Skip to main content

Budak Tadika Baru Nak Up

Sejahteralah ke atas kamu......

Luth dah 6 tahun. Sekejap je kan? Siapa yang memang follow blog aku daripada aku belum kahwin, sehingga aku dapat anak pertama, anak kedua (Sian budak ni, mama takde cerita sangat pasal dia di blog.) sehinggalah aku keguguran anak ke 3, akan rasa la betapa cepat masa berlalu. 

Masa umur Luth 5 tahun, aku tak hantar dia ke sekolah. Aku je yang ajar dia. Kenalkan dengan huruf dan nombor. Ajar dia mengira dan mengeja. Eja pun takde kaedah phonic-phonic pun. Aku tak reti ajar ikut gaya phonic. So, Luth dah ada basic la sikit dengan akademi walaupun tak de la hebat sangat. Aku ajar basic je. Well, sebab mak ayah pun jenis yang 'ke laut'. Takde disiplin sangat, rasa nak ajar, kami ajar. Pastu ajar pun ikut dan je berapa lama. Kalau paling lama pun 1 jam. Kadang 10 minit pun jadi. Asalkan setiap hari ada la sesuatu yang aku ajar pada dia.

Tahun ni, bila dia masuk 6 tahun, aku menggelupur la nak cari sekolah tadika untuk dia. Kalau ikutkan kepala aku, aku malas gak nak hantar dia gi sekolah tadika pun. Team flat earth sangat kan. Muahaha. Tapi aku fikir, sian pulak kang anak aku ketinggalan. Tiada pengalaman bersekolah tadika itu mungkin boleh memalukan dia. Ntah la. Aku agak je macam tu. 


Bermulalah aku mencari sekolah untuk Luth. Itu pun dah terlewat daripada sepatutnya. Aku mula mencari pada bulan Oktober, tahun lepas (2018). Sekolah pertama yang ada dalam fikiran aku ialah PASTI. Aku tak sure la, kenapa dalam mentaliti aku, aku suka silibus PASTI. Maybe sebab kos murah dan sekolah tu lebih marhaein daripada tadika swasta yang lain. Aku start google untuk cari lokasi sekolah PASTI dengan no telefon sekolah tu sekali. Ada lebih kurang dalam 10 sekolah PASTI yang berhampiran dengan rumah. Aku call semua. Malangnya, yang betul-betul dekat dengan rumah, penuh. Last PASTI yang aku call,  yang agak jauh daripada rumah je masih available. Yang itu sekali dengan daycare. Bayaran bulanan untuk sekolah dengan daycare, aku rasa macam RM320 kot. Masih lagi rendah berbanding duduk rumah pengasuh. Rumah pengasuh pun RM350.

Dalam masa yang sama, aku ada la masuk website specific kindergarten. Aku apply secara online. Tapi mostly semuanya berbunyi cengkerik sekali dengan bunyi burung gagak je. Tak response langsung persoalan-persoalan yang aku tanya. (Pertanyaan aku mesti la yang utama, berapa yuran.). Penting tu. Demi untuk memastikan kelangsungan shopping mama tidak terganggu. 

Sekolah PASTI yang jauh tu, aku dah gi confirm dah. Aku dah bayar deposit. Yuran belum bayor lagi. Aku jumpa principal dia, nampak helok. Cuma yang aku kureng sikit ialah rupa sekolah tu.... agak dhoif. Environment dia macam gloomy je. Surrounding dia aku tengok macam tak berapa secure sangat. Aku rasa, kalau aku yang kena gi sekolah kat situ, mesti aku malas nak gi sekolah. Maklum je la.. Aku ni dulu sekolah kat kampung. Kat kampung, laman, padang sekolah seluas-luasnya. Ini kalau tetibe kena sekolah kat tempat yang sempit, tak ada ruang bermain dan berlari.... rasanya tiap-tiap hari aku menangeh. Dan satu lagi masalah yang membuat aku kemurungan selama sebulan, ialah lokasinya. Jauh daripada rumah. Itu kekangan yang paling menyimpulkan minda aku. Jauh tu, kalau jalan lurus dan lengang takpe la jugak. Ini.... Dah terbayang dah, aku pergi waktu yang bukan peak hour pun, jem bagai nak rak. Bayangkan, pergi-balik aku kena lalu jem yang teruk. Uihhh.... bencinta.

