Iklan! Iklan! Sila Click!

29 January 2013

Wondermilk CupCakes

Sejahteralah ke atas kamu....

Saya memang suka makanan manis. Dessert, pudding, cake, chocolate, ice-cream even kuih keria. Tapi kebiasaannya cupcakes saya tak berapa suka. Sebab bagi saya rasa cupcakes terlampau 'lame' dan 'boring'. Icing tebal yang tak rasa apa hanya rasa manis tu. Muak la.

Saya pertama kali mencuba cupcakes Wondermilk ni  setelah diperkenalkan oleh seorang insan yang saya sayangi dulu. [Sekarang pun sayang lagi la]. Tapi dia sendiri pun takde la suka sangat dengan cupcakes ni. Selepas 2 tahun, baru sekarang nak revisit Wondermilk ni sebab tetiba rasa teringin nak makan. Saya pergi ke outlet Uptown Damansara semalam. Tenkiu kat Mat Azghul sebab rajin melayan isteri dia ni. Selamat le dia ni spesis manusia yang sukakan semua jenis makanan. Boleh la dia join makan jugak cupcakes ni. Nampak 8 ketul cupcakes kecik tu macam tak kenyang je, tapi percaya la... saya macam dah terover-dose makan 8 ketul tu walaupun berkongsi dengan suami. Kenyang giler.

Wondermilk Cupcakes berbeza daripada cupcakes yang biasa saya makan. Manis tu tetap sama. Bezanya cupcakes Wondermilk daripada cupcakes biasa ialah cupcakes Wondermilk ni dibuat dengan perisa yang tersendiri. Setiap cupcakes ada rupa yang berlainan dan yang paling penting adalah rasanya yang berbeza antara satu sama lain. Biasanya kalo cupcakes warna warni tu kita boleh tengok warna icing yang cantik-cantik, decoration yang comel tapi bila part rasa, plain je. Kapkek hijau, sama je rasa dengan kapkek biru sama jugak rasa dengan kapkek merah. Sebab icing dia tu hanya gunakan pewarna yang berbeza. Tapi di Wondermilk, kalau dia kata cupcake oreo, memang rasa oreo. Topping dia memang ada rasa la. Kalo Choc Mint, memang akan rasa mint yang puas makan la.


8 ketul cupcakes yang saya pilih. Kalau nak ikutkan nafsu serakah, banyak lagi yang saya nak ambil. Tapi rasanya 8 ni pun dah banyak. Ini pun jenuh nak habiskan. Harga sebiji cupcake di Wondermilk ini = RM4.50. Kalau beli 8, harga akan akan jadi RM4.25 sebiji. So, 8 ketul cupcakes berharga RM34.00.


Rocky Road - Yang ini sedap, rasa dia macam cookies ala-ala famous amos tapi versi lemah lembut not as crunchy as cookies la kan.
Blueberry Cheese  pun sedap. Kat tengah-tengah tu ada cream cheese yang membuatkan kita boleh tertipu yang kita tengah makan Blueberry Cheese Cake yang sebenar. [propa je lebih ni].

Honey Mustard Chicken Sandwich. Harga RM12.90. Waktu saya pergi tu, belum lunch. Rasa dah lapar, tapi nak simpan ruang perut utk makan cupcakes banyak-banyak. Maka, order sandwich ini untuk sensasi rasa savoury.

Sandwich ni menggunakan roti bijirin penuh [wholemeal bread], ada chicken slice yang dituangkan dengan honey mustard sauce dan timun. Rasa not bad. Agak sedap. Kalau nak buat sendiri, bleh beli honey mustard tu la. Hidangan ini disertakan dengan potato salad serta daun-daunan lettuce. Oleh sebab harga pun dah doblas hinggit, daun-daun tu semua saya makan jugak. Rugi woo...

Saya mencadangkan kalau korang datang sini makan cupcakes yang banyak, silalah beli air mineral je. Boleh natural kan rasa mual sebab cupcakes ni dah manis. Kalo order air manis lagi, fuhh... kencing manis la ko nanti.



Cupcakes yang ada di cafe Wondermilk ini ada banyak jenis. Jenis-jenis cupcake yang dijual setiap hari di setiap outlets boleh refer di Cafe Collection Wondermilk. Yang ini boleh datang beli secara walk-in selagi ada stock. Selain tu, boleh juga buat tempahan kalau nak cupcakes customize ikut occasion yang kita nak adakan. Lain-lain makanan yang disediakan di Wondermilk boleh rujuk Menu Wondermilk.


Harga/Price :


RM4.50/each
MAXI size / Large 2" Diameter
Available for purchase off the shelves daily.

