Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Rahsiakan Kerana Ingin Menjaga Hati?

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku terfikir tentang ini sejak dulu, cuma baru sekarang aku rasa nak tulis. Bukan apa, sebab isu ni tak penting, tapi macam sesaje nak membebel.  Semua orang ada rahsia. Sama ada rahsia besar atau kecil. Kadang-kadang, apa yang kita rahsiakan daripada orang, bukanlah sesuatu perkara yang sepatutnya dijadikan rahsia, tapi kita pilih untuk rahsiakan. Contohnya tentang perkahwinan, kehamilan, naik pangkat atau sebagainya. Opps..Ini tiada kaitan dengan sorang retis yang rahsiakan perkahwinan beliau dengan suami orang tu ye. Langsung takde kaitan. I promise. Aku faham setiap orang ada reason yang tersendiri merahsiakan sesuatu. Tapi dalam konteks yang aku nak cerita ni ialah rahsia yang dirahsiakan tu reason dia hanyalah kerana, "Nak menjaga hati dia" atau "sebab taknak dia terasa". Aku bagi contoh ye [ni situasi aku reka je ye, takde kaitan dengan awok pun]. Aku ada kawan baik. Aku kahwin dulu daripada dia..... 5 tahun aku kahw

My Beauty Regime

Sejahteralah ke atas kamu... Tajuk tu mesti la taknak kalah. Walaupun aku bukan instafemes mahupun hijabistas, tapi aku nak share juga la mekap yang aku pakai. Okay sebelum tu nak declare dulu, aku ni bukan kaki mekap. Tak reti mekap. Dan tak kisah dengan jenama mekap. Aku beli sekadar untuk, 'asal boleh je', janji ada. Alat make up yang aku ada pun hanya bedak/compact powder, cushion foundation, lipstick, blusher(ni pun orang bagi) dan eyebrow-liner. Sahaja. Aku ada eye shadow tapi warna hijau dan bronze je, jarang sangat pakai. Lipstick pun aku ada 2 je. Satu jenis glossy, satu lagi jenis ikut warna darah. Jenama pun yang biasa-biasa je beli kat Watson/Guardian. Maybelline. SilkyGirl. Tu je la.  Dalam post ni, aku nak share pasal cushion foundation yang aku pernah beli dan pakai. But still, jenama biasa-biasa je. Ye la. Aku ni bukan orang kaya. Rakyat marhaein je.  Ada 5 jenis cushion foundation yang aku pernah guna; 1. Bio Aqua France Snow BB Cream

Pemudah Kehidupan

Sejahteralah ke atas kamu... Beberapa tahun dulu, sebelum aku berkahwin aku pernah membuat pengakuan kepada tunang aku (sekarang suami la), bahawa aku ni malas menyapu (sampah, habuk, semua la). Aku tanya dia, betul-betul ke nak kahwin dengan aku ni? Confirm ke ni? Muktamad ke? Muktamad 100% ke dah keputusan ni? Taknak guna talian hayat dah ke? Then tunang kata, takpe, demi aku, kalau aku malas menyapu, dia sanggup menyapu. So, nanti lepas dah kahwin, rumah biar dia sapu. Eh, ni serius tau. Aku, dalam banyak-banyak kerja rumah, aku paling tak suka menyapu. Berbeza kan dengan kebanyakan perempuan lain. Biasanya orang perempuan malas atau paling tak suka lipat baju betul tak? Atau pun iron baju, kan? Kan? Aku pulak lipat baju aku suka je. Cuma sama ada sempat dengan tak sempat je nak lipat sekarang ni. Bagi 4 tambun baju pun, insyaAllah aku sanggup je lipat asalkan ada orang jaga anak dan kena bagi aku fokus dok diam2 lipat baju-baju tu, jangan ada interruption. Takde entertainmen

Egg Sandwich with Lingonberry Jam

Sejahteralah ke atas kamu...   Kalau korang tengok fizikal aku, korang akan otometik tau yang aku ni mesti ada banyakkkk faveret food. Tengok lengan sado ni pun dah tau aku ni kuat makan. Salah satu feveret food aku ialah caviar. Ceh. Palaho la caviar. Rasa pun tak pernah, tetibe nak masuk list feveret food plak. Ok, jangan memain. Feveret food yang aku maksudkan tu ialah sandwich telur. Ye. Simple je taste aku. Lebih favourable skali kalau aku guna roti Patha*. (*roti Patha ni bukanlah roti berasal daripada pantai timur. Takde kena mengena pom. Ini roti yang bai roti jual. Kira macam roti Benggali juga la.). Aku sebenarnya dah boring makan roti Gardenia. Amboih, gaya bercakap tu macam kufur nikmat je. Tapi, takde lah. Aku bukan la tak makan langsung roti Gardenia, cuma aku lagi prefer roti murah yg kering dan ringan. Husband aku tetap setia dengan Gardenia dia. So, kalau aku nak buat sandwich, aku akan beli 2 jenis roti la. Roti aku dan roti husband aku. Pastu end up, roti gardenia

