Skip to main content

Blog Refresh

 Sejahteralah ke atas kamu...


Aku baru tukar theme blog aku ni. Sebelum ni gambar LadyBug 3 beranak tu dah berzaman aku tak tukar. 


Simpan sini la buat kenangan. Hari ni blog dah bertukar wajah. Tapi still juga tak cantik pun. Aku dah umo 42 ni , baru aku sedar yang aku ni tak berbakat seni pun. Selama ni aku syok sendiri je ingatkan aku ni seorang yang berseni. [umo aku sebaya Che Puan Sarimah Ibrahim hokei. Tapi dia tak aging, macam elves, aku pulak dah nampak mcm Gandalf.].

Sungguh aku pening nak edit theme blog aku ni. Terkial-kial nak cari kat mana setting, kat mana nak masuk gambar, kat mana nak masuk widget. Apoooo? Lepas ni kalau blog nampak hambar je, pastu tak update pulak tu, combo terus la jadi blog terpaling hambar, percuma air dan fries lagi. 

Aku kan..... Bila dah mula update blog semula ni, bila ada geng bloggers aku yg lama-lama dulu masih datang melawat dan komen, walaupun hanya 3 org, aku rasa bersemangat api semula nak selalu update blog. Ujie Othman dan Azian Khalil masih konsisten lagi update blog. Saspek betul la. [Baca respek]. Si Aswadz ni ntah bila dia nak update blog. Cepat la bro. Sis nak baca berita terkini ni.


Sekarang ni aku rasa ramai orang dah tak layan blog. Sebab semua dah pindah ke Instagram dan Tik Tok. Aku pun ada IG dan Tik Tok. Memang leka kalau dah start masuk sana. Tak update content pun, hanya tengok content orang pun aku dah macam boleh berjam-jam scroll IG dan Tik Tok. Pendek katanya, sejak ada makin banyak media social dalam alam fana ni, makin merudum prestasi aku sebagai isteri dan ibu mithali. Baju 4 bakul tak lipat tu macam istikomah je dalam bakul tu.  Lagi konsisten baju tu bertapa dalam bakul berbanding tahap istikomah aku solat tahajjud. Ishh teruk. 


Kalau korang sezaman dengan aku, mesti sempat dengan Friendster, My Space. Pastu kalau email yg paling femes time tu ialah Hotmail. Sekarang, semua yang aku sebut tu dah ke alam barzakh. Lingkup habis. Tak nampak sisa dah ni. Bila tengok nasib social media yang aku sebut kat atas tu tadi, menurut ilmu makrifat aku, Blogger ni pun dah tak lama juga nak tutup. Jadi, sementara masih lagi available ni, aku cuba la memeriahkan industri blogging tanahair. Ye la. Sian pulak ilham banyak tapi takde tempat nak salur. Kang aku jadi anxiety ke panic attack kang, sape yang susah? Kain baju dalam bakul juga yang susah takde orang nak tolong lipat. [Padahal kan, nak tau rahsia... Hasben aku tu banyak kali dah minta nak lipatkan baju tu, aku tak kasi. Sbb aku sebenarnya suka lipat baju. Cuma aku tak sempat. Banyak sangat account TikTok dan IG yang aku nak kena cover ni. Nasib baik dah tau siapa Rehan. Begitu syulit, mencari Raihan. 


Okay la. Cukup la untuk hari ni. Aku bz hari ni. Sokmo la gitu. Time aku bersemangat nak update blog, time tu la aku jadi tak sempat nak update sebab banyak kerja. K dahhh...



Comments

  1. Tetiba kena seru. Hahaha... Zaman aku update blog dah berlalu. Blogwalking je sekarang ni. Blogger ni rasanya kalau nak lingkup pun, lambat lagi. Sebab blog ni dah jadi macam website. Ada information yang kadang2 orang cari. Content travel Melaka blog aku tahun 2012 pun tiba2 jadi popular kejap kat blog aku.

    ReplyDelete
  2. Aok down ke?? Eh..apasal koi macam tak tau tik tok aok.

    ReplyDelete
  3. Saya tua 2 tahun dari Lyd. Tapi takpelah..takyah akak akak la ya, kasi can saya rasa muda…hahah!

    Saya pun excited tengok Lyd buat come back. Kadang, memang terasa rindu zaman blogging dulu dulu.

    Saya sejak tak meniaga tudung, barulah boleh aktif blogging. Seronok menulis, jadi satu kenangan masa akan datang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya