Iklan! Iklan! Sila Click!

02 May 2014

Idea Anda Diperlukan

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku perlukan bantuan korang, pembaca-pembaca blog aku yang budiman, untuk memberikan idea dan pandangan korang.

Aku nak buat giveaway. Tapi aku tak sure konsep giveaway yang macamana yang sesuai dengan jiwa korang. Jadi kalau korang sudi tolong aku, boleh jawap soalan yang aku senaraikan kat bawah ni panjang lebar pun takpe;

1. Cara penyertaan, perlu buat entry ke, atas cuma jawab soalan di komen ke, atau ada idea lain yang belum pernah dibuat dek orang ke.

2. Soalan-soalan bagaimana yang korang rasa korang suka nak jawab. Trivia tentang diri pemilik blog ke, atau soalan tentang keagamaan ke, atau soalan tentang artis atau soalan pengetahuan am.

3. Syarat-syarat penyertaan yang macamana yang korang paling benci nak buat sampai ko rasa malas nak join pun sesuatu giveaway.

4.  Hadiah yang jenis macamana yang membuatkan korang excited gila nak join.

5.  Cara pilih pemenang yang macamana korang rasa paling adil dan saksama.

6.  Kalau aku buat giveaway, korang join ke tidokkkk...


Okay, itu je yang korang perlu jawab. Aku akan hargai sangat kalau ko dapat jawab dengan jujur, ihklas, kretif atau idea yang baru dan fresh...

Mana la tahu, kot-kot sape bagi komen ni aku bagi hadiah ke kan. Sape la tau kan..kan.. kan...

Syaratnya... sesiapa je boleh bagi cadangan. Aku terima, kecuali anonymous. Aku beri masa sampai hari Rabu minggu depan [7 Mei 2014] untuk korang kemukakan cadangan.

19 comments:

  1. Ala lyd, tak per pengalaman lagi lah buat GA. Tapi daku cuba jawab soalan tu yerp:

    1) Buat entry lah ok. Boleh beramas mesra dgn peserta...cewahhh..
    2) Apa² soalan pon boleh. Klo soalan pasal luth lagi bagus...hahaha...
    3) Nak like FB, twitter, IG...etc...
    4) Kalau dot iphone, memang berduyun2 lah org join,,,muahahaha...apa2 hadiah jewr.
    5) Suruh luth cabut undi. Tak pon pakai random yg automatik tu.
    6) Mestilah join. Support sahabat blog.

    ReplyDelete
  2. selalunya kalo nak join GA ni nak yang simple2 jer..nak kena mengarang ayat tu memang malas la sikit..
    lain2 tu tak reti nak jawap tapi sure la nak join..hehe

    ReplyDelete
  3. alamak byknya soalan..tgh santai2 je ni..nti dtg komen lain utk jawab soalan berkenaan ye.hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh cadangan ditutup!! hahahah bleum apa2.
    I suka gak join GA kawan2 tapi memang tak ikut standard piawaian la setakat untuk mewarwarkan GA tersebut since I tak pernah harap untuk menang (kesian uols nak kena post hadiah ke Berlin satu hal kannnn) hehehe.

    Apappun, I tetap sokong apa GA u buat sekali pun, cuma kalau nak kena buat entry tu for me ambik masa sikit la sebab kena tengok mood mengupdate blog waktu tempatan tu. hihihi apapun, have fun :)

    ReplyDelete
  5. Opkos join. Haha... Akak ni suka yg simple je. X pyh like2 sgt sbb kdg2 leceh. Tp yg ada byk sponsor mmg kena like. Nak buat acane?

    ReplyDelete
  6. 1. Antara buat entry dengan jawab soalan, aku lebih suka jawab soalan. Lagi senang. Kalau buat entry perlu baca arahan nya, macam susah je. (Jawapan orang malas sebenarnya. Hahaha!)

    2. Aku pilih soalan pengetahuan am atau teka teki.

    3. Syarat-syarat yang kena copy itu, copy ini, link sana, link sini, like sana, like sini. Oh gosh sangat tak suka like. Hahaha.

    4. Hadiah? Aku nak buku!!!! Tak kisah la baru atau terpakai. Tapi prefer English novel la. Yayy..

    5. Kalau teka teki tengok siapa yang paling tepat jawab, atau pun by randomly selected.

    6. Tengok syarat-syarat nya la. Kalau senang aku join. Kalau ada copy paste link, dengan like aku tak join.

    ReplyDelete
  7. 1- Kalau Cara Penyertaan tu melecehkan/byk prosesnya, makan hadiah yg ditawarkan haruslah berbaloi..bahahaha..

    2- Soalan2 yg ' dah bocor jawapannya'...dlm erti kata lain, sebenarnya mmg nak bagi hadiah..:)

    3- Saya sgt benci kalau kena like FB dia, lepas tu kena jadi follower blog dia jugga, lepas tu kena buat entry, lepas tu kena link kan entry, hahahahaha..

    4- Saya sgt excited kalau hadiahnya bernilai ribuan ringgit..tak pun pakej percutian 3 H2M ke Bali ke..hahaha

    5- Saya tak peduli..saya letak kepercayaan 100% kat tuan blog..sebab kalau dia kata dia guna sistem random online, tapi sebenarnya dia bias, bukan kita tahu pun, ye tak? wakakakaka

    6- Insya Allah join, kalau ada kelapangan..kalau hadiah best...hahahaha

    ReplyDelete
  8. 1) kalau nk buat simple GA baik just dropkan link penyertaan. kalau nak buat besar2an. soh kami2 ni tepek banner ke apa. nanti boleh menarik perhatian yg lelain jugak utk joined. selain dpt naikkan traffik..

    2)semestinya ttg pemilik blog.baru le dpt beramah mesra. soh je kami2 ni godek entry lama. hahaha. baru mncabar khenn

    3)kena follow macam2. semak pala hoccay.setakat like fb ok je. iklan2 sume tak payah la khenn :)

    4) hadiah tak kisah apa pong.. tapi rasanya brg atau baju utk anak2 ramai yg tertarik.

    5) pemilik blog pilih sendiri secara cabutan.

    6) in shaa Allah kalau tak lupa i join.hihi

    bila nak buatnya..kabor le nnti. hihi

    ReplyDelete
  9. Alahai....SA bab ni mmg lemah...tp boleh la kongsi idea...SA x suka give away yg byk sgt syarat...yg simple should be ok..

    ReplyDelete
  10. Biasanya kalau buat Giveaway ni simple2 je.setakat follow atau like je syaratnya.tapi kalau buat contest,baru la perlu kot nak jawab soalan ke,nak kena cari gali entry2 lama untuk dapatkan jawapan .saya paling tak suka syarat suruh klik iklan.bab lain saya ok je.kalau bab hadiah saya suka duit dan benda makan..muahahha..pemilihan pemenang pulak bergantung pada cara GA dijalan kan.kalau tanya soalan berjela2 lepas tu suruh buat entry kreatif la,padat la,tapi pemenang pilih dari random,sangt tak adil.:)

    ReplyDelete
  11. Macamna pun ai akn.join..inshaAllah..hehe

    ReplyDelete
  12. semoga berjaya utk hasilkannya ...

    ReplyDelete
  13. Entahla...angan angan nak join tu ada...tapi selalu je lupa sbb selalu baca blog pakai hp...nak join contest pakai hp leceh sikit...

    dah ada hadiah. ? Kalau belum koi brrhajat nak jadi salah seorang penaja...

    ReplyDelete
  14. Terpulang pada akak yang penting syarat giveaway tu simple dan tidak menyusahkan. hehehe, kompom saya join.

    ReplyDelete
  15. Hahaha...camna nak tolong ni Lyd? Kita sendiri pun nak buat GA tapi tak tahu camna.... Soalan trivia tang pemilik blog ni susah sikitlah kalau baru aje join meroyan. Mana nak korek entri lelama kalau dah missed membaca. Tapi kalau buat tentang Luth maybe ada lebih daya tarikan kot berbanding dengan Mama Luth (opps...jangan hempuk daku yang tak bersalah beri idea ni!) Nak suruh buat entri itu pun rasa cam alahai....walaupun idea banyak (macam I ni) tapi part menulis untuk orang ni kenalah berhemah sikit. Syarat janganlah banyak sangat. Maybe letak link contest kat blog masing-masing cukup kot. Part hadiah tu apa-apa pun boleh janji ikhlas. Tapi kalau nak bagi BMW 7 series ke ataupun Iphone lagilah ohsem rasanya :)

    Kalau awak buat contest, Insya Allah kita join sama :)



    ReplyDelete
  16. buat ajelah... ada masa2 in syaa Allah KA join, klu lupa, minta maaf awal2 yer hehehe

    ReplyDelete
  17. Oh inilah giveaway yg sy terlepas tuh yer....next timelah sy cuba yer...:)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...