Box of 4 pcs RM17 (save RM1)
Box of 6 pcs RM25 (save RM2)
Box of 12 pcs RM50 (save RM4)         
Box of 25 pcs RM100* (save RM12.50) *also available for pre-order

Mengikut maklumat di website, permohonan sijil halal sedang di dalam proses. Pemegang saham bagi syarikat Wondermilk Sdn. Bhd. ini semuanya bumiputera. So, agak meyakinkan la kehalalan dia kan?

Ada 3 outlets. :

Wondermilk Damansara Uptown
41 Jalan SS 21/1A Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-77258930


Wondermilk Citta Mall
Lot G-48 Citta Mall, Jalan PJU 1A/48, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-78317296


Wondermilk Publika Shopping Gallery
7A & 8A Level G2 Publika, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-62111092

25 comments:

  1. wa...sedapnya cupcake...samala kita...saya memg suka bangat sama kek2 gini...huhuh...nanti nak tryla..hehehe ;)

    ReplyDelete
  2. Lyd,
    awak buat saya terliur dah ni..huhu.
    Terasa macam nak memecut ke Citta Mall je lunch hour nih..hhmm..

    ReplyDelete
  3. awwww!!!!!!!!!!!! sedapnye!!!!!!!! nasib baik, jauh.... kalau tak... habis melayang segala diet ku...

    ReplyDelete
  4. nampak sedap2 tu. Terbaliklah kita . KA kurang minat yag manis2 hehehe. N kata EN hubby KA hati ikan yu tu sedap sgt2.. yelah masa tu kan masih budak2

    ReplyDelete
  5. baru tau.. thanks tapi jauh2 belakaler kedainyer.. akakpun pengemar benda manis..

    ReplyDelete
  6. amboi sedapnya! kalau pergi kl or selangor nnt boleh la cari wondermilk ni...tegoda tgk gamba...kita suka cupcakes..hehe

    ReplyDelete
  7. betullah..cupcake biasa tu rupa je mcm2, rasa sama. tu yg saya pun tak minat cupcake.

    tapi yg ni mmg lain, cuma sygnya..jauh dari rumahlah. tak dpt nak try. :(

    ReplyDelete
  8. penang xder. xpe nanti g kl must try

    ReplyDelete
  9. Aku ni, bab-bab kek ni, tak berapa geng sikit... .sebab bagi aku kalau tolak semua icing dan decor dan kaler, semua kek (terutamanya yang berasaskan sponge cake) ada tepung... tepung.. tepung. Jemput-jemput pun pakai tepung juga... Ya, aku lelaki yang praktikal. Aku tak appreciate decoration pada kek tersebut. MAlah stigma yang aku ada, jika kek tu over-decorated, automatically aku anggap kek tu tak sedap dan decoration tu sebab nak kasi laris je. Aku lebih melihat kepada ingredients yang diguna...

    ReplyDelete
  10. meman nmpk sedap...
    tapi lya x brape suka mkn y manis2...

    eyh.. awk mgndung, jgn byk sgt mkn y manis-manis... sesekali tu takpela...

    ** hehe.. mana mungkin saya lupakan awk.. lya cuma x brape sihat sejak minggu lps.. tu sloww & mood kelaut sket..

    ReplyDelete
  11. humangaih... sampai 8 ketoilayan feeling, kalau akak seketul tu pun belum tentu habis. ni duk baca2 layan feeling cupcakes, tetiba honey mustard chicken.. eh cupcake perasa ayam? hahaha takper, dah jelas bila baca habis :p

    ReplyDelete
  12. Entahlah...dari kecik JR tak bernapsu sangat dgn kek. Kalau makan pun cuma depan istri utk tidak kecikkan hatinya...hehe..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum lyd...sedapnya cup kek tu terliur tengok...:)

    ReplyDelete
  14. Sedapnya. Tak pernah lagi rasa cupcake wondermilk ni.

    ReplyDelete
  15. mak aih rm4.50?sama rege ngan nasik berlauk tghari saya tu kak!!

    tetiba saya teringat iklan ubat gigi
    'akak, jangan makan.Roshak gigiii' :D

    ReplyDelete
  16. banyak juga makan ye Lyd...sedap je makanan yang Lyd pilih...

    ReplyDelete
  17. bukan penggemar cupcake.jadi bila tengok cupcake kurang rasa terliur tu..untuk cuci mata sebab dia comel boleh la..hehehe

    ReplyDelete
  18. Sedap...

    Kalau myra amik yg mana nampak sedap, at last tak makan pun..hehee

    ReplyDelete
  19. aduhaiii lyd.. sedap2 semuanya nie... kalaulah qalesya nampak nie sure sibuk nak jugak nie

    ReplyDelete
  20. sedapnya kapkek..nak nak..kena pegi cari ni...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...