Skip to main content

Sate Tersedap Di Dunia

Sejahteralah ke atas kamu....

Come, let me tell you the legend of satays. Amareka plak tetibe.

Antara sate yang paling femes kat Malaysia ni mestilah Sate Kajang Haji Samuri. Ada banyak cawangan sate Haji Samuri ni, orang kata rasanya sama, tapi aku kata tak sama bagi setiap cawangan. Tak sama tu mungkin dari segi kualiti tahap bakar/masak sate tu. Aku ni bukannya nak pancung rezeki orang, tapi aku penah le pergi 2 cawangan Sate Samuri [2 cawangan berlainan], 2-2 kali aku bernasib malang sebab sate yang aku idam-idamkan tu mentah. Ayam, ko bayangkan le.... dgn kulit2nya mentah. Rasa sangat macam reban ayam. Huihh... tersekat di skala enam la selera aku time tuh. Start dari tu, aku memang reject sate Samuri. Tapi beberapa kali aku pegi kat HQ dia [of course le kat Kajang], the satays 're nice. So, kalo ada org offer nak belanje aku anak-beranak makan sate Hj Samuri kat Kajang, aku masih terima pelawaan. Kongkongkong.

Sate lain yang aku suka ialah Satay Station. Yang ni aku tak tau kat mana kedainya. Sebab biasanya ada orang je yang belanja, bawak balik rumah, so makan le dengan rakusnya kami anak beranak. Sate station ni setahuk aku mahal tak hengat dunia akhirat ni. Secucuk sate tak silap aku RM1.30. Mahalllllll hoi. Sila turunkan harga!! Kuah kacam dia paling sedap ni.

Tapi dalam banyak-banyak jenis sate, sate yang aku rasa paling menepati piawaian aku ialah Sate Zul. Ceh tetibe nak up kan sate kat tempat sendiri. Sate Zul ni asal usul dia kat Kuantan. Ada cawangan jugak rasanya lagi 2 cawangan. Lokasi dirahsiakan [heeee..tipu je. Satu kat area ECM dekat dengan Bank Islam satu lagi dekat dengan Pejabat Pos Besar Kuantan. Silalah cari sendiri kalau perlu].


Gemuk-gemuk sate dia. Makan masa panas-panas memang mabeles the ekselen! Tapi bila dah sejuk, ko perlukan kekuatan daya tujah gigi yang lebih daripada biasa sebab satenya akan jadi lebih keras bila dah sejuk.





Kenapa aku suka Sate Zul ni, sebab sate ni takde lemak[kulit]. Semua isi je. So, sape yang suka makan sate yang ada bahagian lemak-lemak tungking dengan kulit-kulit tu, pasti takkan suka Sate Zul ni. Harga secucuk kalau tak silap RM0.80. Memang berbaloi dengan duit yang aku bayar. Sebabnyaaa.... kalau nak tau, aku ni kalau makan sate memang ngelat skit. Kalau ada part lemak tu, aku akan tinggalkan je. So, rugi la kalau setiap cucuk tu ada lemak, mmg membazir je la bagi kat aku.





Ni je la gambar yang sempat aku snap untuk tatapan korang kat blog ni. Kalau ikutkan nak ambil daripada banyak angle lagi. tapi segan dengan ibu dan pak mentua. Haha. Maka, ini sahajalah ceritanya pasal sate. Akhirkata, majulah Sate Zul untuk Meleysia.

Comments

  1. Arghhhhhh...kejamnya kamu Lyd.....seksi si sate tu telah meggoda kalbuku....

    ReplyDelete
  2. kat kuantan?

    kena la save dlm info " JJCM" saya..mana tau jenjalan Kuantan nanti...boleh try :)

    ReplyDelete
  3. 80 sen dengan kualitinya begitu, kira sangat berbaloilah tu. Di Alor Setar secucuk 60 sen tapi lemak lebih dari isi...

    ReplyDelete
  4. hoi apo ni, satay kajang satay berlipat, satay samuri ku tak dapat. Mmg betui la, pernah makan yang samuri lain cawangan, so so jer rasanya. Yang kat main branch pun kekadang macam besa2 jer jugak. zul punya lom try. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Sate samuri...dah lama saya buang dari list sate. Sbb penah makan kat satu tmpt tu..mmg teruk rasa dia. Dahle yg keja sume Indonesian...merokok sambil buat kerja.
    Skrg...saya suka sate willy! Tak jauh sgt dari rmh.

    ReplyDelete
  6. ak pernah makan sate kajang sekali je sis.. xde la sedap sangt.. biasa jer.. sate melaka lagi sedap.. sate kampung jawa melaka... hehehe

    ReplyDelete
  7. sedapnye...

    kat sini satey sedap. maksud aku kat selayang, isteri wak saeroji yang masak...

    dagingnya lembut je...

    ReplyDelete
  8. setakat ni makan sate kaje ok lagi la.
    hentian sg buloh ok jugak.
    hentian sri kembangan pon ok.tp dh ttup skrg.

    sate station kt area kg baru ada satu.pernah gak makan.member cik abe blanja.mmg mahei gilos.

    sate zul kena gi.kuantan la dlu.bila? ntah le.. isi semua tu yg sedap n layan tu.hihi

    ReplyDelete
  9. salam kenalan..

    saya singgah sini dan follow..sudi la singgah ke blog saya di http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq..
    p/s: menggoda betul tengok sate tu..

    ReplyDelete
  10. Sedapnya satay. Rasa macam nak makan satay plak. Satay station sedap. Gomok² plak tu. Harga satay pon nak makin naik skang ni.

    ReplyDelete
  11. alamak lapa sate la pulak...ermm cam sedap ye...*telan ailio...*

    ReplyDelete
  12. saya kurang sikit satey zul sebab rasanya sikit berempah.sis try satay willy..dagingnya yang empuk keemasan dibalit dengan roti totia..ehh macam iklan kepsi plak :P

    tapi try la ada kat sg ramal junction, kajang

    ReplyDelete
  13. wah...montoknya sate dalam gambar tu...terliur weh...bila nak belanja saya sate?sate kajang pun jadilah...hehehe

    ReplyDelete
  14. Ya ampun, Rasa macam sedap je tengok sate tu..geram..haha, dah lama tak makan sate.

    ReplyDelete
  15. Haipp.... kita suka part yang liat tu. Kalau kat rumah ni semua ambil isi sate yang gebu, kita tolong finishkan tang liat tu. Almaklumlah part-part berlemak ni memang I like sesaja ...

    Bukan nak cantas rezeki ke apa, Sate Hj Samuri saya memang tak berapa gemar (ni cakap beralas ngan carpet bulu nih...) Saya suka Satay Station sebab itu yang paling dekat dengan rumah tapi regenya memang tak ingat zaman tua nanti... RM1.20 untuk sate ayam, RM1.30 untuk sate daging. Tahun ni belum pernah pergi so tak taulah kalau dah naik harga lagi sebab Lautan Hindi makin bergelorakan...(apa ke halnya berkait, wa pun speechless nak explain...)

    Arrghhh...malas eh nak gugel...camna nak rasa sedap ke tidak sate Zul nih! Terputus terus kegembiraan nak mencuba bila cerita tak betul2 detail nih :)

    ReplyDelete
  16. sedap pulak tgk pic2 sate ni, tpi en hubby KA suka satay yg ada campur dgn lemak2 sikit tu baru kick kata dier... sate zul yer.boleh laer cuba kalau tersesat ke sana nanti

    ReplyDelete
  17. betoi satay samuri cawangan di rahsiakan memang tak best... tang membakarnyer akak rasa.. sebab kuah memang samakan... tang lumurkan bahan di satepoun sama...
    tuler banyak sangat cawangan tak sempat nak pantau pekerja inilah jadinyer... der satu kedai dulu sedap tapi akhirnya sama gak mintak pekerja asing bakarkan... last sekali pergi memang tak sedap tang cara bakarnya..

    ReplyDelete
  18. samalah kita klu mkn jgn kata sate,ayam kfck apa yg berkaitan dengan ayam lemaknya mmg sy buang..cn la best tp takde plak sate zul area sini ekk..

    sy dulu selalu mkn sate kt hentian sg buluh..apa namanya haji samuri gak ke lain..dh selalu sgt mkn sate smp muak tgh sate pun tak lalu..

    skang ni je layan sate balik..:)

    ReplyDelete
  19. Satay kajang kadang muak jugak makan..asyik jer tak abes..kuah dia tuh manis sangat...ingat ms bodo2 dulu satay pasar malam jer yg menjd febret...hohohoh

    ReplyDelete
  20. Xde piawaian utk sate ni. Hadap je.

    ReplyDelete
  21. Ok. Ramai nyebut satay willy. Esok juga ku minta suami beli. Jangan jeles org di jerman dan di fiji.

    ReplyDelete
  22. Satay haji samuri adalah perosak nama Satay kajang. Try Satay Willy. Marvelous super duper licous....

    ReplyDelete
  23. Howdy! I simply would like to give you a huge thumbs up
    for the excellent info you've got right here on this post.
    I'll be returning to your site for more soon.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...