Iklan! Iklan! Sila Click!

17 December 2013

Cara Mengenalpasti Madu Asli Atau Madu Tiruan

Sejahteralah ke atas kamu....

Ramai yang dah tahu tentang kebaikan madu. Ramai juga ingin mengamalkan madu dalam diet harian. Cuma masalahnya kadang-kadang madu yang dibeli itu madu tiruan, tidak asli. Madu yang terbaik tentulah madu asli yang diambil daripada sarang lebah yang hidup di habitat asal. Bagaimanapun, madu yang diambil daripada lebah ternak juga masih lagi asli dan baik. Yang tak eloknya ialah madu asli yang dicampur dengan gula tiruan atau yang paling teruk kalau keseluruhan gula perang tu diletak di dalam botol kemudian dijual dan dilabel sebagai 'Madu Tualang Asli'. Sungguh tak senonoh perbuatan itu.

Setakat ini sepengetahuan aku, madu yang 'didakwa' sebagai madu terbaik di dunia ialah madu Yaman. Sebotol yang saiznya lebih kurang 600ml harganya RM300. Choyyy... Mahal ayokk.. Madu terbaik tu adalah kata penjual madu Yaman. Kalau ko tanya penjual madu Tualang, pastilah jawapannya madu tualang yang terbaik. Yang jual madu Acacia pun akan kata madu Acacia pulak yang terbaik. Kalau tanya pendapat ikhlas aku.... Cara nak mengenalpasti madu yang terbaik hanyalah dengan mencuba sendiri setiap jenis madu tu. Yang mana paling serasi dengan tubuh badan kita, yang tu la yang terbaik. 

Ye, aku tahu, kita ni manusia kalau boleh kita hanya nak untung je. Tak mau rugi langsung. Tak mau try and error. Sebab hanya nak pastikan semua pilihan kita tepat. Kalau begitu, biar aku cerita sikit beberapa fakta menarik tentang madu yang mungkin dapat memberi ilmu pada kamu semua dalam memilih madu yang terbaik dan mengenalpasti ketulenan madu tersebut;

  1. Madu asli TIDAK MEMPUNYAI TARIKH LUPUT. Makin lama madu disimpan, warnanya akan menjadi makin gelap, tetapi tidak akan menjadi basi, busuk, buruk, hapak, ketiak masam atau sebagainya.
  2. Madu asli TIDAK AKAN BEKU walaupun disimpan di dalam freezer. Ini kerana komposisi air di dalam madu sangatlah rendah. Kandungan lain di dalam madu ialah bukan air jadi bila disimpan di dalam tempat beku, hanya akan menukarkan madu itu menjadi lebih pekat seperti gel.
  3. Madu asli MUNGKIN BOLEH dihurungi oleh semut. Diantara kandungan di dalam madu ialah gula [fructose, glucose, sucrose etc.] jadi memang tidak mustahil untuk semut menghurungi madu. Dah tentu la makanan semut ialah gula. Kan?
  4. Titisan madu bentuknya bulat. Bila madu dititiskan di atas tapak tangan atau atas pinggan, bentuknya bulat, cantik berkilat. Berbeza dengan air, yang akan terus meresap bila dititiskan di sebarang permukaan. Ini kerana kelikatannya. Eh, kalau gitu larutan gula pun akan jadi mebulat jugak la kan? Ermm... so point yang ini tak perlu dijadikan kayu pengukur untuk mengenalpasti keaslian madu ye.
  5. Cara yang paling tepat untuk mengukur ketulenan madu tidak lain dan tidak bukan ialah dengan cara ujian yang dilakukan di makmal. 

Sangat penting bagi kita untuk memastikan madu yang kita beli itu asli atau tidak. Kerana madu itu kita makan. Kalaulah madu itu tiruan dan kandungan gulanya tinggi, kita boleh membahayakan kesihatan kita sendiri. Asalnya nak jadi sihat kang tak pasal-pasal dapat sakit. 

Aku pernah beli banyak jenis madu. Yang terbaik setakat ini ialah madu Acacia. dB Premium. Memang dapat beza rasa madu tu yang manis dia tak manis menyengat macam gula. Manis dia ada rasa masam-masam tapi still rasa manis. Macamana la nak explain.



Okay, ni satu lagi fakta.... Madu memang tidak digalakkan untuk diberikan kepada bayi  yang berusia kurang daripada setahun. Kerana di dalam madu mengandungi spora bakteria “Clostridium Botulinum”. Bacteria ini tak boleh dipindahkan keluar oleh sistem penghadaman bayi yang masih kecil. Bila bacteria itu tidak keluar daripada tubuh bayi, akan menyebabkan spora pada bacteria itu akan berkembang dan membiak dan akan mendedahkan bayi untuk mendapat penyakit “Botulism”.

Fakta terakhir, kalau nak makan madu, digalakkan menggunakan sudu plastik atau kayu. Tak digalakkan guna sudu besi sebab besi akan mengoksidakan beberapa komponen dalam madu. Lebih kurang boleh mengganggu molekul pada madu tu.


24 comments:

  1. Kalau kat sini madunya kebanyakkan asli sebab ramai jugak pengusaha madu..kwn2 kami pun ade jual..murahlah jugak..sy suka makan oat pepagi buat bekfes instead of letak gula letak madu..makan ngan roti pun sedapjgk...tp hati2 blhbertambah nafsu makan n nafsu...(tuk lelaki lah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la kalau madu asli murah. sedapkan madu? saya tak makan dengan berhemah mcm tu la. cuma makan sesudu je tiap2 pagi.

      Delete
  2. kalau yg jual rm10 sebotol besar tu mmg tak berani beli, ada baca pendedahan diorang campur gula Melaka, gula pasir. pastu jual. Tak pasal kita dpt penyakit pulak bila amalkan.

    ReplyDelete
  3. oh bagus ni.. nk cari madu ni la nnti.. td baca tajuk ingatkan cerita ttg "madu" yg mcm cerita 3 madu tu.. haha.. nak kono pelompang jo ayat aku ni...

    ReplyDelete
  4. Tak boleh nk telan la..manis sgt..hehe..
    Tapi madu ni baguskan..
    Byk khasiat..

    ReplyDelete
  5. Aku selalu beli madu manuka. Spesis yg tu pun, mhl gak tu. Ada gred n percent. Ntah mcm ne kira, aku pun tak reti. Mcm madu Yaman gak harga. Cecah RM300. Selalu aku beli manuka honey yg biasa je. Sebotol kecik, tak smpi RM100.

    ReplyDelete
  6. adui.. dok mampu beli madu yaman tuh. haha.. beli madu tualang jo.. hehe.. tp payah nau nak cr madu kat sini..

    ReplyDelete
  7. tuler yang payahnyerkan nak kenal asli atau tidak..
    madu tu memang khasiatnyer sangatler banyak...

    ReplyDelete
  8. madu ni rasa ni masam buah dan manis..

    ReplyDelete
  9. Susah nak jumpa madu asli. Yang ada kat umah tu tak tau madu jenis apa.

    ReplyDelete
  10. madu jgn simpan dalam peti klu nak kekalkan khasiatnya ...

    ReplyDelete
  11. payah nak dpt yg betul2 asli sekarang ni even pun dibeli dari orng asli hehehe

    ReplyDelete
  12. saya selalu beli madu kat cameron higlands je...sama ada kat bee farm tu, atau dengan orang2 asli yang jual tepi jalan nak turun ke simpang pulai. orang kata asli...entah la. Harap2 asli la. Hehe

    ReplyDelete
  13. Aku dah jeran nak beli madu keluaran tempatan...asyik tertipu je...
    Aku dah tak tau nak beli madu apa lagi... ternak lebah sendiri kut...

    ReplyDelete
  14. tak pernah pun makan madu...tp bg nak diet tukarkan madu dengan gula dalam minuman....

    ReplyDelete
  15. Teringat kata2 seorang penjual madu, kebanyakan madu di pasaran banyak dicampur bahan lain, menyebabkan ketulenannya tak sampai 50%. Kalau nak yang betul2 100% asli katanya kena pergi ke sarang lebah sendiri, sebab madu yang dia jual pun keasliannya cuma 90%....

    ReplyDelete
  16. Ooo patut le org tua dolu-dolu soh pakai sudu plastik. ingatkan dorang suke-suki je sebab bile tanye nape dorang cuma kata, ko buat jelah cube jangan melawan! Huhu... BTW kenapa tak terangkan penyakit botulism tu hape. Nak soh gugel lah tu kan kan... Jemput Baca: D.A: Menu Lunch/ Dinner -6

    ReplyDelete
  17. tu la pasei. byk nak nipu aje.

    lyd, sedap lg pisang berangan.hihi

    ReplyDelete
  18. errr...zharif start mkn madu masa dia 8bln kot...kan dia masuk spital pasal pneumonia...kahak masuk dalam paru2 sebabkan jangkitan kuman kt paru2...zharif cepat berjangkit selesema masa dok nursery...so bila dok ngan pengasuh, pengasuh zharif pegi bg madu...madu + air suam isi dalam botol susu...masa awal2 bg tu lepas minum mmg zharif akan muntah & keluar skali kahak berketul2..alhamdulillah ok & x jadi apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pon bagi luth. Umur 3 bulan lagi aku dah penah bagi luth. hehehe... cuma yg aku tulis dalam entry ni mengikut nasihat pakar je. Aku kan mmg suka melawan kata-kata pakar. Yang acacia ni, aku bagi luth masa dia start nak selsema minggu lepas, terus tak melarat. sihat je dia alhamdulillah.

      Delete
  19. Lady gune madu dcl.. akk.. dr saraf ldy ckp.. madu kelulut kslu dimakan dengan cr meletakkan di atas lidah dan kt hsp slow slow mampu mergsgkan srf di otk.. sb bhgian otk lady sdkt ade yg lupe nk berfungsi :p.. lady praktikkan kt zahra skali.. akk bolehla bg kt luth skali.. jgn cmpr dgn mknn or air.. nnti die trs msk perut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak bagi luth madu acacia ni je dulu. Madu kelulut lagi masam daripada madu acacia ni. Tapi akak tau bagus.

      Delete
  20. Aku baru je pergi klinik hantar anak aku yang umur 7 bulan pasal batuk. Doctor x bagi ubat untuk baby bawah 2 tahun tp dia ada advise untuk suapkan madu. so macam mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau doktor advice mungkin boleh try sikit. Kalau dia tak alergy, boleh terus consume. Sbenarnya takut alergic je. Cuma kena make sure madu tu pure. Kalau tiruan kang gula plak terlebih,

      Delete

Saper komen, dia best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...