Iklan! Iklan! Sila Click!

16 March 2014

Suatu Hari Nanti....

Sejahteralah ke atas kamu...

Malam Ahad, berniat nak menulis entry sentapan jiwa.
Sebab Luth dah tido awal dgn papanya.

Jerebu datang setiap tahun.
Setiap kali datang, telah atau akan pergi jua.
Musim panas juga setiap tahun menjenguk bumi.
Juga pasti ada akhirannya.

Yang jerebu dihalau sang hujan.
Musim kering dan hangat berganti encik tengku juhari.

Saling bertukar baton.
Masih ada pasang surut datang perginya.

Jangan gembira dulu.
Suatu hari nanti,
Bagaimana jika yang datang itu tidak mahu pulang?
Atau diperintahkan untuk terus kekal...

Bagaimana andai yang bermula itu tiada lagi akhiran?
Mampukah untuk kita bersedia,
Menghadapi jerebu tanpa penghujung selama 7 tahun?
Redhakah kita menjalani hidup harian tanpa air dan makanan saban hari selama bertahun2?aa
Akan sabarkah kita berpanas dan berlapar begitu lama?

Suka atau pun tidak,
Rela atau tidak,
Kita harus ingat bahawa semua itu pasti akan berlaku kepada bumi ini satu hari nanti.
Pada waktu mendesak begitulah akan bermulanya fitnah dajjal.
Dengar-dengar, pada waktu itulah nanti ramai yg terpedaya.


Kiamat sudah dekat.

19 comments:

  1. nak baca style sajak ke syair ni lyd..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca dengan nada suara hati macam bergema-gema dalam drama melayu.

      Delete
    2. patut la bergema seluruh ruang tamu aku.

      Delete
  2. simple tulisan ni...

    tp agak menyentap hatiku...

    dunia tak kekal kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan kekal. sudah dijanjikan tidak kekal.

      Delete
  3. kiamat bukan sahaja dah dekat..
    kiamat juga sudah datang..

    ReplyDelete
  4. Jemput ke blog saya..
    http://izzanyrosdin.blogspot.com/
    Klu boleh follow sekali yer..sy dah follow blog u.. tq

    ReplyDelete
  5. akakpun der merasakan benda yang sama..
    kalau tahun 90 an rasanya cerita pasal jerebutu jadi isu yang besar...
    sekarangni ala2jerler..setahun berapa kali kena kot.. jadi cam dah biasajer...

    ReplyDelete
  6. ni kalau luth tak tido ni sah entry santapan jiwa jadi entry sakit jiwa..heheh

    ReplyDelete
  7. Pandai tulis puisi. Hehe.

    Apa pun, segala bencana yang melanda kebelakangan ini tanda-tanda kepada bencana yang lebih besar yang akan berlaku. Sepatutnya, seluruh anggota masyarakat kita perlu bersedia untuk menghadapinya, namun hakikatnya, lebih ramai lagi yang alpa tentangnya.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dah 2 hari ni hujan turn dengan lebatnya kat kawasan KA , jerebu dah berkurang sedikit !

    ReplyDelete
  9. Tersentap sejenak. Ada betulnya. Dunia makin hampir ke pengakhirannya. Peringatan buat diri sendiri.

    ReplyDelete
  10. Selalu juga berfikir begitu. Baru setakat 4 hari tak berair, dah mengeluh penat. Dah tak dapat makan minum dengan sempurna. Mulalah berangan kalaulah air datang kembali, nak buat begini dan begitu. Jerebu pun sama. Lain kali nak lebih berhati-hati. Jangan tolong jerebu datang lagi. Tapi yalah, angan-angan aje lebih. Bila nikmat diberikan kembali, lupa daratan sekali lagi. Dunia dah semakin pendek hayatnya. Kalau tak berhati-hati, entahlah apa akan terjadi nanti.

    ReplyDelete
  11. kita memang leka sebenarnya. dah jadi musibah baru fikir tp bila dtg penyelesaian akan lupalah semula.

    ReplyDelete
  12. Kami yg jauh nie bila membaca atau dengar akan malapetaka atau musibah kat m'sia, berpikir2 pulak akan keputusan nak balik m'sia tuh wise atau tidak..kat sini wpun tak kaya negaranya tp taklah byk dugaan samada dr segi politik mahupun ekonomi ataupun bencana..wallahua'lam..masalah sosialpun tak menakutkan spt kat m'sia.

    ReplyDelete
  13. Betul tu, antara sedar dengan tak sedar je kan...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...