Iklan! Iklan! Sila Click!

16 March 2013

Luth

Sejahteralah ke atas kamu. Alhamdulilah saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang mukanya sebijik macam muka saya, hidung jambu, kulit cekelat, rambut lurus. Langsung takde ikut wajah ke'arab'an Papanya. Kohkohkoh. Bayi sihat walafiat. Berat 2.8kg. Kami namakan dia LUTH BIN MOHD AZRUL. Betul2 ho liaw. Gambar nanti ye. Update guna henfon ni tak support utk upload gmbr. Akhirnya saya tahu jugak cemana rasa Sakit bersalin tu. Astagfirullah!! Memang terlampau sakit sangat. Allah Je yg tahu kenapa Dia jadikan sakit bersalin tu sesakit itu. Huwaaa. Tak mampu nak hadapi sakit tu lagi. Huuuu. Esok saya balik kampung. Ibu dan Bapak mertua ada dtg semalam. Esok sqya ikut derang balik la. So, tak Jadi la nak berpantang sorang2 dgn mat azrul. Oh ye. Saya bersalin Secara normal di ppum pada jam 6.40pagi, tarikh 14.3.2013. So, itu je la.

11 March 2013

Oz The Great and Powerful

Sejahteralah ke atas kamu....

Oleh sebab lama sangat saya tunggu anak saya ni lahir, semalam sempat plak saya gi tengok wayang filem Oz The Great and Powerful kat IOI Mall. Saya memang gian nak tengok wayang sebab sejak pregnant, memang tak pegi pawagam[sebab langsung tak penting pun nak tengok wayang. Saje gedik je lebih tu.]. Lagipun rasa macam tak elok untuk perkembangan bayi kalau pergi tempat-tempat lagho cenggitu. Tapi bila saya fikirkan nanti bila anak dah lahir nanti, lagi la susah dan malas nak tengok wayang. Maka saya pegi je la walaupun hati bapakkk berdebar. Takut gak kang air ketuban pecah dalam pawagam kang... Malu 20 keturunan woo.

Macam biasa la. Saya pilih versi 3D.  Dah ketagih dengan 3D kot. Cuma yang tak bestnya, saya terlupa yang saya ni nak tengok filem 3D, dahtu  daripada rumah boleh plak saya pakai speck mata tak pakai contact lenses. Kalau nak tgk 3D kan ada speck mata 3D. Dah tu ce bayangkan pakai 2 lapis speck. Tak selesa giler vavi. Orang yang idong mancung memang takde masalah, tapi idong jambu air macam saya ni memang masalah la kalau nak pakai 2 lapis speck mata. Haddoiii nye puuunn... Satu lagi yang tak best semalam, sebab saya pilih seat tepi dinding. Memang silap la. [Sebenarnya cari seat yang senang untuk saya keluar pegi toilet. Ibu mengandung kan kuat buang air.]. Meh saya nak bagitau. Kalau korang nak tengok movie 3D, pilih la tempat yang tengah-tengah. Baru la dapat feel 3D tu dengan lebih jelas. Pastu kalau boleh takyah cari tempat belakang2 sangat. 5, 6 baris dari screen dah cantik la tu.

Habis citer pasal tak best. Baru la bleh citer pasal movie tu. Filem Oz The Great and The Powerful ni boleh dikatakan menghiburkan. Cerita ini tentang seorang lelaki bernama Oscar yang di panggil Oz, seorang ahli silap mata yang memang loser. Satu hari, Oscar diterbangkan oleh tornado dan tersadai di satu tempat asing yang yang sangat indah juga bernama Oz. Ada ramalan yang mengatakan bahawa kehadiran Oscar memang dinantikan di negeri Oz sebagai penyelamat. Penyelamat daripada siapa? Apa yang bakal Oscar lalui dalam perjalanannya menjadi penyelamat negeri Oz? *eceh, konon surprise la tu. Korang kena tengok sendiri. Sebab saya tak rajin nak cerita.




