Skip to main content

Suatu Hari Nanti....

Sejahteralah ke atas kamu...

Malam Ahad, berniat nak menulis entry sentapan jiwa.
Sebab Luth dah tido awal dgn papanya.

Jerebu datang setiap tahun.
Setiap kali datang, telah atau akan pergi jua.
Musim panas juga setiap tahun menjenguk bumi.
Juga pasti ada akhirannya.

Yang jerebu dihalau sang hujan.
Musim kering dan hangat berganti encik tengku juhari.

Saling bertukar baton.
Masih ada pasang surut datang perginya.

Jangan gembira dulu.
Suatu hari nanti,
Bagaimana jika yang datang itu tidak mahu pulang?
Atau diperintahkan untuk terus kekal...

Bagaimana andai yang bermula itu tiada lagi akhiran?
Mampukah untuk kita bersedia,
Menghadapi jerebu tanpa penghujung selama 7 tahun?
Redhakah kita menjalani hidup harian tanpa air dan makanan saban hari selama bertahun2?aa
Akan sabarkah kita berpanas dan berlapar begitu lama?

Suka atau pun tidak,
Rela atau tidak,
Kita harus ingat bahawa semua itu pasti akan berlaku kepada bumi ini satu hari nanti.
Pada waktu mendesak begitulah akan bermulanya fitnah dajjal.
Dengar-dengar, pada waktu itulah nanti ramai yg terpedaya.


Kiamat sudah dekat.

Comments

  1. nak baca style sajak ke syair ni lyd..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca dengan nada suara hati macam bergema-gema dalam drama melayu.

      Delete
    2. patut la bergema seluruh ruang tamu aku.

      Delete
  2. simple tulisan ni...

    tp agak menyentap hatiku...

    dunia tak kekal kan?

    ReplyDelete
  3. kiamat bukan sahaja dah dekat..
    kiamat juga sudah datang..

    ReplyDelete
  4. akakpun der merasakan benda yang sama..
    kalau tahun 90 an rasanya cerita pasal jerebutu jadi isu yang besar...
    sekarangni ala2jerler..setahun berapa kali kena kot.. jadi cam dah biasajer...

    ReplyDelete
  5. ni kalau luth tak tido ni sah entry santapan jiwa jadi entry sakit jiwa..heheh

    ReplyDelete
  6. Pandai tulis puisi. Hehe.

    Apa pun, segala bencana yang melanda kebelakangan ini tanda-tanda kepada bencana yang lebih besar yang akan berlaku. Sepatutnya, seluruh anggota masyarakat kita perlu bersedia untuk menghadapinya, namun hakikatnya, lebih ramai lagi yang alpa tentangnya.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah dah 2 hari ni hujan turn dengan lebatnya kat kawasan KA , jerebu dah berkurang sedikit !

    ReplyDelete
  8. Tersentap sejenak. Ada betulnya. Dunia makin hampir ke pengakhirannya. Peringatan buat diri sendiri.

    ReplyDelete
  9. Selalu juga berfikir begitu. Baru setakat 4 hari tak berair, dah mengeluh penat. Dah tak dapat makan minum dengan sempurna. Mulalah berangan kalaulah air datang kembali, nak buat begini dan begitu. Jerebu pun sama. Lain kali nak lebih berhati-hati. Jangan tolong jerebu datang lagi. Tapi yalah, angan-angan aje lebih. Bila nikmat diberikan kembali, lupa daratan sekali lagi. Dunia dah semakin pendek hayatnya. Kalau tak berhati-hati, entahlah apa akan terjadi nanti.

    ReplyDelete
  10. kita memang leka sebenarnya. dah jadi musibah baru fikir tp bila dtg penyelesaian akan lupalah semula.

    ReplyDelete
  11. Kami yg jauh nie bila membaca atau dengar akan malapetaka atau musibah kat m'sia, berpikir2 pulak akan keputusan nak balik m'sia tuh wise atau tidak..kat sini wpun tak kaya negaranya tp taklah byk dugaan samada dr segi politik mahupun ekonomi ataupun bencana..wallahua'lam..masalah sosialpun tak menakutkan spt kat m'sia.

    ReplyDelete
  12. Betul tu, antara sedar dengan tak sedar je kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya