Iklan! Iklan! Sila Click!

08 May 2014

PEMENANG GIVEAWAY KETAMA LYDSUNSHINE

Sejahteralah ke atas kamu....

Kalau sesiapa yang perasan, minggu lepas aku ada buat entry yg mintak pendapat korang pasal nak buat Giveaway. Entry ni; IDEA ANDA DIPERLUKAN. Dalam entry tu aku ada tanya 6 soalan, minta tolong pembaca-pembaca blog aku jawab dengan ikhlas dan jujur. Ternyata hanya 17 komen yang aku terima. Semua komen jujur belaka. Terima kasih daun kari aku ucapkan.

Sebenarnya kalau korang nak tahuk, itu la giveaway aku. Hehehe. Surprise kan? Sengaja aku tak bagitau, baru la thriller macam Maikel Jeksen skit konsep giveaway aku tuh. 

Menjawab persoalan yang aku tanya dalam entry tu, aku sendiri suka giveaway yang cara penyertaannya mudah, tak perlu buat entry [sebab kalau org buat entry aku kena pergi check satu-satu plak kat blog dia adakah dia menepati syarat. Aku tak cukup masa nak buat semua tu.]. So, itulah sebabnya aku bagi cara senang je, jawab kat komen je, aku baca jawapan then terus pilih pemenang.

Aku memang berniat nak bagi hadiah, so aku tak perlu la bagi soalan syok sendiri trivia pasal diri aku sebab aku tak rasa org akan tahu pun pasal aku. Next time mungkin aku akan buat giveaway kedua yang memerlukan korang jawab soalan trivia tentang pengetahuan am/general knowledge. 

Syarat pernyertaan tu kalau aku sendiri, aku cukup tak rajin kalau kena like banyak-banyak page. Jadi, aku pun takkan nak suruh orang like page apa2. Lagipun aku bukan rajin pun nak check siapa yang dah like dan siapa yang belum.

Hadiah aku tak mampu plak nak sediakan BMW, atau duit beribu hingget atau percutian 3H 2M, at least buat masa ni. Mungkin nanti bila income daripada nuffnang aku dah dapat RM30ribu sebulan macam Red Mummy, boleh la aku allocate sikit untuk buat giveaway bagi hadiah-hadiah gempak.

Cara pilih pemenang pun aku pilih ikut yang paling layak. Yang bagi komen dengan menjawab SEMUA soalan yang aku berikan. Aku kan, kalau aku nak join contest, aku cukup tak suka kalau pemenang dipilih berdasarkan jumlah 'like' yang diterima. Sebab kena mengaku yang aku ni memang tak femes dan aku tak suka nak mengemis LIKE daripada orang. 

Jadi dengan ini diisytiharkan, pemenangnya ialah;

1. Fiza Rahman - Hadiahnya satu set cadar untuk katil queen tapi BUKAN jenama Laurea ye. [DIA PEMENANG PERTAMA SEBAB DIA YANG PERTAMA KOMEN].


 2. t.a.t.a - Hadiahnya ialah ... English Novel, seperti yang dia harap.



3. Daddy Ziyyad, daddy cool. - Hadiahnya satu unit power bank.  Aku harap hadiah ni akan ada manfaatnya.
 


4.  Qasehnya Rania - Hadiahnya 1 set comforter baby yang saya buat sendiri. Sebagai pemberi semangat untuk ciksu gigih berusaha untuk dapat baby. Good luck ye ciksu. Murah rezeki insyaAllah dapat baby nanti.
 


5.  Diana Rashid - Hadiahnya 2 unit  photobook mini [boleh pilih sama ada nak design sendiri atau nak minta tolong saya buatkan.]



6. Mummydearie - Hadiahnya 2 unit photobook mini [boleh pilih sama ada nak design sendiri atau nak minta tolong saya buatkan.]


Diharap semua pemenang sudi terima hadiah yang tak seberapa yang aku sediakan tu. Giveaway ni adalah sempena birthday aku 5 Mei yang lalu, ni sebab terlampau gembira umur masuk tigeplohempattahun rase macam nak menari zumba keliling bangunan ezezem ni. Huhu.. Lagipun aku berniat nak beri hadiah kepada orang dengan niat, pahalanya untuk Allahyarham emak aku.

23 comments:

  1. happy belated birthday lyd..sorry lambat wish... semoga doamu dimakbulkan... insyaAllah...
    s

    ReplyDelete
  2. Dah zumba pulak...poco poco pun koi tak sempat nak joget

    ReplyDelete
  3. Auww.... I terkejut tau! I dapat gak? Photobook mini tu pun dah buat kita eksaited tau...Baru dok belek gambar anak-anak tengah pikir mana nak pi cari photobook ni...hadiah jatuh dari langit rupanya.... rezeki-rezeki.... Terima kasih, Lyd. Eh nak address ke tak ni?

    ReplyDelete
  4. tahniah buat mereka semua
    5 dari 6 orang tu saya kenal
    lagi sorang sya kena pi berkenalan dengan dia :)

    ReplyDelete
  5. gepi belated besday lyd..
    dah tau kita mesti takde luck nyer tiap kali join GA..hahaha

    ReplyDelete
  6. Aku suka! Aku suka! Aku suka!

    Hehehe..

    Nanti aku email kau add aku.

    ReplyDelete
  7. Ya! allah lyd. Tanjat gegirl nih. Alhamdulillah...rezekiku.

    Smoga bertambah murah rezeki kawan ku sorang nih ☺

    ReplyDelete
  8. cheeky u... tahniah kepada pemenang. muehehehe kalau dapat bmw tadi mau meroyan i tak jawap awal2.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah sungguh2 terlupa nak jawanb soalannya..tengok dekat bloglist tadi baru teringat pasal soalan tempohari..mmg takde rezeki sy la nmpknya..faham sajalah sibuk mengalahkan menteri.hehe..

    apa pun tahniah pada semua pemenang.hadiah semua best n cool!

    ReplyDelete
  10. Ya Allah..seronoknya..saya ingatkan bulan ni saya tak de menang apa2 hadiah.frust ga saya masuk bulan lepas semua saya tak menang..tak sangka ada jugak akhirnya untuk saya..heheh..terima kasih..saya bagi lyd je la yang buat.saya ni bab gambar2 memang tak pandai..

    ReplyDelete
  11. Tahniah kpd pemenang! Kalau sayalah kan...saya nak hadiah seorang isteri baru....hahahahaha (nasib baik puan isteri tak baca)...

    ReplyDelete
  12. yeay.. tima kasih kakak ku sayang.. tetiba kan.hahahha
    rezeki.

    tahniah buat semua pemenang :)
    semalam dh dtg jenguk tp x blh nk tinggal komen.kotak komen x nak kluar la.. nape ntah..

    ReplyDelete
  13. dah lepas ker lyd giveaway tuh..alaaa ruginya sayerr lambat dtg nie..tahniah kepada pemenang2 yer..:)

    ReplyDelete
  14. tahniah pada yg menang hihi eh! cemana sy telepas baca entry tu ye ;p hahhaha...rugi la...

    ReplyDelete
  15. Wah..suprise yer.. tahniah buat semua pemenang :)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...