Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

Blog Refresh

 Sejahteralah ke atas kamu... Aku baru tukar theme blog aku ni. Sebelum ni gambar LadyBug 3 beranak tu dah berzaman aku tak tukar.  Simpan sini la buat kenangan. Hari ni blog dah bertukar wajah. Tapi still juga tak cantik pun. Aku dah umo 42 ni , baru aku sedar yang aku ni tak berbakat seni pun. Selama ni aku syok sendiri je ingatkan aku ni seorang yang berseni. [umo aku sebaya Che Puan Sarimah Ibrahim hokei. Tapi dia tak aging, macam elves, aku pulak dah nampak mcm Gandalf.]. Sungguh aku pening nak edit theme blog aku ni. Terkial-kial nak cari kat mana setting, kat mana nak masuk gambar, kat mana nak masuk widget. Apoooo? Lepas ni kalau blog nampak hambar je, pastu tak update pulak tu, combo terus la jadi blog terpaling hambar, percuma air dan fries lagi.  Aku kan..... Bila dah mula update blog semula ni, bila ada geng bloggers aku yg lama-lama dulu masih datang melawat dan komen, walaupun hanya 3 org, aku rasa bersemangat api semula nak selalu update blog. Ujie Othman  dan  Azian Kha

Trend Camping

 Sejahteralah ke atas kamu.... Disclaimer: Pendapat yang aku tulis ni, hanya untuk diri aku sahaja ye. Tidak termaktub ke atas diri orang lain. Jadi, pendapat aku  mungkin akan ada percanggahan dengan pendapat korang. Harap berlapang dada meraikan perbezaan. Sekarang aku tengok ramai betul orang suka camping. Seronok je tengok orang camping, bawak anak-anak main dengan nature. Happy je tengok anak-anak mandi sungai. Aku ni suka juga nature, tapi aku pemalas. Aku jenis tak berapa minat benda-benda yang meyusahkan aku. Dulu kan, masa sekolah.... aku memang tak minat langsung camping. Kalau kena pergi camping, kawan-kawan lain melompat kegembiraan. Aku sorang je tak melompat. Sebab aku tak suka tau peluh-peluh, nak mandi susah, nak tukar baju susah, khemah pulak masa tu memang panas. Dia kalau panas tu aku boleh tahan lagi. Tapi panas khemah dia macam berkuap. Habis kepam baju-baju semua. Aku lemas. Dan yang paling susah bagi aku, ialah susah nak berak time pergi camping. Aku cerita ni pa

Kuat Makan Manis

Sejahteralah ke atas kamu. Sebenarnya aku ada kerja ni, tapi aku curi masa jap nak taip blog. Aku pencuri. Pencuri hatimu. Ahh gituuu [kena baca ikut nada Sajat sekali dengan pakej Sajat ketawa].  Favourite ni. Kalau ikutkan selera, 4 ketul pun aku boleh habiskan. Kalau aku berenti makan pun hanya sebab aku fikir kesihatan je. Ingat senang ke nak berenti makan coklat. Ohhh, pastu gambar tu, bodo je kan, tak reti ambik gmbr. Hahahah.  Aku rasa aku susah nak turunkan berat badan sebab aku memang suka makan manis. Kalau ada orang share tips nak kurus dan dia suruh skip air manis, memang dengan aku tak menjadi la tips tu. Sebab aku memang air manis aku kureng. Jarang sangat aku minum air manis. Tapi kalau makan manis, aku memang angkat tangan dulu la. Bukan angkat tangan tanda surrender tau, tapi angkat tangan nak volunteer nak tolong makan. Actually, ada banyak makanan manis yang aku dah rasa takleh terima dah tahap manis melampau dia. Contoh macam kek ke, brownies ke. Tapi kalau coklat..

Ranjau Di Jalanan.

  Sejahteralah ke atas kamu.... Hasben aku pernah jadi perokok tegar satu masa dulu, long before, sebelum aku jumpa dia semula (kami satu sekolah tapi tak berkawan pun, apatahlagi nak keep in touch, sampai la jumpa semula after 10 years.) Kiranya, sewaktu aku kenal dia bila dah dewasa ni dia dah quit smoking la. Jadi, aku tak sempat la nak melalui jaman mulut dan tangan dia berbau asap kepuk-kepuk kepam-kepam tu. (dah macam bunyi kompang pulak kan).  Ini salah satu perkara yang aku sangat bersyukur dan sangat appreciate tentang hasben aku. Takde la. Bukan la nak puja suami sendiri, tapi lebih elok la daripada aku puja suami orang. Eh tibe. Maksud aku, bukan la aku nak up-up and away kan laki aku tuh. Aku bukan la sejenis nak berlagak tak tentu hala. Aku humble tau. (tekup mulut dgn tangan tanda tersipu.). Sekali-sekala aku nak up cerita pasal suami aku, maafkan la aku ye.  Aku sebut pasal isu merokok sebab aku nak kaitkan dengan apa yg aku nak cerita hari ni....... menurut kajian saint