Sejahteralah ke atas kamu....
Disclaimer: Pendapat yang aku tulis ni, hanya untuk diri aku sahaja ye. Tidak termaktub ke atas diri orang lain. Jadi, pendapat aku mungkin akan ada percanggahan dengan pendapat korang. Harap berlapang dada meraikan perbezaan.
Sekarang aku tengok ramai betul orang suka camping. Seronok je tengok orang camping, bawak anak-anak main dengan nature. Happy je tengok anak-anak mandi sungai. Aku ni suka juga nature, tapi aku pemalas. Aku jenis tak berapa minat benda-benda yang meyusahkan aku. Dulu kan, masa sekolah.... aku memang tak minat langsung camping. Kalau kena pergi camping, kawan-kawan lain melompat kegembiraan. Aku sorang je tak melompat. Sebab aku tak suka tau peluh-peluh, nak mandi susah, nak tukar baju susah, khemah pulak masa tu memang panas. Dia kalau panas tu aku boleh tahan lagi. Tapi panas khemah dia macam berkuap. Habis kepam baju-baju semua. Aku lemas. Dan yang paling susah bagi aku, ialah susah nak berak time pergi camping. Aku cerita ni pasal camping zaman dulu tau. Masa aku sekolah-sekolah dulu.
Ye, aku sedar fasiliti perkhemahan zaman sekarang memang dah banyak improve. Kalau isu pasal susah nak berak tu, sekarang dah banyak campsite yang okay, yang sediakan toilet yang tahap 'boleh la'. Cuma kalau untuk aku, aku rasa aku masih lagi belum terbuka hati nak pergi camping.
Aku memang kagum , tabik spring dan respect habis la dengan geng-geng yang rajin pergi camping ni. I wonder, mana dierang dapat kerajinan dan semangat untuk camping tu. Aku ni, takleh bayangkan nak mengemas peralatan camping, khemah, fly sheet, alatan memasak, tilam angin atau sleeping bag, dengan baju-baju lagi. Aku berkemas nak pergi hotel pun dah macam nak hangkut satu rumah kalau boleh. Ini pulak nak duduk kat dalam hutan. Pastu yang aku rasa lagi tumpul perasaan nak pergi camping ni sebab sebelum boleh landing lepak2 baring2 santai2 tu, kita kena pacak khemah dulu, set up tempat tidur, kena unpack barang-barang, cucun-cucun, macuk dalam bekal umar gi kul, pastu macuk stobeli kolat, pastu ibu goreng telur, cucun-cucun lagi, patu nyam nyam. Ish.. malas la aku. Takde kerja cari kerja namanya. Walaupun kalau betul-betul pergi camping, yang akan buat tu semua ialah hasben aku, aku boleh relax je tunggu dalam kereta sambil pakai inai. Hasben aku pulak tak minat nak pergi camping. Maybe dia sendiri pun tahu yang last sekali yang akan paling penat nanti ialah tidak lain tidak bukan, diri dia sendiri. Maklumla kan... Anak-anak kecik lagi. Nak harap anak-anak tolong, setakat angkat-angkat barang je la. Nama nak tolong pacak khemah ke, mmg aku tak yakin.
Mana la tau kan... satu hari nanti, bila anak-anak dah besar sikit lagi, baru la rasa confident sikit untuk kiterang pergi camping. Tapi by the time anak-anak dah besar, aku pulak yg dah tua. Kang orang kata, "wahh hebat la nenek ni, dah warga emas pun rajin pergi camping.".
Eh, tapi sebenarnya aku teringin nak pergi camping. Maybe aku kena start dengan glamping la kot. Tapi glamping mahal dow. Kalau tak mampu, aku cari la campsite yang ada chalet. Hahah. Dah tu, bukan namanya camping la pulak. At least aku kena ajar la anak-anak aku yang ajet-ajet macam budak bandar tu berkomunikasi dengan alam semulajadi. Pulak tu sekarang dah nak akhir zaman, bencana boleh terjadi bila-bila masa. Aku rasa memang perlu ada kemahiran survival juga kita manusia ni.
Aku kalau ada plan nak beli tent pun, hanya sebab nak beli untuk prepping. Aku ni prepper tau. Teori konspirasi sangat ni. Tapi aku belum beli la. Basikal pun aku plan nak beli, tapi belum beli. Dah tu prepper apanya kalau gitu? Hahah. Meh beli Kembara Food dengan aku meh.
Gais, serius aku cerita ni hanyalah pendapat aku. Aku mintak sorry naik lorry tau kalau korang tak sependapatan. Untuk yang otai-otai camping tu, cuba nasihatkan sikit aku ni, bagi aku reti dan rajin sikit nak gi camping. Sebab aku rasa keinginan tu ada cuma belum betul-betul bersungguh.
Kita gengg...paling apa-apa mesti first fikir toilet dulu. Pastu paling penting tak rajin kihkihkih...Sama jugak bab jalan tidur hotel, kalau boleh satu rumah nak hangkut hahaha
ReplyDeleteNampak sgt kita kuat berak kan? Eh tak tak... kita rajin mandi. Sentiasa harum mewangi.
DeleteSuami saya suka nau camping² ni.. asal nak mandi sungai or gi pantai, dia sibuk nak bawak khemah, bawak dapo, segala mcm benda la. Hahaha. Kalau sy, sama pendapat macam awak. Penat nak setting n kemas balik. Malas pun ye saya ni. Hahaha
ReplyDeleteKalau pergi pantai atau sungai utk piknik tu okay lagi kot. Itu pun kalau makanan bawak yg dah siap, takyah bakar2 kat tempat kejadian. Tapi tetap jugak la kena guna kudrat utk pasang khemah. Aih... sama la sis, saya pun malas. Fikir pun malas, belum lagi nak kena buat betul2.
DeleteSama lah... takde kerja lah nak camping. Pergi chalet aje pun maknya penat. ni nak camping.
ReplyDeleteAku pun tak minat sangat camping. Seumur hidup baru sekali je camping. Tu pun zaman matrikulasi.
ReplyDeleteSaya minat, memang camping sejak dari zaman U. Zaman takde duit, pakai apa ada je. Jauh beza dari cara camping orang zaman sekarang.
ReplyDeleteDah tua2 ni camping gak, tapi baru dua kali jelah. Hahah. Sebab bukan rajin sangat pun nak susah payah macam muda2 dulu. Pergi sesekali buat lepas rasa teringin je. Tu pun aritu, suami la yang pasang khemah, suami yang masak. Kita tukang kemas, foto sana sini, termenung tengok sungai…eh, menikmati alam!