Skip to main content

Cara Mengenalpasti Madu Asli Atau Madu Tiruan

Sejahteralah ke atas kamu....

Ramai yang dah tahu tentang kebaikan madu. Ramai juga ingin mengamalkan madu dalam diet harian. Cuma masalahnya kadang-kadang madu yang dibeli itu madu tiruan, tidak asli. Madu yang terbaik tentulah madu asli yang diambil daripada sarang lebah yang hidup di habitat asal. Bagaimanapun, madu yang diambil daripada lebah ternak juga masih lagi asli dan baik. Yang tak eloknya ialah madu asli yang dicampur dengan gula tiruan atau yang paling teruk kalau keseluruhan gula perang tu diletak di dalam botol kemudian dijual dan dilabel sebagai 'Madu Tualang Asli'. Sungguh tak senonoh perbuatan itu.

Setakat ini sepengetahuan aku, madu yang 'didakwa' sebagai madu terbaik di dunia ialah madu Yaman. Sebotol yang saiznya lebih kurang 600ml harganya RM300. Choyyy... Mahal ayokk.. Madu terbaik tu adalah kata penjual madu Yaman. Kalau ko tanya penjual madu Tualang, pastilah jawapannya madu tualang yang terbaik. Yang jual madu Acacia pun akan kata madu Acacia pulak yang terbaik. Kalau tanya pendapat ikhlas aku.... Cara nak mengenalpasti madu yang terbaik hanyalah dengan mencuba sendiri setiap jenis madu tu. Yang mana paling serasi dengan tubuh badan kita, yang tu la yang terbaik. 

Ye, aku tahu, kita ni manusia kalau boleh kita hanya nak untung je. Tak mau rugi langsung. Tak mau try and error. Sebab hanya nak pastikan semua pilihan kita tepat. Kalau begitu, biar aku cerita sikit beberapa fakta menarik tentang madu yang mungkin dapat memberi ilmu pada kamu semua dalam memilih madu yang terbaik dan mengenalpasti ketulenan madu tersebut;

  1. Madu asli TIDAK MEMPUNYAI TARIKH LUPUT. Makin lama madu disimpan, warnanya akan menjadi makin gelap, tetapi tidak akan menjadi basi, busuk, buruk, hapak, ketiak masam atau sebagainya.
  2. Madu asli TIDAK AKAN BEKU walaupun disimpan di dalam freezer. Ini kerana komposisi air di dalam madu sangatlah rendah. Kandungan lain di dalam madu ialah bukan air jadi bila disimpan di dalam tempat beku, hanya akan menukarkan madu itu menjadi lebih pekat seperti gel.
  3. Madu asli MUNGKIN BOLEH dihurungi oleh semut. Diantara kandungan di dalam madu ialah gula [fructose, glucose, sucrose etc.] jadi memang tidak mustahil untuk semut menghurungi madu. Dah tentu la makanan semut ialah gula. Kan?
  4. Titisan madu bentuknya bulat. Bila madu dititiskan di atas tapak tangan atau atas pinggan, bentuknya bulat, cantik berkilat. Berbeza dengan air, yang akan terus meresap bila dititiskan di sebarang permukaan. Ini kerana kelikatannya. Eh, kalau gitu larutan gula pun akan jadi mebulat jugak la kan? Ermm... so point yang ini tak perlu dijadikan kayu pengukur untuk mengenalpasti keaslian madu ye.
  5. Cara yang paling tepat untuk mengukur ketulenan madu tidak lain dan tidak bukan ialah dengan cara ujian yang dilakukan di makmal. 

Sangat penting bagi kita untuk memastikan madu yang kita beli itu asli atau tidak. Kerana madu itu kita makan. Kalaulah madu itu tiruan dan kandungan gulanya tinggi, kita boleh membahayakan kesihatan kita sendiri. Asalnya nak jadi sihat kang tak pasal-pasal dapat sakit. 

Aku pernah beli banyak jenis madu. Yang terbaik setakat ini ialah madu Acacia. dB Premium. Memang dapat beza rasa madu tu yang manis dia tak manis menyengat macam gula. Manis dia ada rasa masam-masam tapi still rasa manis. Macamana la nak explain.



Okay, ni satu lagi fakta.... Madu memang tidak digalakkan untuk diberikan kepada bayi  yang berusia kurang daripada setahun. Kerana di dalam madu mengandungi spora bakteria “Clostridium Botulinum”. Bacteria ini tak boleh dipindahkan keluar oleh sistem penghadaman bayi yang masih kecil. Bila bacteria itu tidak keluar daripada tubuh bayi, akan menyebabkan spora pada bacteria itu akan berkembang dan membiak dan akan mendedahkan bayi untuk mendapat penyakit “Botulism”.

Fakta terakhir, kalau nak makan madu, digalakkan menggunakan sudu plastik atau kayu. Tak digalakkan guna sudu besi sebab besi akan mengoksidakan beberapa komponen dalam madu. Lebih kurang boleh mengganggu molekul pada madu tu.


Comments

  1. Kalau kat sini madunya kebanyakkan asli sebab ramai jugak pengusaha madu..kwn2 kami pun ade jual..murahlah jugak..sy suka makan oat pepagi buat bekfes instead of letak gula letak madu..makan ngan roti pun sedapjgk...tp hati2 blhbertambah nafsu makan n nafsu...(tuk lelaki lah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la kalau madu asli murah. sedapkan madu? saya tak makan dengan berhemah mcm tu la. cuma makan sesudu je tiap2 pagi.

      Delete
  2. kalau yg jual rm10 sebotol besar tu mmg tak berani beli, ada baca pendedahan diorang campur gula Melaka, gula pasir. pastu jual. Tak pasal kita dpt penyakit pulak bila amalkan.

    ReplyDelete
  3. oh bagus ni.. nk cari madu ni la nnti.. td baca tajuk ingatkan cerita ttg "madu" yg mcm cerita 3 madu tu.. haha.. nak kono pelompang jo ayat aku ni...

    ReplyDelete
  4. Tak boleh nk telan la..manis sgt..hehe..
    Tapi madu ni baguskan..
    Byk khasiat..

    ReplyDelete
  5. Aku selalu beli madu manuka. Spesis yg tu pun, mhl gak tu. Ada gred n percent. Ntah mcm ne kira, aku pun tak reti. Mcm madu Yaman gak harga. Cecah RM300. Selalu aku beli manuka honey yg biasa je. Sebotol kecik, tak smpi RM100.

    ReplyDelete
  6. adui.. dok mampu beli madu yaman tuh. haha.. beli madu tualang jo.. hehe.. tp payah nau nak cr madu kat sini..

    ReplyDelete
  7. tuler yang payahnyerkan nak kenal asli atau tidak..
    madu tu memang khasiatnyer sangatler banyak...

    ReplyDelete
  8. madu ni rasa ni masam buah dan manis..

    ReplyDelete
  9. Susah nak jumpa madu asli. Yang ada kat umah tu tak tau madu jenis apa.

    ReplyDelete
  10. madu jgn simpan dalam peti klu nak kekalkan khasiatnya ...

    ReplyDelete
  11. payah nak dpt yg betul2 asli sekarang ni even pun dibeli dari orng asli hehehe

    ReplyDelete
  12. saya selalu beli madu kat cameron higlands je...sama ada kat bee farm tu, atau dengan orang2 asli yang jual tepi jalan nak turun ke simpang pulai. orang kata asli...entah la. Harap2 asli la. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembekal yg sama membekalkan madu tiruan ke orang asli atau peniaga pasar malam atau pasar kat kea farm tu...menipu semua hati hati lain kali...

      Delete
  13. Aku dah jeran nak beli madu keluaran tempatan...asyik tertipu je...
    Aku dah tak tau nak beli madu apa lagi... ternak lebah sendiri kut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berminat madu kelulut asli boleh wsup 0193291084

      Delete
  14. tak pernah pun makan madu...tp bg nak diet tukarkan madu dengan gula dalam minuman....