Blue Tea (Butterfly Pea Flower Tea)

Sejahteralah ke atas kamu..... Kan cuti raya haji baru-baru ni. Aku sudah semestinya balik ke kampung. Kesan yang paling rutin selepas balik dari kampung ialah demam. Batuk. Selsema. Dah macam free gift plak ye. Dengan setiap kepulangan ke kampung, percuma demam, batuk dan selsema. Dapatkannya segera, tanpa ragu-ragu. Aku biasanya kalau kena batuk memang lama. Paling cepat sembuh seminggu. Biasa mestinya 2 minggu. Minggu sebelum cuti raya haji, kat ofis aku ada open order Teh Biru. Aku tak beli. Aku bercadang hanya nak mengecek sikit je dengan kawan-kawan aku yang beli. Kekeke. Nak rasa je. Bukan nak buat mentekedarah pun. Harap kawan-kawan aku tak berkira la dengan aku bila aku mintak sikit. Owh, untuk pengetahuan chuolls, kat ofis iolls ni ada satu group WhatsApp khas untuk bershopping. Konon macam ala-ala JPO, MPO dan GPO. So kami bagi nama group tu  =  S** Premium Outlet. Ringkasannya jadi SPO. Cool kan?  So, bila aku masuk ofis semalam, dengan batuk dan selsema.

Cendawan Goreng Tepung Rangup

Sejahteralah ke atas kamu.... Seperti yang pernah aku katakan di dalam post sebelum ini, aku.... sebagai isteri, aku memang cuba untuk memasak setiap hari. Walaupun.... cubaan itu hanyalah sekadar niat di dalam hati. Kot-kot la kitchen utensils boleh bergerak dengan sendiri, kelip je mata terus terhidang asam pedas di atas meja makan. Seronok sungguh la hidup kalau boleh memasak pakai niat je. Huhu..  Aku harap hasben aku okay dengan kemalasan aku ni. Aku harap, beliau tidak menyimpan di dalam peti la perasaan bengang dengan isteri yg tak berapa konsisten memasak macam aku nih. Kalau aku memasak, salah satu lauk yang kerap aku sediakan sekarang ialah cendawan goreng tepung. Kerap tu maksudnya macam setiap kali masak kot. Sebab ada sorang budak cikedis tu, kalau aku tak buat cendawan goreng tepung yang rangup crunchy tu, dia akan request. Budak cikedis tu si Luth la. Dia kalau makan benda-benda yang rangup, tak kira la kerak tepung ke, ayam goreng ke, keropok keping ke, se

Cabaran Melatih Anak Berak Di Toilet

Sejahteralah ke atas kamoos... Ye la. Tajuk tu agak kasar bahasanya. Saje je pilih tajuk yang catchy. Biar meronta-ronta perasaan pembaca nak membacanya. Gitchew ye sayam-sayam semua. Eh, terfeeling Dato' Vida Ayam Mi plak...... Anak sulung aku umurnya 4 tahun. Tahun depan nak sekolah dah. Walaupun aku belum decide nak hantar sekolah mana, tapi aku perlu memastikan dia diaper-free by the time dia menjejaki kaki ke pintu pagar sekolah tadika dia tu nanti. Sekarang ni belum diaper-free lagi. Aku memang tak salahkan dia juga. (Nampak tak ciri-ciri mak yang suka membela anak. Anak kauuu je la yang betul, anak kauuu je la yang baik, pandai segala. Kwang..kwang..). Aku tak salahkan dia sebab memang aku tak latih dia untuk menuju ke 'nyahtinja tanpa memakai diaper'. Waktu yang sepatutnya dia belajar untuk tak pakai diaper tu (Umur 3 tahun), aku tengah pregnant anak kedua, aku terlalu mabuk untuk melatih seorang kanak-kanak yang innocent untuk membuang kumbahan ke di toile

Ketulan Di Bawah Ketiak

Sejahteralah ke atas kamu.... Aku berfikir panjang untuk buat keputusan sama ada nak cerita benda ni atau pun tidak di blog. Sebab bagi aku, perkara ini sangat personal dan agak tebal muka kalau nak publishkan hal dalam baju kat orang. Tapi aku rasa untuk perkongsian ilmu, boleh la aku share.  Sejak beberapa tahun dulu, aku perasan aku ada ketulan di ketiak (sebelah je). Sejak bujang dulu lagi. Tapi mula-mula kecik dan hanya muncul setiap kali datang haid. Lepas haid habis, ketulan tu hilang.  Sejak aku berkahwin dan kemudian aku mengandungkan anak pertama, ketulan tu semakin membesar dan kadangkala rasa sakit dan ketulan tu memang dah stay kat situ. Tak hilang-hilang dah. Rasa sakit tu macam rasa berdenyut dan macam bisa. Tapi kadang-kadang je sakit. Kadang-kadang tak sakit. Aku perasan waktu sakit tu bila aku period. Ketulan tu dia bukan keras, tapi dia macam lembut je dan tak firm. Agak lama juga la ada ketulan ni. Sehingga la tahun ini semasa bulan Ramadhan baru-ba