Aku tak putus-putus memohon dengan Allah Taala supaya berikan aku jalan yang terbaik. (Susah rupa-rupanya nak decide sekolah tadika untuk anak ni.). Tahun depan, lagi mencabar kot, nak cari sekolah kebangsaan. Huwaaa... Tak tau nak hantar sekolah mana.....

Last sekali.... Ntah macamana.... Sekolah tadika yang kat bawah ofis aku ni, reply online application aku by email . Yuran dia mula-mula aku ingat macam mahal giler babeng.... Sekali bila aku kira-kira, agak murah berbanding Real Kids yang kat depan rumah aku. (Real Kids ni aku memang rejek awal-awal sebab daycare dia sampai kul 5 ptg je kot.). Allah beri aku ilham untuk hantar Luth sekolah yang dekat dengan ofis aku ni. Sedangkan, aku langsung tak consider pasal silibus sekolah tu, helok ke tidak. Aku cuma fikir lokasi je. Lokasi yang menyenangkan hidup aku. (kehkeh.. jangan marahhh ahh). Dan daycare dia sampai jam 7 ptg. Cuma yuran bulanan dia tu je la, memang lebih daripada double yuran rumah pengasuh. Aku tak kira dah tu semua. Bagi aku, asalkan aku senang nak hantar dan ambil anak aku dari sekolah, tak lalui jem 40 kali sehari, itu pun aku rela bayar mahal. Kata kakak aku, okay la tu,.... Cost effective. Sekolahnya pun nampak helok la juga. Sesuai la dengan yuran. Mama hanya mampu berhuhu bila bajet shopping mama terpakse dikorbankan. Tapi takpe Luth. Demi Luth. Mama rela. 

Tapi, tak kira, walaupun sekolah cantik ke, dekat dengan ofis mama ke, teachers baik ke, Luth tu kalau dia nak menangis, dia menangis je masa aku hantar dia kat pintu kaca sekolah. Tepuk dahi 6 kali. Ada sekali tu, aku laporkan kat papa dia ikut Whatsapp. "Hari ni Luth menangis". Papa dia cakap, "Oh, semalam Luth bagitau papa, esok Luth nak nangis la.". Sekali betul-betul dia buat. Tepuk dahi lagi sekali. 😳.


Comments

  1. aduhaii..pantas masa berlalu!
    saya ni kenal Lyd sebelum ada Luth. Ni tetiba Luth dah 6 tahun! ^__^

    ReplyDelete
  2. wahhh... dah masuk tadika dah luth. anak aku insyaAllah hantar tahun depan, walaupun umur baru 5 tahun. bagi bergaul sket ngan orang lain. kalau tak, asyik memerap je kat rumah dengan ibu dia.

    ReplyDelete
  3. Cepat kan masa berlalu dah sekolah dah Luth.

    hehehe.. boleh pulak dia rancang nak menagis hari esok ye..

    Amsyar memula dia tak nangis tapi nampak cuak juga muka dia sebab ramai kawan dia menangis. Masalah Amsyar suka tidur dalam kelas 2 kali dah pi sekolah tak belajar tidur sampai habis kelas. Adui guru besar dah tegur suruh dia tidur awal.

    ReplyDelete
  4. aahkan..tak sedar masa berlalu...rasanya masa memula koi folo blog lyd ni...Lyd bujang bujang lagi. sekarang sama sama kita membiak dan berkembang dengan jayanya

    ReplyDelete
  5. Hahaha aduhh semangat baca.. Part last sy tepuk dahi juga. Lawak la luth siap bgtau esok nak nangis. Hahaha. Sebenarnya biasa je budak menangis..semenatara nk biasa. Lgpun luth pertama kali kan sekolah.ambik masa juga.sekarang dh ok kan dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya