Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Cara Pantas dan Alami Menurunkan High Blood Pressure

Sejahteralah ke atas kamu.... Dalam post sebelum ni, aku ada cerita tentang aku terpaksa bersalin awal kerana high blood pressure yang tak turun-turun. Aku masuk wad dalam 7 hari juga la. Semasa di dalam wad, aku ni bila nampak nurse usung troli blood pressure monitor tu, aku dah panik. Bila nko dah panik, tekanan darah pun otobot la naik kan? Walaupun nurse suruh aku bertenang, jangan risaukan apa-apa, jgn runsing, tapi masalahnya aku takde runsing apa pun. Cuma aku serabut kena duduk dalam wad je. Itupun syukur la nurses di PPUM tu baik2 semuanya. Mereka sangat professional dan polite, so aku memang takde la nak bertambah stress nak mikirkan perangai nurse pulak. Aku ni jenis yg jarang makan ubat. Nak kata aku ni jenis yang ikut cakap mak bidan kampung, makan ulam-ulam sangat pun tidak juga. Dah tu aku ni spesis mende? Makan ubat malas, makan makanan alami pun lebih kurang gak malasnya. Bila awak jenis yg tak berapa makan ubat, tiba-tiba bila masuk wad, awak kena makan ubat sec

Bersalin Bayi Premature Kerana High Blood Pressure

Sejahteralah ke atas kamu.... Kalau tahun 2018, aku keguguran, pertengahan tahun 2019 ni, aku pregnant sekali lagi di waktu aku macam tak expect pun. Kira punya kira, sempat pulak tu due date aku pada penghujung tahun 2019 ni. Kira macam hampir nak tercapai la cita-cita aku untuk gap umur anak-anak aku 3 tahun setiap orang. Sulung lahir 2013, yang kedua 2016 dan ketiga 2019. Bijok sifir ngat terrr. 2 kehamilan aku yang terdahulu, aku memang tak ada masalah kesihatan sama ada GDM atau BP high. Kedua-duanya bersalin normal. Cuma aku alahan teruk. Makan pun tak menentu. Pregnant kali ni, berkat doa aku yang mengharapkan nak rasa pregnant tanpa alahan, Allah makbulkan. Walaupun ada rasa loya, tapi still aku boleh makan tanpa muntah. Dan agak banyak benda yang aku berselera nak makan. Contohnya laksa Penang dan tomyam. Padahal laksa utara aku agak kureng kalau tak pregnant. Dan tomyam pun antara makanan yg aku takleh makan masa pregnant yg pertama dan kedua dulu. Boleh dikatakan kali

Orang Menjual, Aku Membeli

Sejahteralah ke atas kamu...  Kat bawah ofis aku ni ada bazaar jualan yang aku tak tau sempena apa. Mungkin sempena gaji atau sempena nak sambut raya. Over kan, raya lambat lagi. Aku ada la walk thru kat kaki lima tu tadi, memantau harga barang-barang sama ada masih di dalam kawalan ke atau di luar kawalan. Acah-acah Timbalan Menteri KPDNKK plok tetibe.  Then, aku tersinggah kat satu gerai ni. Aku ter okay? Terrr... Sebenarnya aku nak tanya je. Tapi jenis aku, kalau aku dah tanya, biasanya aku tak sampai hati kalau tak beli. Aku pernah berniaga. Walaupun tak konsisten dan barang yang aku jual pun suam2 kuku je, tapi aku faham perasaan peniaga bila orang tak beli. Memang la tak kisah kalau orang tak beli. Memang la percaya dengan rezeki Allah. Memang la boleh berfikiran positif. Tapi..... ada satu perasaan halus dalam hati yg nak kata hampa tu, hampa juga la kot, tapi bukan la hampa sampai nak memaksa. Gamaknya, sebab tu la aku memang takde bakat nak jadi peniaga berjaya

Budak Tadika Baru Nak Up

Sejahteralah ke atas kamu...... Luth dah 6 tahun. Sekejap je kan? Siapa yang memang follow blog aku daripada aku belum kahwin, sehingga aku dapat anak pertama, anak kedua (Sian budak ni, mama takde cerita sangat pasal dia di blog.) sehinggalah aku keguguran anak ke 3, akan rasa la betapa cepat masa berlalu.  Masa umur Luth 5 tahun, aku tak hantar dia ke sekolah. Aku je yang ajar dia. Kenalkan dengan huruf dan nombor. Ajar dia mengira dan mengeja. Eja pun takde kaedah phonic-phonic pun. Aku tak reti ajar ikut gaya phonic. So, Luth dah ada basic la sikit dengan akademi walaupun tak de la hebat sangat. Aku ajar basic je. Well, sebab mak ayah pun jenis yang 'ke laut'. Takde disiplin sangat, rasa nak ajar, kami ajar. Pastu ajar pun ikut dan je berapa lama. Kalau paling lama pun 1 jam. Kadang 10 minit pun jadi. Asalkan setiap hari ada la sesuatu yang aku ajar pada dia. Tahun ni, bila dia masuk 6 tahun, aku menggelupur la nak cari sekolah tadika untuk dia. Kalau ikutkan

Rezeki

Sejahteralah ke atas kamu.  Warning. Entry ini tidak bergambar. Dan panjang. Siapa rajin baca, dialah insan terpilih. Aku memang tak kaya. Setakat ini, rezeki aku cukup dan tak pernah rasa kesempitan. Walaupun duit sikit, tapi aku tetap rasa lapang. Sentiasa merasa cukup. Itu, bagi aku adalah rezeki terbesar yang Allah anugerahkan kepada aku dan keluarga.  Cuma, walaupun cukup, tapi aku tetap tidak dapat nak membantu orang lain sangat. Kalau ada kawan atau saudara yang kesusahan, aku tak dapat nak bantu banyak. Setakat bagi pinjam serat-dua rat gitu je la sokmo. Kadang-kadang dapat balik. Kadang2 memang lenyap ditelan masa je la hutang-hutang tu. Aku rasa, aku ada perangai yang sukakan perkara-perkara ajaib. Aku suka tengok atau baca kisah yang menakjubkan, keajaiban Allah. Macam kisah masjid yang terselamat semasa dilanda tsunami. Seperti kisah saudara-saudara baru yang memeluk Islam dengan keajaiban kisah perjalanan mereka untuk melafaz kalimah syahadah. Salah satu

Amazin' Graze Yang Sangat Om Nom Nom

Sejahteralah ke atas kami...eh, kamu.. Aku kalau datang angin aku malas nak breakfast , aku hanya akan makan makanan hamster. (malas tu merangkumi ; malas nak fikir nak makan apa, malas nak pergi cari kat cafe, malas nak kunyah, malas semua sekali la pendek katanya. Dan kalau nak tahu, boleh dikatakan setiap hari aku gitu (malas) kecuali weekend.)  Acah je. Takkan la aku nak makan makanan binatang pulak. Mesti la makanan manusia. (Kang tetiba kena saman 4 juta dengan Amazin' Graze sebab pitnah dia keluarkan makanan hamster.). Ini sebenarnya Hazelnut Blackforest Granola, tapi berperisa coklat yang sangat-sangat chocolaty taste. Nampak ni, gambar pada bungkusan ni siap ada gambar daun limau purut, daun kelapa dan daun pandan. Memula, Misha (jiran sebelah meja aku) yang beli di CVS Pharmacy. Aku mengecek sikit, sekali bila aku rasa, fuyyohh.. Sangatlah kena dengan 'chocolate tongue' aku ni. Sedapnyoh. Omm..Nom...nOmm... Mintak sikit lagi,.. nyom..nyom..

Anak Hitam Anak Putih

Sejahteralah Ke Atas Kamu..... Pernah sekali, aku terbaca post kawan aku di FB. Katanya, semasa dia baru sampai di rumahnya, terdengar anak sulung perempuannya menangis dari dapur. Bila diselidiki, anaknya itu mencuci muka menggunakan pencuci muka mamanya (kawan aku la mama dia) sehingga pedih mata dan menangis. Punca anak kecil itu mencuci muka bersungguh-sungguh, kerana katanya "Nak jadi putih macam mama dan adik beradik yang lain)....... Anak itu usianya masih muda (Aku tidak ingat umurnya berapa, tapi masih sekolah rendah rasanya.). Orang sekeliling selalu bertanya kenapa dia hitam, tak macam adik-adik? Kalian rasa, apa perasaan anak itu bila dibanding-bandingkan kekurangan dia dengan adik beradik yang lain. Aku yang baca status kawan aku tu pulak yang menyirap. Orang-orang ni kan..... Bila nak komen pasal orang lain, meluncur je perkataan hinaan keluar daripada mulut. Tak fikir dah perasaan orang yang dihina tu. Kalau orang dewasa yang terima kecaman pun dah rasa sed