Jalan ceritanya biasa-biasa je tapi boleh la. Ada banyak juga adegan-adegan kelakar. Ada part yang cemas. Ada part sedih dan hati terluka. Apa yang paling saya suka sebab ada banyak permandangan yang cantik dalam filem ni. Bunga-bunga, rama-rama, pokok-pokok berwarna-warni dan makhluk-makhluk pelik. Macam Alice and Wonderland. Filem Oz ni kalau untuk kanak-kanak 90% sesuai, cuma ada beberapa adegan kissing yang menyebabkan filem ni jadi kurang sesuai untuk kanak-kanak. Kalau ibu bapa sempat tutup mata anak time adegan kissing tu, kira okay la kot. 

Rasa macam nak tengok Jack The Giant Slayer jugak. Tapi tengah sarat ni memang tak selesa pun tengok wayang. 

Untuk pembaca-pembaca setiaku, sorry sebab tak singgah blog korang. Korang kena la biasakan diri tanpa komen saya di entry korang. Nanti cuti bersalin 3 bulan, saya pun tak yakin saya akan sempat nak buka blog. Huhu.

08 March 2013

Macamana Rasa Sakit Bersalin?

Sejahteralah ke atas kamu....

Menanti Tibanya Contraction.
Masih menunggu. Hari ini adalah 38 minggu 4 hari usia kandungan saya. Saya baru mula bercuti hari ini. Cuti bersalin awal 10 hari daripada tarikh due [18 Mac]. Setakat ini belum ada tanda-tanda nak bersalin lagi. Takde tanda darah. Air ketuban tak turun lagi begitu juga rasa sakit contraction. Kalau nak ikut sejarah keturunan [kakak-kakak], semuanya berbeza. Ada yang hanya sakit-sakit, ada yang turun darah dan ada yang pecah ketuban terus. Arwah mak je saya tak sempat tanya. Huhu.. Sedis pulaks.

Sebenarnya cemana rasa sakit bersalin tu? Sapa yang dah ada pengalaman tu cuba cerita skit. Kawan-kawan yang saya tanya; Shida kata sakit mencucuk-cucuk sampai ke belakang pinggang. Ila kata, sakit yang tak dapat nak dijelaskan sebab terlampau sakit. Ijan kata pun sakit yang tak tergambar tapi sakit dia memang lain macam dan tak pernah ko rasa sebelum ni. Semalam bila doktor tanya saya, ada sakit-sakit tak? Saya kata la ada tapi rasanya bukan contraction kot, sebab saya pun tak tau contraction tu rasa cemana. Then doktor kata rasa macam sakit senggugut, tapi lagi sakit pastu doktor tanya saya, "pernah sakit senggugut?". Memang la pernah senggugut, tapi tak la teruk sangat sebab senggugut saya hanya rasa perut mcm penat je. Takde memulas2 pun. Ummi Arissa kata, sakit macam nak u'uk. So, hanya tunggu je la. Berdebornya la ....

Budak 2 orang ni memang takde kerjaan. Sesaje nak amik test untuk rasa sakit bersalin. Saiko.


Saya ni, rasa baby mengeras pun sampai sekarang tak reti lagi nak detect. Kadang2 suami saya yang pegang perut saya dan rasa perut saya keras. Tapi saya sendiri tak rasa apa-apa pun. Agaknya mungkin sebelum pregnant dulu perut saya selalu sangat mengeras sebab selalu makan banyak kot. Kekekeke. So, skrg bila dah pregnant, tak dapat nak bezakan perut keras sebab baby mengeras atau keras sebab makan banyak. Melampau sungguh. 

Panas.
Sekarang ni musim panas ke? Ya Tuhan. Panas sungguh saya rasa setiap hari. Yang saya tahu, wanita mengandung memang akan rasa panas di minggu-minggu terakhir kehamilan, sebab suhu badan baby juga sudah meningkat. Tapi ini saya tengok, suami saya sendiri pun panas berpeluh-peluh. Kat ofis, dalam aircond pun saya boleh berpeluh-peluh, inikan pulak kat rumah yang takde ekon. Pasang 2 kipas pun masih berpeluh. Dugaan betul. Adakah hanya saya je yang panas atau sekarang memang musim panas?

05 March 2013

Abaya Princess Cut

Sejahteralah ke atas kamu,...


Saya belum bersalin. Kehkeh. Takpe, ada 2 minggu lagi. Sepatutnya due saya 18 Mac 2013. Cuma sekarang ni saya memang dah tak larat dah nak bangun pagi-pagi bersiap pergi kerja. Tak larat nak drive pergi ofis. Tak tahan dah nak duduk kat kerusi lama-lama, rasa mcm tertanggal tulang punggung masa nak bangun dari kerusi tu. Dan pagi ini baru saya tahu yang sebenarnya saya BOLEH memohon untuk cuti bersalin lebih awal, asalkan kurang 30 hari daripada tarikh due dan mendapat surat sokongan daripada doktor. Kalau saya tahu, daripada minggu lepas lagi saya dah amik cuti. Chaiss.

Lupakan la kejap pasal hal bersalin ni. Saya nak ceritakan pasal minggu lepas saya dah beli 2 pasang abaya melalui online. Abaya ni macam jubah la la sebenarnya. Cuma cutting dia berbeza sikit je daripada jubah buatan Malaysia. Dan abaya yang sebenar asalnya berwarna hitam sahaja. Ada juga yang berwarna2 meriah, cuma jarang la ada jual. Terutamanya kalau abaya buatan negara-negara Timur Tengah.
Ini salah satu abaya yang saya telah beli. Cutting princess ni maknanya bawah dia kembang payung [mcm poncho dalam citer star wars pun ada]. So, boleh la cover bentuk badan, tak nampak punggung. Bahagian badan menggunakan fabric Fursan dan lengan pula adalah fabric lycra.

Saya nak promosi kan kedai Online tempat saya beli abaya yang saya katakan tu. Namanya Zianit EShop.


Saya selalu shopping online. Tak tau ngape saya suka sangat beli secara online. Mungkin sebab saya ni pemalas nak berlegar-legar di tempat awam [alasan], so saya lagi selesa beli secara online. Ada kedai online yang saya jumpa di Facebook, di blog ataupun website rasmi. Setakat ini, kedai online Zianit ni the best la saya rasa. Mudah berurusan. Paling mudah berbanding dengan beli barang kat kedai online baby yang femes-femes tu.

Mula-mula saya register [create new account] di website Zianit EShop. Pastu masa tengah scroll nak pilih baju mana yang saya nak beli, tetiba admin website tu online di chat box. Then dia terus offer untuk beri bantuan kalau ada apa-apa nak tanya. Saya ingatkan macam robot je yang tanya, tapi saya try la tanya soalan pasal saiz baju. So, dengan laju dia jawab. Bila saya dah decide untuk beli baju yang mana, admin Zianit EShop terus mengaku yang baju tu ada tertanggal beberapa batu pada lengan [kan senang bila jujur]. Saya terus je mintak diskaun, then terus dapat diskaun RM30 untuk setiap abaya yang saya beli. Cool huh? Dah la delivery pun free. Lagi la saya suka. Petang tu saya confirm bayaran, esok sampai. Selesai urusan. Bagi saya, mudah, pantas dan sangat membantu. 

Abaya yang saya terima disertakan dengan shayla yang juga berwarna hitam. Shayla tu namanya macam penyanyi popular, tapi sebenarnya adalah selendang/shawl. Saya tak pakai lagi shayla tu, abaya plak dah pakai ari ni. [Jenis tak reti bersabor]. Masa nak beli abaya ni, mintak izin dengan suami dulu. Bila dapat je abaya ni, suami saya cakap saya santek sangat bila saya test pakai abaya ni. Dan dia kata, "Kalau saya nak beli baju macam ni semua pun dia akan izinkan", sebab memang menutup bentuk badan pun. *Perut mengandung 9 bulan ni pun masih lagi banyak ruang nak bernafas bila pakai abaya princess cut ni. Terasa seperti tuan puteri bunting plak aiii*. So, saya apa lagi, terus je rasa macam nak beli lagi 60 helai abaya mcm ni. Kehkeh. Cuma kena tunggu peruntukan gaji bulan depan plak la kan.

Jadi, untuk sesiapa yang suka nak pakai atau nak beli abaya, boleh la beli di Zianit EShop ni. Selamat bershopping.

01 March 2013

Saya Yakin Tapi Orang Lain Yang Tak Yakin

Sejahteralah ke atas kamu...

Cemana saya nak mulakan cerita ni ye. Nak kata masalah, saya rasa bukan masalah pun. Cuma ini adalah tentang keyakinan serta kemampuan saya dan mungkin kemampuan suami juga. Macam ni kisahnya, saya nanti insyaAllah akan bersalin di KL. Okay, itu tiada masalah. Ramai yang bersalin di KL kemudian baru balik kampung. Selepas bersalin tu, kakak saya nasihatkan supaya saya stay dulu di KL selama seminggu atau lebih, sehingga luka betul-betul sembuh atau sampai saya betul-betul larat untuk perjalanan jauh. Jadi, bermakna.... saya akan berpantang sendiri dan dijaga oleh suami dalam tempoh itu. 

Bagi diri saya dan suami, rasanya macam kami yakin kami mampu lakukannya bersama-sama. Mungkin sebab kami tak ada idea lagi sejauh mana kesakitan saya atau bagaimana teruknya keadaan saya selepas anak ini lahir. Dan mungkin sebab suami juga belum tahu sejauh mana kepenatan yang akan beliau rasai untuk berhadapan dengan isteri yang sementara waktu kelainan upaya, dalam masa yang sama perlu menjaga bayi yang insyaAllah baik dan behave tu[think positive!]. Tapi, bila kawan-kawan yang sudah mempunyai pengalaman memberi nasihat bahawa menguruskan diri sendiri sewaktu berpantang tidaklah semudah microsoft Word, sedikit sebanyak saya rasa terancam dengan ketakutan. Keyakinan saya yang kononnya tinggi tu, terus je merudum. Dah tu canne? Saya tahu kawan-kawan cuma mengambil berat dan risaukan saya. Saya pun hargai pendapat mereka. Tapi saya bukan ada pilihan lain, selain menyediakan kekuatan minda dan yakini bahawa saya dan suami mampu melakukannya.

Saya tahu wanita selepas bersalin memang condition nya sangat kesian. Pertama sebab luka bersalin, tak boleh cergas seperti biasa. Kedua sebab tak cukup tidur, sebab kerap bangun untuk susukan bayi. Ketiga, kehilangan banyak darah dan tenaga juga makin berkurang. Keempat, faktor pemakanan pantang yang mungkin tak cukup nutrisi untuk bekalkan tenaga. Kelima, keenam, ke bla..bla..bla.. Itu yang saya nampak pada kakak-kakak saya selama mereka berpantang dulu. Malahan, saya pun pernah menjadi pembantu semasa kakak berpantang dulu, tolong mandikan bayi, tolong sediakan air mandian, tolong tukarkan lampin, tolong amik itu ini untuk kakak. Lagipun waktu tu di rumah di kampung. Arwah emak pun masih ada. Ada ramai yang boleh tolong.

Apa-apapun, saya sendiri sangat yakin bahawa Mat Azghul tercinta itu sangat boleh diharap dan mampu untuk jaga saya dan baby kami. Dia pun macam relax je. Padahal saya dah banyak kali ingatkan dia yang tugas ini akan sangat memenatkan dia. Pastu dia kena mandikan anak lagi. Kena masak untuk saya. Tapi oleh sebab dia kata dia mampu dan ayat yang saya takleh nak bidas bila dia kata, "kito buat dio", maka saya lebih yakin la sekarang. 

Nak cari confinement lady mungkin boleh. Pasal bayaran takde masalah. Bukan lama pun nak jaga saya. Tapi saya ni macam tak selesa plak nak dijaga oleh orang yang saya tak kenal. Macam tak best la kan? Saya cuma berharap, luka bersalin saya cepat sembuh. Akan ku minum air gamat yang dibeli di jeti Pulau Pangkor dulu. Atau pun saya menyeru kepada Ummi, Zu, Ijan, Shida dan Cheetah, supaya mengambil cuti sehari seorang untuk menjaga saya berpantang secara bergilir-gilir. Lagi 2 hari, Ina adik iparku sila amik cuti. Muehehehehehe...Haaa.. tak sanggup kan? Back up team kalau 7 hari saya belum okay, Ayu, Zuna dan Besah pulak amik cuti hokey? Kalau takmo amik cuti untuk jaga saya, cukuplah korang semua mendoakan agar semua urusan saya dipermudahkan sewaktu keadaan sukar itu. Peace.

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...