Iklan! Iklan! Sila Click!

31 January 2013

Let's Go HOMST!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Cuba tengok budak ni. Mengada-ngada kan?



.........................................................................................................

Kalau ada seseorang yang boleh saya salahkan, maka saya akan pilih Izwan. Dialah orangnya. Dialah puncanya yang membuatkan hati saya tak keruan. Dia yang mulakan kisah makan-makan sedap ni. Dah tentu saya ni mak buyung, seorang insan yang lemah hatinya, yang cepat terliur kalau sebut pasal makan.

Petang semalam, Si Izwan ni promote restoren HOSMT yang menghidangkan Chinese cuisine, tempat dia dan wife dia selalu pergi makan. Biasanya saya takde la heran sangat kalo dia nak promote nasik arab dengan kambing ke, atau western food yang gitu-gitu je di mata saya. Tapi bila dia ni dah sebut nama menu, Buttered Chicken, saya dah start drooling. Bila check website, tengok-tengok ada 4 cawangan Homst kat Malaysia ni dan salah satunya di Shah Alam. So, hati ayam bagai melompat-lompat dalam mulut Chef Joe.

Malam tu terus ajak my Big Baby pergi Shah Alam. Nak melantak dengan penuh tertib. Dia cam biasa la. Okay jewww... Acara makan-makan la katakan. Lagipun saya memang dah tak masak dah lately. Pemalas punca kuasa 9 punya pasal la ni. Tak susah nak cari Homst Shah Alam ni. Sebab letaknya betul-betul belakang Tesco Extra Seksyen 13 Shah Alam. Yang membuatkannya lagi tak susah nak cari ialah sebab suami saya tu memang peneroka Shah Alam. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat makan.

Sampai je, terus disambut oleh pekerja Homst dan terus dibantu untuk mendapatkan meja. Padahal ramai giler manusia yang datang makan kat situ. Saya tengok, orang yang datang selepas saya, yang tak cukup meja, mereka terus je akan diberi meja tambahan yang jenis lipat2 macam kat gerai rojak mamak. Kami duduk, tak sempat nak tengok menu lagi pelayan dah datang nak amik order. Kami kata kat dia, nanti jap. Pastu kejap lagi datang lagi sorang nak amik order. Pun kami belum decide nak makan apa. Rasanya 3 kali pelayan datang nak amik order. Memang tak rasa terabai la datang makan kat situ. 

Lepas order, 5 minit selepas tu, minuman yang kami order pun sampai. Cepat. Ini yang saya minum semalam. Lien Chee Kang. Tak tau apa beza dengan Lai Chi Kang yang jual kat kedai Melayu. 

Nampak macam span basuh pinggan yang dah hancur-hancur kan? Ini harganya RM4.00 semangkuk.
Rasanya agak sedap dan menyegarkan. Ada rasa kurma merah yang menjadi watak utama dalam setiap Lien Chee Kang. Ada sedikit potongan halwa, tak sure halwa apa. Dan span basuh pinggang tu. Tapi bagi saya, tak cukup memuaskan hati sebab tak banyak bahan. Letak la cincau skit, kacang skit, biji selasih ke. Kedekut lettew.

Suami saya order Hot Chinese Tea. Tak amik gambar sebab sama je rupa dia macam Teh O yang order kat mamak. Harganya RM 0.80. Lepas tu saya ada order Ribena Longan. Pun tak amik gambar. Sebab tak sabar nak minum. Dahaga sangat.

5 minit selepas dapat minuman, appetizer pulak yang sampai. Saya pilih Deep Fried Wantan.

Rasa dia biasa-biasa je. Tapi acceptable la. Cuma nampaknya agak berminyak dan minyak gorengan tu pun kita boleh nampak goreng guna minyak yang dah recycle berpuluh kali. Saya siap lap dengan tisu lagi minyak tu. Ehehe.

Satu hidangan hanya ada 5 ketul Deep Fried Wantan. Harganya RM 4.80. Bersamaan 96sen seketul.  So, kalo datang 2 orang... sorang boleh makan 3 sorang lagi makan 2. Atau pun yang kelima tu kerat 2. Atau pun osom utk tentukan sape yang dapat lebih. Saya cam biasa la. Bagi la suami makan lebih sebab dia kan kurus. Saya dah gemuk, takyah makan banyak pun takpe.

Dalam masa 10 minit lepas tu, hidangan yang kami pesan pun sampai secara berjemaah. Manager dia sendiri yang hantar kepada kami. Kami rasa sangat dihargai. Hidangan kami pada malam itu ialah; 

Wet Buttered Chicken Rice. Harganya RM9.90. Dapat Buttered Chicken ini bersama 1 nasik putih. Ayam ni tidak bertulang. Kuah butter tu sangat sedap. Rasa lemak-lemak. Ada bayangan rasa daun kari dan rasa rempah yang light. Juga terdapat potongan cili hidup. Tapi tak banyak. Sesuai untuk orang yang tak boleh makan pedas macam mak buyung yang terkena penyakit gastrik ni. Suami saya pun suka yang ini.