    ReplyDelete
  15. Teringat kata2 seorang penjual madu, kebanyakan madu di pasaran banyak dicampur bahan lain, menyebabkan ketulenannya tak sampai 50%. Kalau nak yang betul2 100% asli katanya kena pergi ke sarang lebah sendiri, sebab madu yang dia jual pun keasliannya cuma 90%....

    ReplyDelete
  16. Ooo patut le org tua dolu-dolu soh pakai sudu plastik. ingatkan dorang suke-suki je sebab bile tanye nape dorang cuma kata, ko buat jelah cube jangan melawan! Huhu... BTW kenapa tak terangkan penyakit botulism tu hape. Nak soh gugel lah tu kan kan... Jemput Baca: D.A: Menu Lunch/ Dinner -6

    ReplyDelete
  17. tu la pasei. byk nak nipu aje.

    lyd, sedap lg pisang berangan.hihi

    ReplyDelete
  18. errr...zharif start mkn madu masa dia 8bln kot...kan dia masuk spital pasal pneumonia...kahak masuk dalam paru2 sebabkan jangkitan kuman kt paru2...zharif cepat berjangkit selesema masa dok nursery...so bila dok ngan pengasuh, pengasuh zharif pegi bg madu...madu + air suam isi dalam botol susu...masa awal2 bg tu lepas minum mmg zharif akan muntah & keluar skali kahak berketul2..alhamdulillah ok & x jadi apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pon bagi luth. Umur 3 bulan lagi aku dah penah bagi luth. hehehe... cuma yg aku tulis dalam entry ni mengikut nasihat pakar je. Aku kan mmg suka melawan kata-kata pakar. Yang acacia ni, aku bagi luth masa dia start nak selsema minggu lepas, terus tak melarat. sihat je dia alhamdulillah.

      Delete
    2. banyak fakta yang x betul sek ni................madu yang asli sangat bagus hatta untuk bayi....x kiralah ada fakta sebaliknya..............sejak 2-3 bulan saya dah bagi anak saya....vaksinasi saya x teruskan...sempat 2 kali je.......................setiap pagi.......susu anak saya saya akan campur minyak zaitun dan habatus sauda asli..kerap juga madu cuma x hari2....kalau batuk saya bagi madu campur cuka asli.................kena rajin dan yakin la...........setakat ini anak saya 2 tahun x pernah p klinik ...apatyah makan ubat klinik kecuali sebab sakit mata terkena apa ntah...

      Delete
    3. belilah madu tempatan yang asli.tualang ke akasia ke.....janji asli....madu kat pasarraya...ade yang sangat murah dan mahal...kebanyakkan dari cina atau australia.....madu pasaraya dah tentu ternak.....biasanya ade tercemar antibiotik ....awas....x guna juga beli madu mahal(import) kalu x tahu hujung pankal....walaupun tanah arab.....banyak juga yang ternak......cuma lain skit.....ternak kat gunung.......apa pun kenalilah madu asli tempatan.....sebab Tuhan buat elok dah.....

      Delete
    4. bagi yang was22 biasakan beli yang ade pengesahan makmal spt fama,mardi ke....biasa pengeusaha ni.......ade alamat..............mahal la skit...............biasakan rase madu depa2....lepas dah biasa boleh tanya kat org kg......murah la skit......biasa yag kg mcm kotor skit kat lapisan atas dkt dengan buih die,,,,,,,,itu ubat tu.jgn buang.....polen2 bunga......yang masuk kilang depa dah buang...depa asing jual mahal................awas madu tiruan biasa dari indon.................biasa gelap kehitaman atau kehijauan........putih pun ade....................buih putih melepak tebal.....

      Delete
  19. Lady gune madu dcl.. akk.. dr saraf ldy ckp.. madu kelulut kslu dimakan dengan cr meletakkan di atas lidah dan kt hsp slow slow mampu mergsgkan srf di otk.. sb bhgian otk lady sdkt ade yg lupe nk berfungsi :p.. lady praktikkan kt zahra skali.. akk bolehla bg kt luth skali.. jgn cmpr dgn mknn or air.. nnti die trs msk perut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak bagi luth madu acacia ni je dulu. Madu kelulut lagi masam daripada madu acacia ni. Tapi akak tau bagus.

