Sejahteralah ke atas kamu...
Aku ada ramai kawan lelaki yang masih bujang walaupun usia mereka dah makin banyak angka. Dan aku jugak ada ramai kawan perempuan yang juga masih bujang walaupun usia mereka makin meningkat. Aku pernah berada di tempat itu, maksud aku... aku kahwin lambat. Aku pernah rasa betapa tak mungkin aku akan temui lagi lelaki yang sesuai untuk aku bilamana usia aku dah makin meningkat. Namun bersyukur kerana sebenarnya ada pon lelaki baik yang sudi menjadi peneman hidup aku.
Berbalik kepada topik yang aku nak sampaikan tadi kerana entry ini bukan tentang aku, tapi tentang 'mereka'. Kalau orang baca ayat aku kat atas tu, orang akan rasa.... kalau dah ramai kawan lelaki dan kawan perempuan yang sama-sama bujang, why not match-making kan mereka? Kan bagus dapat membantu orang lain membina masjid?
Hakikatnya, match-making orang ni bukan la se-simple yang kita bayangkan. Aku teringin jugak nak memperkenalkan kawan-kawan lelaki aku yg bujang tu kepada kawan-kawan perempuan aku yang bujang. Tapi..... oleh sebab aku mengenali kedua-dua belah pihak, aku rasa mcm tak sesuai. Macam kalo aku kenalkan pun buang karan je. Aku rasa je la.
Masing-masing ada sifat tersendiri. Masing-masing ada reasons tersendiri kenapa mereka belum kahwin. Contohnya, kawan-kawan lelaki yang masih bujang tu..... mereka memang masih mencari, tapi syaratnya nak perempuan alim yang hot. Maksudnya lelaki yang rupalistik. Pandang rupa. Hehehe. Pastu ada kawan lelaki aku yang extra super pemalu yang memang dalam mulut ada mutiara naga, kalo buka mulut takut mutiara naga dirampas orang jahat. Ada yang nampak main-main tapi sebenarnya serius. Dan lelaki pulak lebih muda daripada kawan-kawan perempuan aku yang masih bujang tu. Kawan-kawan perempuan aku yang bujang tu pulak boleh dikatakan mereka semua sangat baik dan sangat stabil, cuma mungkin tidak se'hot' yang didambakan lelaki. Tapi manis tu ada.
Aku imagine kalo aku perkenalkan Ella si tinggi lampai yang hitam
manis dan matang, dengan Remy si super extra pemalu dan skema.... cemana
agaknya bila mereka keluar date? Atau aku kenalkan Sulaiman yang hensem bergaya, kerja bagus tapi rupalistik kepada Saadah yang comel montel dan kuat ketawa? Ada kawan lelaki aku si Epul yang kerja tetapnya ialah berniaga kat pasar malam je tapi memang gigih mencari rezeki, kalau aku kenalkan dia dengan Emma yang berperangai keanak-anakan walaupun dah berusia, yang duduk jauh kat kampung boleh ke mereka menerima masing2? Pendek katanya, karektor masing-masing memang agak membuatkan aku susah nak perkenalkan mereka sedangkan dalam hati aku aku rasa ruginya orang tak nampak kebaikan kawan-kawan aku yang masih bujang ni. Mereka semuanya baik dan ada kelebihan sendiri. Cuma, kelebihan tu unrevealed je.
Jadi itu je la yang aku nak luahkan kat blog tercinta aku ni. Korang boleh nampak tak dilemma hidup aku?
cikgu nampak lyd..cikgu pun pernah nak try matchmmaking kawan2 tapi tak menjadi..kesian kat derang masih belum bertemu teman hidup yang sesuai..tapi try je la lyd..mana tau si ella sesuai dgn si sulaiman tu?hehehe
ReplyDeletecikgu, saya pon ada jugak terfikir nak match si ella dgn sulaiman, tapi sulaiman tu kawan husband saya. Hsuband sy plak kata dia tau taste sulaiman cemana. Haiyaa.
DeleteHmmm..nak matchmaking orng bukannya kerja senang lyd..mu ngkin kena sedia borang dl bg dorang isi camaner ciri2 idaman mrk pastuh cuma match kan..amacam heheh..kalau ade yg ikhlas mencari calon, boleh jer lyd hang cuba one by one.
ReplyDeletehehehe... kena buka agensi cari jodoh plak ni. Kekeke... Ada jugak terfikir nak ajak datang rumah ramai2 bagi berkenalan, pastu biar mereka berkenalan sendiri. Tapi rumah saya pon sekangkang ayam je. Tak muat nak ajak ramai2.
DeleteBaiknya hati awak.. takpe Lyd awak dah usaha nak matchkan mereka.. tinggal doakan supaya jodoh mereka dipercepatkan jer.. Kan Jodoh tu rahsia Allah..setiap orang dah dituliskan pasangan masing2 sejak azali lagi, cuma bila, di mana dan bagaimana dengan siapa jodoh tu datang.... kita tunggu jer ye. Dah takyah pening2kan kepala ye..
ReplyDeleteItu la saya fikir jugak tu Nita. Cuma nak tolong je. Tapi tak la sampai pening sangat. Ayat dilemma tu saje je nak memanjangkan entry. jehehe.
Deletedulu opah ngan mak akak selalu tolong jodohkan orang.. tu ler sebab kalau rayatu ramai yang datang.. yerler kebetulan yang dikenalkantu elok rumah tangganery...
ReplyDeletearwah mak saya pon kak. Pernah jugak la menjodohkan beberapa pasangan untuk jiran2 kat kampung. Alhamdulillah elok juga rumahtangga mereka sampai sekarang.
Deletehermm, akak organise event ah, buat makan2 ker..
ReplyDeleteAda jugak terfikir, cuma masa je belum mengizinkan. Apsal dik, ko nak join ke? Hehehe.
Deletekalau yang bujang tak bekenan, pas la kat yang ade kouta lagi ni...
ReplyDeletejgn nak macam2 ek bundle. Marah cik puan wnai nanti. Eheee..
DeleteMatchmaking ni bukan kerja mudah, dari pengalaman saya banyak yg tak menjadi. Yg menjadi pula ialah pertemuan tak terduga hingga akhirnya kawin dan beranak pinak....
ReplyDeletebetul tu JR. Kalo tak jadi tu nnt org yg rekemen tu malu jgk.
DeleteKA bab matchmaking ni yang paling tak suka, takut apa2 hal nanti they all salahkan kita kan !
ReplyDeleteSama la kita KA, takut kalo tak jadi nanti kit ayg malu. Tapi saya suka nak match kawan2 ni cuma takde keberanian.
Deletedone clik2 nuffng juga yer
ReplyDeleteThanks KA.
Deleteibu saya dulu hobi dia adalah match making kan orang.... dia suakan... kenalkan.... nak tak nak sila decide sendiri... tapi kitaorang selalu bising atas hobi ibu... sebab takut nanti pape jadi membabit pulak... ibu jawab relax "nape nak fikir yang teruk teruk... semua perkahwinan ada masalah... biasalah... bercinta 10 tahun pon boleh bercerai... tak bersabit dengan kita... "...
ReplyDeletealfatihah untuk ibu ibu kita...
Org veteren ni memang relax kan? Arwah mak saya pon dulu ada match kan org. Sampaikan saya ni pun dia nak matchkan dengan orang. Hehehe... Lawak je.
DeleteAl Fatihah.
akak dah serik nak matchkan org, sbb dah ada pengalaman dengan adik sendiri. dah bertunang, tak jadi, last2, akak yang kena selesaikan hal putus tunang tu. oh, tak blh lupa la kejadian tu. tobat, tak dah. ;-)
ReplyDeleteHahahah... lawak je akak ni. Dulu kakak saya pon ada nak match saya dgn adik angkat dia. Sampai jadi kes tak bertegur2.
Deleteakak dah serik nak matchkan org, sbb dah ada pengalaman dengan adik sendiri. dah bertunang, tak jadi, last2, akak yang kena selesaikan hal putus tunang tu. oh, tak blh lupa la kejadian tu. tobat, tak dah. ;-)
ReplyDeletesebenarnya kan Lyd, aku fikir benda yg sama la macam ko pernah fikir..entah2 aku xkan jumpa sape2 yg sesuai untuk aku walaupun usia dah makin meningkat..agaknya la..kot..hahaha.
ReplyDeletelagipun aku mmg extra super pemalu..:p
mujur anak ko lelaki, kalau tidak, mmg aku dah request jadi menantu..
Fuh selamat anak aku lelaki... Kalo tidak aku pun serba salah nak tolak lamaran ko terhadap anak aku nnt. Masa tu ko dah tua. Sian anak aku. plop plop je. kahkahkah.
DeleteBenda ni mmg payah, nnt kalau jadi apa2 later on, kita juga dipersalahkan. I mmg tak berani nak match match kan kekawan, in fact...abang sulung I sendiri pun still bujang trang tang tang.
ReplyDeletetu la payah, tp niat nak tolong. Dilemma la.. kekeke. Abg u umur berapa?
DeleteHi..saya blogwalking kat sini...Jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com...TQ for your support.
ReplyDeleteOk. InsyaAllah. Tq blogwalking.
DeleteSampai dilemma bagai lyd ni...prihatin kat kwn2 punya pasal.
ReplyDeleteSaya pulak, ada org mintak tlg carikan bakal suami...tapi saya tak berani nak match mana2. Saya cuma tlg doakan mereka cpt temu jodoh yg sesuai.
Takde la dilemma yg serius ujie. Dilemma manja2 je. Keke.
Deleteakak.. mcmn cube dulu.. ldy ade sorg kwn.. rupenye sdg2 jerk tp islamik sgt2, baik sgt2.. tp die berkahwin dgn seorg yg sgt2 bising, sgt2 bnakal.. dn alhamdulillah mrk bahagia.. :D.. saling melengkapi <3
ReplyDeleteYe ke lady? Menarik tu. Cemana mereka berkenalan?
DeleteNyampah dah rekmen orang..dulu penah rekmen kakak ngan kawan..adoii la, banyak pulak komen. tak hensem la, tak kelakar la, macam2. Patut la lambat nak ada bf..dah suma orang kau reject. Memilih sangat..aiyohhh
ReplyDeletelagi satu takut kang kalo rekmen, pastu bercinta..nanti kang kalo dorang gado ke saya yang akan rasa bersalah. Walaupun takde kena mengena. Pastu kalo dorang breakup nanti kang leceh, kalau nak buat open house ke takleh jemput dedua..gegeggee
Hahaha. Dah hati dia tak berkenan, mcm2 la alasan dia bg.. Kakak awk mcm sy la nk yg hensem je. Sbb tu sy kawen lmbt. Keke.
DeleteTp betul gk awk kata, kalo derang bergaduh dan jd musuh, kita plak yg serba salah nk buat kenduri nk jemput derang kan?
malas nak kenen2 orang ni...dah tu..nak yg chinese look, tinggi, ada lesung pipit, kl only, ah mcm mcm lh..
ReplyDeleteByk sgt kriteria tu yg pening nk bg kenal tu kan?
Deleterajinnya nak match making nie..ada baiknya tapi kalo tak sesuai tak payahla..ada jodoh ada le tuu,..btol tak?..hehe
ReplyDeleteTak la rajin sgt. Cuma rasa nk tolong je. Tp tak nmpk jln. Awk single lg ke tak? Bleh akak kenalkan dgn kwn akak. Hihihi.
Deletebaguih tu Lyd..leh buat jadi perunding perkahwinan lak nanti hehe
ReplyDeleteHehe perunding pkahwinan tu dh lain. Lg dilemma tu kang nk lyn kerenah bakal pengantin.
Deletemungkin hang patut organize aktiviti, pastu ajak diorang ramai2. kot2 la masa aktiviti tu, ada yg tersangkut ke. hang bole la organize aktiviti melancong ke. xpun simple2 mcm pi maen bowling.
ReplyDeleteItu la aswadz. Aku pon ada terfikir nak organize utk kumpulkan kwn2 bujang aku supaya mereka bleh berkenalan.
DeleteHampir tergolong dalam golongan yang lewat berkahwin ni. Risau jugak sebenarnya. Tapi teruskan jela hidup. huhu
ReplyDeleteLelaki takpe jugak. Tua2 pon lambat nampak tua. Lagipon pompuan ramai skrg. Good luck utk awk ye.
Deleteklo dilemma, istikaroh kak.. kikikiki..
ReplyDeleteHaha. Terlalu banyak sgt pilihan utk dibuat istikaroh dik.
DeleteHuhu. Akak ni pon tak hot langsung as. Ni semua sebab jodoh gak. Kena sabar.
ReplyDeletesusah juga kan kak..kalau kita satukan, jika menjadi Alhamdulillah jika separuh jalan takut disalahkan kita pula...tp saya ingat PSDC adalah tempat ramai yg bertemu jodoh kat sana...hehehe
ReplyDeleteYela. Ema pon bertemu jodoh di psdc kan. Ada sape2 yg kenenkan ema dgn ery ke mas tu.
Deletebetul la..nanti kalau depa gaduh ke apa atau pun tak suka depa kata kita pulak yang suka2 hati kenenkan lelaki/perempuan yang tak best pada depa...
ReplyDeleteMesti la. Sedikit sebanyak kita akan kena tempiasnya. Pastu bila salah seorang komplen pihak satu lgi kita rs tak best jgk sbb org tu di mata kita dh baik dah.
DeleteAku paham cite dia Lyd tapi yang aku separa paham nape lak ko yang berada dalam dilemma lak nih? Agaga... *meh, abang aku pun samapai dah aku anak 3 ni pun blom kawen lagi, apakah ade naga?*
ReplyDeleteDeeb, aku ni sebenarnya mmg over. Hahah. Sbb tu la aku plak yg dilemma. *abg ko mesti ensem kan. Hehe. Ada kaitan ke.
Deletecer try
ReplyDeletedah boleh buka agensi carik jodoh ni
Setup and making money.. 15$ signup bonus.. FREE tak memerlukan modal.. Kalau tak percaya cuba sendiri mehhh.. Jom join http://Fun4Days.Com/?share=132477
ReplyDelete