado dah habis, mereka gantikan dengan Sos Cabe Ijo. [Sos Cabai Hijau].



Last.... Soup Buah Yogurt. Harga RM6.00.  Rasanya biasa-biasa je. Takde wow-factor pun. Cuba korang bayangkan makan yogurt strawberry, pastu korang campur dengan ice cube dan juga buah-buahan potong. Seriously korang mampu membuatnya sendiri di rumah. Buah-buahan yang ada dalam tu adalah buah naga, buah anggur hijau, buah pear china dan epal. Itu je. Then ada rasa air gula. Bagi saya yang memang selalu makan buah bercampur-campur ni, rasanya biasa-biasa ajaaaa donk!

Hamboi... Perasmian oleh Awie. Ini semua poyooo!

Ada contest untuk pelanggan tegar Pecel Lele Lela. Bleh menang moto [saya menang motorrrr bak kata pakcik dalam iklan power root.]
Servisnya bagus. Bila masuk je restoren ni, semua pekerja greet kami dengan suara kuat, sama perasaannya macam masuk Sushi King. Suasana kat restoren tu pun agak baik. Kontemporari, interior nya sesuai untuk dijadikan restoren keluarga. 

Review saya ni agak merepek sebab restoren ni adalah restoren ikan keli. Menu specialnya pastilah ikan keli, tapi oleh sebab saya tak makan ikan keli, so tak de la order ikan keli. Suami saya plak makan ikan keli, tapi waktu tu dia kenyang giler babas sebab dah makan nasi kat umah setambun.  Sebab tu kalo tengok apa yang kami order tu hanya lauk je. Makan lauk je. Heheh. Tak kenyang sangat. Itupun nasik saya tak habis makan, last-last tolak jugak kat suami saya. Nasib kamu la husband.

Secara keseluruhannya, saya agak kurang berpuashati makan di sini. Sebab banyak makanannya dah habis. Saya ada order Tauhu Petis, pun dah habis jugak. Tapi tak boleh nak salahnya mereka jugak. Sebab pada hari yang sama, mereka diserbu oleh pembeli-pembeli kupon daripada groupon daripada pagi sampai ke malam. Sebab tu banyak makanannya habis. Saya dan suami saya pun datang masa dah jam 9.00 malam. Dah nyaris nak tutup kedai pun. Next time boleh la kalau nak makan kat sini lagi. Harap-harap waktu tu bahan-bahan tak la asyik habis je macam sekarang.

34 comments:

  1. bila tgk terung tue...confius kejap, nape diorg serve jgk..kosong g2..ok ke rasanya?

    ReplyDelete
  2. moto pon kaler hijo.

    mak ai kangkung ghope itu je lyd.. mahei beno.

    udang tu boleh gagah ada 7 ekor rega RM8.

    ReplyDelete
  3. tgk terung tu cam belah empat dan rebus jer...hehehe..bab diskaun mmg tak akan menolaknya...

    ReplyDelete
  4. saya penggemar ikan keli... kena try neh...

    ReplyDelete
  5. aku ingat ade la gambar pecel lele tu..hahahaha..hampeh..lari tema dari yang sepatutnya ko makan kat restoran ni..

    btw..aku suka ikan keli..tapi biasa masak sendiri je la kat rumah..aku kan monster chef..hahaha

    ReplyDelete
  6. Mrs Lurve : Terung tu saya pun tak makan. Suami je makan sebab saya pun tak gemar terung. Tapi dia tu suka je semua makanan.

    Qasehnya Rania : Haa.. kan... Kangkung tu kalo beli seikat baru singgit. Dapat lagi setambun daripada tu.

    Ema : Sebab dah diskaun je. Kalo ikutkan nak dtg hari lain je. Tapi sebab saya pun dah lapar sgt.

    Desperate Mama : Try la awak. Menu dia nampak sedap jugak. Ada ikan keli filet. Sesuai kalo malas nak korek tulang.

    YM Bundle : Ko tak abih2 dgn monster. Tau la jumpa monster comel. Heheh. Ko pun kena try la ni Bundle. Aku nampak ikan keli dlm menu tu macam sedap je.

    ReplyDelete
  7. Dah dekat dgn rumah aku tu...
    nak cuba lele lela dia la...

    ReplyDelete
  8. Mmg tak puas ati..sayur pun tinggal btg je.
    Org kata kalo yg guna baucer groupon slalu problem ginilah..diorang lak yg tak mampu serve.

    *bhs jawa..jeruk=limau. Pecel..biasa saya refer kpd ulaman (sayur yg tak dimasak).

    ReplyDelete
  9. tgk kangkung teringat plak kisah yg termakan lintah dalam batang kangkung tu...hehe

    ReplyDelete
  10. nk sebut jd berbelit lak lidah.. owhh Lele tu nama saintifik ikan keli rupanya.. igtkan nama tu org indon y pgil...

    baru lagi restoran ni rupanya

    ReplyDelete
  11. JR memang suka ikan keli..maklumlah tekak cap kampung. Yg paling suka keli bakar yg dibakar sendiri, 3 ekor boleh habis sorang...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum lyd...bestnya boleh cuba kalau ke sana..:)

    ReplyDelete
  13. I like pecel lele. But, I prefer 'ayam penyet'.

    ReplyDelete
  14. Entry lyd kali ni buat perut sy berkeroncong...hehehe..lyd xmkn ikan keli...alahai...sedap tau...sy suka walau org kata mcm2 psl ikan ni...hehehe...

    ReplyDelete
  15. hr tu prnah pergi 1 kdai mkn ni.
    menu dy sume len laa. mcm x prnah dgr gtu. lele laa ape laa..
    then x order mkn pn, minum je..
    da lme tu bru tau rpenye lele tu ikan keli. heee

    ReplyDelete
  16. Salam Semua, pihak pengurusan Pecel Lele Lela Malaysia mengucapkan terima kasih kepada komen-komen di atas.

    Pihak pengurusan akan mencuba untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan di restoran kami. Segala komen-komen diatas amat berharga untuk kami. Insyallah, Mac 2013 nanti Pecel Lele Lela akan berada di Kota Kemuning dan Taman Melati.

    Terima Kasih,
    Pengurusan Pecel Lele Lela Malaysia

    ReplyDelete
  17. Salam Semua, pihak pengurusan Pecel Lele Lela Malaysia mengucapkan terima kasih kepada komen-komen di atas.

    Pihak pengurusan akan mencuba untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan di restoran kami. Segala komen-komen diatas amat berharga untuk kami. Insyallah, Mac 2013 nanti Pecel Lele Lela akan berada di Kota Kemuning dan Taman Melati.

    Terima Kasih,
    Pengurusan Pecel Lele Lela Malaysia

    ReplyDelete
  18. klu pi kedai beli kangkung 6 ringgit boleh jamu 10 orang.masak bukan susah pun.tgk bahan nya bawang dengan cabai je..hehe..

    ReplyDelete
  19. haaa.. siap pihak pengurusan pun baca & komen gitu..hihi.
    Nampak menarik & saya pun suka ikan keli :-)

    ReplyDelete
  20. aku ni sebenarnya lapar..belum makan..

    ini semua poyoooooo~

    p/s: masa tengok dish tu memang aku dah perasan xde ikan keli..zzzz

    ReplyDelete
  21. mmg lele leleh aiq liur Na tgk picx2 kak Lyd hihihii =D

    ReplyDelete
  22. tengok menu2 nampak sedap semuanya. iwak lelenya takde pulak..

    ReplyDelete
  23. aduh......sedap nya makanan tu....saje je kasi terliur..hehe

    ReplyDelete
  24. Nizam Ariff : Boleh, silakan. Nanti dah try bleh review gak. Windmill restoren yg ko citer lama dulu aku masih belum pegi lagi.

    Fiza Rahman : Opps sorry. Ehehee. Kalo lapar ni kena pergi cari la kan?

    Hasrina : Harga maish boleh bersabar la ni. Tapi kalo masak sendiri lagi jimat. Huhu.

    Ujie : Mekasih di atas alih bahasa tu. Pecel tu patut le bunyinya macam pecal. Kalo kat sini kan pecal yang sayur2 makan dgn kuah kacang tu.

    Itu la pasal. Bukan yang kuar kat Groupon je. Kalo kuar kat Jalan2 Cari Makan pun biasa problem gitu. Bile org ramai2 serbu, derang tak mampu nak cater.

    Nafisa81 : Ha ah, saya pun sebab teringat kisah yang sama tu la. Kecut gak perut bila terbayang.

    Lya Afrina : Nama Saintifik dalam bahasa jawa je Lya. Maksudnya betul la Lele itu bahasa indon. Heheh.

    JR : Tekak saya pun org kampung gak JR. Tapi tak tau le ngape tak makan ikan keli. Rasanya sebab kat kampung saya tak de ikan keli. [Nampak benor menipunya].

    Maszull : Jauh tu kalo mama nak ke sana. Kalo pegi umah anak bleh la kot.

    ReplyDelete
  25. Izzah : Saya ada terfikir nak try. Sbb saya yakin ikan keli ni sedap rasa dia. Kalo tak, takkan ramai yg suka. Cuma kena tunggu betul2 ready.

    Milo : I love both. :).

    Megat Badarul : Alamak... pihak pengurusan Pecel Lele Lela dah komen. Thanks ye bagi respon di blog ini. Keep up a good job.

    Diana : Itu la dia. Tapi takpe la.. anggap je la kangkung tu yang mengecut.

    mamaVogue : Nasib baik la tak kutuk beriya-iya sangat. Kalo tak saje kena saman. huhu.

    Encik H : Mmg niat aku sengaja nak suh ko jadi semakin lapar. Ini pun kualiti gmbr kureng skit. Kalo gune kemre canggih tu aku rasa menitik dah airlio ko.

    JNa : Naaa... tutup mulut. Ailio dah menitik tu.

    Kak Yon : Memang sedap jugak menu2 dia. Kiranya optional daripada makanan Thai. Kan sebelum ni kita lebih dekat dgn masakan thai.

    Auni Shahira : Agak sedap jugak. Kalo ada peluang bleh la try ye nanti.

    ReplyDelete
  26. sedapnya... nak cubalah nnti..
    wah Awie Wings rasmikan kedai nie..dasyat sungguh... :D

    ReplyDelete
  27. Ratuhatiku : Ntah cemana boleh suh awie plak rasmikan. Takde kaitan pun awie dgn dunia pemakanan.

    ReplyDelete
  28. suka gak makanan indon sebab nak lebih kurang ngan rasa malaysia..

    ReplyDelete
  29. Terung berlado dah menu tak lengkap napa diorang bg gak, tak pun bg free je kan berbaloi :)

    Epal asam boi my peberet drink :D

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...