      Delete
    2. awas.....madu kelulut cuba cari kat pengeusaha ......p tengok depa ambik dari sayang pastu rase.......pastu bar beli...............sebab banyak sanagt org dakwa madu kelulut...jual mahal..........sebab ade kemungkinan...depa ambik madu lebah import yang biasa aje....macam china.MUrah je......perah asam limau ke..cuka ke...........masam la.............nasihat saya................biasakan dengan yang asli baru beli..............perhatiokan warna die.................

      Delete
  20. Aku baru je pergi klinik hantar anak aku yang umur 7 bulan pasal batuk. Doctor x bagi ubat untuk baby bawah 2 tahun tp dia ada advise untuk suapkan madu. so macam mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau doktor advice mungkin boleh try sikit. Kalau dia tak alergy, boleh terus consume. Sbenarnya takut alergic je. Cuma kena make sure madu tu pure. Kalau tiruan kang gula plak terlebih,

      Delete
  21. Jom try kat produk kami :
    http://originalmadutualang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. Nak madu klulut ori tel sy ,pak njang 0194179458

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madu asli ialah apabila d bawa balik ke rumah isteri marah,.. Itu asli punye

      Delete
  23. Nak tau madu asli ke tak , cuba letak kat mata kalau mata merah tapi tak pedih tu la madu asli, orang la kata.....dan tak melekit kat mata....petua lama pun ada kata letak telur ayam kampung, kalau telur tu masak tanda madu tu asli...kadang tak menjadi pun...ada sesiapa boleh jawab...

    ReplyDelete
  24. Nak tau madu asli ke tak , cuba letak kat mata kalau mata merah tapi tak pedih tu la madu asli, orang la kata.....dan tak melekit kat mata....petua lama pun ada kata letak telur ayam kampung, kalau telur tu masak tanda madu tu asli...kadang tak menjadi pun...ada sesiapa boleh jawab...

    ReplyDelete
  25. Madu mmg bgus untuk ank2.. bila batuk bg madu. . Hbis kahaq kluar..

    ReplyDelete
  26. madu kelulut mau?terus ambik dr sarang FRESH

    ReplyDelete
  27. SAYA TAK PAYAH SUSAH2 FIKIR MADU ITU MADU TULEH KE TIRU SEBAB KELUARGA SAYA PENCARI MADU..MADU TUALANG

    ReplyDelete
  28. Saya minum madu putih jer.. beli dgn kawan ayahnya ada kedai sengsei.... harap2 ori laaa....bagus utk kulit yg alergik

    ReplyDelete
  29. Sya antara pengusaha madu tualang..hasil dri bumi sabah..klu berminat bleh pm sya 0143511526

    ReplyDelete
  30. saya menjual madu. tualang, madu biasa dan kelulut. madu hutan ada seribu satu rasa dan seribu satu warna, bergantung kepada jenis bunga yg dia hisap.jgn terkejut ada juga yg rasanya mcm air pepsi dan warnanya gelap pekat. Ada byk warna terang. yg rasanya lebih manis dr gula ada. bg yg dari pati bunga limau, agak masam sikit.

    ReplyDelete
  31. SAYA PENGUSAHA TERNAKAN MADU KELULUT ASLI.. JAMINAN PULANGAN WANG SEMULA 100% SEKIRANYA TIDAK ASLI.. BERMINAT PM SAYA 019-3967053

    ReplyDelete
  32. ada beberapa entry say baca, madu asli xkan dihurung semut, sbb kemanisan madu, lain dr gula, tu la pasal semuat xsuka. tp xtau lah pula mana yg betul. setakat ni beli madu kat giant, madu xletak dlm fridge, tp mmg xde semut hurung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo madu yang tak di hurung semut kena hati-hati

      Delete
  33. Aku dpt madu dri adik ipardia ada buat ladang kelukut smpingan job .. betul2 ori tpi kenapa rasnyamasam ye? Mmg amik langsung dri sarang.. mmg kelukit rqsa masam ke madu dia?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya