Iklan! Iklan! Sila Click!

24 January 2014

Aku Dan Al Quran : Keajaiban Doa Dan Harapan.

Sejahteralah ke atas kamu...

Hari ni hari Jumaat. Esok Sabtu, yey!!! Cuti! 

Aku bukanlah manusia yang paling warak yang pernah ko kenal. Sunguh. Aku muslim biasa yang banyak kekurangannya. Masih terangkak-rangkak mengutip pahala hasil daripada amal-amal ibadat aku yang berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian ni.

Dalam gigih aku cuba untuk istiqomah dengan setiap makruf. Dalam jerih aku cuba kikis satu persatu mungkar. Di sini, ingin aku kongsikan kisah aku bersama Al Quran.

Satu masa dulu, aku biasa membaca Al-Quran, hanya sekadar baca. Pengetahuan tajwid aku kurang. Sekadar suam-suam kuku je. Itu pun hasil didikan dan teguran arwah mak bila dengar bacaan aku. Selainnya, aku main baaaaaca aje. Makna ayat yg aku baca tu, tak pernah aku kaji. Tak pernah aku cuba nak faham apa yang aku baca. Tapi bak kata seorang tua, sedangkan sebuah bakul yang dikotori arang tebal, jika setiap hari air cuba ditimba dengannya, walaupun sedikitpun tidak dapat menakung air, tapi lama-kelamaan bakul itu akan bersih kerana air yang lalu. Begitu jugalah hati manusia yang membaca Al-Quran. Walaupun tidak difahami ayat-ayatnya, dapat juga menyucikan hati manusia yang dikotori dosa dan noda.

Sehinggalah ke suatu masa, aku diajar untuk mendalami makna isi kandungan Al-Quran. Aku tidak mengingkarinya. Maka, sejak aku diberi pedoman tentang itu, setiap kali aku membaca Al-Quran, akan aku sertakan terjemahan di sisiku. Melihat makna setiap bait kata-kata indah daripada Allah. Walaupun tidak sepenuhnya aku fahami, tapi 'klu'nya dapat aku tanggapi.

Pernah sekali..... sewaktu jiwa aku begitu sedih. Sedih tentang masa depan yang nampak seperti gelap. *Ala, senang cakap masa tu aku jiwa kacau. Muahahahaha. Gagal bercinta yuolzz.* Lepas solat, aku mengadu kepada Allah, aku mohon agar diberikan petunjuk untuk aku. Kemudian aku berniat, aku nak baca Quran, tapi aku nak buka je mana-mana mukasurat dan tengok pada surah mana bukaan aku tu akan terpilih. Dalam hati masih sedih. Bila aku buka, tepat-tepat pada surah yang ke 31, Surah Luqman. Aku terus membaca... Di dalam bahasa Arab, kemudian terjemahan. Satu ayat Arab, satu ayat terjemahan. Tetapi sekian aku baca, jawapan yang aku cari tidak pula aku temui. 

Akhir sekali.... tiba kepada ayat yang terakhir....... ayat yang ke 34...


Allah seperti menjawab kesedihan aku. "Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang diusahakannya besok.". Terus aku macam terjaga daripada kesedihan. Membuatkan aku terfikir. Ye la... Yang aku nak sedih-sedih sangat hari ni kenapa. Esok lusa, siapa tahu apa yang akan terjadi. Esok lusa siapa tahu bahagia apa yang menanti aku. Dan aku betul-betul yakin itu komunikasi Allah dengan aku, hambanya yang sangat-sangat kerdil ini... *berlinangan airmata.*

Dan Allah memang Maha Adil, Maha Mendengar, Maha Melihat. Tak lama je selepas aku bersedih tu, Allah memberi aku  berita gembira, bila suami aku, yang aku anggap kawan biasa pada waktu tu, melamar aku. Erm, walaupun hanya melalui telefon, tapi aku masih anggap ianya sweet. Macam Dia Pinang Ku Dengan Bismillah gituu.. Ehehe...

10 comments:

  1. Hikmah yang membawa kesan mendalam dalam hidup tu. Manfaat besar baca al-Quran ni. Tapi tu lah, macam saya ni dah tau manfaatnya, tapi kadang tu, malasnya yang terlebih.

    ReplyDelete
  2. Sweet sepanjang hayat hendaknya... doaku

    ReplyDelete
  3. Banyak hikmahnya kan..tapi kita ni (termasuk saya) manusia lemah dan lalai, sering alpa...

    ReplyDelete
  4. Semoga hari-hari kita diserikan dengan benda positif dan kita mengambil ayat tersebut untuk terus melakukan perkara yang terbaik dalam hidup.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...bila kembali kepada Allah, berpegang pad quran pastinya mendapat kehidupanyg lebih baik...kalau frust diisi ngan menda tak sehat spt smokin atau makan atau tgk tv..kang lg bertambah serabut..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...