Skip to main content

Kecelakaan Semalam

Sejahteralah ke atas kamu...

Selepas mengambil Luth dari rumah pengasuh, aku terus bawa Luth ke taman. 

Mula-mula dia main gelongsor. Lepas tu main buaian. Selalunya buaian yang dia main, jenis buaian yang untuk baby. Yang ada hadang kat sekeliling buaian tu. Yang macam cawat besar tu. Korang dapat imejing tak? Tapi semalam ada baby yang lebih kecil sedang menggunakan buaian cawat tu, maka aku letakkan Luth pada buaian biasa. 

Memang la nampak Luth agak kekok sebab dia kena imbang badan. Dia tu badan tak berapa keras sangat lagi. Masih goyah. Aku hayun buaian Luth dengan berhati-hati, tetapi walaupun berhati-hati, tangan aku yang menghayunkan buaian ni mampu menggoncang dunia hokey. Eh tetibe.

Tiba-tiba Luth cakap, "Abang Amin". Abang Amin tu ialah kawan yang tinggal bersama dia di rumah pengasuh. Aku terus tanya, "Mana?". Luth tunjuk la Abang Amin dia. Perhatian aku teralih sekejap masa tengah cari Abang Amin Luth, sampai aku terlupa yang aku tengah hayun buaian yang tiada gelung penghadang tu. 

Bila aku sedar, aku pandang Luth, dia dah tertumus atas simen. Bila dia angkat muka, aku tengok berkicap bibir dia. (baca: berdarah). Aku terus panik. Tengok darah pada anak yang lemah lembut dan sopan santun macam tu lagi la aku panik. Aku terus dukung dia. Pastu aku kata jom balik, sambil berjalan meninggalkan taman.


Luth terus menangis meraung-raung, kuat gile babeng. Aku peluk dia, pujuk-pujuk pastu dia tetap menangis. Aku lagi la panic room. Dah lintas jalan pun dia masih lagi menangis. Dalam hati aku ni, memang rasa bersalah sangat. Rasa terkilan sebab cuai. But then aku baru perasan dia sebut, "taman! taman! taman!" masa tengah menangis tu. Maksudnya dia bukan menangis tu sebab jatuh mahu pun kesakitan. Sebaliknya dia menangis sebab marah aku bawa dia balik. *bergolek-golek aku ke tanah*..

Lepas dah balik, senang je pujuk. Aku buat lawak kederat pun dia dah ketawa semula. Syukur alhamdulillah takde apa-apa pun dia. Aku ni memang mak yang cepat panik. Haih. Macamana la nak suruh Luth jadi lelaki macho yang kuat dan gagah perkasa. Jatuh buaian sikit pun aku dah terlebih protecting dia. 




Comments

  1. Heheh. perangai mak memang macam tu. Kadang2 terlebih protective.

    eh, tapi ada je yang keras hati sikit, nak anak rasa kesusahan hidup. Nanti anak besar sikit, kita akan lalui fasa-fasa tu :)

    BTW, jemput singgah blog saya ANAKSIHAT

    ReplyDelete
  2. ololo.. kesian luth.. mama nih nak kena nih buat luth.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. Hahaha...biasala...aku pun pernah ...terlepas anak...dah ramai2 tu..aku lupa anak kecik aku belom pandai berdiri.

    ReplyDelete
  4. lyd, luth aku dahi dah berparut. 2 kali terbelah..

    ReplyDelete
  5. adoi. TApi Luth kental, tengok dia nangis sebab tak mo balik umah jer, mak dia jer yang risau sedikit kann. I pulak kalau anak jatuh tepuk2 tangan gelak2 orang tengok pun apakesengal mak budak ni :p btw kalau Jelita jatuh, just promise to put bandaid tu dah ok dah dia.. tak perlu letak pun, just say it dah memadai hahaha.

    ReplyDelete
  6. cian luth..mak nya salah tafsir ye... :-))lebih peka lain kali k

    ReplyDelete
  7. Hehehe....sian Luth..boleh main buai kejap je...ngeeee

    ReplyDelete
  8. Panik tu biasa tp akan kurang panicking kalau tau xde org nk bantu. Huhu... Akak lettew. Kalau husben keje mlm & anak2 skt ke, mak akan auto jdk x brp nk panik sbb tkt anak lain pn panik jgk.

    ReplyDelete
  9. kesian luth dapat main kejap je, pastu ibu dia bawak lari...

    ReplyDelete
  10. yelah..dlm kita berhati2 terlepas pandang juga. cabaran buat luth dlm proses pembesaran..

    ReplyDelete
  11. Hehehe...lawak betul...luth comei jek..
    Mak dia panik sgt ek

    ReplyDelete
  12. alolo sian luth.. pengalaman tu Lyd.. Amsyar yang kecil tu pun pernah jatuh jongkang-jongkit.. itu pun kes lepas pandang.. si Intan punya kerja.. bahagia mulut ngan hidung tersagat dua hari mama dia kena marah ngan maktok..

    ReplyDelete
  13. Jadi mak memang macam tukan. Ada kalanya protective tak kena tempat :)

    Kira you baik jugalah. Anak-anak I kan, baru aje nak panjat I dah terjerit-jerit suruh turun. Anak-anak I tak naik buaian macam tu, Lyd. Sebabnya mak depa ni kalau menjerit tak ingat itu public area. Bapanya buai anak laju-laju sampai anak menjerit, pun kena jerit dengan I. Takut anak jatuh buai! Nak senang, semua tak mahu naik buai! Jimat tenaga I menjerit, selamat gegendang telinga mereka bergegar mendengar jeritan!

    ReplyDelete
  14. siannyer lutfi., namapenuh mestila panjang mak kann ;p

    ReplyDelete
  15. saya lambat panik tapi kalau nampak darah aje memang panik
    biasalah kan naluri mak-mak ni kan
    ada tergigit bibir sampai darah pun saya dah rasa nak bawa hospital
    benda lain tak apa lagi, darah memang buat saya lemah la

    ReplyDelete
  16. Start your day with a morning full of joy? Thank you for the information and we will wait for more information

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya