Skip to main content

Aku Dan Al Quran : Keajaiban Doa Dan Harapan.

Sejahteralah ke atas kamu...

Hari ni hari Jumaat. Esok Sabtu, yey!!! Cuti! 

Aku bukanlah manusia yang paling warak yang pernah ko kenal. Sunguh. Aku muslim biasa yang banyak kekurangannya. Masih terangkak-rangkak mengutip pahala hasil daripada amal-amal ibadat aku yang berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian ni.

Dalam gigih aku cuba untuk istiqomah dengan setiap makruf. Dalam jerih aku cuba kikis satu persatu mungkar. Di sini, ingin aku kongsikan kisah aku bersama Al Quran.

Satu masa dulu, aku biasa membaca Al-Quran, hanya sekadar baca. Pengetahuan tajwid aku kurang. Sekadar suam-suam kuku je. Itu pun hasil didikan dan teguran arwah mak bila dengar bacaan aku. Selainnya, aku main baaaaaca aje. Makna ayat yg aku baca tu, tak pernah aku kaji. Tak pernah aku cuba nak faham apa yang aku baca. Tapi bak kata seorang tua, sedangkan sebuah bakul yang dikotori arang tebal, jika setiap hari air cuba ditimba dengannya, walaupun sedikitpun tidak dapat menakung air, tapi lama-kelamaan bakul itu akan bersih kerana air yang lalu. Begitu jugalah hati manusia yang membaca Al-Quran. Walaupun tidak difahami ayat-ayatnya, dapat juga menyucikan hati manusia yang dikotori dosa dan noda.

Sehinggalah ke suatu masa, aku diajar untuk mendalami makna isi kandungan Al-Quran. Aku tidak mengingkarinya. Maka, sejak aku diberi pedoman tentang itu, setiap kali aku membaca Al-Quran, akan aku sertakan terjemahan di sisiku. Melihat makna setiap bait kata-kata indah daripada Allah. Walaupun tidak sepenuhnya aku fahami, tapi 'klu'nya dapat aku tanggapi.

Pernah sekali..... sewaktu jiwa aku begitu sedih. Sedih tentang masa depan yang nampak seperti gelap. *Ala, senang cakap masa tu aku jiwa kacau. Muahahahaha. Gagal bercinta yuolzz.* Lepas solat, aku mengadu kepada Allah, aku mohon agar diberikan petunjuk untuk aku. Kemudian aku berniat, aku nak baca Quran, tapi aku nak buka je mana-mana mukasurat dan tengok pada surah mana bukaan aku tu akan terpilih. Dalam hati masih sedih. Bila aku buka, tepat-tepat pada surah yang ke 31, Surah Luqman. Aku terus membaca... Di dalam bahasa Arab, kemudian terjemahan. Satu ayat Arab, satu ayat terjemahan. Tetapi sekian aku baca, jawapan yang aku cari tidak pula aku temui. 

Akhir sekali.... tiba kepada ayat yang terakhir....... ayat yang ke 34...


Allah seperti menjawab kesedihan aku. "Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang diusahakannya besok.". Terus aku macam terjaga daripada kesedihan. Membuatkan aku terfikir. Ye la... Yang aku nak sedih-sedih sangat hari ni kenapa. Esok lusa, siapa tahu apa yang akan terjadi. Esok lusa siapa tahu bahagia apa yang menanti aku. Dan aku betul-betul yakin itu komunikasi Allah dengan aku, hambanya yang sangat-sangat kerdil ini... *berlinangan airmata.*

Dan Allah memang Maha Adil, Maha Mendengar, Maha Melihat. Tak lama je selepas aku bersedih tu, Allah memberi aku  berita gembira, bila suami aku, yang aku anggap kawan biasa pada waktu tu, melamar aku. Erm, walaupun hanya melalui telefon, tapi aku masih anggap ianya sweet. Macam Dia Pinang Ku Dengan Bismillah gituu.. Ehehe...

Comments

  1. Hikmah yang membawa kesan mendalam dalam hidup tu. Manfaat besar baca al-Quran ni. Tapi tu lah, macam saya ni dah tau manfaatnya, tapi kadang tu, malasnya yang terlebih.

    ReplyDelete
  2. Sweet sepanjang hayat hendaknya... doaku

    ReplyDelete
  3. Banyak hikmahnya kan..tapi kita ni (termasuk saya) manusia lemah dan lalai, sering alpa...

    ReplyDelete
  4. Semoga hari-hari kita diserikan dengan benda positif dan kita mengambil ayat tersebut untuk terus melakukan perkara yang terbaik dalam hidup.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...bila kembali kepada Allah, berpegang pad quran pastinya mendapat kehidupanyg lebih baik...kalau frust diisi ngan menda tak sehat spt smokin atau makan atau tgk tv..kang lg bertambah serabut..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya