Iklan! Iklan! Sila Click!

01 March 2013

Saya Yakin Tapi Orang Lain Yang Tak Yakin

Sejahteralah ke atas kamu...

Cemana saya nak mulakan cerita ni ye. Nak kata masalah, saya rasa bukan masalah pun. Cuma ini adalah tentang keyakinan serta kemampuan saya dan mungkin kemampuan suami juga. Macam ni kisahnya, saya nanti insyaAllah akan bersalin di KL. Okay, itu tiada masalah. Ramai yang bersalin di KL kemudian baru balik kampung. Selepas bersalin tu, kakak saya nasihatkan supaya saya stay dulu di KL selama seminggu atau lebih, sehingga luka betul-betul sembuh atau sampai saya betul-betul larat untuk perjalanan jauh. Jadi, bermakna.... saya akan berpantang sendiri dan dijaga oleh suami dalam tempoh itu. 

Bagi diri saya dan suami, rasanya macam kami yakin kami mampu lakukannya bersama-sama. Mungkin sebab kami tak ada idea lagi sejauh mana kesakitan saya atau bagaimana teruknya keadaan saya selepas anak ini lahir. Dan mungkin sebab suami juga belum tahu sejauh mana kepenatan yang akan beliau rasai untuk berhadapan dengan isteri yang sementara waktu kelainan upaya, dalam masa yang sama perlu menjaga bayi yang insyaAllah baik dan behave tu[think positive!]. Tapi, bila kawan-kawan yang sudah mempunyai pengalaman memberi nasihat bahawa menguruskan diri sendiri sewaktu berpantang tidaklah semudah microsoft Word, sedikit sebanyak saya rasa terancam dengan ketakutan. Keyakinan saya yang kononnya tinggi tu, terus je merudum. Dah tu canne? Saya tahu kawan-kawan cuma mengambil berat dan risaukan saya. Saya pun hargai pendapat mereka. Tapi saya bukan ada pilihan lain, selain menyediakan kekuatan minda dan yakini bahawa saya dan suami mampu melakukannya.

Saya tahu wanita selepas bersalin memang condition nya sangat kesian. Pertama sebab luka bersalin, tak boleh cergas seperti biasa. Kedua sebab tak cukup tidur, sebab kerap bangun untuk susukan bayi. Ketiga, kehilangan banyak darah dan tenaga juga makin berkurang. Keempat, faktor pemakanan pantang yang mungkin tak cukup nutrisi untuk bekalkan tenaga. Kelima, keenam, ke bla..bla..bla.. Itu yang saya nampak pada kakak-kakak saya selama mereka berpantang dulu. Malahan, saya pun pernah menjadi pembantu semasa kakak berpantang dulu, tolong mandikan bayi, tolong sediakan air mandian, tolong tukarkan lampin, tolong amik itu ini untuk kakak. Lagipun waktu tu di rumah di kampung. Arwah emak pun masih ada. Ada ramai yang boleh tolong.

Apa-apapun, saya sendiri sangat yakin bahawa Mat Azghul tercinta itu sangat boleh diharap dan mampu untuk jaga saya dan baby kami. Dia pun macam relax je. Padahal saya dah banyak kali ingatkan dia yang tugas ini akan sangat memenatkan dia. Pastu dia kena mandikan anak lagi. Kena masak untuk saya. Tapi oleh sebab dia kata dia mampu dan ayat yang saya takleh nak bidas bila dia kata, "kito buat dio", maka saya lebih yakin la sekarang. 

Nak cari confinement lady mungkin boleh. Pasal bayaran takde masalah. Bukan lama pun nak jaga saya. Tapi saya ni macam tak selesa plak nak dijaga oleh orang yang saya tak kenal. Macam tak best la kan? Saya cuma berharap, luka bersalin saya cepat sembuh. Akan ku minum air gamat yang dibeli di jeti Pulau Pangkor dulu. Atau pun saya menyeru kepada Ummi, Zu, Ijan, Shida dan Cheetah, supaya mengambil cuti sehari seorang untuk menjaga saya berpantang secara bergilir-gilir. Lagi 2 hari, Ina adik iparku sila amik cuti. Muehehehehehe...Haaa.. tak sanggup kan? Back up team kalau 7 hari saya belum okay, Ayu, Zuna dan Besah pulak amik cuti hokey? Kalau takmo amik cuti untuk jaga saya, cukuplah korang semua mendoakan agar semua urusan saya dipermudahkan sewaktu keadaan sukar itu. Peace.

70 comments:

  1. anak pertama kalo lyd nak jg sendiri dgn suami, agak mencabar jgk..sbb xde pengalaman kan..tp kalo yakin mampu..insyaAllah akan dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab anak pertama la derang risau tu kot. Sebab takde pengalaman. Tapi kami serahkan semuanya kepada perancangan Allah juga. Kami yakin Allah akan bantu kami.

      Delete
  2. Hmmm..risau kan lyd...semuanya ditangan mat azhgrul sbb dia yg nak jg awak awal2 nanti..nak kena masak makanan dia, makanan awak..jaga baby, jg awak dsbnya..rsnya not a big prblm.cuma takut2 awak nanti ms keluar spital nakkan orng yg pandai mengurut, bertuku dsbnya..bertuku tak blh sewanangnya..yg kesakitan itu wallahhua'lam..sy dl tak guna apa2 ubat sy bersalin dl wpun jahitan tidak terbilang..cuma depa srh sy berendam ngan air garam yg suam..cuci ngan dettol selalu..alaa lyd u n yr beloved en mat azghrul can do it..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks UmmuAidan di atas kata2 semangat tu. Berurut tu tunggu balik kampung la baru mula. Bila dah balik kmapung insyaAllah ibu mertua yang akan jaga saya dengan penuh kasih mesra.

      Cemana berendam dengan air garam tu? Ada bath tub ek? Kalau ada best la. Kat umah ni, ada baldi je. Heheh.

      Delete
    2. hehehe..sy ingat berendam dlm besen jer lyd..tp mmg berkesan wpun tak guna ubat lagi..cepat sembuh luka..psstt..awalnya sy letak byk sgt garam..pedih yaa amat..rupa2nya orng taruk brg sesudu dua jer..biar ade rs masin2 sikit jer..heheh

      Delete
    3. Besen besar ke? Nak beli gak la besen. Kalo tak berendam dgn air garam pun, bleh berendam dgn herba yg saya beli dgn set bersalin ni. Garam tu garam biasa je ke? Atau special punya? *tetiba rasa excited nak men'spa'kan diri.

      Delete
    4. besen yg muatlah awak nak masuk..heheh..actually bukan berendam tiap2 kali, ade ms buatlah tp basuh ngan air garam yg biasa shj..tiap kali awak ketoilet, basuh ngan air garam itu (jgn masin sgtlah)..luka inshaallah cepat sembuh wpun tanpa ubat lain..

      Delete
    5. ooo.. ye ke. Senang la kalo gitu. Garam murah je. Hehehe. Boleh beli kolam kanak2 tu. Besen mcm tak muat je nak bersimpuh.

      Delete
  3. Saya masih ingat bersalin anak ke 5 saya di kg suami,Kelantan.Waktu tu cuti sekolah seminggu,minggu berikutnya perlu pulang semula ke rumah sendiri di Lipis,kerana semua akan bersekolah semula dan suami akan bekerja.Saya juga perlu balik,maka saya dinasihatkan bengkung kuat-kuat,alas sandar kerusi dengan bantal..duduk di bahagian hadapan.Pakai stoking.Saya menempuh masa 5-6 jam perjalanan yang perlahan.Sungguh berhati-hati suami memandu.Panjangnya komen...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah seminggu boleh pakai bengkung kan? Masa awal-awal tu tak boleh lagi pakai bengkung atau ubat apa2 kan? Saya ni kalau ikutkan nervous jugak. Tapi oleh sebab saya tengok adik ipar saya mampu buat, so saya fikir... takkan saya tak mampu plak.

      Delete
  4. eh, ok juga idea cuti gilir2 tu..
    macam rukun tetangga...
    kalau kawan2 sepakat, apa salahnya sedekahkan sehari cuti untuk jaga ko.
    Boleh sembang2, boleh makan2 (tapi ko tengok je makanan tu sebab berpantang)....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. rukun tetangga ke? Sempat ke nak bersembang. Aku rasa aku mesti tidur je time masa terluang.

      Delete
  5. Insya Allah saya pun yakin dgn Mat Azghul..!!
    Sebab Incik Joni jaga saya & baby sampai abis pantang :)
    Ari2 masakkan, mandikan, tukarkan dan segala kan yang bole di pikir :)

    Saya sokong awak Lyd..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... cool.... awk dah jadi salah seorang role model saya la macam ni. Menunjukkan yang tidak mustahil ini semua boleh berlaku. Thanks sebab bagi kata semangat.

      Delete
    2. Bak kata Mat Azghul 'kita buat diyo'..hihihi

      Delete
    3. Hehehhe... itu la ayat yg selalunya saya tak dpt nak bangkang. Kekeke.

      Delete
  6. insyaAllah... boleh. kalau ada prob pun mungkin awal2 je. dah dapat tune betul tak ada masalah rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab saya dah fikir, semua perkara pun masa mula2 kita akan kekok betul tak? Apa yang perlu dilakukan ialah... sesuaikan diri secepat mungkin.

      Delete
  7. gunakan kuasa minda..katakan boleh. dulu pun masa anak pertama koi tak asik naik angin jer...sebab susu takde, nipple tenggelam, anak takmo direct bf tp reject susu formula...sampai krem tangan pakai manual breast pump. masa tu tak tahupun kewujudan electric breast pump ni. itulah penyumbang utama koi rasa down..pasal sakit tu...tgk ketahanan dan kekuatan seseorang la..alhamdulillah kesakitan lepas bersalin tu, koi rasa takde la sakit sangat pun...kalau kita takde masalah uri lekat ke, tumpah darah ker mmg cepat jer baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah semuanya akan selamat. Koi tgh menguatkan kuasa minda la ni dan berkata saya boleh! *tetiba rasa mcm doktor azizan.

      Dugaan jugak aok ye dulu. Mmg gigih mengepam guna pam manual.

      Delete
  8. memang perit mase 1st week lepas bersalin ..tapi lain org lain bhgian die ...mase aku 7 bulan aku da ade contraction, mase tu aku ade kat perak, kampung suami aku ..jadi atas nasihat mak mertua dan suami aku, aku terus stay kat perak sampai habis pantang, mase pantang mak mertua aku yg jage ..anak aku lak, jadi orang perak ler hermmm ...ye laaa lgpon aku ni fulltime housewife, boley ler buat gitu ...

    insyaallah, kalau ko dah pilih untuk berpantang sorang2, suami ko je yg jage, semoga allah permudahkanlah untuk ko jage baby ngan diri ko :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 7 bulan contraction, so bersalin masa kandungan berapa bulan? Ko bersalin awal ke? Nanti aku pun insyaAllah ibu mertua yang jaga.

      InsyaAllah. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.

      Delete
  9. InsyaAllah, semuanya akan baik2 saja. Kena kuat dan jangan terlalu 'manjakan diri'. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang cuba saya lakukan KakCik. Tanak terlalu manjakan diri. Biar hati kental sikit. Lagipun saya dah takde mak... huhu.. *tetiba*.

      Delete
  10. kadang2 kalu kita dah terpaksa buat, kita tiba2 je boleh pandai kak....tak pe la kalau akak dah yakin...yang penting diri sendiri yang kena yakin dulu...=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... bagus nini. Sebab yakini akak. Yakini merah jambu, lupakan yg lain. Sebab akak fikir yang ini semua akak terpaksa lalui, jadi akak kuatkan minda utk bersedia segala kemungkinan.

      Delete
  11. InsyaAllah blh huhuhu..

    aku lak..lps abis pantang nak terus nak balik umah sendiri...mak sedara aku lak yg x yakin..suh tggl baby kat kg bg mak mentua aku jaga dl...dah beso sket br ambik...adoi la...idoknye aku nak tggl

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.... lagi pulak bila ko sbg BFF aku dah doakan aku, lagi la boleh.

      Ko pantang kat umah mak mertua berapa lama? Aku nanti ingat, lepas 2 bulan aku balik la umah sendiri. Cuba nak sesuaikan diri dgn umah sendiri plak.

      Delete
    2. masa aku cuti bersalin ada 2bulan je...lps abis pantang dalam 48hr trs balik umah dah tp tu pn cuti tggl bape hr je lg nk masuk opis balik...xpe...pasni ni blh dapat coti 3bulan br best sket :)

      Delete
  12. betul...kadang level confident kita dh tahap memuaskan ..tp dek kata2 sebaliknya terus kita down...sy pun merancang lepas operation ni nk duduk umah sndiri je..jg diri sendiri..lgpun suami ckp dia leh je jg saya...tp rmai kwn2 bg pendapat sebaliknya..suh duk umah mak..atleast ade adik2 utk tengok2 kn..sy mls nk susahkan org lain la...ermmm dilema...=(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak lama dah awk nak operation kan? Saya betul2 doakan agar awak akan kembali sihat sepenuhnya. Good luck utk awk juga kalau betul2 dah decide nak duduk sendiri lepas operation.

      Delete
  13. aku pon kena ke? aku terkecuali la weh..elok2 mat azghul kena jaga 2 org, tak pasal2 jaga 3 org plak kang..kehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko back up team. Kalo 7 ari tu aku tak berapa kuat lagi nak balik kampung, ko pun kena amik cuti gak. Lepas 7 hari mat azghul dah gi keja rasanya. Hahah. Kang aku plak yg kena jaga ko.

      Delete
  14. In shaa allah Lyd, yakin boleh. Think positive dan jgn terlalu memanjakan diri. Semoga semua urusan di permudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah... terima kasih fiza. Memang saya selalu think positive je. InsyaAllah semua urusan akan dipermudahkan.

      Delete
  15. nnt bila dah terjadi pasti dipermudahkan.. berdoalah padaNYa moga dipermudahkan segalanya.. akakpun dulu duk sini seminggu baru balik kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap macam tu la kak. Saya ni berserah kepada Allah je.

      Delete
  16. Akak saya nasihatkn kat adik saya pulak, lps bersalin kat KL terus je balik Johor. Kalau tunggu beberapa hari lagi tak larat. So, arini bersalin esoknya terus dia balik kg.

    Saya rasa takde hal kot suami Lyd jaga 7 hari tu. asal dah buat preparation..cara nk mandi baby dll okey la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujie, kalo ikutkan saya memang terus nak balik kampung. Itu nak tgk dulu cemana keadaan saya. Kalau rasa2 mcm larat, ingat nak shoot balik kampung terus lepas kuar spital. Takut nanti kalo lambat2 makin malas nak balik kampung.

      Delete
  17. masa akak dalam pantang ari tu..
    hubby je yang jaga.pada yang sama layan
    kerenah 2 org anak.boys. 4y n 3y.hero.
    semua kerje hubby buat.okay je dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kalo macam tu, akak lagi hebat. Nak jaga hero2 yang sedang aktif. Makin yakin la kalo mcm ni saya nak berpantang sendiri.

      Delete
  18. suami yg mithali insyaAllah bole buat sumer tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Suami mithali mcm ko la jugak.

      Delete
  19. Yakin boleh In Shaa Allah dipermudahkan semua, lagi2 kalau hubby mengerti.. doakan yg terbaik ye dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat ni suami sangat memahami dan mengerti. Selama pregnant ni pun memang dia yang banyak membantu.

      Delete
  20. In shaa Allah...yakin boleh... :D Semoga dipermudahkan segalanya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer, InsyaAllah. Yakin boleh! Rakan Masjid! Terima kasih di atas doa awk ye.

      Delete
  21. owh... ketika itu, suami lah yang kita harapkan untuk bersabar dan membuat semuanya.... kalau suami dah berakujanji untuk sanggup... maknanya dia dah ready dan sanggup.... insyaALLAH... akan dipermudahkan semuanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awk. Lega jugak saya baca komen awk ni. Rasa semakin kuat utk menempuhi tu semua. InsyaAllah.

      Delete
  22. I sangat yakin u berdua mampu. Its not that hard, honestly. Automatically u guys akan tau apa yang perlu dibuat etc and energywise..of course penat tapi tu la, Allah itu maha Kuasa, u wil be surprised yourself. Still doakan everything goes well with u guys. I myself my mom jaga la kejap, and after, I was alone jaga my baby. Papa JJ kan jauh masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks a lot Mommy JJ. Kata-kata org boleh buat kita rasa down tapi kata2 semangat boleh meyakinkan kita semula. Saya bukan nak syok sendiri ke apa. Tapi sebab saya tgk ada sesetengah org mampu buat, jadi sebab tu saya yakin saya pun mampu. InsyaAllah. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Semoga Allah tolong.

      Delete
    2. Satu jer I selalu ingat dalam kepala masa tu "monyet kat utan pun pandai jaga anak, takkan la aku manusia ada akal tak leh buat". sorry agak kasar tapi tu la kata2 semangat untuk diri sendiri masa tu. And looking at u both, even we dont really know each other well, I yakin u guys boleh because u guys commit, and happily expecting. All the best ya.

      Delete
    3. Ooo.. i sopan skit la sebab i imagine gajah yang kat hutan pun boleh beranak tanpa bantuan. Kekeke. Sebenarnya saya pun selalu fikir mcm tu jugak. Zaman sebelum ada perubatan moden dulu, zaman batu... org boleh je bersalin dan survive sendiri. Okay la.. maka i makin bersemangat la ni. Thanks ye awak.

      Delete
  23. Anak pertama memang sungguh suspens, maklumlah belum ada pengalaman. Bila dah beranak 6 seperti JR, no 2 sampai no 6 semuanya berjalan lancar...bila tiba masa, ada saja cara penyelesaiannya....

    Kpd Lyd...jangan risau...bila tiba masa, adalah cara penyelesaiannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih JR. Memang kami tgh suspense ni. Tapi kami yakin je la dan serahkan sepenuhnya kepada bantuan Allah.

      Delete
  24. In SYa ALLAH, akak kuat mengatasi masalah ini..semoga dipermudakan untuk bersalin..yakin pada diri sendiri B positive..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah dik. Akak cuba semampu yang boleh. Terima kasih di atas doa awk. Akak dah bukan setakat B+ dah, tapi dah O+ terus.

      Delete
  25. Klau Lyd yakin dgn kemampuan sendiri, tak salah untuk teruskan dan buktikan yg Lyd boleh..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah... Saya yakin saya boleh. Thanks MJ for the support.

      Delete
  26. knock knock.. all fine there? Is it the time yet? Wish u all the best dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi ni. Belum bersalin lagi. Kekekeke...

      Delete
  27. kiter tak de pengalaman xtau nak bagi pandangan. cuma boleh doakan semua berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe has. Doa dan kata2 semangat pun dikira juga. ;-)

      Delete
  28. leh punyer la...kalau dh yakin tu insyaAllah boleh...sy dulu pn even bkn berpantang dengan suami, mak ayah keje..so, pg2 sblm mak gi keje dia akan mndikan baby siap2, masak makanan utk sy dll...so, even xde org kt umah, sy n baby je smua dh settle...sy pun goyang kaki jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp mak dah setelkan baby. Kira beruntung lagi. tp tggal sorang2 jgk lepas tu kan? Mencabar jugak nk bgn mkn, pastu nk tukar lampin baby kan?

      Delete
  29. jap jap....ni nak balik kampung mana yep?

    ok mcm ni...this is opinion yea. bg CiM lebih elok, selepas bersalin, lyd jgn ambil masa yg lama sehingga seminggu utk balik kg. ini pendapat CiM yea.

    kesakitan sakit bersalin bukanlah dalam masa 1,2,3 hari selepas bersalin. jadi cadangan CiM, ambillah masa 2,3, hari ni utk balik terus ke kg. yeaaa...mmg kito buat dio, tp, menjaga org sakit bersalin bukan mcm jaga org sakit barah. kalau lyd terus balik kg. nnti MiL akan terus boleh uruskan mak bidan tukang urut, urut kena dan mesti kalau boleh 3 hari lepas bersalin dah nak kena start. nak lg bagus kena urut 7 hari berturut2. lg satu, tali pusat bayi akan tertanggal dlm masa 5-7 hari. kalau la masa tu lyd masih di kl, tiba2 en.hubby mandikan baby, tali pusatnya tertanggal. panic tak ye?

    kalau baby perempuan, boleh disunatkan terus bila tali pusatnya dah tertanggal. kalau kat kl, siapa nak buat semua tu?

    kakak CiM balik jb dr klang 2 hari lepas bersalin. 2 anaknya mcm tu. tapi bila dpt anak ke-3, lelaki, dia balik jb lewat sikit, baby dah 15 hari, konon2 jaga diri sindiri. tp, huru hara jugak smpikan kena pinjam bibik kawan utk jaga dia. balik jer jb, terus urut bidan kampung 7 hari berturut2 sbb badan dia dah start sakit2.

    so, u decide. highway sekarang dah rata takde bonggol2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ye tak ye jugak kan. Sy pun ada jgk plan nk blk kg secepat mungkin. Pasal urut tu sy ingatkan lepas seminggu bru boleh. Rupa2nye seawal 3 hari ye? Ok noted. Dan pasal tali pusat tu, mmg tak tfikir pun nk buat cemana kalo ttanggal. Keke. Tp nk khitan bayi pmpuan kena tggu tali pusat ttanggal ke? Ingatkan lepas lahir tu terus nk suh doktor kt spital tu khitankan. Tq ye CiM for the opinion. Sy hargai sgt. Mana ilang lama xdtg sini?

      Delete
  30. mmmm.. tak da pengalaman. tp setuju dengan CIM..

    mmg kena urut secepat yg boleh. sbb tgk akak ipaq..mak mertua turun kl. ye la anak dah 4, dua sekolah.. sorang lagi baru boleh berjalan :)

    kalau lyd dah siap sedia ada org nk dtg rumah urutkan ok je..
    take care tau..

    nape tak blik kg awal je, kn boleh apply cuti :)

    ReplyDelete
  31. aku tengok adik dgn kakak aku baru lepas bersalin, pucat jer masing2..

    akak aku xpe lagi sebab rumah dia sebelah jer dgn rumah mertua..tapi still abg ipar aku yg jaga la..

    adik aku pulak, mmg totally suami dia yg jaga..and kalau suami dia kena pergi kerja, dia jaga la diri sendiri..mertua dia jauh, nun kat tganu..

    so maybe kau xyah risau sgt..insyaAllah semuanya dipermudah..:)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...