Sejahteralah ke atas kamu...
Selepas mengambil Luth dari rumah pengasuh, aku terus bawa Luth ke taman.
Mula-mula dia main gelongsor. Lepas tu main buaian. Selalunya buaian yang dia main, jenis buaian yang untuk baby. Yang ada hadang kat sekeliling buaian tu. Yang macam cawat besar tu. Korang dapat imejing tak? Tapi semalam ada baby yang lebih kecil sedang menggunakan buaian cawat tu, maka aku letakkan Luth pada buaian biasa.
Memang la nampak Luth agak kekok sebab dia kena imbang badan. Dia tu badan tak berapa keras sangat lagi. Masih goyah. Aku hayun buaian Luth dengan berhati-hati, tetapi walaupun berhati-hati, tangan aku yang menghayunkan buaian ni mampu menggoncang dunia hokey. Eh tetibe.
Tiba-tiba Luth cakap, "Abang Amin". Abang Amin tu ialah kawan yang tinggal bersama dia di rumah pengasuh. Aku terus tanya, "Mana?". Luth tunjuk la Abang Amin dia. Perhatian aku teralih sekejap masa tengah cari Abang Amin Luth, sampai aku terlupa yang aku tengah hayun buaian yang tiada gelung penghadang tu.
Bila aku sedar, aku pandang Luth, dia dah tertumus atas simen. Bila dia angkat muka, aku tengok berkicap bibir dia. (baca: berdarah). Aku terus panik. Tengok darah pada anak yang lemah lembut dan sopan santun macam tu lagi la aku panik. Aku terus dukung dia. Pastu aku kata jom balik, sambil berjalan meninggalkan taman.
Luth terus menangis meraung-raung, kuat gile babeng. Aku peluk dia, pujuk-pujuk pastu dia tetap menangis. Aku lagi la panic room. Dah lintas jalan pun dia masih lagi menangis. Dalam hati aku ni, memang rasa bersalah sangat. Rasa terkilan sebab cuai. But then aku baru perasan dia sebut, "taman! taman! taman!" masa tengah menangis tu. Maksudnya dia bukan menangis tu sebab jatuh mahu pun kesakitan. Sebaliknya dia menangis sebab marah aku bawa dia balik. *bergolek-golek aku ke tanah*..
Lepas dah balik, senang je pujuk. Aku buat lawak kederat pun dia dah ketawa semula. Syukur alhamdulillah takde apa-apa pun dia. Aku ni memang mak yang cepat panik. Haih. Macamana la nak suruh Luth jadi lelaki macho yang kuat dan gagah perkasa. Jatuh buaian sikit pun aku dah terlebih protecting dia.
Heheh. perangai mak memang macam tu. Kadang2 terlebih protective.
ReplyDeleteeh, tapi ada je yang keras hati sikit, nak anak rasa kesusahan hidup. Nanti anak besar sikit, kita akan lalui fasa-fasa tu :)
BTW, jemput singgah blog saya ANAKSIHAT
ololo.. kesian luth.. mama nih nak kena nih buat luth.. hehehehe
ReplyDeleteHahaha...biasala...aku pun pernah ...terlepas anak...dah ramai2 tu..aku lupa anak kecik aku belom pandai berdiri.
ReplyDeletelyd, luth aku dahi dah berparut. 2 kali terbelah..
ReplyDeleteadoi. TApi Luth kental, tengok dia nangis sebab tak mo balik umah jer, mak dia jer yang risau sedikit kann. I pulak kalau anak jatuh tepuk2 tangan gelak2 orang tengok pun apakesengal mak budak ni :p btw kalau Jelita jatuh, just promise to put bandaid tu dah ok dah dia.. tak perlu letak pun, just say it dah memadai hahaha.
ReplyDeletecian luth..mak nya salah tafsir ye... :-))lebih peka lain kali k
ReplyDeleteHehehe....sian Luth..boleh main buai kejap je...ngeeee
ReplyDeletePanik tu biasa tp akan kurang panicking kalau tau xde org nk bantu. Huhu... Akak lettew. Kalau husben keje mlm & anak2 skt ke, mak akan auto jdk x brp nk panik sbb tkt anak lain pn panik jgk.
ReplyDeletekesian luth dapat main kejap je, pastu ibu dia bawak lari...
ReplyDeleteyelah..dlm kita berhati2 terlepas pandang juga. cabaran buat luth dlm proses pembesaran..
ReplyDeleteHehehe...lawak betul...luth comei jek..
ReplyDeleteMak dia panik sgt ek
alahai sian luth
ReplyDeletedah oke ke
alolo sian luth.. pengalaman tu Lyd.. Amsyar yang kecil tu pun pernah jatuh jongkang-jongkit.. itu pun kes lepas pandang.. si Intan punya kerja.. bahagia mulut ngan hidung tersagat dua hari mama dia kena marah ngan maktok..
ReplyDeletelebih berhati-hati lagi mbak :D
ReplyDeleteJadi mak memang macam tukan. Ada kalanya protective tak kena tempat :)
ReplyDeleteKira you baik jugalah. Anak-anak I kan, baru aje nak panjat I dah terjerit-jerit suruh turun. Anak-anak I tak naik buaian macam tu, Lyd. Sebabnya mak depa ni kalau menjerit tak ingat itu public area. Bapanya buai anak laju-laju sampai anak menjerit, pun kena jerit dengan I. Takut anak jatuh buai! Nak senang, semua tak mahu naik buai! Jimat tenaga I menjerit, selamat gegendang telinga mereka bergegar mendengar jeritan!
siannyer lutfi., namapenuh mestila panjang mak kann ;p
ReplyDeletesaya lambat panik tapi kalau nampak darah aje memang panik
ReplyDeletebiasalah kan naluri mak-mak ni kan
ada tergigit bibir sampai darah pun saya dah rasa nak bawa hospital
benda lain tak apa lagi, darah memang buat saya lemah la
Start your day with a morning full of joy? Thank you for the information and we will wait for more information
ReplyDelete