Ini pula adalah Salted Egg Soft Shell Crab. Harganya RM20.00 saiz S. [S saiz paling kecik la. Takde XS ye.]. Ini sedap. walaupun dia ketam, tapi sebab shell dia soft, maka tak perlu susah-susah nak korek daripada kulit keras ketam tu. Makan je macam jemput-jemput. Dia lebih kurang macam tersalut dgn tepung, tapi sebenarnya telur masin. Rasa lemak-lemak yang sedang2 elok je. Masin pun tak la terasa kuat sangat walaupun telur masin. Hidangan ini juga sesuai untuk manusia yang kurang rajin seperti saya sebab tak perlu nak kopek kulit. Boleh terus makan.

Ini bukan bihun goreng.

Tadaaa... Buttered Prawn. Harganya RM18. Juga saiz S. Bagi saya, buttered prawn ini sedap juga, cuma terlebih manis je. Korang bayangkan ek... Rasa butter + rasa manis dan a pinch of rasa masin = rasa biskut raya. Korang pernah makan biskut raya dengan nasik? Cenggitu le perasaannya. Tapi udangnya segar. Dah siap dibelah belakang maka senang la nak makan. Lagi sekali sesuai untuk manusia yang tak rajin macam saya. Pendapat saya, kalau dikurangkan sikit je rasa manis tu, this Buttered Prawn will be superb!


Dan ini yang terakhir. Kailan goreng perisa Garlic. Saiz S juga. Harganya RM9.00. Entah sejak bila aura arnab meresap dalam tubuh saya, saya pun tak tau. Kalau dulu saya bukan suka pun makan sayur. Semenjak 2 menjak ni, kalau makan nasik, dah tak boleh kalau takde sayur. Owhh... i'm addicted to sayurrr... [selalu je over kan?]. Yang ini kira sedap jugak la. Sebab portionnya besar. Puas la makan. Tak la berebut makan dengan Mat Azghul.

Keseluruhannya, saya boleh berikan rate 7/10. Saya agak berpuashati makan kat sini. Kena dengan selera saya kot. Saya ni lebih menghala ke selera cina atau jepun. Kalau masakan India atau Arab tu saya agak kureng. Tapi suami saya paling suka masakan Arab. [Ada korang tanya??!!]. Service sangat pantas. Harga pun masih boleh diterima dengan rasa makanan serta portion yang diberikan.




Dimiliki oleh saudara Islam kita yang berbangsa Cina bernama Yusoff Lau Bin Abdullah. Ada 4 cawangan setakat entry ini ditulis. Datang la ye, jangan malu-malu. Nak tengok menu dia boleh la terjah ke website rasmi HOMST ini.


TTDI HQ
No: 48, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Tel : 03-7728 0760
Business Hours :11am - 10:30pm

Kota Damansara Branch
No: 16-1, Jalan PJU 5/17, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Selangor.
Tel : 03-6140 9134
Business Hours :8am - 10:30pm

Shah Alam Branch
5&7, Jalan Boling Padang H 13/H, Seksyen 13, Shah Alam, 40100 Selangor.
Tel : 03-5513 0760
Business Hours : 11am - 11pm

Kajang Branch
N0. 47G, 48G & 49G, Jalan Prima Saujana1/1A, Seksyen 1, Taman Prima Saujana 43000 Kajang Selangor. 03-87340760
Tel : 03-87340760
Business Hours : 11am - 11pm

30 comments:

  1. harga sagat reasonable..maybe sebab amik size S, hurm...telan liur dah ni...

    ReplyDelete
  2. hmm...sebelah ofis ni ada kedai makan cina..kdg2 tgk cina makan ikan besar2 dalam dulang tu...telan air liur..dia mmg jual ikan dan seafood...takde ayam & daging...tp tetap takleh masuk sebab dia ade jual liquor

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..
    wow.. mak buyong dah terjah tempat makan ni.. :) (sambil angkat kening sebelah) hahahaha :P
    sedap sesekali makan chinese style food ni.. saya paling2 suka kuasa 10, udang tu.. butter prawn tu.. perghhhhh... suka yg serabut2 cam bihun tu sebenarnya.. hahahaha.. padahal telur je pun... buat sendiri tak penah jadi camtu.. kah kah kah.. tak de kuasa... :)
    sama la kita.. lom mahir shah alam gak.. nak cari kedai makan jenuh meraba... aleh2 tak dapat.. cam hari tu.. pusing 1 shah alam.. last2 lapar sangat singgah tesco kat tepi h.way tu je.. kuangx3.. ok la... take care dear.. :)

    ReplyDelete
  4. salam lyd..
    Dalam byk2 yg lyd paparkan tuh..buttered chickenlah yg menyebabkan saya terliur sekali..heheh..nampaknya kena bejalar buat sendiri nie..heheh..yg bukan meehon goreng tuh apa ker nama dia sebenarnya yg udang dok tido dldlmnya tuh,..

    ReplyDelete
  5. dalam bnyak2 tergoda yg 1st memang nampak sedapppp sangattt

    ReplyDelete
  6. hmmmmm... menarik dekatjer boleh cuba.. ha.. nasib takder baby dalam perut kot idak dah teringin...

    ReplyDelete
  7. as-salam..sedapnya mak yong menjamu selera ye..
    betul la nape sikit sangat bahan dia kan.mcm tak lengkap aje...

    menyelerakan tekak saya je nengok sume tu ;)

    ReplyDelete
  8. nak nangis tgk..sedapnya..butter prawn tue mengancam..

    ReplyDelete
  9. kenapa awak tunjuk gambar makanan yang sedap2...awak tau saya sedang berdiet...waaaaa

    ReplyDelete
  10. Lyd awak mmg sangat suka buat saya terliur..!
    Dekat je Jalan Boling Padang tu ngan USJ, mlm ni nak terjah ler..hihihi

    ReplyDelete
  11. mcm menarik jertt. rege tklah mahal sgt kannnn

    ReplyDelete
  12. saya pun kurang suka makanan arab dan india..saya tak suka berempah dan berminyak.nih..

    kadang2 tengok orang makan nasik beriani dengan kuah yang berempah saya dah mual pening meloya semua ada..hahahah

    ReplyDelete
  13. harga die quite oklah... butter prawn tu nampak sedap walau bersemak hehehe

    ReplyDelete
  14. gaya macam kuat melantak je atau..

    ni gambar2 amik kat meje orang sebelah?

    hahaha

    ReplyDelete
  15. samala dgn suami saya, minat sgt nasi arab kat cyberjaya tu. (ada lyd tanya? hahaa..)

    kat bangi ada beberapa restoran cina muslim, tapi blm berani try..bila tengok awak try, rasa mcm semangat sikit.

    ReplyDelete
  16. Izwan! Ngko memang!!!! Okeh, siapa Izwan tu? mesti org SSM kan? haha.. Span tu macam batu karang pun ade tapi dengar masuk mulut sejuk bagai, adehh terbayang la pulak makan lai chi kang kat tepi jalan di Taiping di suatu ketika dulu haha. Wantan tu nampak no berminyakkan? Kena guna cleanser tu... Yg wet buttered tu adehhhh, nama je rasa cam milky gile sedap, mencik!!! Soft shell crab tu pun dah lama tingin nak makan tapi rasa cam berdosa sangat makan baby ketam yang tak sompek besar laei huhuu kannn... (ala tapi kalau dah ado depan mata ku licinkan jugak! Lepas tu sambung la nanges) Bihun goreng eh buttered prawn tu no komen. Tak nak bayangkan makan kuih raya dgn nasik. Kang wajib muntah sebaldi dua kat sini. Sayur- taknaklah komen haha. Overall harga dia okeh jugakkan? Hmmm... napok gaya memang tak merase le teman sebab pak ustad tak ske mkn chinese food huhuuu... (nak jilat gambar wet buttered chicken rice tu boleh?)

    ReplyDelete
  17. bagus... wlaupun dalam mimpi jer untuk akak makan sumer ni, tapi cara olahan dan tips osom2 tu sumer dah megubat kerinduan nak makan, siap terasa basah la tekak ngan lai chi kang nyer.

    ReplyDelete
  18. halamak....sedapnya...
    lapo weey jdnya huhuhuuu

    ReplyDelete
  19. Akak yg preggy leh tergoda apatah lg Myra, turut rasa tergoda..

    Alahai sedapnya :D

    ReplyDelete
  20. Secara otomatiknya.. saya pun terliur dan terasa lapar ketika ini.. hehe..

    ReplyDelete
  21. Perghhh!! sangat mengeliurkan...untung orang dah bekerja, boleh makan pape je..haha..tggu saya plak nnti..hah

    nie saya Silent Note yang dulu, skrang tukar ke blog lain atas masalah yang tak dapat nak dielakkan..hmm

    ReplyDelete
  22. perghhh kak!semua gambo makanan yang ditunjukkan semuanya fevret saya!!!! adoi!!!!

    salah masa pulak! trus jadi lapaarrr gilerrr!!!

    tolong tolong! XD

    ReplyDelete
  23. macam-macam makanan y lya x pnh makan lagi..xpela awk, biasalah bila berbadan 2 nafsu makan membuak.. tp jgn lupa jga pemakanan ye awk..

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum lyd...sedapnya semua yg di order tu terliur tengok...:)

    ReplyDelete
  25. iye2 betul kat sek 13 shah alamada restaurant nie.. nk pergi masuk juga ler..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...